Baru-baru ini tular mengenai kenyataan beberapa pelanggan AirAsia yang keliru dengan polisi baharu bagasi kabin syarikat tersebut sehingga menyusahkan urusan penerbangan mereka.
Sebaik-baiknya, sehari sebelum anda menggunakan apa jua penerbangan yang beroperasi ketika ini disarankan untuk memeriksa garis panduan dan syarat-sayarat yang ditetapkan setiap syarikat penerbangan. Ini sangat penting kerana ketika pandemik, garis panduan senantiasa ditukar, berubah dan diguna pakai mengikut keadaan dan situasi semasa. Untuk pengetahuan anda, Syarikat penerbangan tambah murah, AirAsia telah pun mengeluarkan garis panduan baharu berkenaan jenis bagasi yang dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam kabin. Polisi baharu itu dibuat selepas ruang storan bagasi di atas kepala penumpang juga tidak boleh digunakan ketika ini. Difahamkan, keputusan itu adalah bagi mengurangkan pergerakan dan amalan penjarakan sosial antara penumpang di dalam pesawat.
Ads
Menerusi artikel Polisi Penjarakan Sosial Bagasi Kabin hanya salah satu daripada tiga jenis bagasi kabin yang dibenarkan bagi setiap penumpang. Tiga jenis beg tersebut adalah beg komputer riba, beg tangan dan beg kecil.
Ads
Bagaimanapun, setiap penumpang hanya dibenarkan membawa sebuah bag. Ini tiga jenis bagasi kabin yang dibenarkan dibawa masuk ke dalam kabin AirAsia. Malah, beg yang dibenarkan dibawa masuk ke dalam kabin perlu memenuhi tiga syarat ini:
Tidak boleh melebihi 40cm (Ketinggian) x 30cm (Lebar) x 10cm (Panjang)
Tidak boleh melebihi berat 7kg
Boleh dimuatkan di bawah tempat duduk hadapan
Ads
Jika dahulu, para penumpang boleh meletakkan bagasi di ruang bagasi kabin, namun kini tidak lagi, hanya di bawah kerusi hadapan. Bagaimanapun, jika bagasi kabin penumpang tidak boleh dimuatkan di bawah tempat duduk di hadapan, para penumpang dibenarkan mendaftar masuk masuk secara percuma bagasi kabin dengan syarat bagasi tersebut tidak melebihi berat 7kg. Sekiranya berat beg tersebut lebih dari 7 kg, caj tambahan akan dikenakan untuk setiap kilogram berat lebihan tersebut.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Buat anda yang merancantg untuk melancong dan bercuti dalam masa terdekat mungkin terpaksa melupakan hasrat itu. Dengan kondisi semasa kita harus sahut seruan kerajaan untuk terus berada di rumah dan ikut segala SOP demi keselamatan semua.
Anggaplah masa sekarnag sebagai masa terbaik untuk menabung dan menyimpan. Anda boleh rancang untuk berseronok selepas tamatnya PK
Nah ini caranya untuk semua simpan duit dengan cara yang betul tanpa membebankan. Kalau tak percaya, cuba 5 tips ini!
Memang ramai yang sudah berjaya simpan duit dengan cara ni. Admin pun salah seorang yang mempraktikkan teknik duit ganjil ni. Caranya, setiap kali korang ada duit yang berjumlah ganjil seperti RM1, RM5 atau RM20, korang asingkan siap-siap dalam tabung ataupun sampul dan jangan guna duit tu langsung. Mula-mula tu memang susah sikit nak kawal perasaan untuk tidak menggunakan duit itu tapi lama kelamaan, korang akan terbiasa dengan sendiri. Korang akan mula rasa tak sampai hati nak guna duit tersebut kerana jika korang guna duit tu maka korang akan terlepas peluang untuk pergi melancong seperti rakan-rakan korang yang lain.
Duit kutu ni biasanya akan ada ‘geng’ yang bermain bersama-sama mengikut tujuan masing-masing. Lagi ramai, lagi seronok dan semangat nak main kutu sebab selain dapat beranakkan duit, korang jugak dapat menyimpan. Sistem duit kutu ni mengikut system undian bagi menentukan giliran siapa yang bakal menerima duit tersebut. Korang dah boleh rancang awal-awal untuk menggunakan duit kutu sebagai beli tiket penerbangan atau membayar duit hotel.
