Pantai Mek Mas, Kelantan agak terpinggir daripada pembangunan namun pantainya indah dan belum terusik, menjadi tarikan pelancongan.
Walaupun berdepan dengan isu hakisan tanah pantai sebelum ini, namun hari ini Pantai Mek Mas menjadi tumpuan penduduk tempatan dan pengunjung luar untuk merasai pemandangan kawasan ala padang pasir yang luas. Selain itu, pengalaman yang tidak harus dilepaskan sekiranya berpeluang berkunjung ke sini adalah meluncur di atas bukit pasir atau gumuk. Jika teringin ingin mencuba aktiviti seakan di Lancelin Sand Dunes, Australia, anda boleh singgah sahaja ke Pantai Mek Mas.
Ada apa lagi yang menarik di pantai ini? Baca perkongsian daripada saudari Hidayati Saad
Pantai yang sesuai untuk ootd di Kelantan : Pantai Mek Mas!
Selain panorama dan aktiviti di pasirnya, pengunjung juga boleh ambik peluang untuk menjamu selera. Ada banyak gerai menjual makanan disekitar ini.
Ads
Jalan ke sini menghala ke Pantai Cahaya Bulan (PCB) Sebelum sampai ke PCB ada lorong ke Kedai Buloh dan lorong yang sama untuk ke kedai popular warung Pak Mat Pulau Pisang. Berdekatan juga dengan kedai popular Selera Signal. Ada beberapa kedai menjual keropok lekor. Boleh la cuba rasa keropok lekor Kelantan. Tapi, tak sesedap Terangganu ya.
Ads
Di Selera Signal boleh cuba makanan
Ads
Maggi telur Sotong
Teh Beng
Teh Dangdut
Warung Selera Signal kecil sahaja tapi selalu ramai orang. Sila rancang perjalanan anda jika ingin ke sini ya. Menu yang dicadangkan mungkin tak kena pada tekak orang lain. Bagi saya sedap dan berbaloi untuk cuba. Sila tepuk dada tanya selera.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Mesti ramai yang teringin bercuti kala ini. Sekian lama berkurung perasaan ingin bercuti tentunya menggebu-gebu namun buat masa ini, hasrat itu perlu dipendamkan dulu kerana negara dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Tapi korang boleh masukkan list Rumah Sungai di Lenggong, Perak ini sebagai destinasi bakal pergi kerana suasananya memang mendamaikan apatah lagi terletak betul-betul di hadapan sungai.
Jadi untuk korang yang nak bercuti santai bersama family atau kawan-kawan dan merasai suasana dikampung. Semuanya 3 chalet. 2 chalet yang berwarna coklat tu RM160/night, chalet hijau RM200/night.
Yang hijau ni ada aircond, water heater dan peti ais. Tapi sebenarnya tak ada aircond pun takpe.. malam sejuk giler. Nak mandi sungai, keluar bilik terjun je kat depan tu. Sungainya tak dalam dan sesuai untuk kanak-kanak.
Keluar Tol PLUS Kuala Kangsar terus je dalam 30 minit sampai la ke Rumah Sungai, Lenggong, Perak ini.
Harga bilik dah termasuk breakfast dan lunch. Breakfast boleh pilih nasi lemak/bihun goreng/nasi goreng. Untuk lunch pula boleh pilih set A/B/C, masakan kampung yang cukup awesome. Owner siap bagi jeruk petai dan durian lagi.. Perghh.
Untuk makan malam boleh sewa tempat BBQ, RM15 je. Kita bawak sendiri ayam/daging perap dan bahan lain. Memang syok tepi sungai yang sejuk sambil dengar air mengalir. Kepada sesiapa yang berhajat nak pergi selepas PKP, better rancang awal kot tahun depan, kalau main redah je nanti chance nak dapat chalet tu tipis la. Rumah Sungai #TravelPerakLah
Sumber : I Am Parit Buntar
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Mersing pekan kecil yang terletak 136km dari Johor Bahru. Namun, Mersing merupakan tempat mendarat pelancong dari pulau-pulau di Johor. Pulau ini mempunyai tarikan seperti memancing, menyelam skuba, snorkeling dan berehat di pantai. Ia hanya boleh diakses menggunakan bot. Jeti Mersing terkenal sebagai pusat pelepasan bot bagi 9 pulau termasuk Pulau Tioman, kecuali Pulau Sibu.
Terdapat 9 pulau di Johor
Terletak 80km dari Mersing, Pulau Aur adalah sebahagian dari Taman laut Johor. Ia semakin popular dikalangan pelancong kerana kolam semulajadi di luar pesisir pantai, batu karang berwarna -warni dan pantai yang cantik.
