E-game berkembang pantas di Malaysia. Banyak kumpulan semi-pro mahupun pro e-game, mula diwujudkan. Malaysia memiliki beberapa kumpulan hebat e-game seperti Fire Dragoon. Sukan ini diiktiraf dengan hadiah wang kemenangan cecah jutaan ringgit. Namun di mana lokasi terbaik bagi mengadakan latihan e-game dengan fasiliti lima bintang?
Alaminya di The Pantheon; arena eSports Platinum pertama di Malaysia yang diiktiraf NVIDIA GeForce GTX. Peminat e-game di Malaysia khususnya kawasan sekitar Subang, Puchong mahupun Shah Alam kini boleh ke The Pantheon yang terletak di One Space, One City Subang Jaya.
Selari dengan itu, The Pantheon mahu menjadi pusat e-game terbaik di Malaysia. Pelanggan boleh memilih dari 116 komputer, auditorium luas, zon permainan Virtual Reality, simulator perlumbaan, Playstation 4 dan banyak lagi permainan elektronik yang bakal dibawa masuk di arena seluas lebih dari 10,000 kaki persegi.
Pelanggan boleh menikmati pengalaman bermain pada tahap terhebat dengan kad grafik GTX 1060 atau lebih tinggi beserta paparan 27 inci dengan lebih 30 jenama popular dalam industri e-game seperti NVIDIA, Alienware, Legion, MSI, Omen, Predator, Republic of Gamers, dan banyak lagi.
Permainan Virtual Reality lengkap dengan dok larian
Unik mengenai The Phanteon, terdapat enam ruang disediakan mengikut spesifikasi jenama iaitu Alienware, Lenovo Legion, MSI, HP Omen, Acer Predator dan ASUS Republic of Gamers. Bilik ini direka bagi pelanggan mengalami sendiri prestasi jenama impian tanpa gangguan, sebelum mereka membuat keputusan untuk membeli. Bukan itu sahaja, bilik ini sesuai bagi pasukan e-game untuk mengadakan latihan.
Franky (kanan) menerima plak dari wakil NVIDIA
“Kami bangga menjadi iCafe pertama dengan e pengiktirafan Platinum NVIDIA dengan menyediakan eSports di Malaysia. Dengan pelancaran The Pantheon, kami dapat menyediakan peralatan terbaik bagi peminat e-game Malaysia pada harga realistik”, jelas Pengarah Urusan The Pantheon, Franky How.
Ads
Auditorium luas dilengkapi sistem audi dan video hebat
“Auditorium kami membolehkan peminat e-game menonton pertandingan secara langsung. Kami mahukan pelanggan menikmati permainan e-game bertaraf lima bintang di sini, hanya satu daripada 15 yang lain di Asia Tenggara”, tambahnya lagi.
The Pantheon mahu lebih ramai pemain-pemain bertaraf profesional dilahirkan di sini dan terus menaikkan Malaysia ke tahap dunia.
Beberapa pertandingan telah diadakan di sini seperti TML Qualifier dimenangi Celcom dan NVIDIA GEXT Qualifier, malah beberapa lagi bakal diadakan.
Caj Harga:
Kawasan
Ads
Harga
Zon PC
RM5/sejam
Zon PC Premium
RM7/sejam
Ads
Zon Simulator Perlumbaan
RM30/sejam
VR Zone
RM50/30 minit
Zone Playstation 4
*Percuma bagi ahli komuniti dengan pembelian makanan dan minum lebih dari RM5
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sabah perluas sekatan perjalanan penumpang dari Korea Selatan mulai 1 Mac 2020 bagi membendung wabak COVID-19.
Walaupun setakat ini tiada seorang pun diuji positif COVID-19 di Sabah, namun, dalam usaha mengekang penularan COVID-19, kerajaan negeri memperluas sekatan perjalanan ke semua pintu masuk udara, laut mahupun darat berkuatkuasa 1 Mac. Antaranya:
Warga negara asing dan rakyat Malaysia bukan penduduk Sabah dengan sejarah perjalanan ke Korea Selatan dalam tempoh 14 hari lepas tidak akan dibenarkan memasuki negeri ini berkuat kuasa 1 Mac 2020.
Mana-mana penduduk Sabah, penduduk tetap dan mereka yang menetap di Sabah menggunakan permit kerja, permit pelajar, pas lawatan sosial jangka panjang atau mana-mana perintah pengecualian, yang pulang dari Korea Selatan, wajib menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.
Perintah sekatan sementara untuk memasuki Sabah juga terpakai kepada semua penumpang transit dari atau melalui Korea Selatan.
Warga negara Korea Selatan yang masih berada di Sabah dinasihati untuk meninggalkan negeri berkenaan atau kembali ke tanah air mereka sebelum visa mereka tamat dengan hanya satu lanjutan visa untuk maksimum tujuh hari boleh diberikan.
Penumpang warga negara Malaysia yang menaiki pesawat dari Korea Selatan dibenarkan masuk, begitu juga, tiada sekatan untuk penumpang warga Korea Selatan dan pengembara bukan warga Korea yang tiba dengan penerbangan bukan terus dari Korea Selatan.
Penerbangan keluar dari Sabah ke negara berkenaan turut dibenarkan.
