Bagi yang gian untuk bercuti tetapi masih bimbang dengan penyebaran virus Covid-19, boleh menghabiskan masa senggang dengan melawat destinasi menarik hanya di Selangor.
Sebenarnya masih banyak lagi lokasi ‘rare’ dan viral boleh diterokai di Selangor dan anda tidak perlu keluar dari Lembah Klang ini untuk bercuti.
Sky Mirror di Kuala Selangor.
Kerajaan Negeri Selangor menerusi Tourism Selangor selaku Agensi Promosi Pelancongan Rasmi Negeri meneruskan langkah proaktif ke arah merancakkan industri pelancongan Negeri Selangor dengan pelaksanaan Kempen “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!”
Kempen ini mula diwar-warkan melalui landasan digital bermula pada 10 Jun yang lalu, susulan pengumuman pembukaan semula sektor pelancongan domestik Negara oleh pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) sempena penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Umum mengetahui, industri pelancongan merupakan antara yang paling terjejas ekoran impak dari pandemik Covid-19 yang melanda dunia. Sebahagian operator pelancongan perlu menutup operasi atau beroperasi tanpa keuntungan dan golongan yang bergantung pada industri pelancongan pula terjejas pendapatan, malah ada yang hilang mata pencarian.
Memahami situasi ini, Kerajaan Negeri Selangor telah menjadi pendahulu dalam pelaksanaan dua Pakej Rangsangan Ekonomi dan juga Pelan Pemulihan Ekonomi Negeri Selangor 2020 yang telah diumumkan oleh YAB. Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor pada 13 Julai lalu. Antara yang digariskan dalam Pelan Pemulihan Ekonomi Negeri Selangor 2020 adalah Pakej Bantuan Sektor Pelancongan dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM 2,600,000.00.
Pakej Bantuan Sektor Pelancongan ini turut merangkumi penerbitan subsidi “Baucar Pelancongan Negeri Selangor” dengan nilai peruntukan sebanyak RM 2,000,000.00.
Ads
Tebus baucar pelancongan.
Penggunaan baucar ini adalah dalam bentuk pengembalian mata nilai dompet elektronik dan baucar eletronik sebanyak RM 200.00 seorang untuk penerima yang layak. Baucar ini perlu digunakan bagi pakej-pakej pelancongan terpilih yang akan melalui penyenaraian di aplikasi dompet elektronik Touch ‘n Go e-Wallet dan aplikasi ‘marketplace’ Lazada Malaysia melalui capaian khas pautan sesawang mikro ‘Kempen Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!’.
Penebusan subsidi baucar pelancongan ini akan membuka promosi jualan di kedua-dua landasan e-dagang tersebut bermula pada 8 hingga 31 Januari 2021 dengan tempoh sah-laku bagi pakej yang telah dibeli sehingga 30 Jun 2021.
Pihak Tourism Selangor juga mensarankan kepada para pelancong untuk mengamalkan norma baharu yang menekankan SOPs (Standard Operating Procedures) mengikut saranan Majlis Keselamatan Negara (MKN) semasa melancong ke Negeri Selangor.
Adalah menjadi harapan Kerajaan Negeri dan Tourism Selangor agar Kempen “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!” dapat memberikan impak yang signifikan ke arah membangunkan semula industri pelancongan domestik Negara, seterusnya memacu pertumbuhan ekonomi Negeri Selangor.
Ads
Ikut terma dan syarat.
Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel atau di :-
Pasport Jerman, diketahui sebagai pasport paling hebat di dunia. Pasport Jerman boleh memasuki 177 negara di dunia tanpa memerlukan visa.
Memiliki pasport Jerman amat membanggakan, namun nyata lebih hebat ialah menjadi pemilik passport paling ekslusif di dunia: passport Perintah Tentera Berdaulat Negara Malta. Menurut laman Independent, perintah Katolik, yang diiktiraf kedaulatan oleh Pope Paschal pada 1113, merupakan pasport paling ‘rare’. Hanya 500 pasport dikeluarkan di seluruh dunia sehingga sekarang. Pasport diplomatik ini hanya diberi kepada Ahli Majlis Berdaulat, ketua dan ahli Misi Diplomatik (termasuk konsortium dan anak kecil) dan pelepasan khas kepada individu yang terlibat dengan misi Negara Malta.
