Tiada Lagi ‘Kepala Kuda’! Tusan Cliff Lokasi Ikonik Di Sarawak Runtuh

Share

Pernah lihat atau tidak sebuah batuan unik di tepi pantai seakan kepala kuda di Malaysia? Tarikan pelancongan tersebut ada di Miri, Sarawak,  dikenali sebagai Tusan Cliff di Pantai Trusan, Bekenu.

Foto: malaysia-all.blogspot.com

Namun ada berita duka yang dilaporkan bahawa Tusan Cliff tersebut telah pun runtuh. Tusan Cliff mempunyai reka bentuk unik kerana strukturnya menyerupai kepala kuda seakan-akan sedang minum air.

Pantai tersebut menjadi terkenal dan menerima pelawat serta pelancong dari dalam dan luar negara dek ‘kepala kuda’ tersebut. Selain itu destinasi ini juga sering menjadi tumpuan untuk dijadikan lokasi penggambaran.

Selain dari lambang ikonik tersebut, Pantai Tusan turut terkenal dengan fenomena Blue Tears di Sarawak. Bagaimanapun, punca kejadian itu masih belum dikenal pasti.

Perkara tersebut turut disahkan oleh Ahli Parlimen Sibuti, Luka Nis Man Awang Sauni melalui laman Facebook beliau pada pagi Sabtu.

“Terasa satu kehilangan keindahan semula jadi yang sukar untuk diganti dan proses terbentuk ikonik Drinking Horse tusan ini memakan masa puluhan tahun,” jelas Luka Nis Man.

IKLAN