
Zaman sekarang ni kita sangat memerlukan capaian internet tak kira di mana lokasi kita berada dan capaian itu mesti stabil tanpa ada apa-apa halangan, betul tak? Biasa bila dalam negara tak ada masalah sebab kita ada simcard dalam telefon. Tapi bila mana ke luar negara, lecehkan nak tukar-tukar simcard, lagi-lagi simcard nano – nak kena potong-potong.
Jadi cara mudah nak selesaikan masalah ni adalah dengan menyewa travel pocket wifi dongle.
Dengan adanya pocket wifi ini, anda tidak perlu lagi pening kepala untuk mencari wifi hotspot di hotel atau tempat tumpuan awam ketika berada di luar negara.
Pocket wifi ini penting terutamanya kepada mereka yang keluar negara atas urusan kerja. Harga untuk menyewa pocket wifi ini berbeza mengikut negara yang ingin dilawati dan tempoh berapa hari sewaan.
Jadi di sini adalah senarai kesemua tujuh syarikat yang menawarkan pakej pocket wifi yang anda boleh dapati di KLIA atau KLIA2.
1. Travel Recommends
2. Visiondata
3. WiFibaby
4. Roaming Man
5. H.I.S Malaysia
6. Wiyo
7. Samurai WiFi

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Beg Rosak Ketika Travel, Masalah Besar! Ini Cara Betul Pilih Beg Untuk Bercuti

Pemilihan beg ketika bercuti sangat penting. Sebelum memilih beg apa yang perlu di bawa, semak dulu lokasi percutian anda.
Libur pernah ada pengalaman melihat pelancong yang memilih untuk menginap di sebuah resort atas bukit terpaksa memikul bagasi beroda yang sangat besar dengan menaiki anak tangga yang curam. Tanpa dijangka, beg tersebut terjatuh kembali ke bawah lalu pecah dan segala barang di dalam terabur di atas tanah.
Terdapat pelbagai pilihan beg travel untuk mengisi barang di pasaran, adakah beg yang anda pilih sesuai dengan jenis percutian yang dirancangkan? Ketahui jenis-jenis beg dan kesesuaiannya mengikut jenis percutian anda
BEG DUFFLE
Sesuai untuk: Pendaki, pelajar kolej, budget traveller

Beg duffle tradisional bersifat ringan, mudah disimpan dan lebih mesra bajet. Beg jenis ini mempunyai ruang simpanan yang besar – sesetengah model menawarkan kapasiti sehingga 130 liter.

BEG DUFFLE BERODA

Sesuai untuk: Perjalanan bisnes, lawatan keluarga, road trip, percutian urban

Beg duffle mempunyai ruangan utama yang besar dan boleh memuatkan peralatan kembara yang pelbagai bentuk atau saiz, di samping mempunyai roda yang memudahkan pergerakan.
BAGASI BERODA
Sesuai untuk: Perjalanan bisnes, lawatan keluarga, road trip, percutian urban


Binaan yang teguh dan saiz yang kompak direka untuk menangani sistem pengangkutan bagasi. Beg jenis ini juga selalunya mempunyai banyak poket dan ruangan khusus untuk toiletries, aksesori dan lain-lain.
BACKPACK BERODA
Sesuai untuk: Kembara, road trip

Backpack beroda mempunyai kelebihan dari segi keselesaan dan mobiliti. Ia boleh diseret atau disandang mengikut situasi, dan amat popular di kalangan pengembara dan backpackers.

TRAVEL PACK
Sesuai untuk: Pengembara yang mementingkan mobiliti

Backpack tanpa roda ini bersifat mesra perjalanan, terutamanya di laluan berbatu, tangga, dan kawasan tidak rata kerana ia disandang sepanjang masa. Kebanyakan beg jenis ini mempunyai rangka dalaman, strap bahu tersembunyi dan ciri-ciri keselamatan.
BEG LAPTOP
Sesuai untuk: Pelancong yang membawa laptop

Beg sandang belakang ini mempunyai ruangan berpad untuk melindungi laptop bersaiz 10-17 inci, selain mempunyai banyak poket untuk menyimpan kabel,wayar sambungan dan kertas kerja. Ia juga boleh menjadi tempat simpanan ekstra bagi barang-barang yang tidak dapat dimuatkan ke dalam bagasi utama.

EXTRA: BAGASI JENIS CARRY-ON
Sesuai untuk: Pelancong yang tidak membawa banyak barang, sangat mementingkan mobiliti atau tidak mahu membayar caj bagasi.


