Nak ke Thailand sekarang makin mudah, dah banyak kelonggaran yang diberikan kepada pengembara untuk masuk ke negara Gajah Putih tersebut.
Pengguna Facebook yang dikenali sebagai Monte Carlo berkongsi banyak tip dan langkah demi langkah proses yang diperlukan sepanjang tripnya kali ini yang merangkumi Hat Yai – Hua Hin – Bangkok dan seterusnya pulang ke Malaysia.
Paling menarik, dia menggunakan kesemua jenis public transport untuk pengembaraaanya kali ini. Memang best!
Banyak tip dan maklumat yang boleh diguna pakai oleh pengembara yang ingin ke Thailand dalam masa terdekat.
Isi kad putih (imi form) dalam flight.. cabin crew akan bagi
KLIA2 – Hat Yai (Thai AA)
Kali ni xnaik bus/train dr KL- Hatyai sebb mls nk renyah cm dolu2…lgpun train padang besar – hatyai xoperasi lg. nk naik train Hatyai – Hua hin 13jam lg jap lg..so xlarats
Tiket ke hatyai pun agak murah. So gunakan duit epf tu sikit ape salahnye
Xde nk drop baggage, so smooth je boarding. Make sure check-in flight awal thru apps/web. Get ready Sijil vaksin, Thai Pass, Insurans. Masa nk apply Thai pass ni, semua detail insurance, hotel, vaksin & flight dah kita key in..so once dah ada Thai Pass ni diorg xcek detail doc yg lain.
Smpai airport hatyai cm biasa settlekn imi cop passport..dlm 30minit juga nk settle..
bergegas ke Hatyai Junction (station keretapi)..train Hatyai-Hua Hin pukul 6.15pm..naik taxi airport kt hatyai cm hampeh..menunggu lama lebih 30minit..pastu alih2 staff airport offer naik minivan padahal dah byar 250baht utk naik taxi airport..staf taxi airport ckp kalo nk cepat bole naik minivan..nmpak mcm nk scam secara terancang..haha..nk refund xbg..so kitaorg n org2 msia kt situ bising2 la skit secara berjemaah..sebb jam2 tu jugaklah ada 2biji minivan..bayangkan naik minivan kumpul ramai2 kaut untung yg dah byr ikut taxi airport..so better naik grab je senang kalo kt airport hatyai pasni..
Ads
Train hatyai- hua hin naik 1st class sleeper ..actually dia ada 2 train..satu baru sikit n satu oldskoll (mix dgn 2nd class n seat yg xde aircond). So kitaorg pilih train lama sebb nk jalan2 kt semua coach utk rase pengalaman..padahal tersalah pilih train..tp okay la dpt rase jln2 naik train xde tingkap sekejap kt coach belakang..tiket boleh beli kt https://12go.asia/en/travel.
Utk 1st class sleeper train ada 2 katil..ada tmpat cuci tgn.ok la, agak privacy kalo travel berdua atau berempat..so kalo travel solo nasib2 la dpt roomate lain gender..kalo solo better amik yg 2nd class sleeper..unless duit kepok2 nk beli 2 seat 1st class sleeper train terus. View dr train dlm pukul 6 pg cantik sawah2 padi..train ni agak slow..patut smpai pukul 7 pg tp delay smpai hua hin dlm pukul 9pg
smpai station hua hin selfie2 kejap..cantik station ni..station lama..then kitaorg jln kaki je utk check in hotel. Sana grab ada
hua hin ni mcm ala2 langkawi la..kawasan tepi pantai.tp pantai dia xcantik..kawasan tenang n xserabut mcm kt phuket..hua hin ni banyak org2 tua mat salleh yg dah pencen..cri peneman org2 pompuan thai..tp nice la tmpat ni utk relax2..
Kitaorg sewa moto dr hotel je..1hari 250baht scooter..so murah la..pusing2 hua hin senang..sini mall pun ada..not bad mall dia..kitaorg pegi venezia..dlm tu ada rumah terbalik, naik sampan etc..harga 299baht /RM38 per pax..xyahla g sini..buang duit je.mcm haunted park da..banyak park tutup..xberbaloi..kitaorg g uma terbalik then balik..
utk mkn kt sini kitaorg mkn kt roti teh tarik muslim..google je muslim food nearby..
Malam g nite market..ala2 mcm nite market krabi tu..ada 1 lg nite market mcm uptown tp sgt2 nice..Cicada market..sini ada live band..art thai smua ada.. bersih n teratur..
Esoknya pg2 naik bas ke bangkok. Beli tiket bas sama juga online kt https://12go.asia/en/travel.. Station bus ni sebelah blu port mall..make sure tgk map betul2..bila nk book grab pilih pick up point Cordial Service Apt..kalo pilih bus station hua hin dia akan pegi kt station lain kt airport tu..naya..
Ads
hua hin- bangkok dlm 3jam..so smpai airport cm biasa amik grab check in hotel..hotel thai skg murah2 lg..sbb belum crowded lg dgn tourist..
sempat ke Grand Palace..tiket masuk 500baht / RM63 per pax..dulu penah pi bangkok tp xdpt masuk sebb kena halau dgn police situ sebb pakai seluar n baju warna hitam..kebetulan pulak hari keputeraan raja thai masa hari kitaorg g dulu. So kali ni dptla g..n waktu kami g xramai org pun..
Pegi mall2 dia kt MBK n IconSiam..icon siam aku bg 10/10..cantik n unik..tepi sungai mall dia..
tips nk cari mknan halal kt bangkok pegi kt MBK centre..level 5&6 banyak kedai..recommended yana restaurant..sumpah sedap..talapia 3rase dia sedap..
esoknya awal pg check out..naik flight Bangkok -Penang..then amik tiket penang – KLIA..kenapa trun penang?? sebb flight murah sikit..kalo amik direct flight Bangkok – KL harga mahal…
seperti biasa sbelum balik KL jangan lupa isi traveller card kt dlm My sejahtera..Masa nk check in kt airport diorg nk tgk benda tu..then masuk msia guna autogate..done..
Smpai penang airport .. airport penang dah meriah sikit..starbucks dah ada 2..nasi kandar line clear airport pun dah bukak..mls nk jalan2 penang sbb capek…so just stay kt airport sementara tunggu flight smpai..
Flores mungkin nama tempat yang masih lagi asing dalam kalangan pengembara di Malaysia. Tetapi ia sebenarnya nama yang cukup terkenal bagi traveller yang kebanyakannya datang dari Eropah. Ini kerana kebanyakan kapal-kapal persiaran besar dan mewah dari seluruh dunia yang berlabuh di Pelabuhan Labuan Bajo datangnya dari benua Eropah dan Australia akan menuju ke Flores.
Ada apa dengan Flores? Nama Flores, diambil dari bahasa Portugis yang bererti “bunga”. Flores terkenal dengan gugusan pulau-pulau yang indah dan salah satu keistimewaannya adalah terdapat Pulau Komodo! Kepulauan Flores ini berada di dalam daerah Nusa Tenggara Timur, Indonesia.
Aku bersama empat orang rakan memulakan pengembaraan kami untuk ke Flores dari Kuala Lumpur menuju ke Lombok dengan menaiki pesawat Air Asia. Dari Lombok, kami menaiki Feri dari Pelabuhan Lembar menuju ke Pelabuhan Padang Bai, Bali dengan tiket yang berharga RP40,000.
Perjalanan menaiki Feri mengambil masa selama 5 jam. Kemudian, kami menaiki pesawat Nam Air dari Ngurah Rai International airport, Bali menuju ke Komodo Airport, di Labuan Bajo.
Labuan Bajo adalah sebuah kampung nelayan yang digelar sebagai Permata di Kepulauan Sunda Kecil. Di sini adalah pintu masuk untuk ke Flores, Pulau Komodo, Pulau Padar, Rinca dan pulau-pulau lain di sekitarnya. Para penjelajah dari Portugis jatuh cinta pada Labuan Bajo yang mereka sebut sebagai Tanjung Bunga sejak lebih dari tiga abad lalu.
Dari Pelabuhan Labuan Bajo ni, kami akan memulakan pengembaraan menjelajah ke kepulauan yang terdapat di Flores dengan menaiki bot. Kami telah mengambil pakej belayar selama 3 hari 2 malam dengan harga RP1,650,000.00 seorang. Boleh ke Instagram ‘Padar Trip’ untuk melihat pakej sailing yang ditawarkan. Pakej kami adalah termasuk kos transfer dari Komodo airport ke hotel di Labuan Bajo, sewa peralatan snorkeling, tiket masuk ke Taman Nasional, air mineral, makan 3 kali sehari, homestay di Pulau Komodo dan juga guide tempatan yang sporting lagi peramah yang bernama Mas Bidong!
Jika ikutkan pakej sailing yang asalnya kami akan tidur di dalam bot. Tapi disebabkan masa kami pergi haritu, musim ombak agak kuat, jadi kami bermalam di Pulau Komodo selama 2 malam. Sebenarnya tidur di homestay lebih selesa kerana dapat tidur di atas tilam yang empuk dan dapat mandi air bersih berbanding tidur dalam bot yang bergoyang-goyang bila dihempas ombak dan perlu mandi air laut! Tapi jika dapat tidur dan bermalam di dalam bot juga merupakan satu pengalaman yang menarik! Cuma jangan lupa untuk sediakan ubat tahan muntah bagi mereka yang mabuk laut!
Pulau Flores di Nusa Tenggara Timur menyimpan sejuta pesona yang menarik untuk dijelajahi. Di gugusan Kepulauan Komodo sendiri terdapat puluhan pulau-pulau kecil dengan keindahan alam yang luar biasa! Salah satunya adalah Pulau Kanawa.
Untuk ke destinasi pertama kami iaitu Pulau Kenawa, ia mengambil masa sejam perjalanan dari Labuan Bajo. Pulau ni sangat indah, dengan pasir putih, lautan yang biru, tanpa pencemaran serta terumbu karang yang sangat cantik.
Beberapa aktiviti juga boleh dilakukan di pulau ni seperti snorkeling, diving dan trekking bukit. Trekking bukit mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke puncak. Puncak bukit ni memang spot terbaik untuk melihat sekeliling pulau kanawa dengan lautnya yang biru.
Kemudian, kami ke Manta point iaitu lautan dengan kedalaman sekitar 10 meter dengan arus yang sangat tenang. Di sini terdapat ikan pari yang sangat besar yang dikenali sebagai Manta. Kami berasa sangat teruja apabila Manta berenang di sekitar bot kami dan kami semua terjun ke dalam laut untuk melihat Manta dengan lebih dekat! Tetapi akhirnya kami tewas dengan aksi kejar mengejar bersama Manta! Manta berenang dengan sangat laju sampai kami tak terkejar dah!
Pelayaran bot kemudian diteruskan membelah lautan ke sebuah pulau kecil yang bernama Taka Makassar. Airnya sangat jernih, cetek dan tenang! Rasa seperti berenang di dalam swimming pool tetapi disajikan dengan pemandangan indah bukit bukau di pulau-pulau disekitarnya! Memang best!
Aktiviti seterusnya, kami akan trekking ke Gili Laba. Gili Lawa Darat ataupun dipanggil Gili Laba adalah hotspot ‘must hike’ dengan pemandangan yang sangat indah dari puncak pulau ini!
Kami perlu mendaki lebih kurang 30 minit untuk sampai ke puncak. Trek dia curam, berbatu, mencanak dan boleh tahan penat! Aku banyak kali juga berhenti sambil tangkap gambar! Semua sisi Gili Lawa bagaikan studio foto dengan background yang sempurna! Jangan lupa untuk bawa air mineral dan juga headlamp. Kami nak tengok sunset dekat atas puncak ni!Trekking Gili Lawa…gile lawa!
Kalau anda datang sekitar bulan Ogos dan September, masa tu rumput tengah mengering dan berwarna coklat kekuningan. Masa aku datang ni pada bulan Mei, memang rumput tengah segar kehijauan! Rasa macam nak berguling-guling atas rumput hijau yang macam carpet! Hahaha
Tempat terbaik untuk layan view cantik adalah di puncak pertama. Pemandangan pantai dengan jalur trekking Gili Laba dimana anda dapat melihat kapal-kapal berlabuh di persisiran pantai dengan pasir putih dan coral yang terlihat jelas dari ketinggian, stunning!Wajib selfie di Gili Lawa…dua warna saje, hijau & biru…ohsem lah aih
Speechless bila dapat view macamni di puncak Gili Lawa. Cantik tenang je.
Hari kedua pelayaran, kami ke Pulau Padar. Kami bergerak dari Kampung Komodo seawal jam 6 pagi. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam sambil menikmati pemandangan indah matahari terbit dari atas bot dan menghirup secangkir kopi Flores! Keren banget seh!
Pulau Padar adalah pulau ketiga terbesar di kawasan Taman Nasional Komodo, setelah Pulau Komodo dan Pulau Rinca. Pulau Padar juga diterima sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Pulau padar hanya di ditumbuhi rumput tanpa adanya pepohonan yang besar. Jadi untuk ke pulau Padar sebaiknya pada awal pagi atau lewat petang agar terik matahari tidak terasa membakar kulit.
Ada yang menyebut pemadangan dari atas Pulau Padar mirip seperti Danau Kelimutu dengan danau tiga warnanya. Tetapi Pulau Padar mempunyai pemandangan dengan 3 pantai yang berbeza. Yang pertama iaitu pantai yang menjadi lokasi bersandar kapal-kapal dan tempat memulakan pendakian, kedua pantai berwarna hitam di sebelah barat dan terakhir berwarna sedikit kemerahan iaitu Pantai Pink.
Siapapun yang berkunjung ke Pulau Padar, hatinya pasti bergetar ketika melihat keindahan alam di Nusa Tenggara Timur ini! Sungguh asyik!
Perjalanan kami diteruskan pula ke Pantai Pink Pulau Padar. Di Labuan Bajo terdapat beberapa buah pantai pink, mungkin kerana banyak coral berwarna merah yang tersebar di kepulauan komodo. Air lautnya sangat jernih dengan 3 lapis warna biru! Memang sangat cantik!
Ni tabik ke tahan panas di Pantai Pink? Macamni punye cantik pantai, panas pun tak kisah!
Kemudian, kami ke Pulau Kalong iaitu sebuah pulau yang didalamnya terdapat populasi kelawar dalam jumlah yang besar. Waktu terbaik mengunjungi pulau ni adalah saat matahari mulai terbenam. Pada waktu ini, Kelawar akan keluar dari sarangnya untuk mencari makan dan bertebaran di langit.
Selepas makan malam di homestay, kami berjalan-jalan di sekitar kampung Komodo. Singgah di rumah dan melawat keluarga kecil Mas Bidong. Jika datang ke Indonesia, bila sebut sahaja kami dari Malaysia, mereka mesti akan teringat pada Upin Ipin! Memang famous betul kartun Upin Ipin disini! Masa di rumah mas Bidong pun, anak-anak dia tengah tengok kartun ni. Masih menggunakan bahasa Malaysia Kartun ni, cuma dengan subtitle Indonesia. Rasa bangga pula karya anak Malaysia begitu terkenal di negara luar! Salute!
Betul betul betul!
Hari terakhir di Flores, kami akan ke Loh Liang iaitu ia merupakan pintu masuk dan daerah wisata utama di Pulau Komodo ni. Pulau Komodo atau Loh Liang adalah pulau terbesar di kawasan Taman Nasional Komodo, Nusa Tenggara Timur, Indonesia.
Ada beberapa perkara yang harus dipatuhi sepanjang trekking di Pulau Komodo ni, iaitu perlu berada dekat dengan group, dilarang memberi makan kepada komodo dan dilarang bersuara dengan keras apabila tidak perlu. Renjer juga memberitahu yang dia tidak menjamin kami akan bertemu dengan komodo. Mereka hidup bebas di Pulau ini, dan jika dapat jumpa Komodo tu kira beruntung la.
“Komodo Dragon” adalah haiwan purba dengan nama latinnya “Varanus komodoensis”. Ia adalah sejenis biawak dan bukannya naga yang boleh terbang ataupun lidah yang boleh mengeluarkan api. Itu hanyalah lagenda semasa ia mula-mula dijumpai oleh orang Belanda pada tahun 1911 yang pertama kali sampai ke Pulau yang tidak berpenghuni ini.
Ia hidup di air masin dan gigitannya yang merbahaya boleh mengundang maut dalam masa 24 jam. Biawak Komodo ni membunuh mangsa dengan menggigit dan menyebarkan racun yang ada pada air liurnya. Lalu setelah mangsanya dijangkiti kuman dan mati barulah Komodo tersebut akan makan hasil buruannya.
