
Sudah menjadi adat di kebanyakkan negara, seperti di Indonesia rakyatnya akan pulang ke kampung halaman untuk menyambut perayaan besar. Pergerakkan dalam jumlah yang besar ini selalunya akan berlaku di bandar-bandar utama.
Namun, disebabkan kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat dan sudah menular ke semua 34 provinsi di Indonesia, dengan jumlah kematian bertambah setiap hari. Rakyat Indonesia diberi amaran keras agar tidak pulang ke kampung halaman ketika ini. Jika didapati bersalah mudik atau balik ke kampung bagi menyambut Ramadan atau Aidilfitri 1441 Hijrah boleh dikenakan hukuman penjara dan denda.
Larangan bermudik itu berkuat kuasa 24 April 2020, mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman maksimum penjara setahun dan denda maksimum Rp100 juta (hampir RM30,000).
Sebelum ini, kerajaan Indonesia pernah mengeluarkan kenyataan bahawa rakyatnya di benarkan untuk pulang ke kampung halaman untuk berhari raya. Pemerintah Indonesia hanya menasihatkan agar orang ramai tidak bermudik dan larangan itu dikuatkuasakan kepada anggota polis, tentera dan penjawat awam sahaja.
Baca: https://www.libur.com.my/indonesia-benarkan-rakyat-balik-kampung-sempena-aidilfitri-nanti/
Terkini, Presiden Indonesia, Joko Widodo mengumumkan rakyat negara itu dilarang ‘bermudik’ atau balik kampung bagi menyambut Aidilfitri 1441 Hijrah dalam usaha menangani penularan pandemik COVID-19.
“Mudik semuanya akan kita larang,” kata Jokowi di Istana Presiden Jakarta dalam siaran langsung yang disiarkan YouTube rasmi Sekretariat Presiden.
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tiket Percuma Ke Genting SkyWorlds Untuk Korang Yang Lahir Bulan Ogos. Jom Redeem!

Berita baik untuk korang yang lahir pada bulan Ogos! Pusat peranginan terkenal, Resort World Genting memberikan tiket percuma kepada 57 orang setiap hari untuk memasuki Taman Tema terbaru dan terbesar di Asia, Genting Skyworlds.
Untuk korang yang dilahirkan pada bulan kemerdekaan ini jangan lepaskan peluang untuk mendapat tiket percuma bagi tempoh lawatan sehari dan boleh dituntut di kaunter masuk yang terletak di Genting Highlands.
Tunjuk sahaja kad pengenalan atau pasport korang di kaunter tiket, 57 pengunjung pertama yang bertuah dan lahir pada bulan Ogos akan diberikan tiket percuma.
Terma & Syarat
- Promosi ini sah dari 01 – 31.08.2022 sahaja.
- Promosi ini terhad kepada 57 tetamu pertama setiap hari yang menebus promosi ini di Kaunter Tiket yang terletak di Taman Tema Genting SkyWorlds.
- Untuk menebus Tiket 1 Hari Genting SkyWorlds (Tiket) percuma, tetamu mesti lahir pada bulan Ogos. Tunjukkan NRIC/pasport anda yang sah di Kaunter Tiket.
- Promosi ini terhad kepada satu (01) penebusan bagi setiap kad pengenalan/ pasport.
- Ride tertentu, tarikan, hiburan, restoran atau tawaran lain mungkin tidak tersedia, diubah suai atau beroperasi pada kapasiti yang dikurangkan dalam tempoh ini.
- Untuk mengikuti perkembangan terkini waktu operasi, jadual hiburan secara langsung, ride dan tarikan yang tersedia, muat turun aplikasi mudah alih Genting SkyWorlds.
- Sebarang penukaran tarikh untuk tiket percuma tidak akan dilayan.
- Tiket tidak boleh dipindah milik, tidak boleh dijual semula, ditukar dan/atau tidak boleh dikembalikan dalam apa jua keadaan, termasuk faktor di luar sebarang keadaan termasuk faktor luar kawalan munasabah (cth.: jerebu, cuaca buruk, rusuhan atau mogok) dan akan batal jika diubah, dicemari dan/atau diusik.
- Semua pengunjung mesti mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan dalam www.gentingskyworlds.com/rules-regulations.
- Terma dan syarat operasi lain mungkin dikenakan.