Semua jenis beg, dari bagasi beroda sehingga duffle, mempunyai saiz carry-on yang selalunya tidak perlu didaftar masuk. Kebanyakan syarikat penerbangan membenarkan beg carry-on yang bersaiz tidak lebih daripada 22 x 14 x 9 inci.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bukan Setakat Jam Biasa, SUUNTO 9 Buat Si Kaki Travel Kelihatan Ohsem!

Siapa yang rasa-rasa dia tu pengembara tegar, hujung minggu tak melekat dekat rumah, kaki hiking, kaki pancing, boleh start baca review jam daripada Suunto ni.
Jam Sunnto 9 ni keluaran terbaru siri Suunto Spartan dan mula dijual di pasaran sekitar bulan Jun tahun ni.
Ok, bagi yang masih tak tahu apa yang best pasal jam ni, meh sini Libur cerita. Libur rasa semua dah tahu sejak setahun dua ni ada pelbagai jam pintar atau orang kampung Libur panggil smartwatch berada di pasaran.
Dan setiap tahun, pengeluar jam smartwatch ni akan berlumba-lumba menambahbaik spesifikasi jam diorang sampai si pengguna sendiri pun pening nak pakai.
So nak jadi cerita, Suunto 9 ni antara smartwatch yang canggih di pasaran.
Sebelum kita cerita spec dalaman dia, meh Libur bagitahu spec luaran dia dulu.
Nampak Rapuh Tapi Rugged
Suunto 9 ni berukuran 50 x 50 x 16.8 mm seberat 81 gram. Besar ke? Libur rasa tak la besar sangat, just nice la. Berat pun okay. Tak la sampai terlondeh tangan.
Nak rasa feel dia macam mana, korang pergi ukur dengan pembaris dan ambil benda yang berat agak-agak 81 gram. Lebih kurang macam tu la rasa dia.
Dan untuk memenuhi kehendak nafsu pembeli yang serba serbi nak stylo sekarang ni, Suunto 9 didatangkan dengan pilihan warna dan tali getah yang boleh diubah-ubah. Ada warna hitam, hijau, kuning, ada jenis daripada getah, ada besi. Eh macam-macam jenis la.
Libur belanja gambar jam Suunto 9 untuk korang dekat bawah ni.

Walaupun jam ni nampak fancy, jangan judge a book by its cover tau. Jam ni memang direka untuk kegunaan yang tahan lasak.
Kaca depan dia dilengkapi dengan kaca jenis sapphire crystal. Tahan lasak. So far mana-mana jam yang memenuhi military standard akan dilengkapi dengan kaca jenis ini.

Kerangka dia pula daripada stainless steel dan body dia daripada glass fibre yang diperkuat dengan polyamide. Boleh menyelam ke dalaman 100 meter.
So setakat diver Advance Open Water tu tak payah nak risau la. Selam 40 meter pun tak ada masalah. Belum sempat jam ni nak rosak, tabung Oxy korang yang habis dulu. Hehehe..
Sistem Dalaman Lebih Sofistikated
Ok, selesai kita cerita serba sedikit luaran dia. Meh sini Libur cerita pasal dalaman dia pulak.
Sistem dalaman dia pulak, punya la banyak. Nasib baik Libur ni dalam kategori cerdik so tak ada la bengap sangat nak guna.
Libur tak nak cerita semua function dia sebab takut nanti artikel ni boleh cetak jadi buku. Libur kongsi dengan korang benda-benda basic je.
Libur percaya, ramai rakyat Malaysia nak pakai jam semacam ni untuk berlari, berbasikal, dan naik gunung. Sebab, jam ni ada heart-rate monitor yang kita boleh kira kadar degupan jantung yang lebih advance than before.
Haa jangan ingat degupan jantung kita tak main peranan dalam aktiviti seharian kita. Melalui degupan jantung ni kita boleh tahu kemampuan prestasi fizikal badan kita. Tak apa tu nanti Libur cerita dekat article lain.

Selain tu, dalam siri Suunto Spartan, Suunto 9 ni ada tiga penambahbaikan meliputi bateri, sistem GPS yang baru (boleh detect GPS tanpa GPS data – cool gila) dan cip pemprosesan GPS daripada Sony untuk hasil yang lebih baik.
GPS yang lebih baik ni macam mana? Libur bagi satu keywords – GPS GLONASS. Apa benda GPS GLONASS tu? Stay tuned dengan Libur, nanti Libur kongsikan.
Okay, rasanya cukup la setakat tu review Libur. Nanti Libur tulis panjang-panjang jadi free coverage pulak dekat Suunto. Kena minta royalty nanti. haha.
Tapi tu la sekadar perkongsian Libur untuk memudahkan pembaca-pembaca semua. Kalau ada lagi info-info lain, nanti Libur kongsikan. Sharing is caring bak kata orang kampung Libur.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Si Kaki Travel & Si Penggemar Sukan Lasak Patut Beli Dron Tak?

