Percutian adalah satu perkara yang sangat menyeronokkan tapi kerisauan akan tetap timbul apabila mengenangkan sesuatu yang kita tinggalkan sepanjang masa percutian tersebut.
Sebagai contoh, kediaman tempat tinggal kita. Macam-macam perkara akan melayang dalam pemikiran sekiranya kita tinggalkan rumah dalam tempoh masa percutian yang lama contohnya trip ke Eropah memakan masa selama lebih seminggu. Jadi sepanjang tempoh tersebut, tiada siapa diantara kita yang akan tahu, apakah yang mungkin berlaku sepanjang tempoh tersebut.
Untuk mengelakkan kerisauan itu daripada terjadi memang mustahil, tetapi kita mampu kurangkan supaya kita lebih enjoy dalam menikmati percutian tanpa terlaku memikirkan soal rumah.
IKLAN
Bagaimana boleh kita kurangkan kerisauan tersebut? Pihak Polis Diraja Malaysia atau PDRM sebenarnya ada mengeluarkan beberapa panduan yang boleh anda ikuti sekiranya ingin keluar rumah untuk bercuti dalam jangka masa yang panjang.
Panduan yang disenaraikan ini boleh membantu anda untuk mengelakkan kes-kes pecah rumah, kebakaran dan sebagainya. Walau bagaimanapun, harus ingat risikonya tetap ada tetapi dapat kita kurang kepada kadar yang paling minima dengan mengikuti setiap langkah yang disarankan oleh PDRM ini.
IKLAN
Langkah-langkah yang boleh anda ikuti adalah;
IKLAN
Pastikan pintu dan tingkap rumah ditutup dan dikunci dengan ibu kunci yang tidak mudah dipecahkan atau diumpil.
Pastikan lampu di sekeliling rumah dipasang mulai pukul 6 petang hingga 7 pagi setiap hari. Pastikan juga alat penggera keselamatan berada dalam keadaan baik dan berfungsi. Disarankan anda untuk memasang alat timer di suis lampu luar rumah anda supaya dapat bernyala dalam tempoh masa yang ditetapkan tadi.
Pasangkan alat keselamatan tambahan seperti rantai dengan ibu kunci dipasang di tempat yang dianggap mudah pecah masuk seperti pintu pagar hadapan dan belakang rumah, pintu besi hadapan dan belakang. Pastikan kesemua alatan tersebut di pasang sebelum meninggalkan rumah.
Jangan biarkan binatang peliharaan anda tanpa makanan yang mencukupi semasa tempoh percutian.
Pastikan jiran anda tahu dan maklum akan ketiadaan anda. Berikan nombor telefon atau email yang boleh dihubungi sepanjang masa anda tiada di rumah.
Pastikan barang kemas seperti emas, wang tunai, jam dan barang berharga yang lain disimpan di tempat yang selamat dan sesuai.
Hentikan sebentar langganan surat khabar bagi mengelakkan penjenayah tahu yang anda tiada di rumah. Minta pertolongan jiran untuk menyimpan surat kiriman yang diterima di peti surat atau pintu pagar semasa ketiadaan anda di rumah.
Maklumkan kepada pegawai atau anggota polis di bilik gerakan balai polis berhampiran rumah anda yang anda sedang bercuti untuk sekian masa dan sekian tempat. Dapatkan nombor telefon bilik gerakan balai polis terbabit dan berikan juga nombor telefon anda kepada mereka. Berikan maklumar seperti nama dan alamat rumah, nombor telefon yang mudah dihubungi, tarikh pergi dan balik bercuti dan nombor kenderaan yang ditinggalkan di rumah.
Anda dinasihatkan untuk melindungi harta benda dan kediaman anda dengan polisi insurans yang mampu meringankan beban kerugian anda sekiranya rumah di pecah masuk.
Itu kesemua sembilan nasihat yang boleh diberikan kepada anda. Semoga semuanya selamat sepanjang masa anda bercuti!
Tourism Selangor selaku Agensi Promosi Pelancongan Rasmi Negeri Selangor dengan Management and Science University (MSU). Usahasama ini merupakan sebuah langkah proaktif dalam memperkasa bidang pendidikan, pengajaran, latihan, penyelidikan dan pembangunan secara dua-hala.
MoU tersebut telah ditandatangi secara rasmi oleh Tuan Azrul Shah Mohamad, Pengurus Besar Tourism Selangor dan Professor Dr. Abdul Jalil Ghazali, Naib Presiden Hubungan Industri dan Keusahawanan MSU, di hadapan Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Mohd Shukri Bin Ab Yajid, Presiden MSU.
Kerjasama yang diwujudkan akan memberi peluang kepada pihak MSU mempromosikan Tourism Selangor dengan menggalakkan para pelajar untuk menjalani latihan industri di Pejabat Urusan Tourism Selangor di Shah Alam. Selain itu, pihak Tourism Selangor dan MSU dapat bekerjasama dalam bidang kajian dan pembangunan yang turut meliputi pertukaran bahan penyelidikan serta, penerbitan dan pembentangan.
