Melakukan penerbangan jarak jauh boeh menyebabkan kita berasa jet lag. Iyalajh, zon masa berubah dan perjalanan cukup panjang pastinya memberikan kesan kepada kita. Namun ada beberapa tip yang boleh anda amalkan untuk elak ia menjadi lebih teruk.
1. Laraskan tidur anda ke zon masa yang anda memasuki.
2. Apabila membuat perjalanan dengan si kecil, membawa banyak hiburan. “Apabila saya bersama anak saya, saya akan membawa buku dan permainan. Kami akan bermain sehingga dia tidur,”
3. Untuk mengelakkan jet lag, elakkan alkohol.
4. Minum banyak air untuk membantu badan anda kekal terhidrat
5. Pakai pakaian yang selesa apabila anda terbang. “Saya lebih suka T-shirt dan seluar jeans.”
6. Ambil masa untuk menikmati penerbangan anda dengan membaca buku, menonton filem, periksa e-mel dan tidur
7. Makan dengan teratur.
Mungkin anda juga boleh cuba persiapkan badan dan minda anda untuk perubahan zon masa. Apa yang boleh anda lakukan ialah anda kena tahu bila berangkat dan setiap minggu anda cuba menolak satu jam (ke belakang atau ke hadapan) bergantung pada destinasi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sekarang Masa Sesuai Untuk Edit Foto & Video Percutian Sebelum Ini

Kita semua harus aku bahawa negara kini sedang berjuang untuk melandaikan kadar penularan wabak COVID-19. Hari ini, kerajaan telah memgumumkan kesemua negeri dan Wilayah Persekutuan kini diletakkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan kecuali negeri Sarawak.
Sebarang renatas daerah atau negeri tidak dibenarkan dan hanya sektor ekonomi tertentu sahaja dibenarkan beroperasi. Jadi pastinya anda yang mungkin telah merancang sebelum ini untuk bercuti harus melupakan hasrat tersebut.
Usah risau, apa kata luangkan masa yang ada di rumah dengan menyelongkar semula koleksi foto da video percutian anda yang lama. Inilah masa paling sesuai untuk edit dan mengabadikan kenangan lama menjadi lebih menarik.
Mungkin ia boleh jadi pembakar semangat dan perangsang untuk percutian masa hadapan.
Jom ikuti beberapa step seperti di bawah.
Step 1
Muat turun aplikasi edit video
Step 2
Selepas muat turun, pilih size canvas yang anda ingin guna.
Lepastu pilih video yang ingin digunakan dan import video-video tersebut atau tekan butang ‘add to project’.
Step 3
Cari muzik PERCUMA di youtube dan tiada copyright (untuk memudahkan proses upload di sosial media nanti).
Muat turun atau rekod menggunakan screen record button untuk merakam video yang kita inginkan.
Apabila sudah habis recod, kitab oleh berhenti screen recording.
Kemudian ambil file screen recording tadi, dan import video tersebut di dalam aplikasi editing video. Letakkan video sebentar tadi di layer atas, dan di jika di lihat timeline anda ada dua layer (satu layer video anda dan satu layer screen record anda).
Untuk hilangkan screen record ini, anda perlu butang ‘audio’ dan kita unlink kan video. Jika di lihat, video anda akan terbahagi kepada dua (video dan audio). Lepas itu, pergi ke ‘delete’ buang video dan tinggalkan audio sahaja.
Step 4
Cut dan Trim video seperti yang dimahukan. Malah anda juga boleh synchronize audio yang sedia ada.
Okay nak dengar dengan lanjut anda boleh rujuk video di bawah ini…
Step 5
Masukan intro dan outro video.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Naik Gunung Jerai Korang Boleh Beli Bunga Bawa Balik Jadi ‘Ole-Ole’

