Rakyat Malaysia memang suka membeli-belah dan laporan daripada Harian Metro, berbillion ringgit perbelanjaan oleh pelancong telah dicatatkan hanya untuk membeli-belah dan 50% peratus daripadanya adalah pembelian berupa pakaian yang terkait rapat dengan industri fesyen.
Tapi dalam ralit kita melancong dan shopping, tahukah kita ada beberapa perkara asas yang perlu diketahui dalam ‘seni’ shopping tu sendiri? Perkara asas tu bukanlah wajib, tapi kalau kita tahu tentang tu, ianya boleh membantu serba sedikit dalam urusan jual beli dan memberikan kepuasan berganda terhadap diri sendiri.
Okay, jadi apa perkara-perkara tersebut?
Elakkan rasa menyesal
Kalau anda rasa nak sangat beli sesuatu benda tu, anda beli. Jangan teragak-agak sebab tak ada jaminan anda akan datang lagi ke situ, atau barang tu akan ada lagi semasa kunjungan anda yang akan datang. Selepas dipertimbangkan baik dan mudarat, keperluan dan kehendaknya, kalau rasa betul sangat nak beli, beli. Tak payah tunggu lama-lama.
Ads
Tawar-menawar dengan bijak
Sewaktu anda singgah ke sesuatu kedai, jangan sentuh apa-apa barang yang ada di situ! Tengok sahaja sebab sekali anda dah pegang barang tu, penjaga kedai tu selagi boleh akan suruh anda beli – yup, memang ada kedai yang berperangai macam tu. Jadi jangan pegang apa-apa melainkan anda memang nak beli, dan biarkan proses tawar-menawar berlaku antara anda dan si penjaga kedai. Cuba dapatkan harga yang terbaik. Kalau boleh, beli souvenirs dekat satu kedai je, tak perlu banyak-banyak kedai. Boleh tawar harga murah sikit.
Tanya orang lokal di mana tempat shopping terbaik
Dah nama pun dia orang lokal di situ, mestilah dia lagi arif daripada anda. Jadi tanya orang lokal di tempat anda melancong tu, di mana kedai shopping yang paling berbaloi untuk dilawati. Kalau dia mesra terlebih, anda ajak la dia sekali teman anda shopping. Ajak buat kawan, nanti belanja lah teh o ais. Selalunya orang lokal ni boleh dapat harga lagi murah daripada pelancong. Memang kebiasaannya macam tu pun, peniaga ketuk pelancong asing.
Ads
Pandai bajet ruang bagasi anda untuk souvenirs
Pastikan ruang bagasi anda ada ruang yang cukup untuk beli souvenirs. Jangan nanti beli-beli, sekali beg tak cukup ruang, masak.. Barang dah beli dah. Lagi satu, timbang beg, jangan sampai lebih muatan. Periksa berapa berat bagasi yang anda dibenarkan bawa menaiki kapal terbang. Jangan nanti terlebih, dah membazir wang dekat bayaran lebihan bagasi pula. Kan dah rugi.
Ads
Hati-hati dengan penyeluk saku
Yang ini paling Libur tekankan. Tolonglah jaga barangan penting anda. Pastikan duit dan passport tidak diletakkan di dalam beg yang mudah dicapai oleh orang lain. Anda tak tahu lagi kes-kes penyeluk saku professional ni macam mana. Dia buat kerja clean, sampai anda tak sedar pun dah kehilangan itu ini. Jangan tunjuk duit berkepok depan orang. Tarik kawan anda untuk bantu anda perhatikan sekeliling. Sekiranya anda melancong dan shopping dekat tempat yang maju, boleh guna cashless, cuma pastikan kad kredit anda boleh digunakan di luar negara.
Okay? Itu sahaja tip untuk kali ini. Akan datang nanti Libur kongsikan lagi tip-tip yang lain. Oh ya, kalau anda ada tip untuk shopping, kongsikan bersama pembaca Libur di ruangan komen ya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Siapa kata wanita hamil tak boleh keluar bercuti? Jangan jadikan alasan hamil untuk terperuk dirumah dan menghalang anda daripada mengendurkan tekanan ya.
Jadi apa caranya untuk wanita hamil keluar bercuti? Libur ada sedikit panduan dan nasihat untuk anda yang hamil tapi mahu keluar bercuti tanpa memudaratkan kesihatan. Jom kita ikuti apa yang perlu anda lakukan.