Dari Pulau Aur, anda boleh ke pulau kecil Pulau Dayang. Kedua-dua pulau ini terbaik bagi kaki selam skuba memandangkan Pulau ini jauh dari Pantai, air disini sangat jernih dan banyak spesis hidupan marin termasuk baracuda dan pari besar boleh dijumpai. Ramai pelancong Singapura datang ke sini.
Monsun timur laut membawa hujan lebat ke pulau sekitar November dan Mac, manjadikan pulau sukar diakses dan tidak selamat untuk aktiviti. Monsun tenggara juga hadir sekitar Mei dan September, menjadikan bulan-bulan lain waktu ideal untuk dilawati.
Menyelam skuba juga aktiviti yang kerap dilakukan disekitar pulau ini. Anda juga boleh akses Pulau Harimau yang berhampiran.
Walaupun pulau ini agak kecil (4 km panjang , lebar 1km) terdapat 4 resort untuk dipilih. D’Coconut yang paling selesa sementara yang lain menawarkan penginapan asas. Banyak aktiviti dan sukan air di sini. Bola tampar pantai berada di resort Aseana; anda boleh bermain dengan pengunjung lain. Serta padang golf 18 lubang juga ada disini.
Meskipun bahagian tengah pulau berbukit dan curam, terdapat beberapa denai untuk didaki. Anda boleh menggunakan khidmat pemandu arah yang akan membawa anda ke bahagian lain pulau. Anda juga boleh menghabiskan masa dengan penduduk tempatan di kelong mereka dan mempelajari cara menangkap ikan.
Pulau ini terletak 45km dari Mersing. Perjalanan mengambil masa sekitar 4-5 jam. Air disini amat jernih dan pasirnya keemasan bersih. Pulau ini menawarkan cerita rakyat tradisi orang kampung, pengalaman memancing dan merasa durian dan mangga dari dusun.
Hikayat pulau ini dipercayai lelaki Indonesia dan keluarganya belayar berhampiran Pulau. Kemudian malamnya bermimpi suara memanggil untuk menghuni pulau ini. Dari sinilah dapatnya nama Pulau Pemanggil. Kemudian semakin ramai orang dari Indonesia dan Pulau Aur datang menghuni disini.
Pulau ini memiliki batu karang cantik, hidupan laut yang banyak dan syurga bagi kaki pancing. Ramai mengatakan Pulau Pemanggil antara spot terbaik memancing laut dalam. Ikan marlin, ikan yu, ikan pari dan tuna antara yang selalu berada disini. Hanya terdapat Lanting Beach Resort di sini jadi pastikan anda menempah awal agar tidak kecewa.
Pulau kecil ini mendapat jolokan Maldives Malaysia. Ia terletak 16km dari Mersing. Tarikan utama ialah pantai bersih putih, hidupan marin dan batu karang cantik. Pulau ini dilitupi hutan yang tebal dan sukar untuk ditembusi. Kerana pulau ini kecil, tidak ada kemudahan pengangkutan di Rawa. Hanya 15 minit perjalanan untuk ke bahagian lain pulau.
Bahagian timur pulau, yang penuh dengan batuan besar tidak boleh diakses. Hanya ketika laut tenang, anda berpeluang berkanu sekitar pulau. Ini cara terbaik untuk melihat keindahan sekeliling pulau yang penuh dengan batuan serta sedikit gua. Anda dilarang melakukan aktiviti air ketika cuaca buruk kerana tidak ada jeti dan angin serta ombak akan menolak anda ke laut terbuka.
Mereka yang menggemari trekking, anda boleh mendaki 270 tangga ke puncak di bahagian timur pulau, memberi pemandangan persisir pantai Johor dan pulau berhampiran serta spot terbaik untuk sunrise dan sunset. Pulau ini juga boleh disinggah selepas melancong Pulau Tioman.
Juga dikenali sebagai Pulau Topi Jeneral oleh pelayar China beratus tahun dahulu. Ia terletak 32km dan 45 minit perjalanan dari jeti Mersing. Kaya dengan sejarah, dahulunya menjadi tempat singgah pedagang dan nelayan. Pulau ini memiliki pantai berish, bukit yang tinggi dan hutan yang tebal, pusat hidupan marin, kampung nelayan dan resort moden.