Gunung Jerai memiliki ketinggian 1,217 meter dari paras laut dan terletak di sempadan daerah Kuala Muda dan Yan, Kedah sentiasa mendapat kunjungan daripada para pengembara dan pencinta alam yang ingin menerokainya tidak kira pada hari biasa atau cuti umum.
Gunung Jerai, kini menjadi lokasi kegemaran ramai pengunjung untuk beristirehat dan bersantai. Selain mempunyai suhu dingin yang nyaman, pemandangan indah di sekeliling lokasi berkenaan juga menjadi faktor kunjungan samada penduduk tempatan dan pelancong domestik setiap hari. Dari puncak Gunung Jerai, anda boleh melihat pemandangan sekitar negeri Kedah terutama pemandangan sawah padi yang luas terbentang indah.
Gunung tertinggi di Kedah ini juga ada menyediakan kemudahan penginapan yang dikelilingi dengan pelbagai jenis flora dan fauna berwarna-warni. Paling best, anda boleh membeli cenderamata berupa tumbuhan dan bunga-bunga indah yang ada di atas kawasan puncak gunung indah ini.
Nak tahu bunga apa yang ada? Baca perkongsian sumber daripada Odah Gebuz
Hello gaiz!!
Last ke puncak Gunung Jerai kalau tak silap tahun 2000. Masa tu chalet pon biasa biasa je. Landskap pon tak cantik macam sekarang, ada swimming pool, playground, chalet lawa2 (harga chalet rm298 paling murah), taman botanika, ladang strawberi dan ada aktiviti paragliding (gayat2)
Lepas 20 thn K.Odah dtg balik (wow lama jugak tu) ada perkhidmatan van utk naik ke atas puncak. Caj RM70 untuk naik dan turun. (dulu rm60 ) Oleh sebab K.odah and the gang 7 org so sorang Rm10 aje. Masa untuk sampai dalam 15-20 mnit kot (kona patah dia tu rare).
Sampai kat puncak tu mata dah tertarik kat bunga2 biru pepel putih ni..cantik sungguh view. Bunga Siti Zubaidah @ Bunga Tiga Bulan @ nama saintifiknya Hydrangea Macrophylla memonopoli pemandangan kat atas puncak ni.Cantik sgt dengan suasana sejuk rasa mcm kat obersi pulak.
Bunga hydrangea ni ada dijual kat atas. Harga rm15 satu pokok. Ada warna putih, biru keungguan dan pink. Bergantung pada pH tanah klau tanah lebih berasid, bunga akan berwarna biru dan kalau tanah beralkali bunga akan jadi merah muda. Menarik kan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tiada Masalah Pun Nak Travel Bulan Puasa. Bajet Kurang Sikit ‘Tang’ Makan Tu

Setiap tahun pada bulan Ramadhan, ramai yang ambil kesempatan untuk melancong ke pelbagai destinasi pelancongan samada dalam negeri atau ke luar negara. Ada yang memang seronok untuk berjalan ketika bulan puasa kerana faktor kewangan untuk makan dapat dikurangkan.

Ada juga yang memang mengambil peluang untuk ke negara luar untuk melihat bagaimana cara masyarakat destinasi tersebut menyambut Ramadhan terutama negara Islam. Selain itu, untuk penerbangan domestik atau sesetengah negara, ketika bulan puasa harga tiket dikatakan agak rendah dan berbaloi untuk dibeli. Tidak kisahlah apa jua tujuan anda melancong ketika bulan puasa, namun pastikan anda mengikuti segala tip ini agar trip travel dan amalan berpuasa anda dapat dilakukan dengan lancar serta sempurna.
- Muat Turun Aplikasi Khas Untuk Muslim

Aplikasi ini penting untuk anda mengetahui waktu solat, waktu berbuka, imsak dan arah kiblat. Lagi bagus jika aplikasi yang anda muat turun turut dilengkapi dengan bacaan dan penterjemah Al-Quran. Selain itu, anda juga boleh dapatkan aplikasi mudah alih untuk memudahkan urusan anda mencari makanan halal, tempat solat dan jenis perkhidmatan pengangkutan.
- Pilih Destinasi Percutian Waktu Siang Tidak Terlampau Lama

Anda boleh merancang dan memilih destinasi yang sesuai untuk di lawati ketika sedang berpuasa. Tidak semestinya lokasi yang mesra muslim sahaja tetapi lokasi yang membantu anda secara tidak langsung berpuasa dengan baik. Contohnya bukan waktu malam yang sangat singkat, negara yang mempunyai suhu terlampau panas atau negara yang memerlukan anda melakukan banyak aktiviti yang memenatkan.
- Rancang Perjalanan

Selepas membuat keputusan memilih destinasi yang paling sesuai untuk anda melancong, sebaiknya buat perancangan terlebih dahulu. Anda perlu merancang perjalanan anda supaya anda tidak membazirkan masa dan tenaga semasa dalam perjalanan. Sebaiknya, sediakanlah itinerari yang tidak terlalu padat supaya tidak terkejar-kejar dan tidak penat. Pastikan anda mengambil makanan tambahan untuk dapatkan lebih tenaga dan tidak lupa untuk bersahur. Bawa juga bekalan makanan yang tahan lama ketika berjalan sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya anda tidak jumpa restoran atau kedai makan halal apabila sudah hampir waktu untuk berbuka nanti.
- Mempunyai Kawan Travel

Jika boleh cari kenalan yang ingin melancong bersama anda ketika bulan puasa. Jika seorang diri anda akan rasa masa bergerak terlalu perlahan. Mempunyai teman ketika melancong sewaktu bulan puasa sangat membantu untuk mengalihkan fikiran daripada berasa penat dan lapar. Selain itu,kos pengangkutan dan penginapan juga akan menjadi lebih murah kerana berkongsi.
- Tahu Kedudukan Pusat Komuniti Muslim & Masjid Terdekat

Sekiranya, anda ke negara yang majoriti bukan Islam, masukan lawatan ke masjid tempatan di situ (sekiranya ada) atau kawasan komuniti muslim apabila hampir tiba waktu berbuka. Selalunya kawasan ini akan menghidangkan makanan percuma untuk orang Islam berbuka.
Selamat melancong!
Sumber: muslimtravelbug.com
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!













