medium.com

Meskipun dunia termasuk Indonesia sedang berperang dengan wabak COVID-19, negara tersebut membuat keputusan untuk membenarkan rakyatnya ‘mudik’ atau pulang berhari raya di kampung pada Aidilfitri ini.

Menteri Hal Ehwal Maritim Pelaburan Indonesia, Luhut Binsar Pandjaitan berkata kerajaan berbuat demikian atas faktor ekonomi walaupun mendapat tentangan daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Indonesia Benarkan Rakyat Balik Kampung Sempena Aidilfitri Nanti. Tapi..
Foto: wikipedia

Indonesia Benarkan Rakyat Balik Kampung Sempena Aidilfitri Nanti. Tapi..

IKLAN

“Pertimbangan kami ialah untuk mengelakkan ekonomi daripada terhenti sepenuhnya. Selepas kami mengambil kira segalanya, tidak melakukan kawalan pergerakan ialah pilihan terbaik dalam banyak-banyak pilihan lain. Berdasarkan semua pertimbangan ini, kami telah menasihati Presiden dan beliau bersetuju bahawa jika kita halang perjalanan besar-besaran balik kampung, ia akan beri kesan kepada golongan berpendapatan rendah.”

“Kalau kita halang pun, mereka tetap akan mudik juga. Jadi kami buat keputusan untuk menasihati mereka bahawa dengan bermudik itu akan membawa penyakit (sebarkan COVID-19) kepada keluarga, jadi adalah lebih baik jika mereka tidak melakukannya,” kata beliau yang juga mendakwa saranan itu telah dipersetujui Presiden Joko Widodo, lapor Jakarta Post.

IKLAN

Luhut yang juga memangku jawatan Menteri Pengangkutan berkata keputusan itu dibuat berdasarkan dapatan kerajaan bahawa cuaca panas dan lembap di negara itu akan merencatkan penularan jangkitan virus. Setiap tahun, puluhan juta penduduk di negara majoriti Islam itu pulang ke kampung halaman.

IKLAN
Indonesia Benarkan Rakyat Balik Kampung Sempena Aidilfitri Nanti. Tapi..
medium.com

Hampir 90 peratus warga Indonesia ialah penduduk beragama Islam yang bakal menyambut bulan puasa (Ramadan) tahun ini jatuh pada hujung April dan Aidilfitri bakal disambut pada bulan Mei.

Sumber: Astroawani

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI