Thailand sedang membuat persediaan untuk membuka semula pulau peranginan Phuket kepada pelancong yang telah divaksin, bermula 1 Julai.
Di bawah skim “Phuket Sandbox”, pelancong asing yang telah divaksin dibenarkan mengunjungi Phuket tanpa kuarantin.
Namun, perlu tinggal di pulau itu selama 14 hari sebelum ke wilayah lain.
“Pembukaan semula bergantung pada situasi COVID-19 di Thailand dan luar negara serta persetujuan Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA),” kata Timbalan jurucakap Kementerian Luar, Natapanu Nopakun pada satu taklimat harian COVID-19 baru-baru ini.
Beliau berkata, setakat ini sekitar 50 peratus penduduk Phuket telah divaksin.
Ads
Skim yang dicadangkan itu akan dibincang semasa mesyuarat CCSA yang dipengerusikan Perdana Menteri, Prayuth Chan o-cha Isnin depan, sebelum mendapatkan kelulusan Kabinet pada Selasa.
Kredit: Pexel Photo
Terdahulu, Gabenor Lembaga Pelancongan Thailand (TAT), Yuthasak Supasorn berkata, Phuket akan menjadi destinasi pertama di Thailand yang akan dibuka semula kepada pelancong asing yang telah divaksin tanpa perlu menjalani kuarantin.
“Kita semua di TAT gembira dan semua orang di Phuket sedang membuat persiapan untuk menyambut kedatangan pelancong asing tidak lama lagi.
Ads
“Mulai 1 Julai 2021, pelancong asing yang sudah divaksin akan dibenarkan mengunjungi Phuket tanpa kuarantin, jadi nantikan pembukaan Phuket,” katanya dalam satu kenyataan.
TAT menjangkakan kira-kira 129,000 pengunjung akan ke pulau itu antara Julai dan September tahun ini.
Persatuan Pencinta Alam Malaysia akan menganjurkan program Raptor Watch kali ke-21 di Tanjung Tuan, Alor Gajah dekat sini, selama dua hari bermula 14 Mac dan 15 Mac 2020 ini.
Penganjuran program itu bagi meraikan penghijrahan burung pemangsa melintasi Selat Melaka dari Indonesia ke Tanjung Tuan sejauh 38 kilometer untuk pulang ke tempat pembiakan mereka di Hemisfera Utara.
Setiap tahun, puluhan ribu burung pemangsa atau ‘raptor’ merentasi Selat Melaka untuk pulang ke Hemisfera Utara sejauh lebih 10,000 km seperti Jepun, Korea, Siberia dan India serta pergerakannya dibantu angin dari arah barat atau barat daya.
Burung pemangsa mempunyai badan yang berat, mereka meluncur di udara sekali gus menjimatkan tenaga melintasi Selat Melaka dan ia hanya berlaku sekali dalam setahun dengan kemuncaknya melintasi Selat Melaka pada Mac.
Program yang akan diadakan di Rumah Api Tanjung Tuan dan PNB Ilham Resort serta di sekitar Hutan Simpan Tanjung Tuan itu bukan sahaja untuk pendidikan dan penghayatan dalam kalangan pelajar, tetapi juga untuk kepentingan sektor pelancongan.
Orang ramai dijemput hadir dengan mengambil peluang keemasan ini untuk melihat sendiri pemandangan yang amat mempesonakan dan bersama-sama merasakan kemeriahan program ini.
Raptor ialah burung jenis maging bercirikan pemburu dan pemangsa seperti sayap ringan, mata tajam, paruh bercangkuk, kuku besar dan tajam. Pada musim sejuk di Hemisfera Utara, ketika sumber makanan dalam kawasan pembiakan menurun, ia akan berhijrah ke selatan yang panas kerana makanan lebih mudah didapati.
Kalau anda pernah menaiki Melaka River Cruise, ketika menyusuri sungai Melaka pasti akan melalui satu kawasan perumahan kampung kira-kira empat kilometer di sungai berkenaan. Kawasan tersebut dipanggil Kampung Morten.
Yang pasti ramai terpegun melihat rumah tradisional Melayu yang terdapat di kampung tersebut. Bukan sahaja pelancong asing, malah penduduk tempatan juga seperti ‘khayal’ dan terpesona dengan keunikkan seni bina rumahnya.
Ramai mengagumi keunikan Kampung Morten yang masih teguh walaupun terletak di tengah-tengah pusat bandar raya Melaka. Kampung Morten cukup terkenal dengan keunikan tradisi lama masyarakat kaum Melayu yang masih terpelihara.
Kebanyakkan penduduk Kampung Morten tetap mengamalkan cara hidup lama di samping mempamerkan dan menjaga keunikan reka bentuk rumah mereka. Bukan sahaja kunjungan daripada pelancong dalam dan luar negara, kampung tradisional ini juga sering mendapat perhatian bagi mengadakan beberapa program khususnya dalam memperkenalkan budaya Melaka. Malah, banyak juga produksi tempatan dan antarabangsa yang memilih dan menggunakan kawasan di Kampung Morten ini sebagai lokasi set penggambaran.
Seni Bina Tradisi Dipelihara
Antara faktor yang menghidupkan keunikan dan keistimewaan kampung ini ialah melalui konsep reka bentuk rumah dan landskapnya. Rumah tradisional Melaka dibina dengan reka bentuk warisan masyarakat Melayu bercirikan bumbung atap yang panjang dan tangga batu dihiasi jubin. Tangga batu merupakan ciri utama keunikan rumah ini, di samping ukiran kayu di bahagian serambi yang unik.
Halaman rumah tradisional tersebut biasanya dihiasi dengan pelbagai jenis pokok bunga. Ini menjadikan Kampung Morten begitu istimewa. Pengunjung berpeluang melihat kesemua deretan rumah tradisional yang tersusun dari segi bentuk bumbung, tangga dan hiasan dalaman. Ia seolah-olah membawa pengunjung kembali ke zaman kerajaan Melayu Melaka.
Jika rasa ingin menginap di sini, terdapat beberapa buah rumah penduduk yang dijadikan sebagai homestay. Tetamu akan diberi pilihan pakej-pakej tertentu yang pastinya akan meninggalkan pengalaman berharga tatkala menginap di sini.
Sejarah Kampung Morten
Nama Kampung Morten diambil sempena nama seorang Pesuruhjaya Tanah Inggeris, Frederick Joseph Morten. Pembukaan Kampung Morten diasaskan oleh Allahyarham Othman Mohd. Noh pada sekitar 1920-an. Ketika ini, kampung tersebut mempunyai 85 rumah termasuk 52 rumah tradisional Melaka. Sewaktu pembukaannya, kampung ini terletak di kawasan paya yang diliputi hutan pokok nipah di pinggir Sungai Melaka dan menjadi satu-satunya kampung Melayu asli yang wujud sehingga hari ini.
Kampung Morten mendapat perhatian penuh kerajaan Melaka dan diwartakan di bawah Enakmen Pemuliharaan dan Pemugaran Warisan Budaya pada tahun 1988 sebagai kawasan perkampungan tradisional Melayu dan pusat tarikan pelancong. Kini, perkampungan itu dikelilingi bangunan moden dan aliran air Sungai Melaka yang bersih dengan kedua-dua tebing sungai diperindahkan oleh kerajaan negeri.
Pasti anda sudah terbiasa mendengar atau menyanyi-nyanyi sendirian lagu ‘Havana’ yang dinyanyikan oleh penyanyi Amerika Syarikat iaitu Camilla Cabello.
Havana merupakan sebuah bandar yang menjadi ibu negara untuk sebuah negara yang terletak di kepulauan Carribbean iaitu Cuba. Cuba merupakan sebuah destinasi pelancongan yang sangat menarik untuk dikunjungi dan seharusnya diletakkan dalam senarai negara percutiaan yang perlu lawati!
Menerusi perkongsiaan daripda Ayu Hasman ini diharap boleh memberi anda idea untuk bercuti di Havana akan datang.
Lost in Havana Oh Na Na
Saya ni mudah terpengaruh kalau tengok movie. Bukan terpengaruh dengan jalan cerita atau watak. Tapi lebih kepada terpengaruh dengan filming location sesebuah drama mahupun filem. Disebabkan terpengaruh dengan movie fast & furious dan kdrama encounter, saya pun tersampai lah di bandar Havana dengan tak sengaja.
Bukan sahaja tersampai dengan tak sengaja, malah tersuka, terpaut dan terjatuh hati dengan tak sengaja. Gittuuu…Secara jujurnya saya ni bukan lah jenis ‘city-person’. Saya lebih suka kepada kawasan pergunungan, laut dan hutan. Tapi bila sampai Havana, tak tau kenapa ada satu perasaan lain tetibe rasa ‘eh, bestnya tempat ni!’ Maybe sebab bangunan dia colorful kot. Terasa macam meriahnya hidup. Ditambah pulak dengan kehadiran kereta-kereta antik. Memang terbaik. Niat dihati nak try drive. Tapi driver kereta antik tu tak kasi la pulak. Dia kasi posing acah-acah drive je.
Disini saya share kan serba sedikit info dan tips mengenai Cuba & Havana:
Aktiviti menarik di Havana?
1. Berjalan tanpa hala tuju di Old Havana. Korang akan jumpa banyak lokasi dan bangunan insta-worthy.
2. Join antique car city tour (30CUC/car). Sambil dapat merasa naik kereta antik tahun 1950an, sambil tu juga korang berpeluang untuk tahu dengan lebih mendalam sejarah Cuba. Kebanyakkan pemandu kereta antik ni pandai berkomunikasi dalam bahasa inggeris. So time ni la korang boleh tanya macam-macam.
3. Menikmati secawan kopi Cuba. Perghh memang piaw terangkat. Dia punya likat memang tak boleh blah
4. Join salsa class / lepak layan salsa. Actually kebanyakkan tempat makan memang ada live performance salsa. So sambil makan, boleh la korang tengok dorang bersalsa. Cuma nak pesan, wajib untuk bagi tips walaupun korang sebenarnya taknak pun tengok dorang menari. Tipping adalah WAJIB
5. Setiap malam jam 9, di La Cabana Fortress akan ada satu ceremony cannon firing. Korang boleh tengok secara depan-depan tentera dorang berarak dan macam mana dorang pasang peluru meriam.
6. Aktiviti lain, korang google je la. Sebab yang lain tu tipikal tourist attraction. Hahaha
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Nama Dolomites semakin kerap muncul di media sosial kini apabila Khairul Aming mengumumkan lima pembeli terawal produk terbaharunya akan dibawa ke lokasi tersebut. Dengan...