Melaka destinasi percutian kegemaran ramai tidak kira masa terutama pada hujung minggu, cuti sekolah dan cuti umum.
Namun begitu, kadangkala seakan 'bosan' tidak tahu mana lagi ingin pergi tatkala berkunjung ke Melaka. Setiap kali ke Melaka, tempat yang sama ditujui. Jangan tidak tahu, Melaka sentiasa mempunyai produk pelancongan terbaru yang sentiasa hidup dari hari ke hari.
Ini port best yang tidak kurang menarik untuk dikunjungi, silap-silap ada orang Melaka pun tak tahu kewujudan lokasi menarik ini. Paling best boleh OOTD sepuas-puasnya berlatar belakang bangunan yang cantik seperti yang dikongsikan si gadis Anis Aniza
Jom cuti-cuti Melaka~
Ads
Melaka je guyss!! Port nak ootd tanpa keluar kan duit
Ads
Riviera Suite – Melaka
Ads
Hanya 5minit sahaja dari Masjid Selat Melaka. Siapa yg rasa nak feeling ala-ala oversea boleh singgah dekat Riviera Suite Melaka ni je.
Kalau nak waze boleh waze Masjid Selat Melaka. Nanti korang akan nampak bangunan ni dari jauh bila korang nak ke Masjid Selat tu.
Tempat ni adalah hotel yang penuh dengan nostalgia. Kalau datang nak ootd sahaja pun boleh takde bayaran dikenakan. Nak bermalam dekat sini pun boleh, harga bilik boleh check dekat website dia.
Kedai makan pun ada dekat situ tapi tak banyak yg buka sebab masih baru .
Kalau korang ke bandar hilir boleh singgah ke sini sebab 10minit je dari bandar hilir. Boleh ajak kawan-kawan, family korang untuk ootd dekat sini. Sangat-sangat recommended untuk yang suka bergambar.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Mencari tempat menarik di Kuala Lumpur untuk dikunjungi?
Hujung minggu adalah hari untuk diri sendiri atau bersama keluarga dan teman-teman. Wajib ya! Lupakan seketika kerja yang tidak pernah habis, dan bawa diri anda keluar seketika sambil rehatkan minda.
Jika anda berada berhampiran Lembah Klang, tidak perlu pergi jauh untuk lepak santai bersama teman dan keluarga. Pusing-pusing sahaja sekitar Kuala Lumpur, anda pasti jumpa ‘port’ menarik untuk singgah. Paling istimewa lokasi yang dicadangkan ini sangat photo-worthy! Jom plan ke sini..
Merchant’s Lane
Mungkin agak asing bagi rakyat Malaysia, tetapi kafe ini sebenarnya popular dalam kalangan pelancong luar. Kafe cantik yang terletak di Jalan Petaling ini menjadi lokasi wajib singgah jika ‘makan angin’ di sini. Ia dipenuhi dengan hiasan berunsurkan flora dan fauna dan dihiasi dengan pelbagai perabut kayu dan rotan artisan yang menarik. Setiap sudut dan ruang kafe ini cukup berbaloi untuk instagram anda.
Lokasi: Merchant’s Lane, 150, Jalan Petaling, 50000 Kuala Lumpur
VCR
Anda penggemar kopi? Kafe ini sangat ideal untuk anda menghabiskan masa pada hujung minggu. Selain menyajikan pilihan minuman kopi yang sedap, di sini juga menghidangkan pelbagai hidangan lazat seperti Soft Shell Crab Burger & Quiche Granola. Paling menarik kafe ini dilengkapi dengan tingkap besarnya yang memberi pemandangan hijau yang tenang.
Lokasi: VCR, 2, Jalan Galloway, Bukit Bintang, 50150 Kuala Lumpur
Leaf & Co. Cafe
Berhampiran Pasar Seni, kafe ini sangat unik dan berseni berkonsep vintage dan warisan kerana menggunakan elemen dan perabot-perabot asal bangunan kolonial. Jangan lupa ambil gambar di setiap sudut menarik kafe ini untuk tatapan teman-teman di media sosial.
