Berita

Tiada Rakyat Malaysia Jadi Mangsa Korban COVID-19 Di Luar Negara

Share

Tiada rakyat Malaysia meninggal dunia kerana COVID-19 di luar negara setakat ini.

Bagaimanapun jika perkara itu berlaku, kerajaan tiada masalah untuk membawa pulang jenazah rakyat Malaysia, asalkan ia mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan dan negara terlibat.

Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tidak timbul isu sama ada rakyat Malaysia yang positif COVID-19 tidak boleh pulang ke tanahair.

“Negara berkaitan akan kuarantin mereka, seperti juga kita. Kalau ada rakyat asing positif, mereka juga akan dikuarantin,” ujar beliau.

Semua rakyat Malaysia yang kembali dari luar negara wajib menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin khas ditetapkan kerajaan. Sebaik tiba di lapangan terbang, mereka akan dibawa terus menggunakan bas ke pusat kuarantin dan disaring oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mengetahui status kesihatan.

Foto: mstar

Mereka yang baru pulang dari luar negara dinasihatkan supaya kaum keluarga tidak perlu ke lapangan terbang menyambut ahli keluarga yang pulang dari luar negara kerana mereka akan terus dibawa ke pusat kuarantin.

Banyak negara yang bertambah kes positif COVID-19 disebabkan kepulangan rakyat mereka dari luar negara seperti Wuhan yang pada mulanya dapat mengawal kes kini dimaklumkan kembali merebak.

Sumber: Astroawani

IKLAN