
Isi Kandungan
ToggleSelalu tengok perkongsian orang ramai trip ke Hatyai, nampak syok dengan perjalanan bersulam makanan best.
Trip Ke Hatyai Naik Train
Apa yang lagi menarik apabila KTM Berhad bagi harga menarik pergi Hatyai dari KL sentral hanya berjumlah RM95 sahaja pada tahun 2024.
KL Sentral – Padang Besar – Hatyai
KL Sentral – Padang Besar
Untuk ke Hatyai daripada KL Sentral, anda boleh pilih naik train. Lebih cepat dan selesa sambil enjoy permandangan luar. Pastikan sebelum masuk Thailand, beli siap-siap simcard Thai lagi bagus.
Train ETS
Anda boleh book tiket awal melalui online lagi-lagi bila musim cuti untuk mengelakkan sebarang masalah masa bercuti. Anda boleh rancang dan pilih jadual melalui website.
Harga: Bermula dari RM95 hingga RM119 + mengikut seat
Anggaran Masa Perjalanan: 5 jam 45 min
Padang Besar ke Hatyai
Bila sampai di Padang Besar anda boleh pilih nak naik train atau van.
Untuk yang ada anak kecil atau melancong bersama family, sebaiknya pilihlah untuk naik van. Lebih mudah dan selesa.
Train ke Hatyai
Harga train: RM7/seorang
Van ke Hatyai
Harga van: RM30/seorang (sampai hotel sahaja)
Di sana banyak makanan best anda boleh dapat, jom cuci mata kejap:
Haaa.. menarik sangat kan? Jadi, jomlah cuba bercuti ke sana pula dengan keluarga atau geng!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Pesawat Lambat Atau Bagasi Hilang Di Kanada Dapat Pampasan RM6550

Ada berita baik untuk anda pengguna penerbangan dari Kanada. Sesiapa sahaja pengguna pengangkutan udara di Kanada bakal dan layak menerima pampasan jika mengalami kelewatan penerbangan atau kehilangan bagasi maksimum sehingga RM6550. Menarik bukan?
Ini adalah peraturan baru diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Marc Garneau. Langkah itu berikutan peningkatan jumlah aduan daripada penumpang disebabkan terkandas di landasan selama berjam-jam dalam pesawat, kerosakan dan kehilangan bagasi. Peraturan ini bertepatan kerana penumpang telah membuat bayaran yang sepatutnya untuk menaiki kapal terbang.
Bermula 15 Julai 2019 ini, syarikat penerbangan juga perlu menurunkan semula penumpang kapal terbang ke terminal jika kapal terbang tidak berlepas segera dan berada di landasan selama hampir 3 jam. Selain itu syarikat penerbangan juga perlu membayar pampasan kepada penumpang jika terlebih menerima tempahan iaitu sehingga C$2,400 (RM7,480). Bayaran pampasan sehingga C$2,100 (RM6,550) dikenakan jika hilang bagasi penumpang.
Pada 15 Disember 2019 pula, langkah-langkah tambahan memerlukan syarikat penerbangan membayar penumpang sehingga C$1,000 (RM3,120) untuk kelewatan dan pembatalan penerbangan selain menyediakan makanan, minuman, penginapan dan membuat tempahan semula penerbangan menggunakan syarikat pesaing, jika perlu.
Syarikat juga perlu menempatkan kanak-kanak dekat ibu bapa tanpa caj tambahan dan menetapkan standard baru untuk prosedur pengangkutan peralatan muzik. Undang-undang ini terpakai kepada penerbangan keluar masuk dan juga di dalam Kanada.
Bagus atau tidak?
Sumber: Dailymail | Kosmo
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Orang Melayu Dulu Genius!’ Rumah Tradisional Melayu Diiktiraf Dunia.

Rumah tradisional melayu masih menjadi ‘trend’ dan pilihan ramai untuk mendiaminya meskipun kelihatan ‘kekampungan’. Ada yang sanggup melabur ratusan ribu ringgit semata-mata untuk memiliki bahagian rumah ala rumah ‘lama’. Ketika cuaca panas, percayalah individu yang menetap di dalam rumah tradisional ini akan berasa sejuk dan redup sahaja. Itu adalah kelebihan yang dimiliki rumah jenis tradisional ini.