Lokasi : Leaf & Co, 53, Jalan Sultan, 50000 Kuala Lumpur
Botanica + Co
Kafe ini dipenuhi dengan tumbuhan-tumbuhan dan bunga-bunga orkid indah, inspirasi interior daripada hutan tropika Malaysia. Jadi, jika ingin sedikit ketenangan lokasi ini paling ideal untuk menjamu selera.
Lokasi: Botanica + Co, 8, Jalan Kerinchi, Bangsar South, 59200 Kuala Lumpur
LOKL
Tidak perlu diperkenalkan lagi, kafe ini cukup popular dengan hidangan brunch dan kopi dalam kalangan warga kota berhampiran Masjid Jamek. Interior kafe kepunyaan selebriti Cheryl Samad dan suaminya ini sangat istimewa dan unik selain dinding hiasannya yang mempamerkan koleksi-koleksi pop-art lokal yang unik dan menarik.
Lokasi : LOKL Coffee Co, 30, Jalan Tun H S Lee, 50100 Kuala Lumpur
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Percutian untuk rakyat Malaysia ketika ini (wabak pandemik) hanya terhad untuk percutian dalam negara sahaja. Jangan rasa bosan ok! Malaysia pun tidak kurang menariknya destinasi yang ada untuk dikunjungi dan bercuti walaupun ke negeri yang sama saban tahun.
Mungkin anda sudah biasa ke Pulau Pinang untuk bercuti. Pulau Pinang merupakan antara negeri yang sering menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara untuk makan-makan, beriadah dan berhibur. Setiap kali ke Pulau Mutiara ini, itinerari percutian anda mungkin berulang dan hanya berkunjung lokasi yang sama. Kali ini cuba kreatif sikit. Jika anda merancang hanya bercuti di Pulau Pinang, ini lokasi wajib singgah. Paling best dapat ambil gambar cantik-cantik!
Street Art Di Lebuh Armenian
Bagai tidak sampai ke Pulau Pinang, jika tidak berkunjung ke lorong-lorong di sepanjang Lebuh Armenian. Pengunjung berpeluang menyaksikan sendiri tarikan karya seni orang tempatan iaitu lukisan mural di dinding dan diinovasikan dengan imej bantuan sebenar. Dahulu kewujudannya hanya satu, kemudian terus bertambah, seterusnya di komersilkan menjadi destinasi wajib dikunjungi pelancong. Jangan lupa untuk mengambil gambar kenang-kenangan di mural Lebuh Armenian seperti Kids On Bicycle, Kid on Chair, Old Motorcycle, Minions, Skippy Cat, Bruce Lee, Magic dan banyak lagi.
Entopia Penang
Berkunjung ke Entopia bagai berada di alam fantasi apabila dikelilingi dan dikerumuni rama-rama pelbagai spesies yang cantik dan berwarna-warni.Pengunjung ke sini boleh merasai pengalaman bersiar-siar dengan lebih 15,000 rama-rama serta berpeluang melepaskan serangga yang sudah dewasa itu ke habitatnya. Dikelilingi 200 spesies tumbuhan, air terjun, kolam dan gua buatan, pengunjung boleh merakamkan gambar kenangan bersama rama-rama serta menikmati makanan di restoran berlatarkan keindahan sebahagian Natureland dan rama-rama berterbangan.
Jika mahu merasai pengalaman ala ‘avatar’, Cocoon tempatnya apabila terdapat sebahagian ruang pameran gelap dikenali sebagai Pandora Forest, hanya disinari kerlipan lampu malap seperti berada di hutan pada waktu malam.
Red House
Blue Boat House atau rumah biru yang terletak di Perth, Australia menjadi satu lokasi mesti dikunjungi pelancong jika ke bumi kanggaru itu. Di Pulau Pinang juga tidak kurang menariknya kerana ada destinasi tarikan sebegitu rupa iaitu dikenali sebagai Red House.
Daya penarik berupa rumah kecil berwarna merah ini terletak di Jeti Tan, Pengkalan Weld, Georgetown. Setiap hari lokasi ini menjadi tumpuan ramai pelancong dan juga penduduk tempatan untuk mengambil foto berlatarkan Red House ini sebagai gambar kenang-kenangan. Waktu lawatan ke Red House ini hanya dibuka pada jam 8 pagi hingga 10 malam sahaja setiap hari. Ia sebagai langkah menjamin tahap keselamatan penduduk dan pengunjung terutama yang berkunjung pada waktu malam hari dari berlaku kemalangan yang tidak diingini.
Kampung Agong
Kampung Agong lokasi ekopelancongan, membangkit nostalgia kehidupan kampung Melayu tradisi lalu. Kampung Agong lokasi yang sangat disarankan untuk anda yang gemar bergambar berlatar belakangkan panorama desa selain merasai sendiri suasana kampung tradisi. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Paling utama, pastikan anda mengambil kesempatan untuk merakam gambar menarik di setiap sudut di sini.
Bayaran masuk dikenakan untuk masa dari jam 9 pagi hingga 7 petang. Nama Kampung Agong diberi bersempena dengan nama jolokan yang diberikan orang kampung kepada Ang Peng Tiam, 84, iaitu ‘Agong’ kerana beliau mempunyai sebidang tanah yang luas, kebun kelapa dan sawah padi.
Muzium Peranakan Pulau Pinang
Terletak di sebuah rumah agam di Lebuh Gereja, Georgetown, Muzium Peranakan Pulau Pinang mempamerkan warisan budaya kaum Peranakan. Rumah agam tersebut pernah dimiliki oleh seorang usahawan berbangsa Cina yang bernama Kapitan Chung Keng Kwee pada abad ke-19.
Rumah agam ini telah lama dilupakan namun berjaya dibangunkan semula apabila seorang arkitek tempatan yang bernama Peter Soon membeli rumah agam tersebut dan melakukan kerja-kerja membaik pulih lalu menempatkan lebih 1,000 koleksi pameran artifak kaum Peranakan di Pulau Pinang. Menariknya tentang lokasi ini, ia pernah menjadi lokasi penggambaran filem hit, Crazy Rich Asians dan rancangan realiti Amazing Race.
Dark Mansion Museum
Merupakan muzium 3D Glow in the dark yang menggunakan warna kesan cahaya khas agar pengunjung boleh menikmati lukisan yang sama dengan dua mood yang berbeza. Terdapat lima konsep berlainan iaitu My Toy Story-A Fun-Ride On Childhood, Mysterious Tropical Pandora, Masterpiece of Edger Mueller-“Water and Fire” World-Class Painting, The Infinity Room dan Stars and Moonlight. Rakam sebanyak mana foto kenangan anda berlatar belakangkan efek cahaya dan warna yang pelbagai di Dark Mansion Museum ini.
image via google
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Masih tak mana-mana cuti sekolah? Boleh lah bawa anak-anak ke waterpark Forest City di Muar, Johor. Tengoklah tempatnya, dekat sangat dengan pantai, best!
Diteduhkan dengan pokok-pokok kelapa sekitarnya, lagi lah rasa healing tu sampai ke jiwa yang dahagakan waktu untuk bertenang.
Forest City Muar Johor
Bersebelahan dengan pantai, itu yang membuatkan tempat ini menarik dan puas hati kalau datang. Kalau anak-anak suka main tema air, mak ayah pula boleh tenang-tenang layan pemandangan laut.
Lokasi:
Forest City, Forest City 1, Pulau Satu, Gelang Patah, 81550 Johor Bahru, Johor.
Waktu Operasi:
10.00 Pagi – 8.00 Malam (Setiap Hari)
Harga tiket:
RM15 dewasa dan kanak-kanak
Ini memang salah satu tempat tarikan di Johor Bahru. Forest City Water Park mempunyai 3 tarikan berbeza di iaitu ‘Water Sliding’, ‘Water Maze’ dan ‘Water Fun Challenge’ yang mampu menampung kapasiti seramai 150 pengunjung pada satu masa.
Okay, jangan lupa singgah sini ya! Kalau tak sempat waktu cuti sekolah kali ini, mungkin boleh datang kemudian hari.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...