Kebanyakan pusat peranginan pulau-pulau terkenal di Terengganu menghentikan tempahan pakej pelancongan sebagai persiapan menghadapi musim tengkujuh tidak lama lagi.
Ia juga telah menjadi rutin tahunan buat mereka setiap tahun untuk menutup tempat penginapan sementara waktu bermula Okt sehingga Feb dan dibuka sepenuhnya pada Mac setiap tahun. Pada musim tengkujuh keadaan ombak yang tidak menentu boleh mendatangkan ancaman keselamatan kepada pelancong yang berkunjung ke pulau dan aktiviti yang dilakukan juga amat terhad berbanding hari biasa. Perkhidmatan bot juga tidak akan beroperasi seperti hari biasa dan ia menyukarkan pelancong untuk masuk ke pulau.
Hanya beberapa buah sahaja yang dilaporkan akan beroperasi sepanjang tahun terutama bagi memenuhi permintaan pelancong asing yang berminat dengan sukan luncur ombak. Menurut Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, semua pusat peranginan di Pulau Perhentian telah ditutup bermula Oktober kecuali empat buah iaitu Sharila Perhentian Resort, Coral View Resort, D’Rock Garden Resort dan Aina Ohana yang akan beroperasi sepanjang tahun.
Ads
Manakala di Pulau Redang, Kuala Nerus dan Pulau Kapas, Marang, operasi kebanyakan pusat peranginan dihentikan sementara sejak Okt lepas, manakala operasi di Pulau Tenggol, Dungun dihentkan akhir bulan ini.
Ads
Rata-rata pengusaha berkata penutupan tersebut dilakukan bagi menyahut seruan kerajaan negeri yang bimbang dengan keselamatan pelancong terutama ketindaktentuan keadaan cuaca dan laut bergelora.
Ads
Kebanyakan pengusaha giat melakukan persediaan dan memindahkan pelbagai peralatan terutama bot ke lokasi selamat. Kebanyakan pulau hanya dihuni pekerja dan pengusaha bagi memantau keadaan sekeliling sepanjang musim tengkujuh dan ini memberi laluan untuk kerja-kerja membaik pulih kerosakan pada bilik-bilik penginapan di pulau itu.
Peminat Liverpool di Malaysia berpeluang berada ‘dekat’ dengan pasukan kegemaran mereka, selepas Kuala Lumpur disahkan sebagai antara destinasi jelajah khas LFC World pada 20 dan 21 April ini yang berlangsung di One Utama Centre Court.
Dalam hab itu, peminat akan dapat merasai sendiri pengalaman berada di Anfield dengan replika Shankly Gates, pintu masuk bersejarah yang menjadi ikon stadium Anfield dan papan tanda ‘This Is Anfield’.
Terdapat juga bilik persalinan khas LFC World yang mana peminat boleh duduk di bawah baju pemain LFC kegemaran mereka seperti Mohamed Salah, Sadio Mane, Virgil Van Dijk dan Roberto Firmino bagi mencipta imej bilik persalinan ikonik mereka sendiri.
Selain pelbagai aktiviti menyeronokkan untuk peminat mengambil bahagian dan hadiah istimewa serta cenderahati, peminat juga dapat bertemu wira LFC iaitu Jason McAteer, Sami Hyppia dan Steve McManaman.
Sementara itu, Hyppia berkata: “Bagi Reds di Malaysia, LFC World Kuala Lumpur adalah tempat yang perlu dikunjungi. Kami tahu tidak semua peminat boleh ke Anfield, jadi inilah cara kami untuk membawa Anfield lebih dekat dengan mereka. Kami tidak sabar untuk berjumpa semua, ia akan menjadi hujung minggu yang hebat.”
Sekarang ini agak viral tentang Tasik Biru yang terletak di Bukit Mahkota, Cheras. Ia merupakan bekas tapak lombong kuari dan ada tanda larangan memasukinya kerana ia kawasan persendirian. Malah ia juga bukan tempat mandi yang sesuai kerana merupakan bekas lombong kuari.
Tapi berlainan Tasik Biru di New Zealand yang diiktirat sebagai tasik air tawar paling jernih di dunia. Bukan saja paling jernih tapi viewnya cukup ohsem.
Disebut Rotomairewhenua atau a dikenali sebagai Tasik Biru di Taman Tasik Nasional Nelson, New Zealand secara rasminya merupakan tasik air tawar paling jernih di dunia, lapor laman berita Oddity Central.
Air Tasik Biru mengalir dari Tasik Constance yang terletak di sebelahnya dan aliran air tersebut melalui serpihan empangan yang terhasil sejak sekian lama akibat tanah runtuh. Empangan itu bertindak sebagai penapis semula jadi yang menapis zarah-zarah, menjadikan Tasik Biru hampir sejernih air suling.
