Jika boleh berjimat mengapa perlu berbelanja lebih. Buat anda yang merancang untuk bercuti menggunakan bajet tertentu dan rendah, pemilihan hotel bajet pastinya berada dalam senarai paling atas.
Walaupun memilih hotel bajet yang lebih murah tidak bermakna anda boleh duduk sahaja di mana-mana hotel anda temui. Ada beberapa perkara perlu anda pertimbangkan selain faktor keselamatan.
Kali ini LIBUR kongsikan beberapa tip memilih hotel bajet untuk kepuasan anda sepanjang penginapan.
Cari melalui laman web untuk mendapatkan harga yang terbaik
Encik Google semestinya dapat membantu anda dalam hal ini. Taip sahaja 'hotel bajet', ia akan memuntahkan ratusan ribu carian dalam masa beberapa saat sahaja. Jadi, untuk memudahkan usaha pencarian anda apa kata anda gunakan laman web yang spesifik untuk mencari hotel murah.
Laman web seperti OYO, Trivago, Agoda dan banyak lagi dapat meringankan otak anda dalam membuat pilihan. Laman-laman web ini bukan sahaja lengkap dengan semua ciri yang memudahkan anda mencari, malah anda boleh menempah terus dari laman web berkenaan.
Muat turun apps hotel di telefon pintar juga merupakan langkah bijak kerana selain menjimatkan masa, anda juga boleh menjadi antara yang terawal mengetahui tawaran istimewa. Muat turun app OYO di sini. OYO Rooms, platform yang membantu anda mencari penginapan yang bersih dan berpatutan.
Ambil tahu jika ada kos tersembunyi
Ads
Walaupun sudah tertera harga di papan iklan (atau laman web) dengan terang, anda mungkin tidak perasan kos tersembunyi yang ditulis dengan kecil di hujung (bawah) iklan tersebut. Pastikan anda peka akan tanda-tanda seperti ini '*' atau '**' di hujung harga kerana ini menunjukkan harga tersebut akan ada peningkatan kelak.
Nama pun bajet jadi jangan jadikan kecuaian untuk melihat tanda-tanda seperti ini memaksa anda membayar lebih dari bajet yang anda peruntukkan.
Pakej percutiaan
Jika tarikh percutian anda fleksibel, ini merupakan peluang untuk anda mendapatkan pakej percutian dengan harga yang menarik. Kebanyakkan syarikat percutian akan membuat tawaran pakej percutian murah atau diskaun yang termasuk harga tiket, penginapan dan banyak lagi pada masa-masa tertentu.
Ini membolehkan anda untuk menikmati hotel penginapan yang lebih baik berbanding jika anda menempah sendiri hotel memandangkan ia datang sekali dengan pakej percutian tersebut.
Ads
Lokasi yang baik
Apabila hotel bajet ini selalunya ada kelengkapan asas sahaja, ini membolehkan anda bajet lebih untuk menerokai tempat yang anda kunjungi. Penting untuk anda menempah hotel yang dekat dengan kemudahan pengangkutan awam atau tinggal di tengah-tengah bandar untuk mengelakkan anda perlu berbelanja lebih untuk bergerak.
Baca review atau ulasan
Laman-laman web pasti akan menjamu mata anda dengan gambar terbaik hotel mereka (walaupun hakikatnya jauh dari itu). Jadi, anda bolehlah bergantung kepada ulasan mereka yang pernah tinggal di hotel tersebut.
Baca dengan teliti sebanyak ulasan yang mungkin untuk anda mendapat gambaran kasar akan keadaan sebenar apabila anda menempah hotel itu. Semestinya tidak semua orang bersependapat dalam soal keselesaan namun sebaiknya ambillah undian majoriti.
Ads
Servis asas yang baik
Ulasan boleh memberitahu anda banyak benda – tahap kebersihan, tahap kebisingan, kualiti makanan, tahap servis, dan lain-lain. Berlainan orang, lain kesukaan mereka. Jadi, pastikan anda tanya pada diri anda apa yang perlu ada untuk anda selesa menginap di situ. Jika anda sukakan kebersihan tetapi tidak kisah sangat perihal kebisingan, buatlah pilihan yang sesuai.
