Tarikan Kampung Budaya Terengganu Tak Sampai Sebulan Beroperasi, Ditutup Sementara Ekoran Gelombang Ketiga COVID-19

Share

Kerajaan negeri menutup sementara Kampung Budaya Terengganu bagi mengekang penularan wabak COVID-19.


Lokasi tarikan baharu pelancong yang berkonsepkan muzium hidup itu, menjadi pusat sehenti yang menghimpunkan pelbagai seni budaya warisan dari seluruh daerah di Terengganu.

Baca: https://www.libur.com.my/muzium-hidup-kampung-budaya-terengganu-tarikan-baru-muzium-negeri-julang-warisan-tradisi-masyarakat-melayu/

Menerusi kenyataan dikeluarkan Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, penutupan tersebut dilakukan serta merta sehingga 31 Oktober 2020 selaras dengan pandangan dan nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Arahan penutupan melibatkan keseluruhan operasi serta pengisian program dan aktiviti di Kampung Budaya Terengganu kecuali kakitangan dalam perkhidmatan perlu seperti keselamatan dan penyelenggaraan yang tertakluk kepada kelulusan Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu

Kampung Budaya Terengganu yang diadakan sekitar Kompleks Muzium Negeri itu telah bermula pada 3 September 2020 lepas dan menurut jabatan berkenaan sepanjang beroperasi, pihak pengurusan sentiasa memastikan kakitangan dan pengunjung mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.


image via google | Sumber: Bernama

IKLAN