Tolong ‘Alert’ Ya Semua! Ada Banyak Jenis Warna ‘Gelang Dikuarantin’ Ketika Pandemik Dikeluarkan KKM

Share

Gelang kuarantin adalah tanda yang dipakaikan kepada individu di bawah pengawasan seperti kontak rapat kes positif, pengembara yang pulang dari luar negara atau individu yang berada di dalam Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) secara pentadbiran.

Untuk makluman semua, selain gelang berwarna merah jambu, terdapat juga gelang berwarna putih, biru, merah atau kuning yang digunakan. Bagaimanapun perbezaan warna gelang itu mempunyai fungsi yang sama iaitu dipakai oleh individu di bawah pengawasan (PUS).

  • Pemakaian warna gelang kepada individu yang perlu dikuarantin tertakluk kepada stok di kawasan setempat dan penentuan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD). Tempat dan tarikh saringan dilakukan akan ditulis pada gelang tersebut.
  • Individu yang telah dipakaikan gelang kuarantin ini tidak boleh keluar rumah sehingga tempoh kuarantin tamat, kecuali bagi ketua keluarga untuk mendapatkan bekalan makanan.
  • Gelang kuarantin hanya boleh dipotong oleh Pejabat Kesihatan Daerah yang terlibat setelah tempoh kuarantin tamat. Sekiranya masih terdapat individu dengan gelang kuarantin berada di kawasan umum, laporan kepada pihak polis perlu dilakukan bagi melindungi masyarakat kita daripada risiko penularan COVID-19.





KKM sangat berterima kasih atas keprihatinan masyarakat yang mengambil peranan sebagai barisan hadapan (front liner) di kawasan masing-masing yang bertindak melaporkan individu dengan gelang kuarantin yang berada di tempat umum. Individu yang ingkar arahan ini boleh mendatangkan bahaya kepada masyarakat di sekelilingnya. Kepatuhan individu yang dipakaikan gelang kuarantin untuk kekal berada di rumah sangat dihargai KKM.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

IKLAN