Rumah tradisional melayu merupakan antara senibina terawal yang didirikan di Gugusan Kepulauan Nusantara. Sehingga kini jejak rumah-rumah tradisional ini masih dapat dilihat secara fizikal ataupun yang telah menjadi sebahagian artifak sejarah. Kesenian rumah-rumah tradisional ini adalah sangat unik kerana ia mewakili setiap pecahan etnik melayu yang terdapat di gugusan kepulauan ini.
Bangga atau tidak jika dikatakan rumah tradisional melayu telah dinobatkan antara rumah yang mempunyai seni bina terbaik di dunia? Seorang pengguna Facebook telah kongsikan entrinya mengenai betapa genius orang melayu dahulu membina rumah!
Saya rasa orang Melayu dulu cukup genius. Bahkan, pensyarah saya pun cakap Rumah Melayu dinobatkan antara architecture terbaik di dunia. Wow kan? Jadi, disebabkan saya sangat suka dengan Rumah Melayu, izikan saya berkongsi sedikit ilmu. Kalau ada yang kurang, mohon tambah ya.
LALUAN ANGIN
Perasan tak, bila kita balik ke kampung, rumah kayu ni sejuk saja. Nak-nak lagi pada waktu tengah malam, pehhh kalah rumah berhawa dingin. Merekot kesejukan kalau tak ada selimut.
Sebabnya, rumah kayu ada banyak laluan angin. Papan lantai rumah ada sedikit ruang. Atas tingkap ada lubang angin. Bumbung pula kebiasaannya berlapis. Kalau tidak pun, mesti ada lubang angin.
Kenapa?
Sebab haba (angin panas) bergerak dari bawah ke atas. Bila ada banyak lubang angin, haba ada laluan untuk keluar. Sebab itu, kalau rumah ada siling tinggi rasa kurang panas berbanding dengan rumah bersiling rendah.
PINTU MASUK LELAKI LAIN, PEREMPUAN LAIN
Ni pandangan dari sisi rumah. Laluan masuk bagi orang perempuan. Rumah dah kembali sepi selepas raya.
Masa saya kecil-kecil dulu, bila ikut Mak pergi kenduri di kampung, orang perempuan mesti masuk ikut pintu tengah atau pintu dapur. Saya jadi pelik. Macam tak adillah, sebab ayah masuk ikut pintu depan.
Rupanya, pengaruh Islam bukan setakat pada agama saja, bahkan dalam kehidupan seharian orang Melayu itu sendiri.
Sebab itu ada 2 pintu. Biasanya ruang anjung atau serambi, ruang untuk orang lelaki berbual-bual. Orang perempuan pula bersosial sebelah dalam rumah; bahagian dapur atau rumah ibu. Rumah ibu ni biasanya bahagian tengah rumah dan sedikit luas. Kalau tengok cerita drama, biasanya mak-mak terlantar sakit di ruang rumah ibu inilah.
Ini contoh Rumah Limas, rumah pusaka Mak saya di Melaka. Kalau nampak ada tanduk di bumbung, itu namanya tunjuk langit. Laluan masuk ke anjung bagi kaum lelaki ketika kenduri. Kalau tetamu datang, masuk ikut sini.
Dari bahagian tepi rumah.
RUMAH TINGGI
Pernah terfikir tak kenapa rumah kampung ni tinggi? Ada banyak faktor sebenarnya.
Rumah kampung dulu tak ada pagar. Masa dulu, orang lalu celah-celah rumah kalau nak ke kedai atau surau. Cuba bayangkan kalau kita tak dapat kawal mata, mau kita skodeng rumah orang lain. Atas sebab itu jugalah, kenapa rumah kampung biasanya tinggi-tinggi.
Selain itu, nak elak binatang buas atau liar masuk ke dalam rumah dan juga faktor iklim kita iaitu musim hujan yang kadang-kalanya menyebabkan banjir. Lagipun, ruang bawah rumah boleh dijadikan tempat simpanan barang. Macam stor.
Dua tingkap sebelah kanan, itu laluan ke rumah ibu (biasanya kawasan famili lepak, santai-santai). Kalau bising-bising, tak adalah ganggu tetamu di anjung.
Laluan antara anjung ke rumah ibu, sebelah kanan adalah bilik (tak masuk gambar).
Anjung rumah nenek saya ni memanjang.
Anjung rumah nenek saya ni memanjang.
Nampak tangga sebelah kanan? Itu laluan dari anjung tadi. Inilah ruang rumah ibu. Nampak tiang tu? Itu namanya tiang seri.
Cara selak pintu rumah lama. Dulu tak ada grill.