Seronok tengok orang kongsi gambar ‘travel’ di sosial media. Makin kreatif dan pelbagai gambar-gambar serta video yang diambil. Menjadi fenomena dan tren hari ini dalam kalangan kaki travel akan membawa gajet seperti dron. Katanya kepuasan lebih dapat jika mempunyai hasil foto atau video sudut gambar yang pelbagai.

Yela, mana tidaknya bukan kita selalu dapat datang kembali ke destinasi-destinasi pelancongan yang kita jejak itu kan? Ada betulnya juga. Tetapi sebelum membuat pertimbangan untuk membeli dron sebagai gajet untuk anda travel. Semak tip daripada iluminasi ini terlebih dahulu.
Tujuan

Setiap orang pastinya mempunyai tujuan tertentu untuk membeli dron. Adakah anda mahu mengambil video atau gambar? Atau sekadar suka-suka? Adakah dron tersebut akan digunakan di luar (outdoor) atau dalam bangunan (indoor) sahaja? Bagi kegunaan dalam bangunan, dron bersaiz kecil sudah memadai manakala bagi kegunaan luar, dron bersaiz besar lebih digalakkan kerana perlu mengambil kira faktor lain seperti kelajuan angin dan ketahanannya.
Selain itu, ketahui tahap skil anda. Bagi dron asas, biasanya ia lebih mudah dikawal dan sesetengahnya membolehkan anda mengawal menggunakan telefon bimbit. Dron untuk pengguna baru biasanya lebih mudah dikawal dan tidak terlalu teknikal. Bagi dron yang lebih canggih, biasanya ia akan menggunakan alat kawalan jauh dan lebih sukar dikawal pada awalnya.
Jenis Kamera

Antara fungsi utama yang biasanya perlu dipertimbangkan adalah kualiti kamera. Adakah anda memerlukan kamera atau tidak? Sekiranya tidak memerlukan kamera, lebih baik dapatkan sahaja dron yang tidak didatangkan sekali dengan kamera kerana harganya jauh lebih murah berbanding yang mempunyai kamera. Selan itu, ada juga dron yang tidak mempunyai fungsi kamera terbina (built-in) tetapi mempunyai ruang khas untuk anda meletakkan kamera aksi (action camera) padanya.
Kualiti gambar kamera dron juga perlu diberi perhatian. Kamera dengan kualiti gambar dan video HD, harganya tentulah lebih mahal. Dron yang lebih mahal juga biasanya dilengkapi aksesori gimbal yang membolehkan anda mengambil gambar dan merakam video dalam keadaan stabil.
Jangka Hayat Tempoh Bateri

Selain kamera, ketahanan bateri adalah satu lagi perkara yang mesti diambil kira. ‘Flight time’ adalah istilah yang biasanya digunakan untuk membandingkan ketahanan bateri sesuatu dron. Dron yang lebih murah biasanya boleh terbang selama 7 minit atau kurang dengan sekali caj bateri. Dron yang lebih mahal dan bagus pula boleh terbang lebih lama, sekitar 20 minit atau lebih.
Bagi yang berkemampuan, anda juga boleh membeli bateri tambahan yang dijual secara berasingan. Walau bagaimanapun, anda perlu mengambil kira kos tambahan pembelian bateri tambahan tersebut. Belilah mengikut kegunaan anda.
GPS

Bagi pengguna biasa, fungsi GPS mungkin tidak diperlukan. Bagi pengguna lebih profesional, fungsi ini membolehkan anda mengetahui lokasi (coordinate) setiap gambar yang dirakam. Biasanya dron dengan GPS ini mempunyai beberapa mode yang lebih canggih, antaranya mode Return-to-home (RTH) dan mode Follow-Me.
Mode RTH adalah mode navigasi yang membantu anda kembali ke tempat asal sekiranya anda tersesat. Sementara itu, mode Follow-Me pula membolehkan dron anda mengikuti dan merakam video anda secara automatik tanpa kawalan anda ketika anda sedang melakukan aktiviti lasak seperti bersukan dan hiking.
Bajet
Kalau ikutkan nafsu, segalanya kita mahukan yang terbaik, daripada kualiti kamera, GPS sehinggalah kepada ketahanan bateri. Oleh itu, ketahui bajet anda. Berapakah anda sanggup melabur untuk sebuah dron? Berbaloikan membeli dron yang mahal sekiranya hanya membeli sekadar suka-suka dan bukan kerana minat?
Kalau nak dapatkan shot-shot menarik ketika percutian anda, tepuk dada tanya selera!

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!


3.
4.
5.
6.
7. 