Bercuti setelah morning sickness reda
Diawal kehamilan, biasanya wanita hamil dihantui dengan gangguan morning sickness. Anda digalakkan untuk tidak melakukan aktiviti yang boleh mendatangkan kemudaratan sebelum kandungan berusia 12 minggu. Saranan waktu yang terbaik untuk anda bercuti adalah sewaktu trimester kedua iaitu antara bulan ke-4 dan ke-6. Waktu yang seharusnya dihindari untuk keluar bercuti terutamanya yang melibatkan penerbangan adalah pada minggu ke-36 hingga minggu ke-38.
Lakukan pemeriksaan kesihatan oleh doktor
Tubuh badan yang sihat akan menjamin kelancaran anda beraktiviti sepanjang masa bercuti. Jadi, sebelum bercuti lebih-lebih lagi jika melibatkan penerbangan, anda perlu lakukan pemeriksaan kesihatan oleh doktor dan jangan lupa untuk membawa rekod kesihatan anda bersama ketika bercuti. Ini kerana, jika berlaku perkara yang tidak diingini terutama berkaitan kehamilan anda, buku berkenaan dapat dijadikan rujukan oleh doktor yang bakal membuat pemeriksaan di tempat kejadian.
Pilih destinasi yang tidak terlalu jauh
Cuba dapatkan tempat percutian yang tidak terlalu jauh dari tempat anda bermastautin ketika sedang hamil. Anda boleh pergi ke luar negara jika mahu tapi tidak digalakkan untuk berada lama di dalam pesawat. Sebaiknya, pilih destinasi domestik sahaja. Bagi yang mahu bercuti di tanah tinggi pula, tidak digalakkan untuk berada di ketinggian yang melebihi 3600 meter dari aras laut kerana ia boleh memudaratkan kesihatan.
Utamakan keselamatan lebih-lebih lagi sewaktu menaiki kenderaan
Safety was made for a reason. Sentiasa pakai tali pinggang keselamatan dengan betul tidak kira anda sedang menaiki kenderaan jenis apa sekalipun. Sama ada kereta, pesawat atau apa sahaja. Dah berlaku banyak kejadian buruk yang boleh kita jadikan tauladan. Jadi, utamakan keselamatan, ingatlah orang yang tersayang.
Dapatkan suntikan vaksin jika pergi ke tempat yang berisiko
Semasa hamil, sebaiknya elakkan daripada melawat negara-negara yang memerlukan vaksinasi. Jika tidak dapat dielakkan dan anda tetap perlu pergi ke sana, dapatkan nasihat daripada doktor yang pakar berkenaan vaksin dan selamat untuk anda dan kandungan. Jika anda sedang berusaha untuk hamil, dapatkan vaksin yang diperlukan sekurang-kurangnya empat minggu sebelum berusaha untuk hamil.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Siapa kata zaman universiti/kolej hanya terhad kepada study sahaja? Waktu inilah sesuai untuk anda dan kawan-kawan pergi melancong ke merata-rata tempat. Tidak perlulah fikir jauh-jauh sangat seperti luar negara atau luar negeri.
Perhatikan di mana terletaknya universiti/kolej anda dan lihat apa tempat-tempat yang menarik untuk dilawati dan ‘ditawan’. Libur berikan 7 sebab kenapa anda perlu banyak melancong.
Melancong membantu pengajian anda Jangan tidak percaya mengenai ini. Melancong bukan sahaja mampu memberi anda pengalaman hidup berharga malah ia boleh memberi insight yang baik terutama sekali jika tempat yang anda lawati itu berkaitan dengan pengajian anda.Belajar dengan mata dan sentuhan lebih berkualiti daripada belajar dengan membaca sahaja.
Melancong bermakna bertemu orang baru Memasuki universiti/kolej sudah tentu cukup mencabar terutama sekali jika anda bukanlah seorang yang sosial. Tetapi dengan melancong, sosial atau tidak anda tidak ada pilihan untuk survive! Spread your wings dan jangan biarkan sifat segan atau malu menghalang anda untuk menjadi lebih konfiden dan mesra orang. Tetapi jangan sampai terlupa batas-batas agama dan adab ketimuran.