Institut Penyelidikan Air dan Atmosfera Nasional New Zealand (NIWA) melakukan ujian saintifik terhadap air tasik itu dan mengesahkanya sebagai air tawar semula jadi yang paling jernih diketahui manusia.
Jarak penglihatan di Tasik Biru adalah antara 70 hingga 80 meter. -Wikimedia Commons Ahli hidrologi NIWA, Rob Merrilees merupakan individu pertama yang menemui ciri-ciri mengagumkan pada Tasik Biru yang dibandingkan dengan mata air tawar Te Waikoropupu.
Semasa lawatannya ke Tasik Biru pada 2009, dia menyedari bahawa air tasik itu lebih jernih berbanding Te Waikoropupu dan perkara tersebut disahkan oleh ujian NIWA dua tahun kemudian.
“Kami menggantung cakera hitam berdiameter satu meter di bawah pelampung dan berlabuh ke pantai. Kemudian kami mendayung sampan sambil melihat cakera itu. “Jarak di mana ia hilang sepenuhnya memberikan kadar kejernihan air itu, ”jelas pegawai NIWA, Mark Gall.
Kajian menunjukkan bahawa jarak penglihatan di Tasik Biru adalah antara 70 hingga 80 meter yang menjadikannya hampir sama optiknya dengan air suling. -Sumber : Kosmo/ Agensi
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bermula 16 September, Pulau Langkawi telah dibuka sebagai projek rintis dalam merancakkan kembali industri pelancongan.
Pulau Legenda ini memang menjadi antara destinasi sangat popular kerana mempunyai pelbagai tempat menarik dan bersejarah untuk dikunjungi.
Jika yang mahu bercuti di sini mengikut SOP yang ditetapkan, kami cadangkan beberapa tempat menyeronokkan untuk dikunjungi di sini.
Antara yang popular adalah Pantai Cenang. Kawasan pantai utama di Langkawi ini bukan sahaja ada kawasan pantai untuk mandi, tapi kedai makan, cenderamata dan suasana malam hidup dibandingkan kawasan lain Langkawi.
Dan disenaraikan juga antara 12 penginapan di kawasan sekitar yang juga boleh djadikan piliha jika bercuti ke Langkawi.
Resort tepi Pantai Cenang Langkawi ini dibuat gaya Melayu. Biliknya luas, suasana keliling hijau dan untuk main air, pilih sama ada mahu berenang di kolam besar atau mandi di pantai putih yang sedia menanti.
Bila malam, boleh bersiar kawasan Cenang. Bila siang melawat tarikan seperti Underwater World dan Laman Padi pun senang. Kalau korang mahu resort tepi pantai yang bagus di Langkawi tapi mahu juga dekat dengan tarikan-tarikan yang ada di pulau ini, pilih Meritus Pelangi.
Pantai Tengah – Resort-resort menghadap Pantai Tengah ini ada pantai yang lebih tenang dari orang ramai, tapi masih dekat dengan Cenang untuk korang cari makan dan santai malam-malam. Sesuai untuk mereka yang inginkan kesunyian tapi masih mahu dekat dengan suasana sibuk Cenang sesekali.
Di resort Holiday Villa Langkawi, korang dapat pool inifiniti yang luas dan letaknya di tepi pantai putih menghadap laut Selat Melaka. Bilik agak berusia tapi besar. Ada balkoni bersantai.
Untuk yang datang dengan keluarga dan mahukan resort tepi pantai yang harganya sederhana, ini antara pilihan yang boleh dipertimbang bersama.
Resort Frangipani di Pantai Tengah ini satu resort harga sederhana yang ada pantai di tepinya. Pool di sini kecil sahaja, tapi pantai ada di depan mata untuk berenang puas-puas pada bila-bila masa. Fasiliti terhad, tapi bilik ada balkoni.
Resort ini untuk orang muda. Ia bukan saja ada pantai peribadi, tapi juga ada pool besar yang best untuk mandi atau untuk posing buat OOTD di medias sosial. Sesetengah bilik di sini ada jakuzi dan hiasan bilik pun funky.
Setiap petang ada live DJ kat sini, membuatkan resort ini macam satu parti. Sesuailah untuk mereka yang suka muzik dan bersosial. Pantai Tanjung Rhu – Bagi sesiapa yang mahu dekat dengan pantai putih yang luas ( yang dikatakan antara pantai yang tercantik di dunia) dan dekat dengan mangrove tour, kawasan di sini sangat sesuai.
Ini resort Langkawi yang menggabungkan Barat dan Timur dengan suntikan elemen Arab di dalamnya. Hasilnya, resort fusion mewah dalam taman seluas 48 ekar yang sesuai untuk pasangan bulan madu ataupun keluarga bercuti.
