Lupakan sebentar kisah lampau Pulau Jerejak, Pulau Mutiara yang dikenali sebagai ‘Alcatraz Malaysia’ suatu ketika dahulu.
Pulau Jerejak kini telah digazetkan sebagai destinasi pelancongan. Kedudukan pulau ini hanya mengambil masa 10 minit dengan menaiki bot dari jeti di tanah besar dengan pelbagai tarikan menarik tersedia di sini. Lebih-lebih lagi buat anda yang gemar merakam gambar kreatif atau berswafoto. Port-port ambil gambar seperti berada di luar negara. Teringin ke sini? Nah! Ini antara perkongsian menarik daripada pengunjung yang sudah berkesempatan ke ‘Pulau Instagrammable Penang’ ini.
Ads
Macam ramai yg tak tahu kewujudan tempat ni ke ramai dah tahu? Ok to those yang tak tahu tu, meh la baca cerita teha ni. Yang kaki ootd memang wajib pi sini sebab banyak sangat spot ootd yang cantikkk.
Ads
Cara nak ke sini ialah dengan menaiki bot dari Jeti Pulau Jerejak (boleh waze je). Perjalanan bot dari jeti ke pulau ni lebih kurang 10 minit je tau!
Harga tiket bot RM20 seorang pergi & balik. Pastu tiket ni include free drink yang korang boleh redeem kat pulau tu nanti. Memang terbaek laa tengah panas-panas ambil gambar dapat pulak air free. Tiket bot boleh beli online ataupun time korang sampai jeti, korang boleh scan QR code untuk beli tiket tu. Through online jugak. Tiada walk-in counter.
And dekat pulau tu ada disediakan free bicycle ride! Tapi basikal ni sementara stok masih ada laa. Siapa cepat dia dapat. Tapi make sure bila dah guna pulangkan ke tempatnya semula ya. Overall, Pulau Jerejak ni memang recommended sangat untuk mereka mereka yg suka ootd tu! Make sure masuk list korang tau kalau mai Penang.
Cuma, saya berjarap pihak pengurusan dapat perbaiki sedikit sistem anda sebab ramai orang yang confuse & complaint waktu saya di jeti. Dekat website online untuk beli tiket ada boat schedule tapi timing tu macam tak function sebab pihak management tak ikut pun timing tu. And satu lagi contoh macam kes saya, beli tiket dan tunggu bot almost 1 hour. Suddenly orang yang baru beli tiket & kebetulan bot dah sampai, dia terus dapat naik bot. Orang-orang lain yang dah lama beli dan dah lama menunggu tak dapat-dapat naik lagi. Sebab capacity bot hanya 36 orang. And time saya pergi ni pun 1 bot je yang function. So agak bengang la sedikit. Tapi nasib baik sampai pulau ni best, dapat pulak air free, sejuk la sikit hati sis.
Musim yang dinantikan sudah tiba dan kita semua menantikannya. Walaupun pergerakan masih dihadkan, tiada apa yang patut menghentikan kita dari mendapatkan Raja Buah; durian.
Di bawah ini disertakan beberapa lokasi jualan di Negeri Selangor untuk anda mendapatkan pelbagai jenis durian dengan harga yang berpatutan. Ataupun, sebagai langkah yang selamat, perkhidmatan penghantaran juga ditawarkan untuk melindungi anda dan yang tersayang!
Telah berada dalam perniagaan durian selama 20 tahun, syarikat ini menawarkan pelbagai jenis durian termasuk XO, Udang Merah, Tracka, Golden Phoenix dan sebagainya. Jika anda lebih berminat membeli melalui servis penghantaran, mereka juga ada menawarkan penghantaran sekitar Lembah Klang.
Cuma pastikan anda membuat pesanan sebelum jam 3 petang dan penghantaran durian anda akan dilakukan pada hari yang sama. Jika anda berasa ragu-ragu untuk mendapatkan durian jenis apa, anda boleh layari laman sesawang mereka dan lihat di bahagian Galeri.
