Tokyo Disneyland, tarikan utama pelancong ke Jepun akan mula ditutup pada 29 Februari lalu sehingga 15 Mac 2020 ini akibat penularan jangkitan koronavirus (COVID-19) di Jepun.
Penutupan Tokyo Disneyland akan menangguhkan atau membatalkan semua acara besar-besaran dua minggu ke hadapan berikutan arahan kerajaan. Presiden Jepun, Abe Shinzo turut memerintahkan semua sekolah di serata negara ditutup selama sebulan.
Ads
Universal Studios Japan di Osaka, yang juga dikendalikan operator yang sama juga bakal ditutup pada tarikh yang sama. Kebimbangan tentang penularan wabak itu juga mempengaruhi operasi Tokyo DisneySea. Tarikan yang dibina pada 2001 itu juga dilaporkan akan ditutup sementara. Operator di Oriental Land menyatakan mereka berharap akan membuka semula taman tema itu pada 16 Mac jika keadaan mengizinkan.
Ads
Dalam pada itu, walaupun desas-desus mengatakan Sukan Olimpik Tokyo yang akan dijalankan 24 Julai ini berkemungkinan besar dibatalkan susulan wabak koronavirus, namun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menafikan hal itu.
Ads
Jelas Dr. Mike Ryan, Ketua Program Kecemasan Kesihatan WHO, keputusan pembatalan belum dilakukan memperlihatkan komitmen penganjur Olimpik Tokyo untuk tetap meneruskan acara seperti dirancang. Walau bagaimanapun, Dick Pound, ahli Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (OIC) mengatakan keputusan pembatalan mungkin akan dibuat jika penularan wabak virus itu semakin serius.
Kalau ada plan nak berjalan ke Johor, boleh pilih Kluang Container Hotel. Lokasi yang menarik untuk santai-santai bersama keluarga.
Apa yang menarik di sini, penginapan berkonsepkan kontainer ini dilengkapi dengan kolam renang besar yang ada gelongsor air. Haaa.. lokasi mandi memang cantik dan selesa untuk anda bawa anak tersayang.
Tempat ini cukup sesuai dijadikan family day atau majlis hari jadi, Kluang Container Hotel juga mempunyai laman outdoor yang luas.
Jika nak buat aktiviti bersama orang tersayang memang boleh sangat! Malah kalau dijadikan lokasi perkahwinan juga sangat cantik.
Buat anda yang suka menyanyi pula boleh join karaoke tanpa diganggu, ada bilik khas di situ. Memang syok!
Sangat sesuai nak pergi dengan keluarga yang besar, jadi inilah masanya nak jalan-jalan ke Johor dan singgah di Kluang!
Alamat: Jalan Dua,Taman Bersatu, 86000 Kluang, Johor, Malaysia.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau berniat nak bercuti ke Perlis, anda kena tahu port menarik wajib singgah. Baru berbaloi walau cuma pergi sehari ke sana.
Nak tahu lebih jauh, jom baca perkongsian saudari Hana tentang tempat menarik wajib singgah di Perlis. Perjalanan sehari ke Perlis:
Boleh datang breakfast disini dan dapat makan sambil nikmati view sawah padi. Pilihan makanan disini sangtlah banyak dari lempeng, roti bakar, nasi lemak, kuih muih dan macam macam lagi.
Untuk datang sini boleh datang awal sebab parking agak susah, dan tempat disini banyak tapi tempat makan yang berhadapan sawah padi sangat limited.
If you’re morning person boleh pergi sini seawal pagi 6am untuk dapat view awan carpet. Kami tak begitu lucky sebab cuaca tidak begitu baik untuk dapatkan awan carpet tapi view still cantik!
Di sini ada banyak laman buah buahan seperti anggur, dragon fruits, buah tin dan macam-macam lagi. Boleh beli buah-buahan di sini juga.
Laman disini besar dan boleh sewa scooter untuk pusing satu laman.
Kawasan dusun disini besar dan dipenuhi dengan rambutan dan durian. Kita boleh beli durian dan makan terus di sini dan boleh juga beli makanan dari menu kedai.
Untuk tengok sunset boleh datang sini dan sewa boat ride untuk nikmati sunset di Perlis sambil ronda kawasan timah tasoh.
Haaa… cukuplah beberapa tempat ini dulu untuk anda pusing sekitar Perlis. Kalau ikutkan banyak lagi tempat menarik, tau!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pekan, merupakan daerah yang tidak asing lagi buat negeri Pahang. Pekan, Bandar Diraja punya keunikan dan tarikan tersendiri yang boleh diteroka.
Nama Pekan diambil dari sejenis bunga yang banyak tumbuh di tebing-tebing sungai Pahang.Bunganya berwarna putih seperti bunga Melor, namun bakanya kini sudah tiada lagi untuk dikenalkan kepada generasi sekarang dan akan datang. Di Bandar Pekan juga terdapat sebatang sungai yang digelar Sungai Pekan (berhampiran Kampung Mengkasar) tetapi tiada bukti yang menyatakan Pekan mendapat nama dari sungai ini.
Pekan terletak 44 kilometer dari bandar Kuantan dan mengambil masa lebih kurang 30 minit perjalanan dan terletaknya Istana Sultan Pahang serta kerabat Di Raja negeri ini. Pekan nyata destinasi percutian yang bukan saja menawarkan pelbagai tarikan menarik tetapi punya destinasi pelbagai menjadi tumpuan ramai.
