Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Tatkala ramai di antara penduduk di Shah Alam serta beberapa lokasi di beberapa buah daerah dan negeri berdepan ujian banjir, bantuan diterima tidak pernah putus.
Bagi meringankan beban yang ditanggung mangsa banjir Tourism Selangor menerusi Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi Tourism Selangor telah mengambil inisiatif untuk menghulurkan bantuan kepada 12 kakitangan Tourism Selangor serta orang awam yang terkesan dengan bencana banjir susulan hujan lebat tempoh hari.
Menurut Touriism Selangor, seramai 20 orang kakitangan mereka telah mengambil bahagian dan turun padang dalam misi bantuan banjir di daerah yang terlibat di Negeri Selangor kali ini.
Ads
Pelbagai jenis bentuk bantuan telah diberikan kepada kakitangan Tourism Selangor yang terkesan dengan bencana banjir seperti bantuan kewangan sebanyak RM800, bakul makanan dan barang keperluan asas.
Selain itu, pihak pihak Tourism Selangor turut bekerjasama dan berkolaborasi bersama Aliments dan mengagihkan sebanyak 500 pek makanan daripada pek makanan ‘Kejap’ kepada mangsa banjir di daerah Hulu Langat.
Ads
Ia merangkumi beberapa buah kampung seperti Kampung Bukit Dukung, Kampung Sungai Sekamat, Kampung Sri Jambu dan Kampung Baru Batu.
Ads
Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Tuan Azrul Shah Mohamad dalam kenyataannya berkata, “Tourism Selangor amat prihatin dengan cabaran yang dihadapi oleh rakyat Malaysia susulan bencana banjir yang melanda Negara, khususnya Negeri Selangor. Secara tidak langsung bencana banjir ini turut menjejaskan aktiviti pelancongan di Negeri ini namun saya berharap agar keadaan akan pulih seperti sedia kala dalam masa terdekat”.
Mereka juga turut menzahirkan nasihat kepada orang ramai agar mengambil air minuman dan makanan yang bersih untuk mengelakkan sebarang penyakit atau keracunan makanan.
Tourism Selangor turut menyarankan agar semua pihak agar terus peka terhadap aspek keselamatan dan mengamalkan panduan keselamatan ketika banjir.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sejumlah artifak sebahagiannya dipercayai berusia lebih 1,000 tahun dijumpai di kawasan aktiviti pengorekan pasir di Sungai Pahang, baru-baru ini.
Artifak yang ditemukan itu kebanyakannya dipercayai dari China iaitu serpihan seramik celadon Dinasti Song, serpihan seramik porselin Dinasti Ming dan duit syiling Dinasti Tang, Dinasti Song serta Dinasti Ming. Turut ditemui ialah duit syiling Kesultanan Pahang dan Kesultanan Melaka.
Penemuan ini berlaku apabila beberapa serpihan artifak ditemui di dalam penyedut pasir sebelum penyelidikan bawah air yang dikawal selia Jabatan Warisan Negara dijalankan selama tiga hari bagi memberikan perincian jelas ke atas hasil dapatan kajian ini. Sebilangan besar pecahan seramik kelihatan mempunyai retakan baharu, manakala sebilangan lagi kelihatan telah lama patah.
Sebahagian artifak terbabit ditemui selepas selaman sedalam 15 meter dilakukan di sungai berkenaan. Pasukan penyelam menemuinya berhampiran struktur yang saya percaya kapal diperbuat daripada kayu namun siasatan lanjut masih perlu dilakukan.
Jabatan Warisan Negara akan membuat kajian lanjut mengenai pentarikhan dan pemilik asal artifak itu supaya ia dapat memberi gambaran baharu mengenai aktiviti perkapalan serta perdagangan di kawasan berkenaan mungkin dapat merungkai sejarah dan salasilah kebudayaan di Pahang khususnya di Pekan. Jabatan Warisan Negara juga memohon orang ramai agar melaporkan sebarang jumpaan bersejarah termasuk di kawasan berkenaan, selaras dengan Akta Warisan Kebangsaan 2005.
Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pesawat telah merevolusikan sistem pengangkutan dengan kapasiti lebih besar dan cepat untuk membawa penumpang. Pesawat memainkan peranan penting dalam operasi ketenteraan, mengangkut kargo dan ke tempat-tempat yang jauh di seluruh dunia dalam masa yang lebih singkat. Saiz pesawat yang lebih besar, lebih banyak penumpang dan lebih banyak kargo boleh dimuatkan. Berikut ialah 10 pesawat terbesar dunia sehingga 2017.
Bonus- A300-600ST (Super Transporter) atau Beluga
Airbus A300-600ST (Super Transporter) atau Beluga, adalah versi pesawat udara A300-600 yang diubah suai untuk membawa bahagian pesawat dan kargo yang besar. Ia menerima nama rasmi Super Transporter sejak awal. Beluga XL , berdasarkan Airbus A330 dengan modifikasi dan dimensi yang serupa, sedang dibangunkan oleh Airbus untuk menggantikan jenis sama sekitar 2020.
10. Airbus A340-500 Pesawat ini dihasilkan oleh syarikat aeroangkasa Eropah. Airbus adalah pesawat jet penumpang komersial jarak jauh yang luas. Pesawat ini mempunyai empat enjin turbofan dan tiga gear utama pendaratan sebagai ciri khas. Ia boleh terbang sehingga 9,000 batu nautika membantu dalam operasi laluan tanpa henti yang panjang. Pesawat ini boleh muat sehingga 375 penumpang. Lufthansa dan Air France adalah operator terbesar model ini.
9. Airbus A350-900 Ia adalah pesawat jarak jauh enjin berkembar yang dibangunkan oleh pengeluar Airbus Eropah . Kedua-dua fiuslaj dan struktur sayap pesawat dibuat daripada polimer bertetulang serat karbon. Sebagai ahli keluarga pesawat A350 XWB, pesawat ini menawarkan keselesaan kepada penumpang dan potensi keuntungan optimum serta efisien kepada operator. Boleh muat 325 penumpang dalam susunan tiga kelas. Kos unit pesawat ini ialah AS $ 308.1 juta dan Qatar Airways operator utamanya.
8. Antonov An-22 Ia adalah pesawat pengangkutan tentera serta pengangkut strategik yang direka oleh Biro Reka Bentuk Antonov Soviet Union. Antonov adalah pesawat enjin turboprop terbesar di dunia yang pernah ada. Terdapat empat enjin turboprop yang memutar kipas secara kontra. Pada masa ini, pesawat udara ini telah banyak digunakan dalam operasi tentera udara dan kemanusiaan.
7: Boeing 777-300 Boeing Commercial Airplanes telah membangun dan menghasilkan pesawat jet enjin berkembar jarak jauh ini. Ia adalah pesawat jet enjin berkembar terbesar di dunia dan mempunyai kapasiti tempat duduk kira-kira 386 penumpang dalam tatacara tiga kelas. Ia dikuasakan oleh enjin GE90, Pratt & Whitney PW4000 atau Rolls Royce Trent 800. Penggunaan bahan bakar lebih cekap berbanding jet badan lebar lain, model ini merupakan salah satu model pesawat terlaris Boeing.
6. Airbus A340-600 Ini adalah pesawat penumpang jarak jauh dengan empat enjin komersil yang dihasilkan oleh syarikat Aeroangkasa Eropah Airbus pada tahun 1993. Ia boleh terbang sehingga 7,900 batu nautika dan dijana oleh empat enjin Rolls-Royce Trent 500. Ia mempunyai reka bentuk aerodinamik yang menjimatkan bahan api dengan struktur komposit mengurangkan berat. Pesawat ini menawarkan ruang pengendali yang hebat, keselesaan dengan kapasiti tempat duduk sebanyak 350 penumpang dalam susunan tiga kelas dan kira-kira 475 tempat duduk maksimum.
5. Boeing 747-400 Pesawat komersial lebar ini dikenali dengan geladak atas khas di bahagian hadapan pesawat. Ia adalah versi penumpang Boeing 747 yang paling biasa kita lihat. Pesawat ini mempunyai kelajuan subsonik; Mach 0.85 dengan jarak 7,670 batu nautika. Ia boleh muat 416 penumpang dalam susun atur tiga kelas dan kira-kira 660 penumpang dalam susunan satu kelas maksimum. British Airways adalah pengendali terbesar model ini. Kos seunit pesawat ini ialah AS $ 234 juta.
