Nak tahu tempat dan aktiviti best di Perlis? Okay, jom tengok satu persatu di mana lokasi wajib singgah untuk rasa berbalo datang bercuti.
Tempat Dan Aktiviti Best Di Perlis
Secara jujur hotel di Perlis agak terhad terutama hotel-hotel baru. Walaupun terhad, di sini ada pelbagai jenis homestay yang berkonsepkan desa.
Namun, ada satu paling best lah kalau nak stay di Perlis. Tempatnya terletak tengah-tengah antara Kangar dan Arau jadi nak keluar berjalan tak jauh termasuk Kuala Perlis cuma nak ke Padang Besar dalam 45 minit.
All Inn Hotel Kangar
Setakat ini hotel yang paling selesa di Perlis hanya All Inn Hotel. Kalau bercadang nak bermalam kat sini kami sarankan untuk buat tempahan awal sebab hotel ini selalu penuh. Bilik pula kalau anda datang bersama keluarga boleh ambil suite. Harga pun tak mahal sangat.
Alamat : All Inn Hotel
No. 33, Persiaran Jejawi Utara Kompleks Perniagaan, Jejawi, 02600 Arau, Perlis.
Tempat Menarik Dan Aktiviti di Perlis 2024
1. ATV Bintong
Istimewanya ATV Bintong, anda boleh naik ATV pusing-pusing kampung yang terletak di celah-celah bukit dengan pemandangan sawah padi yang menghijau. Memang begitu tenang dan indah.
Alamat: ATV Bintong
Kampung Behor Janggus, 01000, Kangar, Perlis
2. Kangar Street Art
Mural yang dihasilkan penuh dengan seni. Kalau nasib baik korang boleh jumpa dengan pelukis mural kat sini. Masa untuk anda habiskan kat sini 5-10 minit cukup.
Ads
Alamat: Kangar Street Art
Lorong Seni, Pusat Bandar Kangar, 01000, Kangar, Perlis
3. Galeri Di Raja Arau
Di sini ada banyak koleksi simpanan barangan diraja Perlis. Banyak koleksi menarik yang boleh pelancong lihat sendiri di sini seperti alat kebesaran diraja, bunga emas, senapang antik, tembikar-tembikar, pedang, basikal antik, duit lama, dan sebagainya.
Kalau nak datang sini anda kena buat temujanji dulu sebab bukan boleh masuk macam tu sahaja.
Alamat: Galeri Diraja Arau
Arau, 02600, Arau, Perlis
4. Gua Kelam
Gua Kelam sekarang dah dinaiktaraf dengan lebih cantik. Malah terdapat Gua Kelam 2 yang mana anda boleh masuk ke dalam gua tempat orang-orang terdahulu melombong emas dan perak.
Ads
5. Gua Wang Burma
Gua ini terletak berhampiran dengan sempadan Malaysia – Thailand. Silap-silap masuk gua Malaysia keluar dekat Thailand.
Pertama sekali kena hiking. Jalan agak landai tetapi ada juga yang mencanak juga. Setelah 45 minit hiking, anda akan sampai dekat gua kering dahulu.
Dalam ini anda boleh explore macam-macam lubang yang akan membawa anda ke tempat seterusnya.
Sesetengah laluan memang sempit sehingga anda kena merangkak di dalam air. Air paras dada itik sahaja.
Alamat: Jabatan Perhutanan Negeri Perlis
Km 2 Jalan Kaki Bukit, 01000, Kangarr, Perlis.
6. Pulau Ketam / Kampung Pelangi
Ads
Kalau ada masa, boleh habiskan waktu petang menikmati pemandangan matahari terbenam di Pulau Ketam.
7. Wang Kelian Viewpoint
Gerak awal pagi, anda boleh ke Wang Kelian Viewpoint untuk saksikan matahari terbit. Cukup cantik sebab di sini terletak atas bukit.
Nak datang sini memang tak ada pilihan lain selain bangun pagi dan terus sarapan dan bertolak ke Wang Kelian. Udara pagi kat sini pun masih lagi bersih sebab dikeliling hutan.
Alamat: Wang Kelian Viewpoint, Kaki Bukit, Perlis
8. Taman Rimba Herba Perlis
Di sini anda boleh buat urutan kaki untuk hilangkan segala lenguh tu. Urutan kaki ni ambil masa dalam 15-20 minit menggunakan air rendaman herba. Anda rendam dulu dalam 30 minit pastu boleh urut.