Melancong akan melebarkan sempadan anda Semasa melancong anda mungkin akan mengalami peristiwa seperti tersesat barat, tertinggal bas, terlepas hentian, salah masuk tempat, tersalah pilih tempat makan dan banyak lagi pengalaman yang berharga. Ketahuilah kesemua ini akan mengajar anda banyak benda mengenai hidup lebih dari apa yang anda boleh dapat semasa di universiti/kolej.
Kaya atau tidak, itu bukan penghalang Jika anda mendapat pinjaman PTPTN atau tajaan biasiswa, sebolehnya janganlah anda boros habiskan majoriti duit anda untuk bercuti. Apa kata cuba buat kerja part-time untuk dapatkan sedikit income untuk percutian anda.Di universiti anda pasti ada kedai-kedai kecil yang sentiasa memerlukan pembantu. Ini membolehkan anda berdikari dan juga berbajet dalam berbelanja.
Melancong akan mengikat tali persahabatan dengan lebih erat Bila melancong bersama teman-teman, barulah anda tahu siapa sebenarnya sahabat sehidup semati anda. Kekurangan dan kelebihan masing-masing akan tertayang dengan jelas sepanjang melancong dan ini membolehkan anda menilai siapa yang sesuai dijadikan sahabat sejati.
Menyesal kalau tidak ambil peluang ini
Graduan yang memiliki CGPA yang mantap semata-mata tidak akan menjadi jaminan untuk mendpat pekerjaan dengan mudah. Ramai majikan sekarang yang mencari anak muda yang ada pengalaman yang unik dan pengalaman melancong membolehkan anda menjadi pilihan utama mereka.Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjadikan diri anda lebih marketable dengan pemilikan pengalaman melancong. Ia pasti akan membantu anda kelak.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Antara elemen yang paling penting dalam sesuatu trip percutian adalah tempat bermalam. Benda mudah, tak ada tempat tidur, anda nak tidur dekat mana? Dekat masjid?
Pemilihan tempat tidur ni perlu dilakukan dengan baik. Pemilihan yang paling bijak dalam mencari tempat penginapan adalah yang memberikan anda keselesaan dan dalam masa yang sama menjimatkan kos perbelanjaan dalam percutian.
Tidak kira, sama ada hotel yang dimahukan itu berada dalam skala mewah ataupun murah, perincian perlu dilakukan sebelum tempahan dibuat. Ini beberapa tip mudah atau simple guideline untuk anda memilih tempat penginapan.
Nilai
Boleh ditafsirkan sebagai faedah yang diperoleh hasil daripada menetap di hotel yang dipilih. Ia melibatkan banyak faktor seperti servis yang efisien, kemudahan ekstra tanpa bayaran tambahan dan jaminan keselamatan.
Kemudahan
Cari hotel yang menawarkan kemudahan yang menguntungkan seisi keluarga ketika bercuti seperti Wifi, sarapan pagi, perkhidmatan teksi, ruang parkir, dobi, perubatan, kolam renang dan gimnasium.
Dapatkan hotel mengikut keselesaan dan keperluan bajet anda menggunakan OYO Rooms. OYO Rooms merupakan platform yang membantu mencari penginapan yang bersih dan berpatutan. Klik siniuntuk muat turun sekarang.
Kedudukan
Hotel yang dipilih mestilah berada dekat dengan produk-produk pelancongan seperti pantai, air terjun, taman tema, restoran atau pusat membeli-belah. Ia bukan sahaja menjimatkan masa tetapi membantu mengurangkan kos pengangkutan.
Mesra keluarga
Pilih hotel yang mesra keluarga seperti adanya kemudahan kolam renang dan tempat permainan kanak-kanak. Cara ini membantu memanjangkan lagi keseronokan anak-anak ketika berada di hotel.
Aktiviti
Penyediaan aktiviti yang ditawarkan pihak hotel turut memainkan peranan dalam proses pemilihan hotel. Banyak hotel kini menyediakan pelbagi jenis aktiviti dengan bayaran yang ditetapkan. Seperti hotel yang berdekatan dengan pulau, aktiviti seperti island hopping dan snorkeling ada ditawarkan kepada pelanggan.
Komen dan review
Pandangan dan komen pelanggan yang menginap di sesebuah hotel itu amat penting. Ia membantu anda membuat penilaian dari pelbagai sudut terutamanya melibatkan harga, kedudukan, keselamatan dan kemudahan. Semua pandangan dan komen boleh dilihat menerusi laman web hotel atau sistem tempahan atas talian seperti Agoda, Expedia dan Booking.com
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...