Syarikat yang terkenal yang menawarkan pelbagai jenis durian dengan perkhidmatan pelanggan yang amat memuaskan, Durian Bear bukan sahaja menawarkan durian, namun juga produk berasaskan durian seperti krepe durian, kek durian, cendol durian dan tempoyak. Laman sesawang mereka yang mudah digunakan lengkap dengan maklumat yang anda perlukan untuk membeli durian.
Syarikat ini juga menawarkan perkhidmatan penghantaran ke kawasan Lembah Klang. Durian yang bakal dihantar juga akan melalui semakan kualiti terlebih dahulu sebelum dihantar ke rumah anda. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://durianbear.my/atau hubungi +6016-8947992
Ezy Durian adalah sebuah syarikat yang menjual pelbagai jenis durian yang terletak di Batu Caves, Selangor. Syarikat ini menjual pelbagai rangkaian durian termasuk jenis durian yang masih belum tiba musimnya seperti Durian Lipan Merah, Durian Balik Pulau, Durian D144 dan banyak lagi.
Selain daripada mempunyai kedai yang tersendiri, syarikat ini juga menawarkan perkhidmatan penghantaran. Penempahan yang dibuat setiap hari daripada pelanggan akan dihantar pada hari yang sama 2 jam selepas penempahan dibuat. Kawasan penghantaran termasuk seluruh kawasan Lembah Klang.
Jika anda peroleh durian yang sudah rosak, jangan risau syarikat ini menawarkan polisi untuk membantu anda mendapatkan pembayaran balik (refund). Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.ezydurian.com.my/atau hubungi +6011-2081 9711
Bukan sahaja durian, malah anda juga boleh mendapatkan pelbagai jenis buah tempatan yang lain yang sudah tiba musimnya di Pasar Tani Kekal Selayang. Dibuka setiap hari dari jam 8 pagi sehingga 4 petang, buah-buahan yang boleh didapatkan disini termasuk manggis, langsat dan pelbagai jenis durian juga boleh dibeli secara borong.
Semua buah-buahan yang dijual disini datang segar dari kebun tempatan yang terdaftar di bawah FAMA yang mana juga bertanggungjawab atas pengeksportan durian. Oleh itu, anda tidak perlu khuatir akan kualiti buah-buahan yang dijual disini.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +6019-6630733
Syarikat yang telah berada dalam industri jualan durian selama lebih dari 50 tahun sejak tahun 1975 ini juga menawarkan pelbagai jenis durian untuk warga Klang. Jenis durian yang dijual termasuk Udang Merah, D24, Butter King, Black Thorn dan banyak lagi. Baru-baru ini, syarikat ini mula menjual lebih banyak jenis buah termasuk avokado, strawberi, buah naga dan juga produk lain seperti telur organik.
Jika anda memerlukan perkhidmatan penghantaran, kedai mereka juga boleh didapati di aplikasi Grab dan anda boleh menikmati promosi diskaun di situ. Anda juga boleh membuat pengambilan sendiri (pickup) di kedai mereka yang terletak di Taman Berkeley, Klang yang dibuka setiap hari dari jam 8.30 am sehingga 10malam.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +6016-6491511
Terletak di IOI Boulevard, Puchong, syarikat ini mempunyai restoran yang anda boleh nikmati bukan sahaja durian segar tetapi termasuk juga juadah-juadah unik yang lain yang berasaskan durian. Juadah-juadah itu termasuk Piza Durian, Nasi Goreng Bersama Musang King, dan juga Kopi Musang King. Restoran yang berinsipirasikan durian ini juga menjual Musang King Raub yang popular, sepanjang tahun. Selain daripada menikmati makan mereka di restoran, produk-produk mereka juga boleh dibeli melalui aplikasi GrabFood. Anda boleh membuat pesanan anda berdasarkan menu mereka yang serba lengkap di aplikasi tersebut.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +6012-5228611
Durian Man dahulu adalah sebuah gerai yang kecil sejak tahun 1998 dan setelah beberapa tahun berlalu, syarikat ini telah membesar menjadi lokasi yang terkenal dalam kalangan peminat durian di Lembah Klang. Syarikat ini mempunyai premis yang selesa dan sesuai untuk keluarga dan kumpulan rakan-rakan untuk menikmati durian yang segar dari ladang secara hidang atau jamuan buffet. Durian Man juga giat menjalankan promosi di laman Facebook mereka melalui sesi siaran langsung untuk mengumumkan harga runtuh buat bagi produk durian seperti dari jenis Musang King.
