Setiap orang pasti ingin kembali ke kampung halaman menjelang puasa dan menyambut kedatangan Ramadan bersama keluarga di kampung halaman kerana perasaannya berbeza berbanding menyambut Ramadan berseorangan di bandar.
Jadi kepada yang ingin pulang ke kampung, ini peluang terbaik untuk anda melakukannya kerana syarikat penerbangan Malaysia Airlines sedang menawarkan potongan diskaun bagi kadar tambang sehingga 50 peratus.
Bersempena dengan kempen Ultimate Travelisious Deals yang dilancarkan oleh syarikat tersebut, tawaran potongan diskaun itu bermula hari ini sehingga sehingga 8 Mei depan.
Ads
Dalam pada itu, kadar potongan diskaun juga ditawarkan kepada anda yang merancang untuk ke destinasi antarabangsa dan berpeluang menikmati kadar tambang serendah RM379 bagi penerbangan ke Phuket, Kochi dari RM399 dan Bali RM629 bagi kelas ekonomi.
MAS juga menawarkan diskaun yang sama bagi destinasi ke China iaitu serendah RM589 ke Nanjing, RM689 ke Hong Kong dan RM1,089 ke Shanghai.
Ads
Bagi destinasi ke Perth Australia pula, MAS menawarkan tambang bermula dari RM999, Seoul RM1,099, Tokyo RM1,199 dan London RM2,499.
Ads
Bagi pelanggan yang tidak membawa lebih bagasi tambahan, anda boleh menikmati tambang economy Lite bagi destinasi domestik dengan harga serendah RM69 ke Pulau Pinang, Langkawi dan Kuching RM99 serta Kota Kinabalu RM159.
Semua tawaran tersebut adalah sah untuk perjalanan bermula 29 April 2019 sehingga 31 Mac 2020
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Industri pelancongan dilihat semakin berkembang malah menjadi penyumbang dalam perkembangan ekonomi negara. Melihat akan prospek yang cerah dalam industri ini , Hervetia International Vacation Club (HVT) dilancarkan di Malaysia baru-baru ini.
HVT dinaungi oleh Datuk Seri David Tan Tai Wee sebuah organisasi eksklusif yang menawarkan sistem ganjaran unik untuk pelabur mereka. Ahli akan dapat menikmati penginapan percuma di mana-mana rangkaian hotel yang bekerjasama dengan HVT menggunakan mata yang terkumpul.
HVT kini berkembang dan menjadi salah satu kumpulan rangkaian hotel di Malaysia yang berkembang pantas. Hingga kini, HVT club memiliki Best Western di Genting Highland dan Face Suite yang berlokasi di tengah ibu kota. Dijangkakan pada masa hadapan, akan wujud lebih 30 butik hotel sebagai penambahan.
HVT mempunyai perancangan untuk memiliki lebih daripada 200 hotel butik yang terletak di seluruh Asia pada masa akan datang. Selain itu, HVT tidak hanya fokus kepada pengukuhan pasaran dalam negara sebaliknya akan meneroka peluang ke luar negara dengan menjalin kerjasama dengan hotel terbaik di luar negara menjelang 2018. Antara hotel-hotel yang telah bekerjasama hotel di Gold Coast, Australia, hotel-hotel lima bintang di seluruh Asia.
Melalui perkhidmatan yang ditawarkan oleh HVT ini, ahli dapat membuat tempahan penginapan melalui perkhidmatan HVT kerana ia lebih mudah berbanding dengan saluran yang sedia ada.
HVT Vacation Clubmemberikan tiga ganjaran unik untuk ahlinya iaitu dengan menggunakan mata ini, ahli akan dapat menikmati penginapan mereka di mana-mana hotel di bawah HVT Vacation Club secara percuma. Penginapan ahli melalui perkhidmatan HVT Vacation Club tanpa perlu melalui pelbagai saluran untuk mengelakkan kerumitan. Selain itu untuk mata yang tinggal, mereka juga boleh memilih untuk menukarkan kepada wang tunai. Jadi dengan menyertai HVT Vacation Club, ahli juga akan memiliki harta di bawah nama mereka sendiri.
Majlis pelancaran ini dihadiri seramai 300 delegasi dari Indonesia, China dan Filipina. Majlis ini juga turut dihadiri oleh wakil Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Muhammad Zaini Daud.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Malaysia negara yang bertuah hidup dalam aman dan damai. Malaysia telah mengharungi pelbagai suka-duka dan sekaligus mematangkan dan mendewasakan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat serta aman sentosa.
Terbaru, Malaysia diletakkan pada kedudukan di tangga ke-16 negara paling aman di dunia menerusi laporan Indeks Keamanan Global (GPI) 2019. Laporan GPI tersebut turut mengiktiraf Malaysia sebagai negara ketiga paling aman di Asia Tenggara selepas Jepun dan Singapura.
Sebagai rakyat Malaysia, pasti ia sesuatu yang membanggakan. Laporan GPI ini adalah penting kerana ia akan menarik perhatian terutama pelabur dan pelancong asing untuk datang ke Malaysia. Malaysia berada di kedudukan yang baik berbanding tangga ke-26 pada 2018.
Oleh itu tidak perlu ragu-ragu untuk datang berkunjung ke Malaysia. Negara kita sentiasa komited dalam mempertingkatkan soal keselamatan terutama diperairan Sabah dan Sarawak bagi mengekang ancaman anasir luar dan pencerobohan termasuk penculikan yang kerap berlaku di sana. Keselamatan di Sabah dan Sarawak adalah terkawal dengan pelaksanaan pengoperasian daripada ketiga-tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Malah, ATM juga masih mengekalkan komitmen dan peranannya bersama ESSCOM dengan memperkukuhkan kawalan keselamatan di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE).
Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Anggota perubatan merupakan barisan hadapan bertarung nyawa bertugas sudah berminggu-minggu ketika negara berdepan wabak COVID-19.
Tanpa menghirau bahaya kemungkinan akan dijangkiti virus tersebut, mereka tetap menjalankan tangungjawab menyaring atau merawat, tidak kira golongan.
Foto: Haris Abadi
Namun, tular beberapa kisah hiba dan rintihan daripada beberapa anggota barisan hadapan yang memaparkan pengalaman berhadapan dengan karenah pesakit COVID-19 terutama dari kluster luar negara. Mereka adalah dalam kalangan mereka yang tiba dari luar negara yang pulang bercuti, menetap di luar negara atau bertugas rasmi.
Kerenah mereka menyebabkan golongan ini diberi jolokan ‘kluster elit cerewet’ dek terbawa-bawa perangai ‘orang kaya dan berjawatan tinggi’ untuk menerima layanan kelas pertama.
Ini sumber perkongsian daripada facebook saudara Mohd Afiq
Kluster baru yang menjengkelkan..
Dulu setiap hari satu bas turun daripada tabligh dan madrasah. Diorang ni semua sangat mudah memberikan kerjasama. Seronok terasa merawat diorang ni walaupun berpeluh-peluh dek PPE. Rasa macam rawat kawan-kawan kita yang sangat mesra dengan kita.
Sentiasa dengar azan berkumandang dalam wad. Bacaan al-quran hampir setiap masa. Wad kusta lama yang penuh dengan cerita hantu pun rasanya hantu-hantu lari bertempiaran kerana pendinding semula jadi dek kerana akhlak dan zikir mereka. Hampir keseluruhannya sangat merendah diri, sentiasa memberi kerjasama yang terbaik. Tak pernah merungut..
Itulah Kluster TABLIGH.. walaupun mungkin saya tak berapa setuju mereka di cop sebagai kluster tabligh dek kerana satu dua peserta yang pentingkan diri sendiri menyebabkan yang lain menjadi mangsa.. tapi disebabkan zikir yang di sebut semua maka nak buat macam mana.
Kini datang satu kluster baru. Diorang panggil kluster TURKEY/OVERSEA. Saya panggil kluster JENGKEL. Bas kini datang daripada KLIA dan hotel-hotel. Diorang ni acah-acah jadi mangsa penyakit covid. Padahal masa diorang pergi melancong, diorang tanpa segan silu papar gambar diorang melancong malah ada yang siap perli kata corona tiada kat tempat sejuk dsb. Kadang-kadang terasa macam kita ni lebih kepada merawat sifat pentingkan diri mereka daripada merawat covid itu..
Dan mintak maaf cakap. Kluster ni lebih banyak demand. Bila nak hantar ke wad macam wad kusta ataupun institut latihan, diorang ni demand taknak pergi sebab panasla, tidak selesa dan macam-macam lagi. Tu tak termasuk yang dok persoal kenapa nak amik darah la, kenapa tak amik swab awal la dan bila kita masuk untuk periksa diorang masing-masing sibuk dengan gajet. Kita ni macam endah tak endah je..
Bukan semua yang macam tu especially yang berada di luar negara atas urusan yang tak dapat dielakkan seperti belajar. Tetapi so far yang dapat sebab pergi melancong ni memang sangat menjengkelkan..
Saya faham. Mereka ni kebanyakan orang berada, ada kabel besar dan tak puas hati sedikit terus bawak ke atasan, di kuarantin pun di hotel-hotel.
Nak buat macam mana.. kene hadap jugak la untuk berapa bulan pulak yang mendatang. Kita ni pekerja kesihatan berapa ramai yang dah tak dapat jumpa mak ayah sebab kerja kita berisiko. Diorang ni plak datang dan tambah masa kita berjauhan. selamatlah bekerja semua.
Rindu geng tabligh.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...