Teruk Betul Tourist China Ni, Dulu Dekat Pantai, Sekarang Buat Hal Dekat Shopping Mall!

Share

Statistik pelancong yang paling ramai sekali datang melancong ke negara kita adalah daripada China. Disamping menjadi pelancong yang paling ramai ke negara ini, mereka juga membawa bersama kerenah dan perangai pelik mereka dari sana ke mari.

Tak berapa lama dulu kecoh satu negara apabila pelancong dari China buang air besar secara terbuka di tepi pantai Port Dikcson dan sekarang, kejadian sama berulang kembali tetapi kali ini berlaku di pusat membeli-belah di Sabah.

Aduh, apa punya kes la kali ni. Tak belajar dari kesilapan lepas ke? Buat malu negara betul.

Kes terbaru ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Bonnie Wong

dan kejadian tular itu berlaku di IMAGO Shopping Mall, Sabah apabila beliau terserempak dengan seorang pelancong dari China mendukung seorang kanak-kanak untuk kencing di dalam tong sampah di hadapan sebuah kedai makan!

Terkejut beruk kawan tu!

Depan kedai makan pula!

Rata-rata komen wargamaya mengutuk keras tindakan pelancong asing tersebut dan berbakul-bakul kritikan dan kutukan dilontarkan oleh mereka selepas melihat gambar yang dimuatnaik Bonnie

.

Libur harap, ada pihak yang boleh bantu untuk men’civilize’kan sikit pelancong China ni. Teruk sangat rupanya!

IKLAN