Terliur? Sudah tentu anda tidak perlu khuatir di mana anda perlu mendapatkan durian jika anda berada di Negeri Selangor kerana Negeri ini mempunyai banyak tempat yang menjual Raja Buah ini tidak kira bangunan kedai mahupun gerai-gerai khemah kecil yang banyak di tepi jalan. Anda juga tidak perlu risau kerana perkhidmatan penghantaran untuk buah durian juga turut ditawarkan untuk warga Lembah Klang. Cuma pastikan anda memeriksa durian dan tawar-menawar dengan peniaga untuk mendapatkan durian dengan harga yang terbaik.
Kredit: Selangor.Travel
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ada yang dah mula mencari tiket percutian ke tu? Dicadangkan sangat untuk anda terjah tiket promosi yang dilakukan AirAsia.
Promosi tiket murah AirAsia! Tambang penerbangan seredah RM18 sehala dan RM36 pergi dan balik! Tempoh promosi bermula sekarang hingga 19 Januari 2020. Tempoh penerbangan bermula bulan September 2020 hingga awal Mac 2021. Harga promosi tidak tersedia pada musim cuti sekolah dan cuti umum. Bagasi serta makan dibeli berasingan.
Berikut senarai harga sempena promosi AirAsia kali ini!
DOMESTIK
ASEAN
INTERNATIONAL
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Perlis menerusi Pelan Perlis Digital 2025 memperkenalkan ekopelancongan digital sebagai cara merancakkan lagi sektor pelancongan yang terkesan akibat wabak COVID-19. Lokasi pertama yang dipilih ketika ini adalah destinasi pelancongan popular Gua Kelam.
Tidak ramai mengetahui terdapat tiga lokasi Gua Kelam iaitu Gua Kelam 1, Gua Kelam 2 dan Gua Kelam 3 yang mempunyai keunikan masing-masing.
Pemilihan Gua Kelam sebagai projek perintis adalah berdasarkan daya tarikan dan popularitinya sebagai salah satu produk pelancongan di negeri itu. Muzim 3D adalah elemen digital pertama diperkenalkan di Gua Kelam 1 pada tahun lepas, dan mendapat sambutan hangat daripada pengunjung dari dalam dan luar negara.
Ia memberi peluang kepada pengunjung menyaksikan keindahan dan keunikan Gua Kelam memandangkan tidak semua pengunjung mampu masuk ke dalam gua berkenaan atas faktor usia dan kesihatan. Selain itu menerusi ekopelancongan digital, terdapat pelbagai maklumat tentang Gua Kelam dalam format digital bagi membolehkan orang ramai merasai dan menikmati sendiri keunikan ketiga-tiga Gua Kelam ini tanpa perlu terokai laluan gua yang mencabar.
Dengan pelaksanaan ekopelancongan ini juga dapat memudahkan pengunjung dengan perkhidmatan bayaran secara dalam talian untuk memasuki tempat-tempat tertentu, tanpa perlu membawa wang tunai jika ingin masuk ke dalam Gua Kelam.
Jabatan Perhutanan Perlis juga bercadang untuk menggunakan teknologi realiti maya atau ‘Virtual Reality’ (VR) di galeri 3D Gua Kelam bagi membolehkan pengunjung merasai sendiri keunikan yang terdapat di Gua Kelam 3 secara maya. Kaedah digital penggunaan kod ‘Quick Response’ (QR) atau respons pantas pada bahan pameran dapat memudahkan orang ramai mendapat maklumat mengenai bahan pameran, selain dapat menjimatkan ruang dan kos berbanding kaedah lama iaitu maklumat teks sebelum ini.
image via google | Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sebelum bercuti, ramai lebih fokus pada pakaian, pasport dan tiket penerbangan. Namun, ada beberapa barang harian yang nampak biasa tetapi sebenarnya boleh menimbulkan masalah...