Pernah lihat atau tidak sebuah batuan unik di tepi pantai seakan kepala kuda di Malaysia? Tarikan pelancongan tersebut ada di Miri, Sarawak, dikenali sebagai Tusan Cliff di Pantai Trusan, Bekenu.
Foto: malaysia-all.blogspot.com
Namun ada berita duka yang dilaporkan bahawa Tusan Cliff tersebut telah pun runtuh. Tusan Cliff mempunyai reka bentuk unik kerana strukturnya menyerupai kepala kuda seakan-akan sedang minum air.
Pantai tersebut menjadi terkenal dan menerima pelawat serta pelancong dari dalam dan luar negara dek ‘kepala kuda’ tersebut. Selain itu destinasi ini juga sering menjadi tumpuan untuk dijadikan lokasi penggambaran.
Selain dari lambang ikonik tersebut, Pantai Tusan turut terkenal dengan fenomena Blue Tears di Sarawak. Bagaimanapun, punca kejadian itu masih belum dikenal pasti.
Perkara tersebut turut disahkan oleh Ahli Parlimen Sibuti, Luka Nis Man Awang Sauni melalui laman Facebook beliau pada pagi Sabtu.
“Terasa satu kehilangan keindahan semula jadi yang sukar untuk diganti dan proses terbentuk ikonik Drinking Horse tusan ini memakan masa puluhan tahun,” jelas Luka Nis Man.
Pagi tadi saya menerima kiriman msg dan video tular mengenai Drinking Horse Tusan Cliff telah runtuh. Saya turut ditanya…
Bila menyebut tentang pulau di Terengganu, mungkin anda akan terus terbayangkan Pulau Perhentian.
Namun tahukah anda Pulau Kapas juga tidak kurang juga hebatnya!
Pulau Kapas terletak kira-kira enam kilometer dari jeti Marang mempunyai keindahan tersendiri hingga mampu memukau setiap pengunjung.
Terletak di Laut China Selatan dengan keluasan 21.33 kilometer persegi, pulau yang merujuk kepada pokok kapas itu menjadi destinasi pelancongan wajib singgah di Terengganu.
Jom masuk pulau!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Negeri Sembilan yang bersempadan dengan negeri Melaka sangat popular dengan destinasi pelancongan pantainya di Port Dickson. Bukan itu sahaja negeri Darul Khusus ini sebenarnya ada kehebatannya yang tersendiri seperti pelbagai tempat menarik lain bagi peminat sukan lasak dan ekopelancongan, lokasi makan sedap, rumah ibadat tercantik dan banyak lagi.
Jom cuti-cuti Negeri Sembilan!
Bukit Batu Putih Port Dickson
Buat anda yang berhasrat ingin bercuti ke pantai Port Dickson, apa kata anda selitkan sekali Bukit Batu Putih di dalam jadual perjalanan anda itu. Bukit ini terletak di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, Port Dickson mempunyai view dari puncak lautan biru yang sangat cantik dan mendamaikan.
Pendakian ke Bukit Batu Putih ini hanya mengambil masa sekitar 30 minit sahaja untuk sampai ke puncak. Ramai yang telah berkunjung ke Bukit Batu Putih ini menyifatkan pendakian ke situ tidak terlalu sukar kerana trek yang disediakan agak cukup sifat.
Ramai juga kanak-kanak dilihat mendaki ke bukit ini bersama dengan keluarga mereka, itu menandakan pendakian ke sini tidaklah terlalu susah. Jika anda datang pada hujung minggu, cuti sekolah atau cuti umum maka hendaklah bersabar dan bergilir-gilir untuk menyaksikan keindahan matahari terbit dan terbenam atau untuk merakam gambar.
Tampin Extreme Park & Tampin Water Park Negeri Sembilan
Terletak kira-kira 46 kilometer dari bandar Seremban dan 44 km dari Melaka, daerah ini mempunyai dua tempat menarik bagi peminat sukan lasak iaitu Tampin Extreme Park dan kawasan riadah serta mandi-manda iaitu Tampin Water Park.
Malahan, kedua-dua kawasan berkenaan terletak berhampiran Gunung Tampin, yang sering menjadi tumpuan para pendaki baik dalam mahupun luar negara. Tampin Extreme Park antara tempat rock climbing yang menjadi perhatian pengunjung dan ia dilakukan pada batu granit.
Aktiviti di sini pasti memberi keseronokan kepada peminat sukan rock climbing serta memberi pengalaman baharu kepada pengunjung yang ingin melakukan aktiviti yang mencabar meskipun ketinggian untuk aktiviti rock climbing ini kira-kira 25 meter sahaja.
Sebaik sahaja melakukan aktiviti lasak di Tampin Extreme Park, pengunjung boleh bersantai dan beriadah di Tampin Water Park yang terletak kira-kira 3.8 km dari kawasan berkenaan. kawasan yang mempunyai empat kolam itu sesuai untuk pengunjung yang ingin melakukan aktiviti beriadah dan bermandi-manda.
Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan
Sekali pandang, masjid ini macam masjid di luar negara. Tidak sangka pula masjid yang diwakafkan oleh seorang individu ternama ini berada di Malaysia. Itulah keunikan Masjid Sri Sendayan yang dikatakan mempunyai ciri-ciri seperti Masjid Nabawi dan Taj Mahal.