Dulu sewaktu kita masih kecil, sudah pasti ibu bapa kita selalu memberi galakkan kepada kita untuk menabung. Menabung jugak salah satu cara mudah untuk simpan duit tau. Tapi, korang kena pastikan tabung tu susah untuk dibuka. Tapi, pastikan korang dah set target jumlah yang korang nak simpan seiring dengan tarikh pelancongan korang. Bila sampai masa yang sesuai, baru korang pecahkan tabung terebut dan hasil menabung tu boleh dijadikan modal untuk pergi melancong.
Teknik ni sangat berkesan kerana anda akan berasa segan untuk meminta duit simpanan anda jika bukan bertujuan untuk pergi melancong. Tiap-tiap bulan, asingkan sejumlah duit dan bagi pada individu yang dipercayai untuk simpan.
Tapi kebiasaannya, kalua korang bagi mak korang yang pegang duit, dah pasti korang semua kecut perut nak mintak duit tu. Mesti mak korang akan serang dengan macam-macam soalan. Sampai kelu lidah la nak menjawabnya. Haha!
Rasanya, ramai diantara korang yang dah tahu tentang kebaikan menyimpan dalam akaun ASB. Selain dapat menggandakan duit simpanan, menyimpan di ASB juga salah satu cara untuk korang menyimpan dengan selamat.
Korang akan mula rasa sangat rumit untuk menunggu di cawangan-cawangan ASB yang ada semata-mata mahu keluarkan duit. Selain tu, ASB juga memberikan dividen yang agak tinggi pada hujung tahun. Lagi banyak korang simpan, lagi banyaklah korang dapat!
Jadi, korang tidak perlu rasa rendah diri dan sedih lagi bila ternampak gambar-gambar kawan-kawan korang pergi bercuti! Sebabnya korang pun mampu apa pergi bercuti.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau ke Cameron Highland, memang geram lihat buah-buah strawberi yang merah menyala tu. Kalau ada peniaga jual borong, lagilah rasa nak beli semua. Cuma masalahnya buah strawberi ni tak tahan lama. Beli banyak tapi bila sampai dekat rumah, alahai…tak boleh simpan lama pula.Walaupun simpan dalam peti sejuk, sehari dua buah akan jadi lembik, berkulat dan benyek. Namun ada petua yang boleh dicuba untuk simpan buah strawberi ni supaya boleh tahan samapi 2 minggu. Jom lihat cara-caranya.
CARA SIMPAN BUAH STRAWBERI AGAR TAHAN LAMA
BAHAN-BAHAN:
CARA-CARA:
1. Keluarkan strawberi dari bekasnya. Buang buah yang busuk dan kotoran yang ada pada buah.
2. Basuh bersih buah menggunakan air paip yang mengalir. Toskan.
3. Dalam bekas berlainan, masukkan air dan garam. Kacau hingga garam larut.
4. Masukkan buah strawberi tadi ke dalam air garam. Pastikan tenggelam.
5. Toskan sekali lagi dengan letak buah satu persatu dalam penapis. Elakkan tuang sekaligus semua sekali kerana buah ini cepat lebam dan berair.
6. Ambil tisu dan lap buah bagi mengeringkan lebihan air.
7. Letak buah dalam bekas asalnya dan simpan dalam peti sejuk di bahagian chiller. Hasilnya buah strawberi boleh tahan selama 1-2 minggu.
Selamat mencuba!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Saban tahun berjuta-juta umat Islam dari serata dunia juga tidak terkecuali rakyat Malaysia akan berkumpul di Tanah Suci Mekah bagi menunaikan rukun Islam kelima dan yang terakhir iaitu menunaikan haji. Ibadah haji adalah wajib bagi setiap umat Islam yang mampu dari segi tahap kesihatan serta kewangan untuk menunaikannya.
