Berita

Tradisi Dan Cahaya di Festival Lentera Putrajaya, Bagai Melangkah Ke Dunia Magika!

Share

Festival Lentera Sisiran Tasik Putrajaya bakal berlangsung selama 9 hari bermula pada 24 Februari sehingga 3 Mac 2024.

Festival berasaskan tradisi dan cahaya ini akan diadakan buat pertama kalinya di Anjung Floria, Presint 4 Putrajaya.

Pelbagai persembahan kebudayaan, tradisional dan pertunjukan lampu akan disajikan untuk anda sekeluarga selama 9 hari ini.

Tradisi Dan Cahaya di Festival Lentera Putrajaya

Waktu operasi adalah bermula jam 5.00 petang sehingga 11.00 malam.

Festival Lentera Putrajaya ini bakal mempersembahkan pertunjukan ‘Grand Light Symphony’, ‘Musical Fountain’, bot berhias bercahaya di samping lebih 40 pengisian menarik.

Bukan itu sahaja, pelbagai makanan dan minuman juga akan dijual untuk anda menikmati bersama insan tersayang.

Tiket masuk boleh dibeli secara dalam talian di laman sesawangnya. Harga tiket adalah seperti berikut:

Warganegara Malaysia

Dewasa (13 tahun ke atas) = RM10
Kanak-kanak (7-12 tahun) & warga emas = RM5
Kanak-kanak di bawah 6 tahun & OKU = Percuma

Pelancong Warga Asing

Dewasa (13 tahun ke atas) = RM30
Kanak-kanak (4-12 tahun) = RM15

Perkhidmatan bas perantara secara percuma juga disediakan untuk anda. Naik sahaja dari stesen MRT Putrajaya dan terus ke Anjung Floria.

Dengan kekerapan 30 minit sekali, shuttle bas di stesen MRT Putrajaya bermula jam 4.30 petang sehingga 10.00 malam. Manakala shuttle bas di Anjung Floria adalah bermula jam 5.00 petang sehingga 11.00 nalam.

Festival Lentera Putrajaya akan bergema dengan paluan kompang penuh bertradisi, penyeri acara, klasik dan istimewa oleh Komuniti Putrajaya.

Haa… jangan lepaskan peluang untuk saksikan formasi paluan kompang bergaya bertradisi sambil menghayati pencahayaan yang mempesonakan di Anjung Floria Presint 4 nanti!

IKLAN