Pasport ini hanya sah untuk 4 tahun dan berhubung secara ketat pada durasi tugas yang diberikan.
Perintah Tentera Berdaulat Negara Malta mempunyai hubungan dengan 106 negara, yang bermakna kesemua negara ini menerima pasport diplomatik ini sebagai sumber pengenalan diri. Pasport ini mengandungi ciri biometrik dan patuh kepada piawaian International Civil Aviation Organization (ICAO).
Menurut laman Independent lagi, arahan ini diberi kepada 13500 satria, wanita bersama 80,000 sukarelawan dan 25000 pekerja. Jadi pemilik 500 pasport ini merupakan mereka yang terpilih.
Lebuh raya di Malaysia antara rangkaian menghubungkan jalan darat yang sering digunakan kita seharian untuk ke pelbagai destinasi di dalam negara. Tanpa jalan raya yang sempurna pasti pergerakkan kita dan ekonomi negara tidak akan cekap.
Dalam banyak-banyak lebuh raya yang ada di Malaysia, laluan mana satu anda suka guna? Senarai jawapan anda mungkin menjadi pilihan antara lebuh raya terbaik di negara. Sebanyak 10 lebuh raya disenaraikan dalam kedudukan berprestasi baik berdasarkan jumlah kemalangan maut dan kecederaan parah dilaporkan di situ. Lebuh raya-lebuh raya tersebut dibahagikan kepada dua kategori iaitu jenis sistem tol tertutup dan sistem tol terbuka.
Menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), langkah menyenaraikan lebuh-lebuh raya tersebut membolehkan pengguna lebih peka terhadap risiko keselamatan masing-masing. Selain itu, ketetapan kedudukan ini diharap dapat mewujudkan persaingan sihat dikalangan konsesi lebuh raya untuk memperbaiki mutu jalan raya di bawah seliaan mereka dari semasa ke semasa.
Bagi menyenaraikan lebuh raya mengikut kedudukan terbaik, mata kedudukan akan dijumlahkan untuk setiap lebuh raya berdasarkan pemberat sebanyak 70 peratus untuk indeks kematian dan 30 peratus untuk peratusan segmen jalan yang bertaraf tiga bintang dan ke atas. Langkah itu selaras dengan usaha mengurangkan kadar kemalangan maut dan kecederaan parah di lebuh raya. Memandangkan statistik kemalangan dan keadaan sedia ada persekitaran jalan akan berubah dari masa ke masa, penetapan kedudukan lebuh raya berprestasi baik ini akan dilakukan secara berkala
Lima lebuh raya jenis sistem tol tertutup berprestasi baik:
1. Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)
2. Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
3. Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)
4. Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT 1)
5. Lebuhraya Lembah Kelang Selatan (SKVE)
Lima lebuh raya jenis sistem tol terbuka berprestasi baik:
1. Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) (LITRAK)
2. Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT)
3. Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS)
4. Lebuhraya Sistem Lingkaran Kajang (SILK)
5. Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA)
AirAsia dijangka akan terbang semula ke Eropah menjelang akhir tahun ini atau awal tahun 2020. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Tony Fernandes berkata, pihaknya akan memulakan penerbangan ke Eropah dan laluan itu akan dikendalikan oleh AirAsia Thailand.
Thai AirAsia X akan melancarkan penerbangan ke Eropah sama ada pada akhir tahun ini atau awal tahun depan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.
AirAsia sedang memohon kelulusan daripada pihak berkuasa berkaitan, dan laluan ke Eropah itu akan berlepas dari Bangkok, Thailand melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang. Dilaporkan bahawa AirAsia X merancang untuk menggunakan pesawat Airbus A330-900neo bagi penerbangan ke Eropah, bermula dengan laluan Kuala Lumpur-London.
Tan Sri Tony Fernandes berkata Thai AirAsia dijangka menerima pesawat itu minggu depan. A330-900 AirAsia X Thailand mempunyai 377 tempat duduk dalam konfigurasi dua kelas, terdiri 12 Premium Flatbed dan 365 tempat duduk kelas ekonomi.
Nama Dolomites semakin kerap muncul di media sosial kini apabila Khairul Aming mengumumkan lima pembeli terawal produk terbaharunya akan dibawa ke lokasi tersebut. Dengan...