Promosi yang dijalankan ini sah sepanjang bulan Ogos ini, jadi yang lahir pada bulan ini jangan lepaskan peluang ya! Cepat pergi redeem tiket boleh lah korang main sampai puas sempena bulan ulang tahun korang!
Sumber: Resort World Genting
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pelanggan Terjejas Penerbangan AirAsia Boleh Pilih Kredit Atau Tukar Tarikh Penerbangan

Penumpang AirAsia yang mempunyai tempahan penerbangan pada tarikh antara 23 Mac 2020 dan 31 Julai 2020 boleh memilih antara Akaun Kredit dengan tempoh sah selama dua tahun atau pertukaran penerbangan tanpa had untuk perjalanan sehingga 31 Oktober 2020.
Ketua Pegawai Bahagian Kebahagiaan Pelanggan Kumpulan AirAsia, Adam Geneave berkata, semua Akaun Kredit yang dikeluarkan sebelum ini untuk gangguan berkaitan Covid-19 akan turut diberi lanjutan tempoh sah secara automatik sehingga dua tahun untuk perjalanan akan datang.
“Pelanggan mempunyai pilihan untuk menukar tarikh penerbangan tanpa had di mana tarikh penerbangan boleh ditukar sebelum 31 Oktober 2020 untuk laluan sama tanpa had dan tanpa bayaran tambahan tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk,” katanya.
Pelanggan juga boleh mengekalkan nilai tambang tempahan ke dalam akaun Ahli AirAsia BIG yang boleh ditebus dalam masa 730 hari kalendar (dua tahun) bermula dari tarikh yang dikreditkan untuk perjalanan masa akan datang. Tarikh perjalanan boleh dibuat pada bila-bila masa selagi mengikut jadual penerbangan yang dikeluarkan di airasia.com
Penumpang yang layak boleh merujuk kepada Panduan Covid-19 untuk langkah-langkah berhubung dengan bot sembang AVA di support.airasia.com atau airasia.com untuk membuat pilihan mereka dengan segera.
Dalam minggu akan datang, tempoh sah untuk semua Akaun Kredit yang belum digunakan yang dikeluarkan oleh penumpang terjejas akibat gangguan perjalanan Covid-19 terdahulu akan turut dilanjutkan secara automatik kepada dua tahun. Semua maklumat ini terpakai hanya untuk tempahan dalam talian yang dibuat secara langsung dari laman web airasia.com. Untuk tempahan berkumpulan atau tempahan yang dibuat melalui ejen pelancongan, sila rujuk kepada ejen untuk bantuan seterusnya.
Sumber: Hmetro
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 Pilihan Bufet Ramadan Hotel Kat KL & Selangor, Variasi Hidangan Membuka Selera Sepanjang Bulan Puasa!

Bila tiba Ramadan memang meriah dengan buffet Ramadan yang menawarkan pelbagai hidangan enak untuk dinikmati. Sesekali nak merasa berbuka di luar dan menikmati pelbagai hidangan enak bersama yang tersayang apa salahnya kan.
Bagi yang tercari-cari kat mana nak berbuka, Libur berikan pilihan hotel di Kuala Lumpur dan Selangor yang menawarkan buffet Ramadan. harga berpatutan, makanan pun sedap-sedap!
- Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam
Berkonsepkan Nostalgia Ramadan Bersama Mardhiyah Hotel & Suites (MHS), pengunjung dapat mengembalikan memori saat berbuka puasa bersama yang tersayang dengan lebih daripada 100 hidangan di bufet Ramadan di sini.
Pilih sahaja aneka makanan dari Makanan Melayu seperti GUlai Lemak Padang Urat Keting, Siakap Berlada Nanas, Rendang Kambing dan banyak lagi. Selain itu jangan lupa singgah di stesen makanan lain seperti Salad & Kerabu Warisan yang menyajikan aneka jenis kerabu, Salai & Panggang, Satay Station, Kawah-kawah dan pelbagai lagi.