Manakala Umrah pula merupakan ibadat yang wajib dilakukan sekali seumur hidup bagi umat Islam yang mukallaf iaitu memenuhi lima syarat iaitu Islam, baliqh, berakal, merdeka dan berkemampuan.Berkemampuan di sini bermaksud ada kenderaan pergi balik dan ada bekalan makan serta minum ketika melaksanakan ibadat umrah.
Jika terpilih untuk menunaikan haji dan umrah, tumpulah perhatian untuk memanfaatkan peluang ini dengan sebaik-baiknya. Buat persediaan dari tanah air untuk menjadi seorang hamba Allah yang benar-benar berkunjung ke Mekah sebagai tetamu-Nya. Tidak lupa juga kelengkapan dan peralatan yang perlu di bawa ketika menjejakkan kaki di Tanah Suci.
Ada ahli keluarga yang bakal naik haji tahun ni? Ini ada tip persiapan apa yang perlu disiapkan sebelum berangkat.
1. Bawak berus & sabun cap buruh/buku untuk basuh baju dll. Sebab dia tahan kena air. Sabun serbuk di sana kuat boleh reput kain. Di hotel ada servis dobi kena bayar.
2. Bawa extension cord. Banyak jasanya berkongsi dgn kawan sebilik untuk caj telefon.
Banyak jasanya nanti di Mina. Bawak juga Internasional adapter two pin.
3. Bawa tali ampai & kepit baju. Buat gantung baju dalam bilik. Keringkan baju di bumbung hotel. Ada juga buat ampaian di tangga.
4. Bawa ubat panadol dll . Banyak gunanya untuk diri sendiri dan kawan-kawan. Terutama di kem Mina.
5. Bawa Quran kecik yg sendiri punya. Senang nak baca di mana-mana. Niat nak khatam di Mekah.
6. Makanan di sana tak pedas, banyak guna sos tomato. Bawa cili sos, kicap, sambal dah siap dibotolkan/diplastikkan.
7. Masa ke Muzdalifah bawa sudu untuk korek tanah cari batu kecil (untuk melontar) dan jangan cari di Mina. Ada yg cari di Mina tapi sukar sebab ramai orang. Kumpul batu bagi lebih sikit masuk siap2 dlm uncang. Lampu suluh kecil jangan lupa. Siap melontar, batu yang lebih dibuang. Haram bawa balik ke Malaysia.
8. Di dalam Masjidil Haram tidak boleh duduk dekat suami isteri waktu solat. Polis dan pegawai masjid akan arah isteri ke saf lain, jadi jika takut terpisah bila isteri di suruh ke saf lain, janji dgn isteri di luar masjid di satu tempat yg dijanjikan (pilih satu mercu tanda). Jika nak iktikaf bukan waktu solat boleh bersama suami isteri. Elok pergi dalam kumpulan rakan sebilik. Jika terpisah pun tak risau.
9. Ingat mercu tanda dan bangunan semasa ke masjid, supaya tak sesat. Jika ada telefon lagi baik. Senang nak hubungi.
10. Pilih rangkaian telefon yg senang nak top up saperti Zain dan Mobily tetapi STC agak susah sikit. Biasanya TH akan bagi simkad Mobile, kena top up. Jika top up 100Riyal boleh guna Whatsapp untuk whatsapp ahli keluarga. Pakej Mobily dan Zain ada yang 10GB data berharga SR120. Boleh topup di kaunter Mobily/Zain di dalam Zam Zam tower.
11. Di hotel ada perkhidmatan tel guna kad iTalk lagi jimat jika nak call keluarga di Malaysia. Jika pandai guna line internet hotel buat panggilan video dll.
12. Di hotel ada klinik dan perkhidmatan keluar duit TH, boleh keluar duit hari hari yg mampu nak shopping. Kalau lebih boleh simpan balik.
13. Masa Taklimat sebelum flight ada kaunter utk tukar duit Saudi Riyal di TH untuk
duit poket.
14. Bila ke masjid pakat kawan-kawan sebilik siapa gilir gilir boleh ambil nasi makanan tengah hari dan malam ikut bilangan kawan-kawan sebilik. Ambil letak di bilik.
15. Tok Arab di sana ramai pandai cakap melayu tak perlu risau jika nak beli apa apa, jgn takut minta tawar.
16. Patuh pada arahan TH. Masa pergi melontar jangan ikut jalan lain atau turun tangga. Nanti sesat.
17. Jika nak beli Al Quran untuk wakaf di Masjid pastikan yg ada tali kuning dicetak di Madinah. Jangan beli yang tali biru dan hijau. Jika diletak di masjid akan diambil oleh pekerja masjid. Hanya Al Quran cetakan Madinah dibenarkan diletak didalam masjid.
18. Sebelum pergi kena banyak buat solat hajat, solat sunat taubat dll dan minta juga dipermudahkan segala urusan. Mudah mudahan dimaqbulkan.
19. Seelok nya sepanjang masa menunaikan Haji, jangan banyak bercakap dan cuba ‘vow of silence’, bercakap jika perlu sahaja.
20. Sabar, sabar dan sabar. Kesabaran setiap jemaah Haji akan diuji di tanah suci.
21. Semasa di Mina tentu ada jemaah degil yang akan melaksanakan lontaran dahulu dan tidak mengikut nasihat TH. Jangan ikut mereka ini dan tunggu arahan TH bila masa sesuai untuk melontar.
22. Bawa botol spray air kecil jika selalu terbatal wudu dalam masjid. Belajar cara mengambil wudu menggunakan sapuan air dari botol spray.
23. Jangan menolak jemaah lain dengan sengaja walaupun ditolak. Setiap niat buruk, Allah akan balas secara cash.
24. Jangan terlalu gigih melaksanakan umrah sunat sebelum wuquf kerana dikhuatiri demam urat semasa wuquf. Selepas haji, buatlah seberapa banyak umrah yang boleh
25. Ada makanan/minuman ‘diuretic’ yang menyebabkan kerap untuk buang air kecil dan menyusahkan semasa didalam masjid saperti teh, tembikai, limau dll. Cuba elakkan.
26. Belajar berkompromi dengan rakan satu bilik selama lebih sebulan bersama. Ada yang tak tahan sejuk aircon dan ada yang tak tahan panas.
27. Semasa wuquf di Arafah jangan buang masa bersembang kerana waktu sangat suntuk untuk beribadah/berdoa/berzikir antara gelincir dan terbenam matahari.
28. TH ada menyediakan bilik baraqah untuk jemaah yang berkelamin tetapi queue nya panjang.
29. Kedai money changer yang paling bagus rate adalah di GF Safwa tower bersebelahan pintu masuk ruang parking.
30. Datang awal ke masjid sebelum masuk waktu untuk elakkan kesesakan.
31. Kalau nak ubah selera ada food court di Hilton tower menjual ikan yang digoreng bersama bawang, lada dan spices atas hot plate bersesuaian dengan selera kita dengan harga SR25.
32. Selipar jepun adalah selipar yang paling tidak comfy dan orang jepun sendiri tidak memakainya. Cari selipar yang comfy di Malaysia kerana akan memakainya setiap masa ditanah suci. Lagi pun 50% jemaah Haji serata dunia (1 juta orang) akan memakai flip flop serupa dan akan senang hilang atau bertukar.
33. Sekarang pendaftaran simcard perlukan nombor visa dan pengimbasan cap jari. Sila ambil gambar visa dengan hp sebagai rekod kerana paspot akan disimpan oleh muassasah. Ada pekerja bangla menjual simcard ‘Lebara’ telco tanpa perlu pendaftaran. Celcom ada pakej Haji unlimited data (bersama Mobily) dengan rate yang berpatutan.
34. Download apps IMO ( penganti Wassap : incase tidak dapat guna)
Sila share untuk panduan semua. Save as note. Moga di rezekikan dijemput Allah untuk menjadi tetamu di rumah Allah menunaikan haji & umrah ♥
Sumber: Ir.Haji Zainuddin Bin Haji Omar
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kala liburan, makanan adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah budaya. Setiap satu menu yang dicuba menjadi manifestasi rasa lantas mengisi...