Ini tip bercuti ke Jepun untuk mudahkan anda yang plan nak ke negara matahari terbit. Best tetapi jangan sampai buat ‘silap’.
Di sini bukan hanya banyak tempat menarik yang menanti tetapi boleh ‘cedok’ budaya dan amalan yang bagus sewaktu berada di sana.
Buat anda yang pertama kali sampai Jepun, ini beberapa tip untuk anda jadikan rujukan supaya sentiasa bersedia dengan perubahan di negara luar ini.
Tip Bercuti Ke Jepun
14 tips bagi mereka yang pertama kali melawat Jepun:
1) Visa
Tak perlu. Anda boleh stay di sana sehingga 90 hari.
Ads
2) Duit Yen
Tukar siap-siap di Malaysia kerana kadar tukaran lebih baik. Boleh juga tukar duit di sana. Mesin money changer pun ada di sana.
3) Talian internet
Bawa pocket wifi untuk memudahkan capaian internet. Boleh book online dan bila sampai sana boleh ambil di airport. Boleh juga bawa siap-siap dari Malaysia.
4) Pengangkutan
Beli pass keretapi (Japan Rail Pass) atau pass bas. Di sana pengangkutan keretapi efisen dan menepati waktu. Contoh, keretapi mempunyai jadual 07.13 am. Next train 07.27 am. Seterusnya 07.48 am. Bukan 07.00/07.30/08.00 am. Setiap keretapi adalah punctual.
Ads
5) Makanan halal
Ada, tapi tidak di semua tempat. Elok bawa sambal ikan dan serunding. Bungkus dalam pek kecil supaya mudah untuk dihabiskan sekali makan dalam perjalanan menaiki keretapi. Saya suka Brahim (nasi segera bersama lauk) sebab boleh panaskan dalam microwave dan masukkan dalam tupperware untuk dibawa travel.
6) Kalau lapar sangat masuk 7E
Untuk mereka yang kali pertama masuk 7E Jepun, kita akan rasa macam ‘alangkah kalau kat Malaysia pun macam ni’. Kat kaunter cuba cakap – Sumimasen (Excuse me). Gohan (nasi) – wa- doko desuka? (where is it?).
Sumpah, inilah makanan (nasi melekit Jepun) yang paling kenyang, mudah, murah dan mampu untuk wallet backpackers di samping onigiri.
Ads
7) Penginapan
Bergantung kepada bajet anda, yang penting ada kemudahan memasak dan bilik tidur. Tips- pilih rumah yang paling mudah diakses (baca: dekat) dengan stesen bas atau stesen keretapi.
Berjalan kaki – anda kena bersedia untuk banyak berjalan kaki di Jepun. Lainlah kalau anda sewa kereta dengan pemandu di sana which is very expensive.
Orang Jepun jalan laju. Kalau anda baca guidelines macam ni, ‘The hostel is 5 minutes away on foot from the train station,’ percayalah perjalanan lima minit tu kena darab dengan 3.89 kali ganda dulu sebab tak sama nak catch-up halaju jalan kaki mereka.
Dengan perkongsian ini, harap anda yang plan ke Jepun jadi lebih mudah nak bergerak apabila sampai di sana nanti. Selamat bercuti!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Venice merupakan sebuah pulau yang sangat kecil dan cantik menjadi pilihan ramai pelancong ke Italy. Venice terkenal dengan airnya yang hijau, gondola serta tempatnya yang masih mengekalkan identiti klasik. Ia juga diangkat sebagai kota berkasih sayang.
Namun ada berita sedih, Venice kini dilanda bencana buruk apabila kota bersejarah itu ditenggelami air susulan fenomena air pasang terbesar yang pernah direkodkan dalam tempoh 50 tahun. Pihak bomba melakukan 250 operasi untuk menyelamatkan mangsa menggunakan bot yang membabitkan kira-kira 150 anggota.