Sungai Pahang sememangnya kaya dengan hasil terutama udang galah serta pelbagai ikan sungai. Mengikuti aktiviti menyusur sungai Pahang ini juga membawa pengunjung melihat sendiri perkampungan Kemboja yang menghuni pesisir sungai selain aktiviti harian mereka yang mengusahakan ikan sangkar.
Bagi peminat kucing, jangan lepaskan peluang menyusuri Sungai dengan menggunakan kemudahan River Cruise ke Pulau Kucing atau Meaw Island. Berada di pulau ini bagai memberi satu kedamaian. Kucing-kucing terbiar yang dihantar ke pulau itu hidup bebas di kawasan yang dibangun begitu cantik. Di sini, tersedia tempat khusus buat pengunjung yang datang untuk bermesra dan melayan kerenah kucing-kucing yang ada serta pelbagai aktiviti lain termasuk meredah hutan.
Pekan Riverfront dahulunya hanya pulau kecil namun kini menjadi tumpuan bukan saja penduduk tetapi penganjur yang ingin mengadakan pelbagai acara selepas dibangunkan kembali. Ia kini menjadi lokasi beriadah seisi keluarga dan lokasi bersantai bersama rakan sambil menikmati pemandangan indah.
Pantai Air Leleh merupakan lokasi dicadangkan jika ingin melihat anorama indah matahari terbenam, nyata memberikan penutup hari yang mendamaikan. Jangan lepaskan peluang untuk merakam foto indah sambil duduk di atas buaian ‘besar’ yang disediakan.
Pekan sememangnya terkenal dengan hasil tenun yang bukan saja halus pembuatannya tetapi juga menawarkan pelbagai jenis corak dan fabrik yang menarik. Kompleks Kampung Budaya Pulau Keladi yang merangkumi Pusat Tenunan Sutera Pahang adalah destinasi utama bagi pengunjung yang ingin melihat sendiri bagaimana kain tenun dihasilkan dari awal hingga siap. Hasilnya yang cantik itu boleh dibeli secara terus atau membuat tempahan terlebih dahulu dengan memilih pelbagai jenis corak kain yang disediakan.
Bagi yang meminati sejarah Pahang, Muzium Sultan Abu Bakar pastinya tidak mengecewakan dengan pelbagai galeri artifak, seramik, arkeologi dan kesenian. Mengunjungi Galeri Tun Teja di Muzium Sultan Abu Bakar juga nyata tidak mengecewakan terutama anda yang mencintai hasil kraf yang unik dan halus pembuatannya. Di dalam galeri ini dipamerkan rekaan baju diperbuat daripada kain tenun dan direka oleh pereka terkemuka negara. Sesuatu yang menarik perhatian di galeri ini bukan saja rekaan atau perincian setiap baju tetapi kain tenun yang digunakan. Pelbagai warna, rekaan dan corak yang sememangnya cukup mengujakan.
Bandar Diraja ini juga terkenal dengan tinggalan sejarahnya terutama bangunan lama seperti Muzium Masjid Sultan Abdullah. Muzium ini juga terkenal dengan gelaran ‘Taj Mahal’ Pekan dek warnanya putih, struktur binaannya yang unik dan kolam air di pekarangan masjid membuatkan ia kelihatan seperti klon kepada salah satu keajaiban dunia, Taj Mahal. Turut dikenali sebagai Masjid Putih, masjid ketiga terawal di bandar Pekan ini dibina dengan reka bentuk ‘Moorish’ dan berkonsepkan muzium dalam taman. Muzium ini mengandungi pelbagai komponen seperti ruang pameran, ruang solat, ruang diskusi dan ilmiah dengan mengetengahkan tiga segmen utama iaitu Sumbangan Islam dalam Tamadun Dunia, Islam di Pahang dan Koleksi Diraja.
Rumah Kelahiran mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak juga tidak harus lupa untuk dikunjungi. Terletak di Kompleks Kampung Budaya Pulau Keladi, rumah ini adalah rumah yang dibina semula mengikut reka bentuk asalnya oleh tukang yang mahir.
Ingin mencari juadan tempatan? Pekan Sehari terletak di pinggir Sungai Pahang dekat Kuala Semantan punya tarikan tersendiri terutama makanan tradisionalnya iaitu kuih Qasidah, Suji, Apam Baghdad, lemang periuk kera dan banyak lagi. Pilihan sayur kampung serta ikan sungai segar dan udang galah juga boleh didapati di sini dengan harga yang berpatutan.
Menjamu selera juga adalah daya tarikan sesebuah destinasi percutian dan Pekan juga tidak kurang hebatnya. Apa kata cuba kelazatan Murtabak Makassar yang punya keenakan tersendiri dan lebih tebal berbanding murtabak biasa kerana memiliki tiga lapisan tebal berinti daging dengan 21 jenis rempah-ratus berkualiti dan dimasak garing. Bagi yang sukakan keju, murtabak Mengkasar special memberikan anda rasa keju yang enak dan tidak memuakkan sekali gus membuatkan anda makan sehingga menjilat jari.
Pada malam hari, disekitar Pekan, banyak premis makanan menawarkan sajian makanan laut segar. Jangan lupa untuk singgah dan penuhkan perut anda dengan sajian yang lazat.
Suasana di Dataran Merdeka pada Sabtu lalu cukup luar biasa apabila ratusan anggota bomba, badan beruniform dan sukarelawan berganding bahu menyediakan bubur lambuk secara...