Pusat hidupan marin disini memberi pengetahuan yang baik terhadap pulau ini dan terlibat dalam program penetasan penyu dan penternakan kerang gergasi. Seperti biasa, aktivit-aktiviti seperti di pulau lain terdapat disini. Perjalanan 35-40 minit dan anda akan sampai ke air terjun dan kolam kecil yang cantik. Anda perlu mendapat pemandu arah kerana denai yang tidak mempunyai arah yang baik. Dari sini juga , anda boleh akses ke Pulau Sibu.
Di sebelah timur pulau terdapat 4 lagi pantai utama, yang menawarkan anda pantai putih bersih, air yang sangat jernih dan ketenangan. Pulau ini hanya kurang dari 1km luas dan keseluruhannya rata. Anda mudah akses dari satu tempat ke tempat lain. Tiada jalanraya di sini.
Di selatan pantai, pulau ini terlindung dari angin, menjadikan air seperti di tasik dan spot yang best untuk mandi. Terdapat juga pokok bakau di sekitar. Pulau Sibu hanya boleh diakses dari jeti Tanjong Leman. Bagi kaki skuba, ada pusat skuba, Sea Gypsy Village Resort, dimana kursus PADI boleh ditempah. Kampung Duku disini dikuasa sepenuhnya menggunakan solar.
Pulau ini tidak berpenghuni. Rupa muka bumi pulau ini seolah anda berada di luar negara. Terdapat rumah api di puncak bukit dan dibuka kepada pelawat. Ia juga boleh diakses dari jeti Mersing. Ramai datang ke sini untuk selam skuba dan snorkeling. Pulau ini mempunyai gua ringkas dan mempunyai kolam lagun yang cantik. Menurut penduduk tempatan, dahulu pulau ini dipercayai menjadi lokasi singgah berteduh bagi lanun. Namun, tidak dapat dipastikan kebenaran cerita tersebut.
Pulau Dayang teletak sebelah Pulau Aur. Ia juga antara spot terbaik untuk melihat hidupan marin. Pulau ini juga sempuna untuk anda relaks bercuti sambil melakukan aktiviti air.
Ia juga terkenal dikalangan penyelam skuba kerana lokasi ini mudah dijumpai ikan yu, paus dan ikan pari. Disini disediakan kursus menyelam untuk mereka yang baru dan berpengalaman. Sesi menyelam ini biasanya dijalankan pada Februari – November. Terdapat beberapa hotel dan resort disini.
Pulau Tengah adalah milik peribadi dan terletak 15km dari jeti Mersing. Pulau ini terkenal kerana dahulunya menjadi tempat berlindung pelarian Vietnam pada tahun 70an dan telah ditutup pada tahun 80an.
Ini memberi perspektif sejarah terhadap pulau ini selain ia juga antara lokasi bagi rancangan TV Expedition Robinson. Pulau Tengah antar pulau yang digazet di Johor sebagai Taman Laut kerana hidupan marin yang pelbagai dan kecantikan terumbu karang. Pulau ini lebih popular berbanding pulau lain di Johor. Seperti biasa, anda boleh melakukan aktiviti air seperti di pulau lain.
Jom cuti-cuti Malaysia!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tenang dan selesa, tempat ini hanya 40 minit dari Kuala Lumpur, Qowiy Village di Hulu Langat, Selangor adalah destinasi glamping yang sempurna untuk anda yang suka berdamai dengan alam semula jadi.
Ada pelbagai jenis penginapan unik, pasti pengunjung akan menikmati percutian yang tak memuaskan. Berikut adalah beberapa tarikan utama:
Sesuai untuk 6-10 orang, dom ini memberikan keselesaan di tengah kehijauan.
Terletak 20 meter dari sungai, rumah yang comel ini boleh memuatkan 3-4 orang.
Ideal untuk 2 orang, unit berbentuk tiub ini menawarkan pengalaman glamping yang unik.
Rumah A-Shape dengan Jacuzzi: Sama ada di tepi sungai atau kolam, unit ini sesuai untuk 4-6 orang.
Penginapan yang unik untuk 2-3 orang.
Unit yang selesa untuk 2 orang.
Bilik semua ada aircond, TV, and katil selesa. Toilet di semua unit ada kecuali tube unit sahaja toilet di luar.
Fasiliti lain, ada kolam renang dewasa dan kanak-kanak. Boleh juga BBQ kalau datang dengan kawan-kawan atau family sebab BBQ pit tu ada. Jacuzzi tu nampak je kecik tapi muat la dua orang.
Resort ini mesra kanak-kanak, mudah diakses kerusi roda dan selain kolam renang ada kawasan sungai persendirian. Jika anda mencari ketenangan, Qowiy Village adalah pilihan yang tepat.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...