
Tahun baru menjelma lagi. Selalunya awal tahun, semangat dan azam kita lain macam dan berkobar-kobar. Menyimpan duit tepi adalah perkara ideal khasnya untuk anda yang kaki travel. Hujung tahun pasti anda dapat hasil daripada amalan tersebut.

Perkongsian daripada Safura Planner boleh juga kita praktikkan untuk mendapatkan wang dalam tangan berjumlah RM3,300 pada hujung tahun nanti. Tip ini diharap memberi inspirasi kepada masyarakat khususnya mereka yang berazam untuk menyimpan wang supaya lebih berdisiplin agar apa yang diimpikan boleh terlaksana.
Simpan sikit-sikit, lama-lama jadi bukit!
Cara-cara simpan duit secara sempoi
Tahun depan dah boleh start buat. WAJIB!
RM1 – Setiap hari masuk dlm tabung. Total setahun genapkan RM400
RM5 – Simpan setiap minggu 2 keping. Total genapkan setahun RM500
RM10 – Simpan setiap minggu 2 keping. Total setahun genapkan RM1000
RM20 – Simpan setiap bulan 2 keping. Total setahun genapkan RM500
RM50 – Simpan ikut bulan genap (Feb, April, Jun, Ogos, Oktober, Disember) Total setahun RM300
RM100 – Simpan ikut bulan ganjil (Januari, Mac, Mei, Julai, September, November) Total setahun RM600

TOTAL keseluruhan setahun RM3,300. Dah boleh plan nak bercuti kat mana kan.
Sumber FB: Safura Planner
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kembara Musim Sejuk Ke Eropah, Wanita Ini Kongsi Tip Travel Bawa Baby. Drive Sendiri, Naik Turun Tram, Mudah!

Bercuti dengan anak-anak terutamanya yang masih bayi memerlukan persiapan dan kelengkapan yang banyak dan teliti. Apatah lagi yang nak bercuti ke negara sejuk seperti Eropah dan sebagainya.
Kembara ke Eropah ketika musim sejuk bersama bayi tentunya ada cabaran tersendiri. Tapi dengan perancangan Najla Aiman berkongsi persiapan dan juga tip-tip untuk ibu-ibu lain yang ingin membawa bayi mereka bercuti terutamanya ke negara empat musim atau negara-negara maju.

Memandu sendiri di sesetengah negara memerlukan anda menyewa carseat untuk bayi, tapi kalau boleh bawa sendiri dan digunakan di atas pesawat adalah lebih baik seperti yang dilakukan oleh Najla Aiman ketika percutiannya baru-baru ini.
Banyak lagi tip yang baik dikongsikan oleh ibu ini untuk mengembara bersama si kecil. Moga dapat menjadi rujukan juga untuk wanita lain yang akan bercuti bersama anak-anak.
Kembara Musim Sejuk Dengan Bayi
Hi… Alhamdulillah, masuk minggu ke 3 kembara keluarga kecil kami. Masih bersisa beberapa hari lagi sebelum pulang ke Malaysia .Konsep santai-santai, budget sederhana , free & easy tour.

😅Anak saya walaupun infant, dah Terlebih berat untuk bassinet.
Note: pastikan car seat korang aircraft certified
Trip bermula dari:
JB – Changi – Jeddah – Amsterdam – Brussels – Luxembourg – Basel – Switzerland – Frankfurt – cologne – Den Haag – & semua daerah2 dalam Netherlands
Mode penangkutan: selfdrive (sewa kereta). Tram & subway hanya intercity dan sekitar sahaja.
Penerbangan : Saudia Air, class economy
Gambar:
1. carrier cover brand pognae. Kalau beli baru dalam rm100+ juga. Saya beli bundle je kat JJJ. Dapat rm5 je
- material luar mcm winter jacket, tapi tak waterproof. Hujan & snow sikit2 Masih boleh tahan. Gambar ni pun diambil waktu hujan. Baby tantrum nak berdukung.
- material dalam fleece. Ade poket besar boleh jadi hand warmer mummy & simpan barang. Ade hoodie. Cover ni juga fit nicely dgn stroller as foot muff. Sangat functional2. Rain cover. Beli kat shopee je. Tak ingat harga. Below rm20. Tapi korang kalau nak beli kene pilih betul2. Yang saya punya ni, area hitam keliling zip tu tak waterproof. Hujan lebat akan Ade leaking sedikit.
Disebabkan ramai dah share pasal route ni, izinkan saya berkongsi sedikit keperluan bayi yang saya kira sangat penting & membantu sepanjang trip terutama musim sejuk.
Semoga bermanfaat buat ibu-ibu yang sedang membuat persiapan travel bersama bayi.
Checklist – details boleh rujuk di caption setiap gambar.

Travel sistem
Kebanyakan parents akan fokus pada stroller kecil @ buggy yang boleh masuk dalam cabin sahaja. Tapi, saya cadangkan masukkan juga car seat dalam list anda. Car seat sangat penting jika anda bercadang menyewa kereta. Selain faktor keselamatan, undang-undang kebanyakan negara eropah mewajibkan penggunaann car seat untuk kanak-kanak & mengenakan kadar saman yang tinggi sekiranya tertangkap. Untuk ibu bapa yang tak bawa car seat bersama, jangan risau. Anda boleh menyewa car seat dari syarikat sewaan kereta dengan sedikit bayaran tambahan. Tetapi, saya prefer membawa car seat sendiri kerana berkemungkinan bayi tak selesa dengan car seat yang disewa.
Untuk sesetengah negara, kenderaan awam seperti bas untuk perjalanan merentas negara seperti flixbus dan lain-lain. tidak mewajibkan penggunaan car seat. Namun, saya pernah melihat pelancong Malaysia dimarahi penumpang lain dalam bas gara-gara tidak sediakan car seat untuk anak. Judgemental jugak depa ni kan.
Saya juga gunakan car seat yang dibawa di dalam pesawat. Travel dengan kelas ekonomi untuk long haul flight sangat memenatkan untuk both parents & baby. Dengan car seat, keselamatan anak lebih terjamin, dapat tidur dengan selesa dan mummy boleh makan dengan tenang.
Jadi, travel system yang paling practical buat saya adalah cabin size stroller, yang boleh attach dengan car seat.

Takde ni, time winter susu boleh jadi iced blended beb
Baby carrier
Pilih carrier ergonomic (any brand) yang selesa untuk ibu & anak. Untuk perjalanan musim sejuk, sediakan juga carrier winter cover.
- Thermos air panas & pemanas botol susu.
- Ubat-ubatan, krim ruam, minyak telon, baby oil, lip balm & losyen bayi.
- Stroller Rain cover
- Baju winter & layering secukupnya
- Fleece @ heat tech inner
- long sleeve & tights
- winter jacket waterproof
- Neck cover & beanie (beli shoppee je)
Travel insurance: biasanya saya pakai etiqa 360 tapi sebab banyak posting negative, saya berpaling tadah ke AXA. Kami ambil Plan Family Premium coverage dgn harga +- Rm600 untuk 1 keluarga dgn beberapa penambahan coverage yang saya & suami rasakan penting.

Note:
kebanyakan pakaian-pakaian winter terutama inner wear saya beli bundle je. Kalau pandai pilih, boleh dapat yang berkualiti & decent looking dengan harga kurang rm10. Kalau ade mummy daddy yang nak travel bersama infant & malas atau tak sempat cari, pm saya..saya bagi free je ( bayar kos pos).
Ada juga beberapa winter jacket yang dibeli dari kedai-kedai khas winter dengan standard harga pasaran rm100 – rm300 tapi saya akan gunakan turun temurun dari abang-abang hingga adik baby
Kasut winter baby- saya beli ketika di Den Haag dengan harga 5 sahaja di Primark.
Ok, sekian sahaja perkongsian saya. Happy preparing mummy daddy.

Kami Ade buat silly mistake. Last minute decide taknak bawa baby carrier atas faktor baby suka stroller & mummy tak suka carry baby.
Pengajaran, baby could be so unpredictable waktu travel. Tiba2, our baby REFUSE stroller. Menangis tanpa henti. Dah mcm kene culik pulak. Kami terpaksa dukung bergilir2. Baby saya body semangat. Lenguh 1 badan.
3rd day saya tak tahan. Masuk thrift shop dekat rumah sewa, nampak ni. Google kalau baru 160 euro. Testing2 pakai..eh, sedap. Malas fikir & survey dah. Ambil je. Dia jual 45 euro.
Drama tak habis lagi. Confident nak pakai big pay. CC terminal dia rosak pulak. Hanya boleh pakai cash. Tapi, cash kami x cukup.
Rezeki kami, owner baik. Dia tanya bro cash ada. We can discuss the price. Alhamdulillah, kami dapat 25 euro untuk carrier ni. Berbaloi la
JANGAN TAKUT TRAVEL DENGAN ANAK KECIL. PLAN WELL & LEAVE THE REST TO ALLAH
Kredit: NaJla Aiman
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Awas! Tiket Malindo Air Dijual Secara Haram

Apa jua yang anda lakukan hari ini haruslah berwaspada dan selalu semak kebenarannya.
Setiap kali tiba musim perayaan atau cuti panjang, ramai yang mengambil peluang untuk bercuti atau pulang ke kampung halaman. Ketika itu jika anda memilih untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam harga tambang yang dikenakan agak tinggi berbanding kebiasaannya.
Waktu itu akan ada golongan tidak bertangungjawab mengambil kesempatan terhadap individu yang tersesak atau sangat memerlukan tiket tersebut dengan menjual tiket yang tidak sah.
Selalu kita dengar mengenai penjualan tiket haram untuk kemudahan pengangkutan seperti bas persiaran dan keretapi saja bukan? Kali ini penjualan tiket untuk penerbangan juga ada yang menjual kepada orang ramai secara tidak sah.
Malindo Air memberi amaran bahawa terdapat individu yang tidak bertanggungjawab telah menyalahgunakan nama syarikat penerbangan dan Pengarah Strategi Kumpulan itu, Datuk Chandran Rama Muthy, untuk mendapatkan wang dengan menjual tiket penerbangan secara tidak sah.



- Malindo telah menerima banyak aduan daripada penumpang bahawa individu berkenaan telah mengutip pembayaran dan melarikan diri. Menurut Malindo Air, tiada individu yang dilantik untuk menjual tiket penerbangan bagi pihak syarikat penerbangan berkenaan.
- Syarikat itu menasihatkan semua penumpang supaya membeli tiket penerbangan masing-masing melalui www.malindoair.com atau lapangan terbang dan pejabat tiket bandar yang dikendalikan oleh Malindo Air atau mengunjungi ejen perjalanan yang sah. Penumpang boleh menghubungi 03-7841 5388 untuk maklumat lanjut.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ambil Tahu 8 Jensi Scam Di Tanah Suci Sering ‘Ganggu’ Jemaah

Ketika umat Islam lain berebut-rebut untuk membuat kebaikkan di Tanah Suci, ada yang mengambil kesempatan untuk melakukan kejahatan dengan cara menipu semata-mata untuk hidup mewah.
Ini ada panduan untuk anda yang bakal mengerjakan Umrah atau menunaikan Haji agar tidak diperdaya individu 'yang nampak baik' tetapi sebenarnya seorang scammer. Perkongsian ini adalah daripada saudara Hilmi Mazlan agar anda berhati-hati dengan 8 jenis scam yang sering menghantui jemaah di Tanah Suci.
**media[150061]**
Sahabat yang dihormati,
Hari ini saya akan kongsikan 8 kumpulan scammer yang mungkin akan mengambil kesempatan ke atas anda di tanah suci. Kongsikan post ini dengan rakan-rakan anda yang bakal ke tanah suci moga-moga ia bermanfaat.
1. Paling popular adalah sindiket Indonesia yang kononnya akan bantu kita untuk sampai di depan Hajarul Aswad. Bila selesai mereka akan minta 200 ke 500 riyal atas servis mereka. Ada sahabat yang terkena, dia dikerumuni gang tersebut & terpaksa membayar 200 riyal. Itu pun sebab itu saja duit yang dia ada pada waktu itu. Berlaku pada hari pertama tiba di Mekah.
2. Scam Palestin – scammer mengaku dari Palestin dan kata tiada duit nak ke Madinah atau nak hantar duit kepada ibunya di Madinah yang nak datang Mekah. Selalunya akan minta minima dalam 100 ke 200 riyal. Tak terima sumbangan kecil.
3. Scam teksi sapu (teksi atau van haram) – pemandu akan offer harga munasabah untuk pergi ke destinasi yang kita tanya. Bila sampai dia akan kata harga itu adalah untuk seorang, jadi kalau berdua dia akan kali 2. Kalau berlima dia akan tuntut tambang tersebut dikali 5. Kalau tak mahu bayar dia akan kata jom balik semula ke Mekah tapi dia akan bawa kita ke kawasan yang tidak diketahui dan ugut dengan batang paip. Nak selamat, guna teksi yang berdaftar.
.
4. Scam sakit – biasanya berlaku dalam masjid-masjid di sekitar Mekah. Selesai solat mereka akan ke kawasan yang jemaah lalu dan menunjukkan balutan sambil menangis meminta sumbangan. Bayangkan kalau sorang bagi 1 riyal, satu waktu boleh dapat 100 riyal. 5 waktu dah 500. Mereka akan pusing masjid-masjid berbeza dan kecederaan berbeza sepanjang musim haji – contohnya minggu lepas balut kat perut minggu ni dah balut kat lengan.
5. Scam tahfiz Afghanistan – mereka tunjuk gambar atau sijil tahfiz di Afghanistan. Bila minta sumbangan mereka akan minta dalam jumlah yang agak besar, minima 100 riyal. Bila mereka sudah tetapkan 'sumbangan' maka faham-fahamlah dan segeralah beredar.
6. Scam budak kudung – Yang ini biasanya di jalan-jalan menuju hotel dari Masjidil Haram. Ada sederet budak-budak akan lipat tangan masuk dalam baju nampak macam kudung. Tapi bila dah habis shift atau dihalau polis tangan diorang akan tumbuh balik.
7. Scam snap gambar – geng ni guna kamera polaroid (jenis snap terus keluar gambar). Biasa orang kena di Jabal Rahmah. Sekali snap kena lah bayar dalam 20 – 30 riyal. Kalau jumpa pandai-pandailah lari atau tutup muka. Kalau senyum terus kat kamera memang dia snap & minta bayaran.
8. Scam gunting – geng ini akan tunggu di Marwah iaitu perhentian terakhir sa'ie. Mereka menawarkan gunting untuk mereka yang nak bertahalul. Selesai menggunting mereka akan meminta bayaran pinjam gunting pada harga yang tidak masuk akal. Kalau ada yang offer tolak dengan baik dan cari kedai gunting di luar Masjidil Haram untuk gunting atau cukur rambut. Cuma 10 riyal.
**media[150060]**
Moga-moga para jemaah di tanah suci terhindar oleh Allah dari scammer ini & saling ingat mengingatkan. Ada banyak saluran untuk bersedekah, sebagaimana yang telah banyak dikongsikan.
Ini antara perkongsian lain daripada individu yang juga pernah 'terkena' atau mengetahui mengenai scam di Tanah Suci.
**media[150063]**
**media[150062]**
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!