Terdapat 3 F&B yang ada di MHS yang anda boleh pilih untuk berbuka nanti. Harga dan masa seperti berikut:
Royale Songket Restaurant
2 Ramadan – 29 Ramadan (24 Mac-20 April 2023)
RM155 Net – Dewasa
RM120 Net – Warga Emas (60 tahun ke atas)
RM100 Net – Kanak-kanak (6-12 tahun)
Tung Yuen Chinese Restaurant
9 Ramadan – 29 Ramadan (31 Mac – 20 April 2023)
RM125 Net – Dewasa
RM105 Net – Warga Emas (60 tahun ke atas)
RM85 Net – Kanak-kanak (6-12 tahun)
Borak-borak Café & Lounge
9 Ramadan – 29 Ramadan (31 Mac – 20 April 2023)
RM90 Net – Per set/ Dewasa
RM65 Net – Per set/Kanak-kanak (6-12 tahun)
Info lanjut boleh layari: www.mardhiyyahhotel.com
- Hotel Pullman Kuala Lumpur Bangsar
Pengunjung akan disajikan dengan lebih daripada 150 hidangan untuk berbuka puasa. Berkonsepkan Khazanah Sajian Desa yang dibawakan khas oleh Chef Borhan. Antara menu yang perlu anda cuba tentunya sajian istimewa daripada Chef Borhan iaitu Gulai Kawah Istimewa yang menggunakan 13 rempah yang berlainan.
Tak lupa juga kambing panggang kini kembali atas permintaan ramai. Jangan lupa juga minum teh tarik yang dibuat segar atas permintaan pengunjung disamping hidangan lain yang pelbagai.
Khazanah Sajian Desa 2023 @Pullman Kuala Lumpur Bangsar
27 Mac – 21 April 2023
RM188 Net – Dewasa
RM98 Net – Warga Emas (60 tahun ke atas) & Kanak-kanak (6-12 tahun)
Info lanjut, layari: https://www.facebook.com/PullmanKLBangsar
- Mövenpick Hotel and Convention Centre KLIA
Hidangan bufet eksklusif di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA di Restoran Temasya bermula dari 25 Mac hingga 20 April 2023, Menawarkan lebih daripada 120 menu untuk dipilih. Bertemakan “Bazaar Ramadan Nostalgia Selera Orang Kita” anda bakal disajikan dengan hidangan tradisional dan antarabangsa yang akan mengembalikan kenangan zaman kanak-kanak anda
Pasukan dapur mereka di bawah bimbingan Chef Al Fitri mempersembahkan 17 gerai istimewa dengan sentuhan “Kampung” Pelbagai hidangan lazat boleh anda dapatkan di seluruh Temasya dan Anjung Tinjau yang menampilkan Temasya gulai kawah signature, nasi lemak kukus tong kayu, sate, sup pilihan, kambing panggang dan banyak lagi.
Bazar Ramadan Nostalgia Orang Kita @ Mövenpick Hotel and Convention Centre KLIA
25 Mac – 20 April 2023
RM138+ – Dewasa
RM98+ – Warga Emas
RM65+ – Kanak-kanak (7-12 tahun)
Info lanjut, layari: https://www.movenpick.com/klia
- Avante Hotel
Terletak di Bandar Utama, hidangan istimewa di Chek’s Coffee House, AVANTÉ Hotel musim ini disajikan oleh Chef Arih bin Ahmad, mengimbau kenangan indah masakan ibunya — Daging bakar masak lemak, klasik Negeri Sembilan. Menggunakan serai, cili padi dan kunyit, daging salai (‘daging salai’) kemudiannya digandingkan dengan santan berkrim dan belimbing besi, gabungan yang menggabungkan rasa pedas, kaya dan berasap, hidangan tradisional yang membangkitkan selera.
Satu lagi hidangan utama ialah Kambing Golek yang lembut, berair, dipanggang dan dihidangkan secara langsung di bufet. Hidangan klasik yang sering menjadi pilihan termasuklah Rendang Ayam, Ketupat Palas, Sate, Sup Gear Box, Ikan Bakar, Shawarma, Sotong Belado, Nasi Tomato, Sup Kambing & perut and dan banyak lagi!
Pilihan hidangan antarabangsa yang menarik juga turut dihidangkan: ketam goreng lada hitam, sushi & sashimi, sotong masam manis, BBQ stik, chicken chop dan daging lembu goreng Mongolia.
Santapan Rasa Sayang 2023 Buffet Dinner
23 March – 21 April 2023
RM208 nett (dewasa)
RM148 nett (warga emas)
RM104 nett (kanak-kanak)
Info lanjut, layari: https://www.avantehotel.com.my/
- Cyberview Resort & Spa
Buffet Warisan Rasa Ke-25 di Verandah Restaurant yang bermula dari 23 Mac hingga 21 April 2023 akan menyajikan hidangan tempatan dan fusion lazat untuk para pengunjung. Lebih daripada 250 hidangan berbuka puasa untuk anda nikmati di sini, memang berbaloi untuk datang.