KIBLAT LURUS
Nampak? Kiblatnya lurus.
Bila saya balik kampung Mak atau Ayah, nak cari kiblat cukup mudah. Bentang saja sejadah, tegak dan lurus.
Biasanya bahagian depan dan belakang rumah menghadap arah Utara Selatan. Manakala bahagian kiri kanan rumah menghadap Timur Barat. Secara tak langsung, rumah menghadap kiblat dan laluan angin (cross ventilation). Sebab itu kalau duduk di serambi, sedap ditiup angin sepoi-sepoi.
Orang dahulu, bukan setakat bahasanya indah. Semuanya berseni. Bahkan susun atur rumah pun bermaksud.
Ini sajalah yang saya boleh share. Jenuh jugalah nak ingat kembali apa yang saya study dulu. Dengan harapan, dah tua nanti merasa duduk kampung ada kebun. Manalah tahu kan.
Sumber: FB Nazia Suhaimi
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Perlu Batalkan Cuti Ketika Musim Hujan. Ini Tip Untuk Korang Teruskan Percutian Hujung Tahun

Hujung tahun merupakan bulan paling ditunggu-tunggu oleh ramai daripada kita kerana bulan ini adalah cuti panjang persekolahan dan waktu terbaik untuk mereka yang bekerja menghabiskan cuti tahunan.
Namun begitu, pada hujung tahunlah selalunya setengah-setengah negeri di Malaysia mengalami musim hujan atau tengkujuh. Nak ke mana pun tidak boleh jika cuaca hujan berterusan dan paling buruk jika kawasan percutiaan kerap berlaku banjir berlaku. Nak bercuti pun rasa tidak seronok, terpaksa batalkan percutian duduk diam-diam dalam rumah sahaja. Anak-anak tarik muka, kawan-kawan terasa hati dan boleh jadi isteri pun merajuk.
Jangan begitu, waktu bercuti anda tidak patut dilupakan walau apa pun cuaca yang melanda kecuali jika betul-betul darurat. Seperti percutian di waktu lain, anda juga perlu bersedia dengan segala yang diperlukan. Jika membuat persediaan lebih awal, pasti anda dapat mengelakkan segala perkara yang tidak seronok berlaku.
.
- Sentiasa peka dengan keadaan semasa. Rajin-rajin menyemak berita atau aplikasi kecemasan untuk mengetahui cuaca terkini.
- Sediakan pakaian yang sesuai seperti topi, tuala, baju hujan, payung, selipar yang tidak licin dan jaket tebal. Baju hujan pastikan beli yang jenis pakai buang. Dengan keadaan cuaca yang agak basah, kesemua keperluan ini sangat diperlukan dan wajib dibawa.
- Pengangkutan juga merupakan antara faktor utama dalam merancang percutian. Periksa kenderaan anda agar berada dalam keadaan baik terutamanya keadaan bunga tayar, penghawa dingin yang berfungsi, lampu dan break.
- Bagi yang memilih bercuti bersama agensi pelancongan, pilihlah pakej yang bersesuaian dengan keadaan dan kesesuaian keluarga anda. Bincang dan minta nasihat dari agensi pelancongan anda tentang lokasi-lokasi yang hendak dilawati sepanjang percutian.
- Pastikan anda membawa ubat–ubatan untuk semua ahli keluarga. Kita tahu, musim hujan dengan cuaca yang tidak menentu, keadaan kesihatan juga cepat terganggu. Paling tidak bawalah ubah sakit kepala, vitamin C dan minyak panas.
- Cuba elakkan dari pergi ke kawasan yang berisiko tinggi. Contohnya melakukan aktiviti snorkeling di pulau-pulau, mandi pantai, mandi sungai, air terjun dan sebagainya.
- Bawa kelengkapan kalis air seperti beg pakaian kalis air, tempat letak telefon kalis air atau kamera tahan lasak/ underwater. Anda juga disarankan membawa beberapa keping beg plastik untuk meletakkan barang yang basah seperti kasut atau baju kotor.
- Biasakan si kecil dengan keadaan atau cuaca hujan dan basah. Pembabitan anak-anak dengan cuaca hujan atau basah juga akan membuatkan mereka lebih bersedia dan mereka akan lebih peka dan kreatif terhadap percutian di musim hujan.
- Beritahu saudara mara atau kenalan terdekat mengenai percutian anda. Ini penting jika berlaku kecemasan, ada orang yang mengetahui kedudukan terkini anda.
.
Selamat Bercuti!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI