Teruja Pertama Kali Layan ‘Adventure Camping’ Tepi Sungai. GG Retreat.BTS Seremban Jadi Pilihan Paling Tepat!

Share

Keterujaan untuk bercuti setelah lama tidak melakukan aktiviti beriadah bersama keluarga menjadikan percutian kali ini sangat menyeronokkan.

Apatah lagi kerajaan juga telah memberi kebenaran untuk merentas negeri dan boleh bercuti di mana-mana saja lokasi yang lebih selamat.

Bagi sahabat Family Camping Malaysia, Fieza Khairi dia sangat teruja untuk memulakan ‘adventure camping’ yang baru pertama kali mencubanya.

Ternyata tanpa talian telefon, keseronokan melalui pengalaman percutian bertemakan nature ini memberi makna tersendiri.

We are so excited to start this ‘adventure camping’ by the river. No phone coverage, and yes we survived.

Percubaan pertama untuk camping.Banyak dapat ilmu dari group family camping ni.

GG Retreat.BTS di Seremban pilihan kami untuk permulaan.

Campervan area sebelah signboard ni. Belakang khemah ada surau dan toilet. Recommended sangat. Sampai kami minta extra time untuk check out .

Kami pilih campervan area. Belakang khemah ada surau dan toilet. Untuk sampah kena bayar RM40. Kami 4 couple kutip RM10/couple.

Depan khemah kami sungai. Dari minat hiking terus ke camping. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Pengalaman manis buat kami.

Panas , memang panas. Mana2 aktiviti outdoor pun panas kan. Kena belajar untuk terima segalanya.

Last before check out , menikmati angin tepi sungai lepas berpeluh peluh buka khemah
My happy place .
Cafe dalam hutan
Breakfast day 2
Hi tea
Lempeng kelapa, Sambal bilis Sambal sardin Nasi goreng Sunny side up eggs
Menu before check out – maggi wajib kena ada time camping. Kuali legend wajib bawa.
Lauk lunch day 2 . Plan asal lepas check out nak makan dekat luar je. Tapi minta extra time . Jadi kami buat la menu apa yang ada .

Share toilet dan masalah air. Kalau nak sempurna dan selesa check in glamping style.semua dah tersedia.

Masa kejadian memasing cakap penat dan panas , tapi lepas tu tanya eh lepas ni nak camping mana pulak ,

Coffee section
BBQ time

Night view

Yes more to come !!

Artikel Berkaitan:

Saksikan Keindahan Sunset Dari Atas Pokok, Jom Staycation Rumah Hutan Di Rainforest Tree House

Percutian Camping Balik Hari Di Casa De Lui, Hulu Langat. Kejap Tapi Berbaloi Keseronokannya!

Penginapan Inap Desa Di Solok Sengkuang Cabin D’Village, Pelbagai XTVT Boleh Diterokai Termasuk Trek Mencabar Berbasikal

IKLAN