Berita

Terbang Guna Pesawat Persendirian Ketika PKPB Bukan Tiket Korang Selamat Rentas Negeri Ya!

Share

Umum mengetahui ketika ini Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk tempoh dua minggu bermula 14 Oktober 2020.

Penuh di sosial media atau pun di dada akhbar segala info mengenai syarat-syarat yang perlu diikuti ketika PKPB ini dan antara yang paling utama adalah tidak dibenarkan merentas daerah kecuali dengan beberapa kebenaran. Namun masih ada lagi yang memandang ringan arahan tersebut dengan cubaan merentas negeri. Merentas daerah pun tidak dibenarkan, ini kan untuk merentas negeri sesuka hati.

Gara-gara tidak mempunyai surat kebenaran merentas sempadan negeri, dua juruterbang dan dua penumpang dikompaun setelah pesawat ringan yang mereka naiki mendarat di Lapangan Terbang Kampung Tekek di Pulau Tioman, Rompin Pahang.

Keempat-empat individu termasuk seorang wanita telah berlepas dari Lapangan Terbang Subang, Selangor dan mendarat di lapangan terbang pulau peranginan itu kira-kira jam 3 petang pada hari pertama PKPB dijalankan. Selain juruterbang persendirian itu, kapal terbang tersebut dinaiki oleh pengurus keselamatan dan pengurus pemasaran sebuah perniagaan akitivti menyelam di sebuah resort di Kampung Juara, Pulau Tioman.

Mereka didapati tidak mempunyai surat kebenaran merentas sempadan negeri daripada polis mahupun surat majikan atau bekerja dalam sektor keperluan asas, yang merupakan keperluan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di Selangor. Dek kerana itu, kompaun telah dikeluarkan mengikut Seksyen 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 kerana keluar dari kawasan yang diisytiharkan PKPB tanpa kebenaran.

Kesemua mereka juga dikatakan bersetuju untuk pulang ke Lapangan Terbang Subang pagi ini kerana juruterbang persendirian itu mendakwa tidak mempunyai kebenaran menerbangkan pesawat pada waktu malam. Pihak Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan gelang kuarantin kepada empat individu itu selain akan dipantau oleh pasukan pemantauan sehingga mereka bertolak pulang kembali.

image via google | Sumber: Bernama

IKLAN