4. Boeing 747-8i Ia adalah pesawat komersial dihasilkan oleh Boeing Commercial Airplanes. Ia telah ditambah panjang fiuslaj dan sayap yang direka bentuk semula daripada model yang terdahulu. Ia mempunyai kapasiti penumpang sebanyak 467 dalam tiga susunan kelas. Ia mempunyai jarak kira-kira 8000 batu Nautika dan kelajuan penerbangan Mach 0.855. Ia adalah pesawat komersil terbesar yang dibina di Amerika Syarikat. Kos seunit pesawat ialah kira-kira AS $ 379 juta.
3. Airbus A380-800 Pesawat Airbus ini adalah pesawat dua dek, berbadan lebar, empat enjin dan merupakan pesawat penumpang terbesar di dunia. Oleh kerana dek atas kapal terbang meluas sepanjang keseluruhan badan pesawat, ia menawarkan ruang lantai yang boleh digunakan untuk menyediakan tempat duduk bagi 525 penumpang dalam konfigurasi tiga kelas. Ia boleh terbang 8,500 batu nautika dan kelajuan penerbangan 490 knot pada penerbangan biasa. Kos seunit pesawat ini ialah AS $ 432 juta.
2. Antonov An-124 Ia adalah pesawat pengangkutan yang direka oleh Biro Reka Bentuk Antonov Ukraine. Ia adalah pesawat pengangkutan tentera terbesar di dunia dan salah satu pesawat pengeluaran kargo berat tertinggi di dunia. Nama pelapor NATO adalah Condor dan digunakan dalam operasi penyelamatan dan pengangkutan udara. Kos seunit pesawat ialah kira-kira AS $ 70-100 juta. Pada masa ini ia sedang dikendalikan oleh syarikat penerbangan Antonov dan Volga-Dnepr Airlines.
1. Antonov An-225 Mriya Ia adalah pesawat kargo udara strategik yang direka oleh Antonov Design Bureau Ukraine. Ia adalah pesawat yang paling berat pada tahun 2017 dengan berat maksimum 640 tan metrik. Pesawat besar ini dikuasakan oleh enam enjin turbofan. Ia mempunyai jarak penerbangan yang agak pendek iaitu 2,160 batu nautika dan kelajuan penerbangan maksimum yang lebih rendah pada 458 knot berbanding pesawat komersil lain. Ia mempunyai sayap terbesar untuk pesawat dalam perkhidmatan operasi. Ia memegang rekod dunia untuk jumlah kargo udara yang diterbangkan iaitu seberat 253,820 kg. Ia adalah satu-satunya jenisnya dan mempunyai Pendaftaran Sivil Ukraine UR-82060.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Saban tahun, masuk saja bulan April lonjakan pelancong ke Thailand meningkat. Ini kerana mereka mahu bersama-sama meraikan Festival Songkran yang biasanya disambut 13 April saban tahun.
Pesta Songkran ini sangat popular serta dunia kerana ia bersempena tahun baru dalam kalendar Buddha. Malah Songkran lebih dikenali sebagai Tahun Baru Thailand. Songkran juga bermaksud ‘perubahan’ atau ‘tranformasi’ dalam bahasa pinjaman Sanskrit. Pesta Songkran atau disebut pesta main air di kalangan pelancong sememangnya sangat terkenal kerana orang ramai akan bersuka ria sambil menyimbah air kepada sesiapa sahaja. Malah pesta ini turut dihadiri ramai pelancong dari Malaysia untuk merasai keseronokannya.
Tapi tahun ini nampaknya pesta yang disambut meriah itu sudah banyak dibatalkan di beberapa lokasi kerana berlakunya lonjakan kes positif COVID-19 di negara tersebut. Menurut Bangkokpost.com, terdapat 281 kes baru COVID-19 menjadikan 664 orang dijangkiti bermula April ini. Justeru itu, Chiang Mai, lokasi pelancongan popular di negara Thailand sudah dibatalkan pesta Songkran di loksi terbabit walau pun persiapan sudah dilakukan di Tha Phae Gate. Malah pihak pentadbiran juga memberikan syarat agar mana-mana pelancong yang datang dari Bangkok, Nonthaburi, Samut Prakan, Pathum Thani dan Nakhon Pathom untuk menjalani kuatantin selama 14 hari.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...