Bilik air di dalam bilik hotel
Ada sesetengah hotel murah yang menyuruh anda berkongsi bilik air dengan penginap yang lain. Tidak! Tidak kiralah bagaimana berbezanya kesukaan seseorang, berkongsi bilik air mungkin akan menjadi pengalaman ngeri untuk percutian kita.
Pilihlah hotel bajet yang ada bilik air tersedia di dalam setiap bilik agar anda tidak perlu berkongsi dengan orang lain seperti ketika kita duduk di asrama masa kolej dahulu.
Harga berpatutan
Jika anda bayar lebih, anda akan dapat lebih. Begitu juga dengan hotel bajet. Lebihkan sedikit bayaran anda untuk dapatkan keselesaan dan ciri yang lebih baik berbanding dengan memilih hotel paling murah dan anda tidak berpuas hati dengan semua perkara.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Anda dalam perjalanan pergi atau pulang dari bercuti menggunakan highway. Namun tanpa disangka, kereta pula meragam dan rosak ketika di atas highway. Lebih parah apabila kereta rosak di kawasan terpencil dan jauh daripada orang awam lain.
Kalau setakat tayar pancit, okay lagi. Tapi kalau nak sampai enjin jadi panas sampai suhu melampau tinggi sehingga kereta rosak, itulah masalah paling besar.
Ketika inilah muncul segelintir trak tunda yang entah dari mana datang dengan ‘bermurah hatinya’ untuk membantu anda.
Risau dipaksa mereka akan bawa kereta anda ke bengkel yang anda tidak tahu dan tidak begitu yakin? Jangan panik dan ikut langkah-langkah di bawah :
1. Hubungi PLUSRonda
Jangan terus ambil trak tunda yang ‘tidak diundang’ itu kerana sebagai pengguna lebuh raya anda berhak mendapat perkhidmatan tunda secara PERCUMA daripada syarikat konsesi lebuh raya seperti PLUSRonda. Mereka akan membawa anda daripada lokasi kejadian sehingga ke hentian Rehat dan Rawat (R&R) atau plaza tol yang berhampiran. Bukan nak buruk-buruk keadaan tetapi sudah ramai pengguna mengadu penunda yang ‘tidak diundang’ ini selalunya sudah sediakan macam-macam bil untuk anda.
Apa yang perlu anda buat?
a) Nyalakan lampu kecemasan kenderaan
b) Dapatkan lokasi kilometer (lihat tanda km di tepi lebuh raya di setiap 100m)
c) Telefon nombor bantuan syarikat konsesi lebuh raya, contohnya PLUSRonda – 1800 88 0000
d) Nyatakan jenis kenderaan dan nombor plet kenderaan
e) Nyatakan kerosakan
f) Nyatakan nombor telefon untuk dihubungi
2. Maklumkan kepada syarikat insurans
Anda bayar insurans tiap-tiap tahun bukan? Anda perlu ingat polisi yang ditawarkan. Kalau sudah terlupa, rujuk semula kerana selepas kenderaan anda dihantar ke hentian R&R atau plaza tol terdekat, anda boleh menggunakan perkhidmatan tunda PERCUMA yang disediakan oleh syarikat insurans kenderaan anda ke bengkel yang anda kehendaki seperti pusat servis jenama kenderaan anda atau bengkel yang anda percayai.
Selalunya syarikat insurans menetapkan jarak yang berikan PERCUMA seperti 200km ataupun lebih, mengikut polisi yang ditetapkan. Sekiranya lokasi tersebut lebih kilometer seperti yang ditetapkan, maka kadar tertentu akan dikenakan sebagai contoh RM1.50/km. Ada juga syarikat insurans menyediakan tuntutan sewa teksi untuk pulang ke rumah dan ada juga syarikat insurans menawarkan tuntutan kos penginapan hotel yang ditanggung kerana kerosakan tersebut mengikut terma-terma tertentu.
Jadi baca polisi anda, ketahui hak anda sebagai pengguna.
Apa yang perlu anda buat?
Nyalakan lampu kecemasan kenderaan.
