Bagi anda yang merancang untuk berkunjung ke Sarawak, perjalanan anda pasti lebih mudah dengan adanya aplikasi Sarawak Travel.
Lepas ini akan memudahkan anda untuk mengetahui di mana lokasi menarik untuk dikunjungi, tempat menjamu selera, destinasi membeli-belah Kek Sarawak atau pasar yang menjual terubuk ikan masin.
Ads
Aplikasi itu dibangunkan sebagai panduan perjalanan untuk pelancong di Sarawak dan pastinya mereka boleh mendapatkan maklumat latar belakang sesuatu tempat yang ingin dikunjungi beserta lokasi dan maklumat untuk dihubungi. Antaranya dapat melihat pemandangan Kampung Budaya Sarawak, Fort Margherita, Rumah Mahkamah Lama atau tempat menarik lain di Sarawak, mereka juga boleh melihat imej panorama 360 darjah tarikan tempatan seperti Kuching Waterfront. Aplikasi ini turut dilengkapi teknologi realiti maya (VR).
Malah, para pelancong juga boleh merancang perjalanan berpakej dengan membuat tempahan daripada agensi pelancongan berdaftar. Bagi memudahkan proses membuat tempahan, aplikasi itu juga perlu menyediakan pembayaran atas talian.
Ads
Aplikasi Sarawak Travel dibangunkan hasil usahasama Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Sarawak Multimedia Authority (SMA) dan pasukan dari Pusat Penyelidikan Inovasi dan Enterprise dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Anda selalu travel naik kapal terbang tak kira sama ada penerbangan domestik mahupun antarabangsa? Jika ya, jadi anda perlu ambil tahu bila hari dan masa tiket penerbangan akan dijual pada harga murah.
Ambil tahu mengenai hari dan masa tiket penerbangan dijual dengan harga murah dapat menjimatkan kos perbelanjaan pelancongan anda dan sikap tak ambil endah untuk tahu perkara ni bakal merugikan anda satu hari nanti.
Untuk tahu hari dan masa yang murah bagi mendapatkan tiket penerbangan, menurut Skyscnanneradalah pada pukul 5 pagi pada hari anda membuat tempahan manakala untuk mendapatkan penjimatan yang lebih bagi penerbangan domestik adalah pada hari Selasa dan penerbangan antarabangsa adalah pada hari Rabu.
Selain dari pada hari dan masa, bulan yang paling murah untuk membuat tempahan penerbangan domestik adalah pada bulan Januari diikuti dengan bulan Februari dan Ogos. Bagi penerbangan antarabangsa pula, tempahan penerbangan bulan Oktober dan April adalah bulan yang paling sesuai bagi mendapatkan harga tiket yang murah.
Jadi, jangan tunggu lagi untuk merancang percutian anda lebih awal supaya penjimatan dapat dilakukan semasa membeli tiket penerbangan. Tip yang berguna untuk anda semasa membeli tiket penerbangan – penerbangan domestik sebaiknya dibeli tiga minggu lebih awal manakala penerbangan antarabangsa pula anda perlu memperuntukkan lima hingga enam bulan lebih awal dari tarikh perjalanan anda.
Dengan langkah-langkah penjimatan ini, diharap anda dapat membeli tiket seterusnya merealisasikan impian anda untuk melancong ke destinasi idaman. Semoga berjaya!
Mengemas pakaian untuk bercuti adalah perkara yang paling ‘tidak menyeronokkan’ untuk dilakukan oleh sesetengah individu.
Lagi-lagi jika percutian keluarga dan mempunyai anak yang masih kecil. Rasa seperti ingin membawa satu almari bersama ketika bercuti. Ingat ini ya ibu bapa sekalian, paling penting ketika melancong adalah kualiti waktu yang anda ingin habiskan di destinasi idaman bersama keluarga.
Tidak perlu rungsing dengan segala pakaian yang perlu di bawa. Limitkan kepada pakaian yang sesuai sahaja seperti pakaian ketika musim sejuk atau pakaian di pantai. Malah, barang yang banyak tidak menjamin percutian menyeronokkan.