Apa yang lebih menarik, pihak Tourism Selangor akan turut memperkenalkan Anugerah Industri di Majlis Konvokesyen MSU untuk diberikan kepada para pelajar yang layak dan terpilih. Pihak Tourism Selangor akan turut terlibat dalam program dan seminar perindustrian yang dianjurkan oleh pihak MSU dari masa ke masa sepanjang tempoh MoU berlangsung.
Bukan hanya para pelajar yang akan menerima nilai tambah dari pemeteraian usahasama dua- hala ini, namun wargakerja MSU akan turut berpeluang menerima naik-taraf kelayakan melalui penawaran sijil professional yang di akan diuruskan oleh pihak Tourism Selangor.
Tourism Selangor sememangnya berdedikasi dalam membangunkan semula industri pelancongan Negeri dengan menerokai pelbagai cabang sebagai salah sebuah elemen bagi inisiatif promosi pelancongan serba mampan. Hal ini termasuk pemerkasaan industri dari peringkat pendidikan tinggi yang disokong sepenuhnya oleh pihak Tourism Selangor dalam memartabatkan industri pelancongan Negeri dari akar umbi.
Selain itu, pihak Tourism Selangor sedang giat mempromosikan Kempen “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu” yang telah dilancarkan oleh pihak Tourism Selangor pada Disember tahun lalu bagi memperkasa sektor pelancongan domestik. Penekanan inisiatif promosi pelancongan di media massa dan landasan digital juga merupakan bukti Tourism Selangor serius dan fokus dalam menetapkan semula atau “reset” industri ini pasca pandemik Covid-19.
Majalah antarabangsa hebat, TIME menyenaraikan Pulau Pinang antara 10 destinasi mampu lawat di Asia bagi pelancong Barat.
Majalah itu dalam artikelnya ‘10 Amazing Asian Vacations That Won’t Cost a Fortune’, memaparkan destinasi murah dan memuaskan untuk dilawati.
Menurut TIME, kos untuk 2 orang bagi seminggu di Pulau Pinang ialah USD2,669 (RM11,399)
Pulau Pinang dengan tarikan budaya campuran budaya, makanan, rumah agama, tempat menarik, pantai cantik, kehidupan malam hari dan pusat beli – belah yang murah.
Kadar bilik hotel menurun 10% setiap tahun, menjadikan purata sekitar USD80 (RM342) semalam, menurut Hotels.com. Tambang udara juga jatuh , 16% setiap tahun hingga kadar USD916 (RM3,925) perjalanan pulang.
Kebanyakan pelancong bertumpu di George Town, dan bangunan Unesco World Heritage Site. Tarikan makanan yang pelbagai (yang juga baru ini disenarai dalam antara makanan gerai terbaik dunia) seperti rojak pasembur, nasi kandar, kuey teow dan pelbagai lagi makanan murah dan sedap.
Foto: aroma cookery
Bagi memahami pertembungan dua budaya timur dan barat, rumah seperti Khoo Kongsi dan Cheah Kongsi jadi tarikan. Disitu mural besar, ukiran seramik, dan binaan yang mengagumkan. Taman Negara Pulau Pinang juga menawarkan keindahan alam flora dan fauna di samping pantai yang cantik.
AirAsia Group Bhd meneruskan perjalanannya untuk menjadi platform perjalanan dan gaya hidup paling pesat berkembang di ASEAN dengan pelancaran AirAsia Bundle Deals, melalui platform airasia.com
Pelancaran ini akan mempelbagaikan lagi penawaran kumpulan itu selain menjual tiket penerbangan, perniagaan restoran Santan, platform hotel dan label muzik sendiri Red Records.
Dengan lebih 100 peniaga bagi AirAsia Bundle Deals di Lembah Klang pada masa ini, dan akan diperluaskan ke bandar-bandar lain dan negara termasuk Pulau Pinang, Singapura, Thailand dan lain-lain mulai tahun depan.
Pelanggan akan dapat menikmati pelbagai tawaran gaya hidup terdiri daripada makanan dan minuman, kecantikan dan perkhidmatan melalui geo-lokasi bagi pas 90 hari pada hanya RM20, atau dengan hanya 2,500 Mata Ganjaran BIG.
AirAsia Bundle Deals tidak hanya terhad kepada orang ramai yang melayari airasia.com, tetapi dalam fasa seterusnya, ia akan mempunyai penyelesaian ganjaran korporat dan pembelian korporat untuk organisasi yang mahu memberi ganjaran kepada pekerja.
AirAsia berhasrat untuk menjadi bukan hanya sebuah syarikat penerbangan, tetapi menawarkan perjalanan, gaya hidup, logistik, perkhidmatan kewangan dan banyak lagi untuk memenuhi keperluan hidup pelanggannya.
Antaranya pelanggan boleh menikmati tawaran seperti potongan rambut, rawatan muka dan tatarias kuku secara percuma dan tawaran beli-1-percuma-1 yang disediakan di lokasi berbeza. Sementara itu, sempena pelancaran tersebut, airasia.com menawarkan promosi pada harga RM1 untuk pembelian AirAsia Bundle Deals. Hanya log masuk ke airasia.com/deals untuk merebut tawaran tersebut.