Hubungi nombor khidmat bantuan syarikat insurans anda seperti yang tertera pada polisi atau pelekat yang diberi (biasa kita tampal dengan cukai jalan tu).
Nyatakan lokasi kenderaan anda.
Nyatakan jenis kenderaan dan nombor plat kenderaan.
Nyatakan kerosakan.
Nyatakan nombor telefon untuk dihubungi.
Dengan mengikuti langkah-langkah selamat ini, anda akan terhindar dari ‘konspirasi’ penipuan tersebut. Dan ingatlah, ada juga kerosakan yang sengaja dicipta oleh ‘syaitan bertopengkan manusia’ semasa anda berhenti di hentian Rehat dan Rawat tertentu. Kedua-dua perkhidmatan tunda samada dari syarikat konsesi lebuh raya dan syarikat insurans beroperasi 24 jam sehari selama 7 hari seminggu.
Jadi anda TIDAK PERLU RISAU ye!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Nampaknya Switzerland menjadi negara yang menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk bercuti. Saban hari memang ramai yang terbang ke negara Eropah tersebut untuk bercuti dan menikmati keindahan alam yang ada di sana.
Wiween Mihad yang berkesempatan juga berkelana ke Swiss selama 15 hari ketika musim sejuk berkongsi beberapa tip dan maklumat yang berguna buat traveller lain.
Menggunakan Swiss Travel Pass (STP) sepanjang berada di sana kerana menurutnya lebih jimat dan banyak kelebihan, wanita ini juga turut berkongsi tentang bandar-bandar yang sempat dilawati ketika bercuti di sana.
Bagi yang pertama kali ingin ke Swiss, apa yang dikongsikan oleh Wiween ini memang berguna, selain tu, boleh juga enjoy beberapa gambar menarik yang dikongsi oleh wanita ini menerusi posting di Backpackers Buddies Malaysia (BBM)
Trip DIY Musim Sejuk Ke Swiss
Perkongsian mengenai Swiss adventure diy musim winter aku selama 15 hari :
Public transport di Swiss sgt bagus. Senang bergerak ke mana-mana hanya dengan naik train, bas & tram. Masanya pon punctual, boleh rujuk google maps. Jika beli Swiss Travel Pass (STP) boleh naik mana-mana public transport dalam Swiss FOC. Kami beli STP 15 days. Tunjuk je barcode nanti officer tu scan. Tapi jika beli 2nd class pass, naik koc yang ada tulis no 2 di pintu. Jangan naik 1st class dia nanti kena denda & dendanya mahai!
Rata-rata kedai mengamalkan cashless payment. Boleh bayar pakai kad tanpa ada duit cash. Kami guna Bigpay all the time.
Convenient store dia yang utama ada 4 : Coop, Migros,Kiosk & Avec. Ini mengikut pemerhatian aku sepanjang di sana.
Tandas dia menggunakan papan tanda “WC” sama macam kebanyakan negara-negara Europe yang lain. Kadang-kadang dia buh gambar lelaki/perempuan. Tapi kat Zurich ada tulis “Toilet”. Ada tandas FOC & ada yang berbayar. Yang berbayar tu kena bayar pakai coins. Ada yg boleh pakai card. Tapi yang aku jumpa kat Bern tu pakai coins sahaja.
Setiap bandar ada keunikan tersendiri (setakat yang aku jejak). Luzern lain, Interlaken lain, Lauterbrunnen lain, zermatt lain, begitu jugak yang lain-lain. Contoh Luzern ada old town & new town.
Bus stop di Bern.
Harga barang-barang tak berapa nak murah. Dalam erti kata lain, mahal. Fridge Magnet paling murah pon CHF 3.90 di Interlaken bersamaan 19 hinggit. Lain-lain tempat paling murah chf4.90. Keychain lebih mahal dari FM iaitu chf 7.90 seketoi. Keychain dia yang famous ialah keychain loceng lembu macam dalam film Dilwale Dulhaniya.
Makanan halal senang nak jumpa especially restoran Arab, Indian tapi harga kayanganlah. Satu set nasi biryani ayam dengan air 125 hinggit. Even ZFC milik orang Turki (ala2 kepci) pon mahai.
Kalau ada STP, boleh dapat half price bila naik gunung macam Titlis, Schilthorn, First, Matterhorn,etc. Kalau Mt Rigi FREE je. Tp tak dan pi Mt Rigi ritu.
Pisau2 victorinox
Rakyat Swiss banyak bawa anjing kemana-mana even dalam tren, bas or tram. Sebab anjing dibenarkan dalam public transport. Jadi jangan pelik kalau tiba-tiba anjing naik tren lalu kat tepi sambil berdoa jangan la dia kena kat kita. Kalau kering tak apa tapi musim winter walau kering pon macam tak yakin. Kucing stray jarang aku jumpa di Swiss. Ada 3 kali je nampak tu pon jenis gebu bulu tebal.
Setiap bandar memang merata-rata ada menara jam. Dan SETIAP jam ialah jam analog. Aku tak pernah nampak pulak jam digital even kat train / bus station dia. Swiss ni negara pembuat jam yang memang mengagungkan jam analog agaknya.
Hati-hati bila membeli coklat Laderach (yang pemes kat Swiss selain Lindt) sebab ada yang guna gelatin babi. Samalah yang contains alkohol. Beli yang suitable for vegan. Sama jugak coklat Lindt ada yang contains alkohol. Sebelum beli ringankan mulut bertanya. Orang Swiss sangat jujur.
Bahasa utama di Swiss ada 4. German/swiss-german, French, Italian & Romansh. Dalam train, bila officer tu scan barcode STP dia akan cakap Merci (French word) yang bermaksud terima kasih. Jangan pelik bila kadang-kadang org Swiss tak cakap English dengan kita. Kadang-kadang memangg macam ayam dan itik kita bercakap dengan depa walaupon orang tu driver bas.
Orang Swiss kebanyakannya mind their own business. Depa tak cara hal orang. Tapi bila ko jumpa yang ramah, memang ramah betul. Macam aunty cleaner kat Valley Hostel tempat aku stay di Lauterbrunnen.
Bila naik escalator, kalau tak berniat nak cepat kena berdiri di sebelah KANAN ye, bukan kiri. Dia sama macam kat Osaka Jepun. Kalau Malaysia kita berdiri belah kiri bagi orang nak cepat lalu belah kanan.
Even kat board dlm tram depa guna jam analog bukan digital
Orang Swiss tak suka toilet dia basah. Jadi pandai-pandailah lap sebelum keluar toilet.
Bila kita melintas di jalan raya di Swiss ikut garisan belang-belang zebra warna kuning, kenderaan akan berhenti. Untuk bagi laluan kita melintas. Walaupon tanpa traffic light.
TIADA KEDAI MELAYU di Swiss setakat ni di bandar-bandar yang aku penah jejak tu. Tak taula kot bandar lain. Ada satulah kedai Indonesia aku jumpa kat Zurich tapi tutup iaitu Dapur Indonesia. Kedai Thai ada di UG Bahnhofstrasse di Zurich tapi non halal pulak. Kedai mamak juga TIADA. Huhu.
Zermatt Taxi
Swiss ialah negara yg tidak menyokong sembelihan ya. Segala daging/ayam halal di Swiss adalah diimport daripada France.
Ada train yang tiap koc dia pintu satu & sempit. Dan bertangga. Haha. Jadi kalau macam kitorang yang travel diy ni memang masak jugaklah nak angkut beg naik tangga lalu pintu sempit tu.
Orang Islam di Swiss hanya merangkumi 5% sahaja. Kebanyakannya berasal dari Balkan & Turkey & mereka tinggal di bandar-bandar.
SBB train
Di Bern ada House Of Religions iaitu dalam satu bangunan tu ada temple, masjid, buddhist temple sebelah-sebelah.
Kalau pi swiss jangan lupa makan muesli dia & beli air rivella. Oh ye Nestea & Ovamaltine pon sedap jugak.
Sila bawa pakaian yang sesuai pada musim winter. Thermal wear sangat penting. Especially bagi yang tak tahan sejuk. Kasut jugak sila pakai yang sesuai sebab kadang-kadang kita lalu kat jalan yang saljinya dah jadi ais & sangat licin. Jangan sampai ko menari macam Michael Jackson kat situ.
Matterhorn train
Sila bawa losyen yang sesuai / vaseline dan sapu sentiasa kat kulit dan bibir. Supaya tak kering dan gatal kulit bila cuaca terlampau sejuk.
Di atas mana-mana permukaan jalan di swiss even dalam train station & airport, ada laluan untuk orang buta (garisan timbul).
Beberapa perkataan yg aku tiba2 fhm tanpa tengok kamus iaitu “bahnhof” bermaksud station, “haus” bermaksud rumah, “apotheke” bermaksud farmasi. heheh.
Cheese fondue kami x mkn ritu sbb kebanyakannya x halal disebbkan depa bancuh guna white wine. Tp org ckp leh request tukar dgn apple cider tp kami x try pon ritu. Jika nak try nanti silakan. Aku bukanlah penggemar cheese. Hehe.
Arca kreatif menggunakan tin2 minuman berkarbonat yg dipenyekkan
Zermatt ialah free car zone. Kereta xleh masuk kat sini kecuali taxi dia yg rupa dia ala-ala mcm van kecik.
Swiss juga terkenal sbg negara pembuat pisau Victorinox. Silalah beli buat kenangan utk diri sendiri/ keluarga
Di bandar2 besar mcm Zurich, Bern & lain2, di station2 besar dia ada locker storage yg kita boleh simpan luggage. Harga ikut saiz. Utk locker saiz Xl ritu chf12. Yg L chf 9. Boleh byr guna kad. Station lain di bandar biasa, locker yg paling besar L saja. Di bandar biasa ada yg kena bayar pakai coins sahaja.
Xda nampak anak2 muda/remaja di Swiss melepak musim winter ni. Depa kebanyakannya keluar utk pergi main ski. Slalu terserempak dgn depa ni dlm bas/ tren dgn kasut ski & peralatan ski depa.
Org Swiss juga ramai yg merokok baik lelaki atau perempuan. Jgn pelik kalau bau rokok merata-rata. Mungkin depa nak panaskan badan sbb musim winter suhunya sgt sejuk, ada hari yg suhu jatuh ke negatif darjah celcius.
Di Swiss juga ada power station untuk charge basikal. Sbb ramai juga rakyat Swiss berbasikal. Mereka juga ada lane tempat laluan basikal.
Ya, memang ada orang yang suka pakai baju yang sama setiap kali pergi travel dan makan angin. Lebih teruk ia diulang pakai ketika hendak tidur. Mungkin sebab selesa dengan pakaian tersebut atau sudah dianggap seperti ‘bantal busuk’, pelengkap untuk tidur.
Pakaian yang tidak ditukar mudah kotor sekaligus mengundang anda kepada penyakit bawaan seperti demam dan selsema. Bukan itu sahaja, kalau wajah anda senang didatangi jerawat dan pori tersumbat dari mana lagi kalau tidak baju tidur yang tidak bertukar.
Sia-sia sahaja kalau anda kerap menukar cadar tapi memakai pakaian tidur yang sama hampir setiap hari.
Jadi adalah WAJIB untuk anda menukar pakaian tidur pada setiap malam.
Jika anda masih berdegil untuk tidak menukar, berkemungkinan anda akan mengalami permasalah seperti ini.
Bangun pagi yang lemah
Memakai pakaian kotor ketika tidur malam boleh memberi kesan pada tubuh pada keesokan paginya. Anda akan berasa tidak segar, bermalasan dan tidak selesa. Ini kerana sepanjang malam anda bergelumang dengan bakteria yang ada pakaian lama. Ketahuilah bakteria berpindah dengan mudah pada kulit anda.
Tidur tidak nyenyak
Anda akan mengalami ketidakselesaan seperti gatal-gatal dan berminyak sekaligus menganggu kualiti tidur.
Badan berbau
Sia-sia sahaja anda mandi tapi kemudian menyarung baju tidur yang lama. Bakteria yang terperangkap pada pakaian seterusnya meninggalkan bau badan yang tidak menyenangkan. Ingat bukan sahaja mandi yang mengelakkan badan berbau, malah menukar pakaian yang bersih juga memberi faktor yang sama.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...