Fenomena air pasang besar diramalkan berlaku di Selangor pada 19 dan 20 September, 17 sehingga 19 Oktober serta 15 dan 16 November dengan ketinggian paras air laut mencecah 5.8 meter.
Sekiranya cuaca hujan lebat dan keadaan angin kencang berlaku, risiko berlakunya banjir akan meningkat disebabkan limpahan air laut ke daratan.Kawasan yang berisiko di negeri Selangor ialah di daerah Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam bagi menghadapi fenomena tersebut.
Kuala Langat membabitkan pantai Kelanang, Ban Sijangkang, Jalan Harmoni, Istana Pantai Bahagia, Pesisir Pantai Tanjung Sepat, Pantai Batu Laut, Pantai Morib, Ban Kampung Kundamg, Pekan Tanjung Sepat dan Rumah Peranginan Persekutian Morib
Turut terjejas pangkalan Tok Muda, Ban Sementa, Ban Sungai Keramat, Jalan Pandamaran, Taman Selat Damai, Pelabuhan Klang, Kampung Sungai Serdang, Kampung Perepat, Pelabuhan Utara, Pulau Ketam dan Telok Gong di Klang.
Pantai Remis Jeram, Kampung Lembah Pantai, Kampung Tok Adam, Kampung Bagan Pasir, Bagan Pasir Tanjung Karang, Bagan Pasir Penambang, Sungai Kajang, Kampung Lembah Pantai, Kampung Sungai Semilang, Kampung Sungai Janggut dan Bagan Tengkorak di Kuala Selangor.
Di Sabak Bernam ialah Kampung Sungai Air Tawar, Bagan Sungai Besar, Tebuk Mendeleng, Pantai Bagan Nakhoda Omar, Sungai Lang, Pantai Batu 23 Sungai Nibong, Kampung Sungai Tengar, Parit Baru dan Institut Latihan dan Dakwah Selangor ( ILDAS).
Turut berisiko ialah Politeknik Sultan Idris Shah, Persisiran Pantai Bedena, Sekolah Menengah Agama Pasir Panjang, Bagan Sekinchan, Bagan Sungai Besar, Bagan Sungai Burong dan Jalan Seri Sentosa Kampung Sekendi.
Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya fenomena air pasang besar tersebut?
1) Bulan Baru – Bulan akan memasuki fasa Bulan baru pada jam ,7 malam, 17 September 2020.
2) Bulan di Perigee – Bulan akan berada pada kedudukan Perigee atau dekat dengan Bumi pada jam 09:44 malam, 18 September 2020 dengan jarak sekitar 359081 kilometer. Gabungan peristiwa Bulan baru dan Bulan di Perigee menghasilkan fenomena yang dikenali sebagai
'perigean spring tide'.
3) Ekuinoks – Ekuinoks merupakan peristiwa apabila kedudukan Matahari kelihatan tepat di atas Khatuliswa. Ia berlaku dua kali setahun iaitu pada Bulan Mac dan Bulan September. Untuk Bulan September ini, Ekuinoks akan berlaku pada 22 September 2020. Gabungan pengaruh graviti Bulan Matahari semasa berlakunya peristiwa yang dinyatakan di atas menjadi faktor fenomena air pasang besar .
Penduduk di kawasan berisiko diminta mematuhi arahan pihak berkuasa keselamatan dari semasa ke semasa, serta mengehadkan aktitiviti pesisiran pantai. Orang ramai juga dinasihatkan tidak mengunjungi kawasan pantai untuk bercuti untuk tarikh yang dinyatakan.
image via googl | bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Penerbangan terus dari Incheon, Korea Selatan – Lapangan Antarabangsa Senai, Johor akan dilancarkan tahun hadapan bagi memenuhi permintaan tinggi.
Menurut pengerusi pelancongan, jawatankuasa perdagangan dan konsumer domestik, Datuk Tee Siew Kiong; Jin Air Co Ltd dari Korea Selatan akan memulakan penerbangan Korea Selatan – Lapangan Antarabangsa Senai, Johor pada 2 Januari 2018 dengan kekerapan dua kali seminggu beserta 393 penumpang sekali penerbangan.
“Bulan Jun, syarikat penerbangan itu akan menambah ke empat penerbangan seminggu”, katanya.
“Pada 2015, 256,000 pelancong Korea Selatan melawat Johor dan sehingga Julai 2017, 72,000 pelancong Korea Selatan datang melawat”, ujarnya.
Kebanyakan mereka gemarkan pulau, pantai dan golf, ketika negara mereka sedang musim sejuk.
Kerajaan negeri Johor gembira dengan usaha ini dan mahu jadikan Johor negeri mesra pelancong Korea Selatan.
Sebahagian inisiatif yang diambil termasuk terjemahan bahasa Korea pada website dan pamplet pelancongan dan juga kursus bahasa Korea bagi pengusaha industri pelancongan di Johor.
Ketika ini, Johor ada 11 penerbangan domestik ke seluruh Malaysiadan 7 penerbangan antarabangsa termasuk Bangkok, Ho Chi Minh, Jakarta dab Surabaya, Guangzhou dan akan ke Macau dan Kolkata.
Lapangan Terbang Senai menerima kenaikan pelancong, dari 1.9 juta pada 2013 ke 2.8 juta pada 2016.
Penerbangan antarabangsa juga meningkat 212% dari 138,000 pada 2013 ke 431,000 pada 2016.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...