Buffet Warisan Rasa
23 Mac – 21 April 2023
RM148 Net – Dewasa
RM78 Net – Kanak-kanak (4-12 tahun)
RM98 Net – Warga emas (60 tahun ke atas)
Info lanjut, layari: http://www.cyberviewresort.com
- Hotel Concorde, Kuala Lumpur
Concorde Hotel Kuala Lumpur menyajikan hidangan bufet berkhasiat pada Ramadan ini di Melting Pot Cafe. Hidangan bufet Buka Puasa menampilkan pelbagai hidangan menarik: hidangan klasik kampung tradisional dan hidangan istimewa Thai.
Bufet yang bermula 23 Mac sehingga 21 April ini menyajikan hidangan Klasik kampung seperti Sup Gear Box, Sup Ekor, Laksa Johor dan banyak lagi. Anda juga boleh cuba hidangan istimewa Thai antaranya Kway Teow Nam (Thai Noodle Soup), Gaeng Massaman Neua (Massaman Beef with Potatoes), Pla Muek Tod Kra Tiam (Deep-fried Squid with Garlic and Pepper), Pad Krapow Kung (Sauteed Shrimp with Basil) dan banyak lagi.
Gabungan Duo Rasa Ala Kampung & Thai @ Hotel Concorde, Kuala Lumpur
23 Mac – 21 April 2023
RM178 nett (dewasa)
RM89 nett (kanak-kanak)
Info lanjut, layari: https://kualalumpur.concordehotelsresorts.com/
- Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur
TAMU Hotel & Suites Kuala Lumpur membawa anda suasana kemeriahan sambutan Ramadan Masjidil Haram, Mekah di Masjid Jamek Kampong Bharu, Kuala Lumpur Kemudahan dan keselesaan yang ditawarkan tiada tolok bandingnya.
Setelah menikmati juadah iftar di Suasana@27, dengan jarak hanya beberapa langkah, para tetamu dan pengunjung, dapat mengimarahkan Ramadan dengan menunaikan ibadah Solat Tarawih dan Qiamulail di masjid yang bersejarah ini.
Jelajah Selera Bersama TAMU
23 Mac – 21 April 2023
RM169 Net Dewasa
RM98 Net Warga Emas
RM85 Net Kanak-kanak
Info lanjut, layari: https://www.tamuhotel.com/
- Perdana Kuala Lumpur City Centre
Sepanjang bulan Ramadan yang mulia, manjakan diri anda dengan bufet “Ramadan dari Dapur Binjai” di Perdana Kuala Lumpur City Centre dengan lebih 150 juadah tradisional yang disediakan oleh cef pakar di 10Binjai.
Daripada pilihan pembuka selera yang meriah kepada hidangan utama yang membangkitkan selera dan pencuci mulut yang lazat, nikmatinya bersama keluarga dan rakan anda.
Ramadan Dari Dapur Binjai
24 Mac – 19 April 2023
RM148 Net seorang
Info lanjut, layari: https://perdana.attanahotels.com/perdana-klcc/
- Royale Chulan, KL
Bertemakan Citarasa Nusantara, nikmati aneka juadah istimewa pada bulan Ramadan ini di Royale Chulan Kuala Lumpur. Selepas menikmati makanan berbuka, tempat solat terawih turut disediakan. Yang nak bayar zakat, kaunter zakat juga ada disediakan di sini.
Citarasa Nusantara
RM200 – Dewasa
RM140 – Kanak-kanak
RM170 – Warga Emas
Info lanjut, layari: https://www.royalechulan.com/KualaLumpur/Home.aspx
- Hotel Mercure Kuala Lumpur Glenmarie
Kembalikan kenangan Makan Malam Bufet Nostalgia Selera Kampung di Hotel Mercure Kuala Lumpur Glenmarie! Manjakan diri dengan aneka juadah tradisional dan temui semula citarasa kampung halaman kita. Daripada rendang yang lazat hingga kambing yang dibakar dengan cantik, bufet Ramadan di sini mempunyai sesuatu untuk semua orang. Bawa rakan dan keluarga anda, dan mari kita bersama-sama kembalikan nostalgia!
Nostalgia Selera Kampung
24 Mac – 20 April 2023
RM138 Dewasa
RM65 Warga Emas dan Kanak-kanak (7-11 tahun)
Info lanjut, layari: https://www.facebook.com/mercureklglenmarie
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI