Jepun sememangnya sentiasa berfikiran jauh meneroka teknologi. Walau sering diuji dengan gempa kerana kedudukan geografinya namun ia sedikit pun tidak mematahkan semangat negara itu membuktikan kemampuan mereka dalam kepelbagaian bidang.
Jika di Malaysia tidak habis dengan isu terowong bawah laut di Pulau Pinang hingga mendapat perhatian pihak berkuasa SPRM tapi nampaknya Jepun harus berbangga dengan Tokyo Bay Aqua-Line yang dikongsikan oleh Zunita Ramli, owner dan founder Tokyo Organik HQ, seorang rakyat Malaysia yang menetap di negara tersebut dalam catatannya.
Tokyo Bay Aqua-Line, atau juga dikenali sebagai Trans-Tokyo Bay Expressway adalah highway yang mempunyai terowong dasar laut (underwater tunnel) keempat terpanjang di dunia.
Menghubungkan Kawasaki di wilayah Kanagawa dan Kisarazu di wilayah Chiba, ianya merentasi Teluk Tokyo (Tokyo Bay) dan dibina dengan gabungan 4.4km jambatan dan 9.6km terowong di bawah Teluk Tokyo.
Ads
Tokyo Bay Aqua-Line dapat memendekkan masa perjalanan dari Kawasaki ke Kisarazu sehingga 45 minit, iaitu 60km lebih pendek dari jalan asal.
Pembinaan Tokyo Bay Aqua-Line ini tidaklah semudah yang disangka. Projek pembinaan highway ini juga dipanggil “Apollo Project of Civil Engineering” kerana banyak cabaran yang perlu dihadapi oleh jurutera seperti tanah yang lembut di dasar teluk, angin, ombak, gempa bumi, dan sebagainya. Yelah, Jepun ni pun bukannya stabil sangat pun kan.
Ads
Kajian selama 20 tahun dilakukan dan pembinaannya mengambil masa selama 10 tahun. Ia akhirnya dibuka pada umum pada tahun 1997.
Saya teringat saya ada terbaca, ada seseorang bertanya kepada seorang Professor Jepun; “Kenapa Jepun masih buat projek-projek tinggi risiko sebegini walaupun tahu Jepun itu sendiri tak stabil dari segi bencana alam? Gempa bumi, taufan, banjir dan sebagainya boleh berlaku bila-bila masa”
Bagi pengembara pengalaman travel secara memandu di negara luar sangat berbeza dan memberi pengalaman tersendiri.
Namun keseronokannya dapat merasai pengalaman yang lain daripada lain, apatah lagi pemeriksaan di sana lebih ketat.
Seperti pengalaman Marzuki Mustaffa yang memandu dari Madinah ke AIUla. Menurutnya agak sukar untuk menyewa kereta di sana jika tidak mempunyai ID pekerja Arab Saudi.
Namun mereka berjaya lepasi halangan ini dengan bantuan kenalan rakyat Malaysia yang bekerja di sana.
Lebih mencabar kerana pemanduan adalah di sebelah kiri berbeza dengan tempat kita yang memandu dari sebelah kanan.
Perjalanan mengikut arah google map dan agak bosan sedikit kerana pemandangan hanya pasir dan bukit berbatu.
Malah jika disaman, kadarnya lebih tinggi berbanding di Malaysia dan harus membayar di lapangan terbang sebelum dibenarkan menaiki penerbangan ke Malaysia.
1 Feb 2020. Perjalanan dari Madinah ke AlUla. Lebih kurang 400km ke utara Madinah. Sempena EcoTrail AlUla semasa Winter at Tantora Festival.
Kami sewa kereta pandu sendiri untuk perjalanan ni. Sepatutnya kami sewa kereta di Airport Madinah tetapi di sana kereta semua dah habis.
Masalah timbul apabila hendak sewa kereta luar daripada airport. Mereka tidak terima orang luar tak ada ID pekerja Arab Saudi. Masalah selesai dengan bantuan kenalan rakyat Malaysia yang bekerja di Saudi.
Kami sewa kereta di Alwefaq Rent A Car. Antara syarikat sewa kereta yang besar di Arab Saudi. Keperluan kami adalah kereta yang besar atau 4×4 tapi tak ada.
Kami hanya mampu sewa kereta sedan yang sederhana besar. Kereta Chang’An model Aslvin 1.5L buatan China. Untuk pengetahuan, Chang’An Automobile (Group) Co., Ltd. merupa antara syarikat kereta terbesar di China. Ia ditubuhkan pada 1862, maknanya 159 tahun dahulu.
Harga sewa kereta ni 130SR sehari untuk maksima 300km sehari. Dengan deposit 2000SR. Kami sewa 10 hari bermakna kami dapat 3000km perjalanan. Untuk sewa kereta di Saudi, pemandu perlu ada International Driving Permit.
Dengan pemanduan sebelah kiri, mulanya terasa jangal semasa hendak tukar gear dengan tangan kanan. Kalau di bulatan atau simpang tiga, saya hanya mengikut kereta di hadapan untuk menyesuaikan diri dengan jalanraya. Berhati-hati memandu di Arab Saudi.
Banyak kamera had laju serta kamera di simpang lampu isyarat. Saman kerana memandu melebihi had laju antara 1000-2000 SR.
Manakala saman kerana melanggar lampu isyarat pula lebih tinggi lagi. Kalau kena saman, masalah timbul bila kita nak balik ke Malaysia. Semuanya harus dibayar di lapangan terbang.
Perjalanan ke AlUla, kami guna google map serta papan tanda. Entah betul atau tidak jalanraya yang kami guna tu kurang kenderaan, tetapi mengikut google, ianya menuju ke AlUla.
Perjalanan amat baik, kiri kanan adalah padang pasir. Jalanraya pun bagus cuma terasa bosan kerana pemandangan hanya pasir dan bukit berbatu. Sempat singgah di kedai makan tepi jalan untuk sarapan. Kami pilih menu roti dengan kari ayam.
Sambung perjalanan, kali ni pemandangan cantik sikit tapi jalanraya bertambah kecil. Unta, unta. Nampak di hadapan unta melintas jalan. Maklum le di Malaysia hanya nampak lembu melintas jalan.
Di sini unta yang melintas. Teruja rasa dan kami terus berhenti untuk merakam memori. Sambil menikmati pemandangan padang pasir dan bukit berbatu yang tak sama di Malaysia.
Perjalanan mengambil masa 5 jam termasuk berhenti rehat untuk makan. Apabila sampai di Sahary Resort Al Ula, cantiknya lebih lagi. Penginapan yang di bina antara bukit berbatu. Kiri kanan hanya nampak bukit.
Kami sampai waktu tengahari, tapi suhu di sana amat nyaman. Tidak panas walaupun ada matahari. Suhu dalam 20°c. Waktu pagi dalam 10°c. Waktu malam lagi sejuk. Bahagian Al Ula akan dicerita dalam bab lain.
Kalau di Malaysia kecoh tentang aplikasi Sugarbaby, di Jepun sudah lama wujud platform Rent A Girlfriend. Menariknya kalau Sugarbaby lebih menjurus kepada kancah maksiat tapi platfrom ini dibina di Jepun khusus untuk ajakan teman minum-minum sahaja kerana orang Jepun memang sibuk bekerja dan mereka tiada banyak masa mencari kekasih. Jadi Rent A-Girlfriend ini diwujudkan bagi yang nak ajak berborak, tak lebih dari itu.
Bacalah perkongsian Catatan Zunita Di Jepun yang banyak berkongsi kisah menarik dari negara Matahari Terbit ini kerana menetap di sana.
Sekarang ni kecoh betul pasal Sugarbaby kan?
Mungkin ada pernah dengar, dekat Jepun ada sesuatu yang dipanggil perkhidmatan “Rent-a-Girlfriend” atau perkhidmatan ‘Kekasih Sewa’.
Menariknya, perkhidmatan ‘Kekasih Sewa’ ni amat berbeza dari Sugarbaby sebab hubungan dalam ‘Kekasih Sewa’ ni adalah purely professional manakala Sugarbaby tu erm.. paham-paham aje lah kan. Huhu.
Perkhidmatan ‘Kekasih Sewa’ ni senang cakap adalah perkhidmatan “beli” masa seseorang untuk teman dan layan dialah.
Layan tu macam pergi karaoke ke, pergi makan, pergi tengok wayang dan sebagainya. Ianya adalah hubungan professional, maksudnya tak dibenarkan lebih dari tu macam sebarang hubungan seksual, bagi hadiah mahal-mahal, ataupun luahan perasaan. Purely teman keluar sahaja.
Perkhidmatan ni pun tak la murah, sejam servis berharga lebih kurang ¥6000 (RM240) dengan minimum sewaan adalah 2 jam (RM480). Tapi kalau nak sewa kali kedua dengan orang yang sama, ada tambahan bayaran iaitu sebanyak ¥2000 (RM80).
Kenapa servis macam ni boleh popular dekat Jepun? Sekadar teman je pun, kan?
Sebab orang-orang Jepun ni tak ada masa nak cari kekasih. Mereka ni sibuk dengan kerja sampai ada yang hilang keyakinan untuk bercakap dengan perempuan. Jadi kalau sewa kekasih macam ni, tak perlu nak risau pasal skill, sebab diorang bayarkan. Pandai ke tak pandai cakap, masih akan dilayan oleh perempuan tu.
Pelik?
Ye, di Jepun ni anything is possible.
Dan jangan terkejut kalau saya cakap di Jepun ni juga ada perkhidmatan “Rent-a-Goat”, ya perkhidmatan sewa kambing!
Arab Saudi melarang pengunjung dari merakam gambar dan video di dua masjid Islam paling suci, Masjid al-Haram di Mekah dan Masjid an-Nabawi di Madinah.
Menurut Jeneral Direktorat Akhbar dan Maklumat Arab Saudi, keputusan melarang rakaman foto dan video di Masjid al-Haram di Mekah dan Masjid an-Nabawi di Madinah telah diambil oleh Kementerian Luar Negeri Arab Saudi pada 12 November 2017 lalu.
Larangan ini, berkuat kuasa tanpa mengira objektif, termasuk kepada wakil-wakil media, telah dikenakan bagi melindungi dan memelihara tapak suci, kata kenyataan itu. Larangan itu juga terpakai kepada kawasan sekitar masjid.
Pihak berkuasa Arab Saudi menyatakan bahawa langkah itu dikenakan bagi melindungi dan memelihara tempat-tempat suci, menghalang gangguan terhadap jemaah lain dan menjamin ketenangan ketika melakukan ibadah.
“Sekiranya berlaku pelanggaran larangan itu, alat yang digunakan untuk mengambil gambar dan video akan dirampas dan tindakan undang-undang akan diambil,” kata kenyataan itu.
Hal ini mungkin ada kaitan dengan gambar seorang lelaki Israel di Masjid Nabawi yang dimuat naik di Twitter dan menyebabkan kemarahan terhadap Arab Saudi.
Sumber dari media Turki www.dailysabah.com
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau sebut tentang destinasi alam semula jadi di Indonesia, ramai mungkin terus terbayang Bali, Lombok atau Gunung Bromo. Namun di Jawa Timur, ada satu...