Tenang Menginap Di Eco Murai Rimba, Resort Tepi Sungai Kat Selangor. Boleh Berkelah, Memancing & Nikmati Keindahan Alam!

Share

Nak lari dari kesibukan kota dan kerja, tak payah pergi jauh-jauh, kat Selangor pun banyak sebenarnya resort yang tak mahal dan tenang untuk pergi bercuti.

Dengan harga bermula dari RM100 semalam, Eco Murai Rimba yang terletak di Batang Kali Selangor pilihan sesuai untuk anda staycation dengan keluarga ataupun rakan-rakan.

Berkonsepkan mesra alam, tempat ini merupakan lokasi ideal untuk anda berkelah

melihat burung, berenang atau mencuba nasib memancing di kawasan air terjun yang dikelilingi alam semulajadi.

Oleh kerana Eco Murai Rimba terletak di pinggiran hutan, pengunjung yang hadir di sini bakal disajikan dengan suasana hutan yang nyaman serta mereka juga boleh menikmati kedinginan air sungai dan air terjun yang terletak berhampiran dengan chalet tersebut.

Terletak tidak jauh dari pusat peranginan, Genting Highland, kalau tak ada apa-apa aktiviti di malam hari bolehlah jalan-jalan ke sana. Perjalanan hanya mengambil masa 15 hingga ke 20 minit sahaja.

Alamat : B66, Jalan Lama Genting, Sungai Pinang, Batang Kali

Facebook : https://www.facebook.com/EcoMuraiRimba/

 

 

IKLAN