Tiada Caj Dikenakan Untuk Naik Menara Kuala Lumpur & Menara Alor Setar Julai Ini Sempena Kempen ‘We Are Free!’

Share

Selepas beberapa destinasi pelancongan popular mengumumkan promosi hebat pembukaan semula operasi mereka, tidak terkecuali Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar turut membuat kejutan kepada pengunjung domestik merancak kembali idustri pelancongan yang suram sejak PKP.

Pengunjung tempatan dan segelintir warga asing yang berada di negara diberi kesempatan melawat Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar sempena kempen ‘We Are Free! – ‘masuk Percuma’ bermula 1 Julai hingga 31 Julai 2020.

Di Menara Kuala Lumpur menerusi kempen itu, pengunjung tidak akan dikenakan sebarang bayaran untuk ke pelantar pemandangan tertutup (observatory deck), serta potongan 50 peratus ke pelantar pemandangan terbuka (sky deck). Sebelum kempen ini, pada hari biasa pengunjung perlu membayar RM30 untuk pergi ke yang pelantar pemandangan tertutup, dan RM71 untuk pelantar pemandangan terbuka. Manakala harga tiket bagi Menara Alor Setar yang dikenakan sebelum ini RM12 untuk dewasa dan RM8 kanak-kanak.

Bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) digariskan kerajaan, pihak pengurusan menetapkan hanya 20 minit bagi satu slot, dengan setiap slot dihadkan antara 15 hingga 20 orang, bergantung kepada peraturan terkini daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN). Selain itu, katanya, semua pengunjung diwajibkan memakai pelitup separuh muka, manakala pihak Menara Kuala Lumpur akan memeriksa suhu badan, menyediakan cecair nyah kuman, merekodkan kehadiran menerusi aplikasi MySejahtera serta menyediakan garisan untuk memastikan penjarakan sosial ketika beratur.

Berikut adalah waktu lawatan baharu:

  • Menara Kuala Lumpur 10.00 pagi – 7.00 malam (Dibuka setiap hari)
  • Menara Alor Setar – 10.00 pagi – 10.00 malam (Dibuka setiap hari)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Menara Kuala Lumpur ditalian 03-2020 5499 layari www.menarakl.com.my manakala Menara Alor Setar ditalian 04-720 2901 layari www.menaraalorsetar.com.my

Sumber: FB Menara Kuala Lumpur (KL Tower Official)

IKLAN