Alamat: Jabatan Perhutanan Negeri Perrlis, Kilometer 2, Jalan Kaki Bukit, 01000, Kangar, Perlis
9. Padang Besar
Di sini anda boleh beli macam-macam dan nak feeling makan menu ala Thai, memang boleh dapat di sini. Best!
Haaa… jadi, kalau anda rasa nak bawa anak-anak ke Perlis naik, boleh lah singgah beberapa tempat ini ya.
Selama bercuti!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pulau Hashima terletak kira-kira 15 kilometer dari daerah Nagasaki di Jepun merupakan pulau kecil yang ditinggalkan dan tidak berpenghuni. Pulau ini digelar dengan nama Gunkanjima yang bermaksud ‘Pulau Kapal Perang’ sesuai dengan bentuknya seakan kapal perang.
Sekitar tahun 1890, pulau ini telah dibeli oleh syarikat Mitsubishi bagi tujuan perlombongan arang batu di bawah laut.Pulau itu mencapai kemuncak penduduk tertinggi pada tahun 1959 dengan penduduk seramai 5,259 orang dan dianggap sebagai kepadatan penduduk tertinggi dunia yang pernah dicatatkan.
Dibina pada tahun 1887, pulau ini mempunyai sebuah apartment 10 tingkat bagi menampung pekerjanya yang ramai. Selain itu, terdapat juga sekolah, restoran, kolam renang dan banyak lagi bagi para pekerja menjalani kehidupan normal seperti berada di tanah besar.
Ketika Perang Dunia Kedua meletus, tahanan perang Jepun menjadi buruh paksa di hantar ke pulau ini dan dikerah untuk mencari arang batu bagi keperluan perang Jepun. Ramai tahanan perang yang mati di sini kerana keletihan melampau, kebuluran dan wabak penyakit. Kebanyakkan tahanan perang adalah rakyat Korea Selatan dan China. Disebabkan itu, sewaktu UNESCO mengishitharkan Pulau Hashima sebagai tapak warisan dunia pada tahun 2015, kontroversi meletus. Negara Korea Selatan dan China membantah dengan status tersebut.
Namun zaman kegemilangan pulau ini tidak bertahan lama kerana kehabisan sumber arang batu. Pulau ini hanya mampu bertahan sekitar seabad sahaja sebelum ditinggalkan kosong begitu sahaja. Pulau Hashima turut digelar Pulau Berhantu kerana banyak peristiwa-peristiwa ganjil berlaku di sini.
Pada tahun 2009 Pulau Hashima dibuka kembali untuk tujuan pelancongan. Pengunjung masih boleh melihat bangunan-bangunan lama yang masih berdiri megah, sekolah, kolam mandi air panas, kedai gunting rambut dan kemudahan-kemudahan yang lain. Terdapat juga barang-barang kepunyaan penduduk yang masih tertinggal di sana seperti televisyen, buku, rangka katil, komik dan kerusi. Pulau ini masih berada dalam keadaan yang sama seperti ia ditinggalkan lebih berpuluh tahun lalu.
Kebanyakkan pengujung yang melawat ke sini berasa kagum dengan infrastruktur pembangunan di sini. Mana tidaknya, berpuluh tahun yang lepas pulau ini seperti sudah membangun dengan bangunan-bangunan yang tinggi dan kemudahan yang serba moden. Itu la kelebihan negara Jepun yang maju berpuluh tahun dari negara-negara lain.
Disebabkan keunikan Pulau Hashima ini, banyak produksi filem menjadikan pulau ini sebagai set penggambaran. Antaranya filem James Bond – Skyfall.
Malaysia kini sedang berada dalam fasa untuk menyiapkan bangunan pencakar langit kedua tertinggi di dunia selepas bangunan Burj Khalifa.
Kalau anda perasan, bangunan ini sudah jelas kelihatan di Kuala Lumpur dan tidak kira pada waktu siang atau waktu malam, menara tinggi ini antara yang menghiasi pemandangan langit kota metropolitan hari ini.
Bangunan ikonik Permodalan Nasional Bhd (PNB), Menara Merdeka 118 mula dibina pada tahun 2014 dengan ketinggian 635m, bakal menjadi menara tertinggi di Malaysia dijangka siap pada tahun hadapan, 2021. Sudah tidak lama sahaja lagi untuk menunggu detik bersejarah ini.
Nama rasmi menara ini ialah Merdeka 118, bersempena lokasinya yang terletak di antara Stadium Negara & Stadium Merdeka. Pembangunan mercu tanda PNB, Menara Merdeka 118 yang berprestij itu akan menjadi penggabungan luar biasa seni bina bersejarah dan kontemporari yang terletak di kawasan Kuala Lumpur yang meriah. Menara Merdeka 118 tingkat menghadap dua mercu tanda negara, Stadium Negara dan Stadium Merdeka, di mana kemerdekaan Malaysia diisytiharkan pada tahun 1957.
Reka bentuk menara pencakar langit ini diilhamkan daripada siluet & bentuk imej Tunku Abdul Rahman sewaktu baginda melaungkan laungan ‘Merdeka!’ pada 31 Ogos 1957.
Tapak asasnya yang berbentuk berlian pula diilhamkan daripada motif Songket Melayu. Bentuk-bentuk segi tiga pelbagai saiz pada permukaannya pula melambangkan kepelbagaian budaya di Malaysia.
Keseluruhan kompleks Merdeka 118 ini dibangunkan dalam 3 fasa. Fasa 1, menara 118 tingkat tu sendiri. Fasa 2, mall dan taman rekreasi. Fasa 3, tiga buah menara kediaman kat sekeliling menara utama. Fasa 1 dan 2 akan siap pada 2021, manakala fasa 3 siap pada 2024.
Anjung tinjau menara ini bakal menjadi anjung tinjau tertinggi di Asia Tenggara dan lif ke anjung tersebut akan menjadi panel lif kaca yang tertinggi di dunia! Ia hanya mengambil masa selama 65 saat sahaja untuk naik dari aras 1 sehingga aras 118.
Selain tu, pada bahagian bawah menara ini pula akan ada pusat membeli-belah 7 tingkat. Di bahagian luar, ada taman air pancut yang mengalir dari menara sampai ke hujung sepanjang Stadium Merdeka.
Nun jauh ke hujung taman pula, disediakan platform untuk orang ramai mengambil gambar kenang-kenangan. Platform ini berdekatan dengan stesen monorel Maharajalela.
Pada waktu malam, menara Merdeka 118 akan dinyalakan dengan ‘light strip’ yang bercahaya dan bergerak dari bucu ke bucu. Ia akan memberi pencahayaan yang berbeza dan futuristik jika dibandingkan dengan bangunan-bangunan lain di Kuala Lumpur.Menara ini juga bakal menyasarkan penarafan tiga platinum dalam pensijilan Kepimpinan dalam Reka Bentuk Tenaga dan Alam Sekitar (LEED), Indeks GreenRE dan Indeks Bangunan Hijau. Ini akan menjadikannya yang pertama di Malaysia mendapat penarafan sedemikian.
Terkenal kerana ada pantai yang baru dibuka kepada umum, namun tatkala berkunjung ke Putrajaya jangan lupa untuk singgah melawat ke Taman Persahabatan Malaysia – China yang terletak di tapak kekal FLORIA Putrajaya iaitu Anjung Floria, Presint 4 Putrajaya.
Taman indah ini sudah beberapa tahun dibuka kepada umum dan sehingga kini kekal cantik. Direka bercirikan elemen ‘Lingnan-styled garden’ yang mana pengunjung dapat melihat keindahan tatkala berkunjung ke sini.
Saat memasuki taman Persahabatan Malaysia- China ini, kita akan terbuai dengan keindahan binaannya yang cukup unik selain adanya unsur-unsur kaligrafi China. Di tengah-tengahnya ada kolam yang cukup cantik dan perasaan tenang tatkala berada di taman ini.
Meneroka di setiap sudut taman ini, dua pokok jenis Michelia alba atau cempaka putih yang ditanam sebagai simbolik hubungan diplomatik kedua-dua negara. Penerapan pelbagai elemen seperti air, batu, bangunan, kaligrafi tumbuhan dan gunung adalah kombinasi yang sangat mendamaikan.
Motif kesenian tradisional Cina yang diterapkan pada setiap pembinaan bangunan ini juga menarik dan Taman Persahabatan bernilai RM1.5 juta ini adalah mercu tanda hubungan diplomatik yang kukuh antara Malaysia dan China.
Jadi kalau ke Putrajaya, jangan lupa singgah di sini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...