Menurut datuk bandarnya, Luigi Brugnaro, banjir ini menyebabkan kemusnahan besar di kota berkenaan kerana seluruh banda ditenggelami air hingga paras lutut. Beliau akan melakukan persiapan untuk mengisytiharkan bandar itu sebagai darurat zon bencana, selepas fenomena air pasang kedua tertinggi dalam rekod membanjiri gereja bersejarahnya dan menyebabkan banyak dataran dan laluan ditenggelami air. Bencana ini telah menyebabkan seorang lelaki tempatan dari salah satu pulau di lagun Venice, Pellestrina maut, selepas disambar petir, ketika menggunakan pam air elektrik.
Pegawai perbandaran berkata, paras air pasang memuncak pada 187 sentimeter pada jam 10.50 malam waktu tempatan, semalam, tidak jauh daripada rekod 194 sentimeter pada 1966. Rakaman waktu malam menunjukkan banjir yang ditiup angin kuat melanda pusat bandar itu. Dataran Saint Mark tenggelam lebih satu meter, sementara gereja Saint Mark bersebelahan turut dibanjiri untuk kali keenam selama 1,200 tahun.
Setiap negara ada undang-undang yang perlu kita patuhi untuk menjaga ketenteraman awam dan menggunakan lesen sebagai seorang pelancong tidak membuatkan kita kebal daripada sebarang tindakan undang-undang sekiranya kita melakukan kesalahan.
Jadi entri ini Libur kongsikan kepada pembaca apa perkara yang perlu anda elakkan daripada disaman oleh pihak berkuasa Thailand saat melancong di negara gajah putih ini.
Jangan bawa dadah! ❌ ?
Sama seperti Malaysia kerana Thailand juga memperuntukkan hukuman mati kepada mana-mana pesalah yang didapati menyeludup dadah. Anda boleh dapatkan rujukan anda di laman sesawang ini.
Hukuman mati tau. Jadi jangan jadi bodoh nak bawa dadah masuk ke Thailand ya. Jangan beli, guna atau bawa apa sahaja jenis dadah merbahaya sepanjang masa anda berada di sana.
Tidak menghormati Kerabat Diraja Thailand ? ?
Ada satu undang-undang yang digunakan di Thailand sejak 1908 iaitu LeseMajeste dan undang-undang ini sangat tegas mengenai sebarang perbuatan yang mencemar nama baik kerabat diraja Thailand seperti memijak wang kertas Baht sebab ada muka raja mereka di atas kertas tersebut.
Dasyat kan? Kalau anda didapati melakukan perbuatan tersebut, percutian anda mungkin berakhir di dalam tirai besi secara percuma. Percakapan yang menghina kerabat diraja mereka juga boleh menyebabkan anda dipenjarakan.
Fotografi dan penggunaan dron ? ?
Anda bebas untuk mengambil gambar di mana-mana sahaja tetapi ada beberapa tempat yang dilarang daripada berbuat demikian. Ada sesetengah kuil buddha yang langsung tidak membenarkan anda mengambil gambar. Ada sesetengah yang lain memberikan kelonggaran asalkan tidak mengambil gambar patung-patung buddha mereka.
Jadi perhatikan, dan pastikan terlebih dahulu adakah sesuatu kawasan yang anda lawati itu membenarkan anda mengambil gambar atau tidak, dan sebaiknya, anda tidak mengambil gambar orang yang sedang bersembahyang atau berdoa di kawasan kuil.
Tips: Jika anda ingin mengambil gambar bersama sami buddha di sana, sebaiknya minta izin dahulu. Jangan lupa untuk senyum dan berikan wai (tundukkan hormat) selepas itu sekiranya mereka lebih tua daripada anda.
Selain kuil, ada kawasan bar dan kelab malam yang tidak membenarkan anda mengambil gambar seperti red light district seperti Patpong dan Cowboy.
Elakkan daripada memberikan duit kepada kanak-kanak sekiranya anda ingin mengambil gambar bersama mereka. Ini bertujuan untuk menghindari budaya meminta-minta dalam masyarakat Thai. Selain itu, mengambil gambar kerabat diraja Thailand, gambar angkatan tentera dan gambar di perbatasan juga adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Dron
Memang menjadi trend sekarang untuk ambil gambar arielview sebab cantikkan? Tapi di Thailand, tidak semudah itu untuk anda menerbangkan dron kerana dron mempunyai kamera.