Biliknya sangat luas. Di belakang villa ada gunung batu kapur prasejarah. Di hadapan verandah boleh nikmati pasir pantai memutih dengan pemandangan indah. Ini antara resort termahal yang ada di Malaysia. Kemewahan yang dapat di sini berbaloi dengan setiap ringgit yang dibelanjakan.
Dengan pantai peribadi sejauh 2.5 km, ini resort tepi pantai Langkawi untuk yang mahu menikmati pemandangan senja di kawasan pantai antara terbaik di Malaysia ini. Resort mempunyai tiga swimming pool, lima restoran dan juga spa. Jadi korang tak perlu keluar dari resort ini.
Untuk explore kawasan sekitar, untuk ke Kilim Geoforest hanya beberapa minit sahaja. Galeria Perdana pun dekat saja.
Pantai Teluk Datai – Kalau sukakan alam semulajadi dan mahukan cuti di Langkawi yang dekat dengan pantai, boleh pertimbangkan resort-resort di Pantai Teluk Datai. Menginaplah di sini jika mahu habiskan masa di hotel-hotel terbaik Langkawi dan cuma sesekali keluar untuk ke tarikan pulau yang jauh dari sini.
Sesuai untuk mereka yang sukakan bunyi unggas dan ombak, the Andaman ini ada pantai peribadi sejauh 3 km.
Boleh masuk ke hutan dengan guide atau ikut serta memelihara batu karang di pusat konservasinya. Untuk si kecil, ada Young Explorer’s Club, untuk ibu ada C Hair Saloon dan V Spa dan ayah boleh lepaskan gian golf di ELF Club yang tak jauh mana.
Ini antara resort paling mewah di tepi pantai Teluk Datai. Resort berada dalam hutan dara berumur 400 juta tahun. Jika bernasib baik, boleh terserempak dengan ikan lumba-lumba di pantai.
Sesetengah villa ada private pool. Biliknya luas, restoran selera bertaraf antarabangsa dan suasana resortnya lebih cantik dari gambar-gambarnya.
Senang cerita kalau sukakan hutan dan pantai dan wang bukan masalah, ini adalah resort tepi pantai yang wajib dicuba.
Pantai Kok – Kawasan Pantai Kok ini adalah kawasan pantai di Langkawi yang ada pemandangan kapal-kapal peribadi di lautnya. Ia dekat kereta kabel Langkawi untuk mereka yang tak mahu memandu jauh.
Hotel dengan gaya kolonial ini adalah resort tepi pantai Langkawi yang mewah. Dan kalau cerita tentang swimming pool, ia ada kolam renang tiga tingkat yang juga terbesar dalam seluruh pulau ini.
Setiap bilik ada tub mandi dan balkoni manakala hotel dilengkapi spa, kids room dan empat restoran, termasuk restoran The Planters yang terkenal di Langkawi.
Pantai menghadap dua pulau kecil dengan pemandangan kapal-kapal peribadi, suasana seperti bercuti di luar negara. Untuk ke tarikan utama Langkawi seperti kereta kabel, cuma perlu memandu 10 minit dari sini.
Kalau suka bunyi ombak, ini antara resort tepi pantai Langkawi yang ada villa atas laut. Dekorasi bilik biasa saja, tapi besar dan selesa.
Nak honeymoon? Ambil chalet atas air sebab korang boleh layan jakuzi dari bilik sambil tengok berlabuhnya matahari senja.
Pantai peribadi ada di tepi pool besar, sesuai sangat untuk yang holiday dengan family atau pasangan.
Dibina selama 7 tahun, resort mewah Ritz Carlton Langkawi ini dikelilingi hutan yang dihuni monyet lemur dan burung enggang, sesuai untuk mereka yang mahukan cuti dengan bunyi alam semulajadi.
Dibuat dengan gaya Melayu-Siam, resort ini ada 90 suite yang luas dan 29 villa yang dilengkapi private pool.Selain bilik dengan pemandangan hutan atau laut, resort ini juga hadir dengan kolam infiniti, spa di platform atas laut, dan katil yang sangat selesa.
Ia ada pantai peribadi yang cantik, tapi tidak sebesar kebanyakan resort-resort lain.
Apa yang lebih istimewa dari tinggal di pulau peribadi masa cuti? Dari Langkawi ke sini, korang akan naiki bot dari Cenang. Kawasan di sini pemandangannya romantik, senang cerita sesuai sangat untuk mereka yang ingin honeymoon atau anniversary.
Kala liburan, makanan adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah budaya. Setiap satu menu yang dicuba menjadi manifestasi rasa lantas mengisi...