Bawa yang penting saja, mudah untuk perjalanan anda. Tip ini juga sesuai untuk anda yang pening kepala mengemas bagasi untuk pulang ke kampung halaman ketika cuti sekolah atau cuti perayaan. Ini ada tip berguna daripada saudara M Redzuan A Rahman
Apabila travel dengan kapal terbang, berat bagasi adalah sesuatu yang perlu diambil kira apabila mengemas barang. Sekarang pula MAS dah mula mengenakan cas untuk bagasi daftar masuk jadi setiap barang dimuatkan dalam beg perlu diambil kira.
Barang-barang yang tidak berapa penting tak perlulah dibawa. Untuk kami pula 2 buah Child Restraint System (CRS) perlu dibawa (termasuk troli). Berat 3 barang ini sahaja sudah 16 kg.
Salah satu cara untuk kami kurangkan berat bagasi daftar masuk adalah dengan mengurangkan pakaian yang dibawa. Memang mencabar sebab dengan anak-anak kecil memang perlu bawa pakaian lebih untuk hadapai perkara-perkara tak dingini (anak muntah, terkena najis, kotor bermain di luar dan sebagainya). Jadi pakaian perlu dibasuhlah semasa di dalam perjalanan.
Antara perkara-perkara yang selalu saya lakukan untuk minimumkan pakaian ketika travel.
1. Rancang pakaian untuk separuh tempoh perjalanan sahaja. Contoh perjalanan kami kali ini 7 hari, jadi kami siapkan pakaian untuk 4 hari.
2. Untuk tempat penginapan yang bukan hotel, biasanya tiada plastik pakaian kotor disediakan. Jadi saya akan bawa siap-siap plastik pakaian kotor asingkan pakaian kotor.
3. Jika ada pilihan, saya akan pilih tempat tinggal yang menyediakan mesin basuh dan juga mesin mengeringkan pakaian. Dengan 2 fasiliti ini setiap malam kami akan basuh pakaian.
4. Untuk tempat yang tidak menyediakan kemudahan membasuh dan mengeringkan pakaian, kedai dobi layan diri menjadi pilihan. Faktor utama sebab cepat dan lebih privasi untuk menguruskan pakaian sendiri. Tapi kena tabah sedikitlah kalau musim puncak (waktu hujan tak henti-henti, waktu cuti sekolah) di mana ramai orang yang akan menggunakan kemudahan ini.
5. Terbaik sediakan sebuah beg untuk simpan pakaian yang telah bersih. Boleh guna beg Ikea, beg Decathlon atau seumpamanya. Takkan nak simpan pakaian yang dah bersih di dalam plastik pakaian kotor yang kita gunakan awal tadi.
6. Salah satu cara saya gunakan untuk memastikan semua pakaian kering dengan sempurna apabila menggunakan mesin pengering pakaian adalah saya akan susun pakaian dalam keadaan rata. Elakkan memasukkan pakaian bergumpal-gumpal. Setakat ini teknik ini sangat berkesan.
Sama-sama kita merancang percutian dengan lebih baik. Semoga perkongsian saya yang tak seberapa ini memberi manfaat.
Semoga bermanfaat.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ombak yang beralun tenang di permukaan laut bukanlah petanda pantai itu selamat untuk aktiviti mandi manda kerana terdapat beberapa faktor yang boleh mengancam keselamatan pengunjungnya.
Daripada sumber Bernama, menurut seorang Pakar Oseanografi, Profesor Madya Dr Mohd Fadzil Mohd Akhir
Bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku, disarankan agar kerajaan mewujudkan lebih banyak pasukan penyelamat di pantai yang sering dikunjungi bagi mengurangkan risiko kejadian mati lemas. Sekurang-kurangnya, pengunjung akan lebih berwaspada dengan amaran yang diberikan. Pertolongan cemas juga lebih mudah diberikan dengan pantas sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Hamparan pasir luas, batuan putih berbentuk cendawan dan langit biru tanpa penghujung menjadikan destinasi ini kelihatan seperti sebuah planet asing.Terletak di Gurun Barat Mesir,...