Tidak kira sama ada digunakan untuk tujuan rekreasi atau komersial, anda perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa di sana. Anda perlu memohon permit dan insurans daripada Civil Aviation Authority of Thailand (CAAT) sebelum tarikh pelancongan anda ke Thailand.
Membuang sampah merata-rata di Thailand ? ?
Sejak Februari 2018, pihak berkuasa Thailand telak menguatkuasakan larangan membuang sampah merata-rata kepada individu berusia 24 tahun ke atas terutama di kawasan-kawasan pantai pelancongan akibat kadar pencemaran yang meningkat saban tahun.
Jika didapati bersalah kerana melakukan kesalahan ini, anda boleh dihukum dengan denda maksimum sebanyak 100,000 Baht atau dipenjara selama setahun. Anda boleh didenda 2,000 Baht jika membuang sampah di kawasan kaki lima.
Larangan merokok ? ? ?
Merokok sekarang dilarang di 24 pantai yang popular seperti Phuket, Pattaya, Koh Samui, Prapchuap Khiri Khan, Chon Buri dan Songkhla. Larangan ini dikuatkuasakan kerajaan Thailand bagi mengurangkan impak alam sekitar terhadap hidupan laut dan kerosakan kepada sistem peparitan mereka yang dipenuhi puntung rokok. Larangan ini juga diperluaskan kepada bot yang membawa warga tempatan atau pelancong.
Dekat Malaysia pun ada larangan yang sama dan siapa yang didapati melanggar peraturan ini akan dikenakan denda sebanyak RM10,000. Sama juga seperti di Thailand apabila anda akan dikenakan denda sebanyak 100,000 Baht, satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Merokok juga tidak dibenarkan di kawasan-kawasan rekreasi, kompleks sukan dan taman permainan, zoo dan kawasan pasar. Pelancong yang melancong secara berkumpulan diharap dapat mengikut peraturan ini.
Ada yang bertanya, vape macam mana? Rokok eletronik pun tak dibenarkan juga ke? Jawapannya, ya. Rokok eletronik dah diharamkan di Thailand sejak 2014 dan ramai pelancong yang datang ke Thailand telah ditangkap kerana mengabaikan larangan dan didenda atau dipenjara.
Walkie-talkie
Sewaktu Libur buat research berkenaan perkara-perkara yang dilarang di Thailand ni, Libur ada terjumpa satu benda yang menarik dengan kes warganegara Malaysia yang ditahan di Thailand baru-baru ini kerana memiliki walkie-talkie.
Walkie-talkie sememangnya tersenarai dalam larangan yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa Thailand dan di sini Libur sertakan sekali senarai-senarai untuk barangan yang lain.
Jadi ini antara tips yang dapat Libur kongsikan kepada para pembaca. Kalau ada apa-apa yang ingin dikongsikan, feel free to message Libur dan Libur nasihatkan kalau melancong di negara orang, ikutlah peraturan di sana. Kita jauh dengan saudara-mara dan kawan-kawan yang boleh datang tolong. So be safe and have fun.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Negeri Selangor pada awal petempatannya terletak di sebuah kuala sungai yang kini dikenali sebagai Kuala Selangor dan bukan sebuah negeri seperti hari ini.
Walau sejarah awalnya masih kabur, namun pengkaji sejarah bersetuju bahawa Selangor memiliki warisan sejarah yang mendahului zaman Kesultanan Melayu Melaka selama lebih seabad. Ketika kegemilangan Empayar Melaka, kawasan Selangor adalah antara yang termasuk dalam jajahan takluk Melaka sebagaimana tercatatnya nama Klang, Jeram dan Bernam dalam Sejarah Melayu oleh Tun Sri Lanang.
Apa yang lebih menarik, Kuala Lumpur juga merupakan sebahagian daripada daerah di Selangor. Ini info menarik yang dikongsikan menerusi sumber Media Selangor dan Selangor Royal Office
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...