Tourism Selangor memaklumkan pejabat urusannya, program Royal Klang Heritage Walk Tour, Taman Eko Rimba Kanching dan Taman Eko Rimba Chongkak Park and Resort dihentikan operasi untuk sementara hingga 31 Mac ini.
Tourism Selangor dalam satu kenyataan berkata penutupan itu selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan kerajaan pada Isnin lepas bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Ads
Ads
Segala aktiviti promosi pelancongan untuk Negeri Selangor selama tempoh tersebut masih diteruskan melalui saluran dalam talian dan digital. Kesemua lokasi pelancongan itu termasuk pejabat urusan akan dibuka seperti biasa pada 1 April ini.
Ads
Tourism Selangor turut berterima kasih kepada semua pihak atas kerjasama mengekang penularan wabak berkenaan.
Kepada anda yang nak beli tiket penerbangan, kajian dan analisis data penerbangan yang dilakukan oleh Airlines Reporting Corporation (ARC) dan Expedia Group ni mendapati tempahan tiket penerbangan pada hari Ahad lebih menguntungkan kerana memberikan penjimatan sehingga 20% kepada anda.
Kajian yang diorang buat memberitahu faktor masa untuk memperoleh penjimatan adalah sangat penting dalam pelan pelancongan anda dan laporan mendedahkan faktor itu juga boleh digunakan untuk mendapatkan tiket penerbangan khas atau premium dengan harga yang lebih murah.
Antara tip penjimatan dalam membeli tiket penerbangan bersandarkan faktor masa adalah seperti ini:
1. Tempah tiket penerbangan anda tiga minggu lebih awal untuk penjimatan terbaik.
2. Tempah tiket penerbangan kelas ekonomi, premium atau bisnes pada hari Ahad untuk penjimatan sehingga 20%.
3. Jimat lebih daripada 10% bagi tiket penerbangan kelas ekonomi apabila anda memulakan perjalanan pada hari Khamis.
4. Jimat sehingga 5% bagi tiket penerbangan kelas premium atau bisnes apabila anda memulakan perjalanan pada hari Jumaat.
5. Tambah satu malam penginapan pada hari Sabtu ketika perjalanan pertengahan minggu jika bermula pada hari Rabu untuk jimat lebih daripada 10% bagi tiket penerbangan dan ada ketika lebih banyak diskaun dapat diperoleh jika ke destinasi perniagaan yang popular.
Jadi kalau anda nak penjimatan ketika beli tiket penerbangan, jom tempah buat tempahan pada hari Ahad!
Lepas saja musim hujan, sekarang kita beralih ke musim panas pula dan di Malaysia, setibanya peralihan musim ni, akan mekar satu bunga dari pokok Tecoma yang mengeluarkan kelopak bunga berwarna pink, seakan-akan bunga sakura di Jepun!
Kalau di Jepun, bunga Sakura ni akan berbunga ikut musim. Jadi orang tahu bila pokok Sakura akan berbunga. Tapi di Malaysia, pokok Tecoma ni suka buat surprise. Tahu-tahu dia berbunga je. Cantik pula tu!
Pemandangan pokok bunga Tecoma berwarna pink itu bukan sahaja menghiasi satu dua negeri, tapi banyak negeri dalam Malaysia. Contohnya hasil carian di Instagram mendapati pokok yang mendapat jolokan ‘Sakura Malaysia’ ini kelihatan di Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Melaka.
Di Negeri Sembilan pun dihiasi kecantikan ‘Sakura Malaysia’ apabila kira-kira 50 pokok Tecoma berbunga mekar dan menghiasi landskap jalan Kuala Pilah-Batu Kikir sejauh satu kilometer.
Jadi kepada anda tak ada bajet lagi nak ke Jepun, jom explore lokasi-lokasi yang ada pokok ‘Sakura Malaysia’. Mana lah tahu gambar anda viral di Instagram kan?
Rambut merupakan mahkota wanita. Pelbagai fesyen dan jenis gaya rambut menjadi pilihan. Ada yang suka berambut panjang dan ada juga yang gemar akan potongan rambut pendek.
Umum mengetahui wanita di negara India gemar menyimpan panjang rambut mereka, baik daripada golongan selebriti terkenal hingga ke rakyat biasa. Namun untuk seorang warganegara India bernama Nilanshi Patel ini, dia memilih untuk menyimpan panjang rambutnya hingga mencecah lantai.
Sungguh luar biasa apabila gadis ini berjaya mengekalkan gelarannya memiliki rambut terpanjang di dunia sekali gus tercatat dalam Guiness World Records untuk beberapa tempoh.
Nilanshi Patel gadis berusia 17 berasal dari Pekan Modasa, Gujarat, India dikatakan terpaksa mengambil masa satu jam setiap hari untuk menyikat rambutnya yang berukuran lebih 190 cm.
Dia yang mendapat jolokan Rapunzel India, mula menyimpan rambutnya selepas berdepan pengalaman pahit ketika memotong rambut di sebuah kedai ketika berusia enam tahun.
Sejak peristiwa itu, rambut Nilanshi tidak dipotong dan semakin panjang dari tahun ke tahun sehingga dia terpilih sebagai pemegang rekod dunia November 2018 dengan ukuran 170.5 cm.
Bagi menjaga rapi rambutnya, Nilanshi memakai kasut tinggi bagi mengelakkan rambutnya mencecah lantai dan jika mahu membasuh rambut, dia akan meminta bantuan daripada ibunya.
“Saya melakukan apa yang dilakukan setiap remaja. Basuh rambut setiap minggu dan minyak sekali atau dua kali seminggu. Saya akan keringkan rambut dibawah sinaran matahari atau menggunakan pengering rambut, ” katanya yang berdepan masalah ketika melakukan aktiviti berenang.
Rutin mencuci rambut memerlukan 30 minit dan untuk dikeringkan pula dia memperuntukkan satu jam untuk disikat. Dia gembira nama terus kekal dalam rekod dunia Guiness dan berhasrat untuk mencipta rekod baru selepas ini.
Selangor bukan sekadar terkenal dengan kafe hipster, pusat beli-belah dan lokasi percutian hujung minggu. Negeri ini juga ada banyak port makan kampung yang cukup...