Bahkan menjadi ini telah menjadi tarikan terbaharu masyarakat Islam di Negeri Sembilan dan pelancong. Masjid Sri Sendayan terletak di Bandar Sri Sendayan tersergam indah dengan keunikan dan kehalusan seni bina Islam, sekali gus memukau setiap mata yang memandang. Sesiapa sahaja yang singgah di masjid ini pasti mengabadikan gambar kenang-kenangan sebagai simpanan peribadi.
Kopi Manshor, Kuala Pilah Negeri Sembilan
Antara kopi yang terkenal sejak tahun 1957 dicadangkan untuk singgah adalah di Kopi Manshor Kuala Pilah pasti kena dengan citarasa anda! Ada hampir 25 pilihan minuman kopi ditawarkan, namun kopi yang paling istimewa di sini adalah ‘Kopi Power’ sudah berjaya menawan hati ramai.
Rupa kopi ini kelihatan sangat pekat, namun tidak pula pahit. Rasa manisnya juga tidak keterlaluan. Pendek kata, kopi yang melimpah luah hingga ke piring ini memang cukup sempurna.
Jom pusing-pusing Negeri Sembilan!
image via google
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Terletak di selatan semenanjung negara, Johor turut menjadi tumpuan pelancong kerana kaya dengan destinasi pelancongan semula jadi. Setiap daerahnya mempunyai bentuk muka bumi dan tempat yang menarik untuk dilawati.
Di Johor terdapat 25 gunung yang boleh menjadi lokasi pilihan pendaki atau mereka yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti mendaki. Daripada itu, ini tujuh lokasi pendakian gunung yang menarik untuk diteroka. Paling menarik ketika di puncak gunung ini, anda berpeluang melihat panorama matahari terbit dan tenggelam yang indah.
Gunung Ledang berketinggian 1,279 meter (m) adalah gunung tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia yang terletak di daerah Tangkak. Ia antara gunung ke-10 paling sukar didaki di negara ini tetapi sering menjadi pilihan kaki gunung menerokainya. Gunung ini sangat sesuai untuk mereka yang menggemari cabaran mental dan fizikal.
Gunung ketiga tertinggi di Johor ini mempunyai ketinggian 1,014 meter yang terletak berhampiran Taman Negara Endau-Rompin Selai (TNER Selai). Laluan pendakian adalah terus dari TNER Selai ke puncak gunung yang boleh dilakukan dalam masa dua hari satu malam. Perjalanan ke puncak bermula dari tapak perkhemahan Lubuk Merekek selain pendaki perlu menyeberangi Sungai Selai iaitu sungai utama di kawasan berkenaan.
Gunung berketinggian 1,010 meter ini terletak di daerah Kluang, Johor adalah gunung keempat tertinggi di daerah berkenaan. Gunung ini lebih tinggi dan curam sekiranya dibandingkan dengan Gunung Lambak dan Gunung Panti. Salah satu tarikan gunung berkenaan ialah Batu Mahkota iaitu sebuah batu yang kelihatan seolah-olah satu mahkota raksasa dan dapat dilihat selepas pengembaraan berjalan kaki selama dua jam.
Gunung Pulai adalah gunung yang terletak di daerah Kulai dengan ketinggian 654 meter. Ia antara lokasi pendakian cukup dikenali bagi penduduk setempat dan warga Singapura. Pengunjung akan melalui Kampung Sri Gunung Pulai yang menjadi pintu masuk ke hutan lipur berkenaan. Kepelbagaian flora dan fauna menjadi daya tarikan kepada pengunjung untuk berekreasi di gunung itu.
Nama gunung ini amat jarang didengari dan kurang popular berbanding gunung lain. Ia mempunyai ketinggian 531 meter dan terletak berhampiran Kampung Lukut, Kota Tinggi, Johor. Lazimnya pendaki mengambil masa 4 jam 30 minit untuk mendaki dan turun dari gunung terbabit. Trek gunung ini lebih santai dan sesuai kepada pendaki amatur yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti pendakian.
Terletak di daerah Kluang, gunung setinggi 510 meter ini salah satu lokasi pendakian digemari warga Johor kerana memiliki sebuah hutan rekreasi yang menarik. Ini membolehkan pengunjung berenang di kolam dan mendaki gunung. Gunung ini adalah identiti daerah berkenaan kerana menjadi latar belakang bandar Kluang.
Terletak 17 km dari bandar Mersing melalui Jalan Mersing-Endau dan 151 km dari Bandaraya Johor Bahru. Hutan Lipur Gunung Arong terletak di dalam Hutan Simpan Gunung Arong , iaitu hutan dipterokarpa tanah pamah. Hutan lipur ini sesuai sebagai tempat berrekreasi sambil menikmati keindahan alam semula jadi. Selain itu, pengunjung dapat mengenali pelbagai jenis pokok di sini. Hutan Lipur ini boleh dikunjungi dengan menggunakan kenderaan sendiri atau kenderaan awam seperti bas dan teksi.
Foto: Google Image | Sumber: Tourism Johor | hmonline
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Penerbangan jarak jauh memang boleh jadi mencabar, terutama kalau perlu duduk berjam-jam dalam ruang yang terhad. Silap pilih tempat duduk, perjalanan yang sepatutnya menyeronokkan...