Masyarakat setempat memanggilnya dengan nama “Orah”, namun di Indonesia dan dunia seantero, haiwan purba ini lebih dikenal dengan nama “Komodo” atau “Komodo The Dragon”. Tahukah anda bahawa Komodo adalah spesies reptilia kuno yang nenek moyangnya telah ditemui sekitar 100 juta tahun yang lalu? Memang spesies Dinosour ni!
Perasaan kami semasa trekking di Pulau Komodo ni seolah-olah seperti masuk ke dalam Jurassic Park! Kadang-kadang rasa seram sejuk dan berdebar masa trekking, takut jika tiba-tiba Komodo muncul dari arah tepi atau belakang kami! Memang mencicit lari tak cukup tanah nanti! hahaa
Tetapi jangan risau, sepanjang trekking di pulau ini, renjer Taman Negara Komodo yang menemani kami membawa sebatang kayu yang bercabang di hujungnya. Menurut renjer, biawak komodo pantang dan lemah jika terkena kayu tersebut.
Perlu lebih berhati-hati dengan komodo betina kerana mereka adalah yang paling tangkas berlari. Badannya cenderung lebih kecil dibanding dengan jantan sehingga lebih ringan dan cepat untuk berlari memburu mangsa.
Memang best trekking di hutan tropika di Pulau Komodo ni! Pengalaman yang tak dapat dilupakan berjumpa dengan haiwan purba iaitu biawak Komodo di habitat asalnya dan mempunyai saiz yang lebih besar dari manusia! Di sini adalah satu-satunya tempat di dalam dunia iaitu pulau terpencil yang dihuni oleh ribuan biawak Komodo!
Destinasi terakhir kami dalam misi menjelajah Kepulauan Flores adalah di Pulau Kelor. Pelayaran mengambil masa selama tiga jam lebih. Masing-masing tidur terbongkang dalam bot macam tongkang pecah dah! hahaa.. Semua dah mabuk laut disebabkan ombak kuat menghempas bot sehingga bergoyang! Akhirnya setelah membelah badai lautan samudera, kami tiba juga di Pulau Kelor.
Pulau Kelor di Flores ini memiliki bibir pantai yang cukup landai dengan pasir putih dan bukit menjulang di tengah pulau yang menggoda untuk didaki. Sebelum menjejakkan kaki di pulau kecil ini, anda akan terpana dengan kejernihan air lautnya hingga anda dapat menikmati pemandangan dasar laut dari atas kapal. Di Pulau Kelor ni, anda perlu trekking untuk ke puncak untuk menikmati pemandangan yang memukau!
Oh Flores yang dirindukan! Ternyata pengembaraan kami di kepulauan Flores sangat menarik dan istimewa kerana ia menawarkan lukisan alam yang sangat indah dengan pasir putih dan pink berpadu dengan air biru jernih. Bertemu dengan Komodo Dragon, dibatasi pula dengan gugusan pulau-pulau dengan puncak mendamaikan diantara deruan ombak laut, dan dilatari dengan langit biru cerah. Indahnya syurga dunia di Flores!
Berdasarkan kepercayaan masyarakat setempat, Dewi Anjani merupakan ratu dari kalangan jin Islam. Lagenda ini mempunyai sebuah kerajaan dan singgahsananya ada di Puncak Rinjani. Kerana tidak direstui untuk berkahwin dengan lelaki pujaannya, maka beliau menghilang ke alam ghaib. Hingga saat ini, Gunung Rinjani menjadi tempat yang begitu keramat bagi masyarakat setempat. Secara turun temurun, kaum setempat menjadikannya sebagai lokasi pelbagai ritual.
Nama Rinjani sudah lama terngiang di telingaku. Gunung Berapi Rinjani terletak di Pulau Lombok. Banyak yang mengatakan gunung tersebut sebagai gunung terindah di Indonesia. Gunung yang juga menjadi gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia selepas Gunung Kerinchi di Sumatera ini mempunyai banyak keistimewaan. Mulai dari keindahan savana Sembalun yang dimilikinya yang selalu saja membuat mata terpesona, disamping sejarah panjangnya hingga terbentuk Danau Segara Anak yang begitu cantik, keramahan porter-porter Rinjani yang punya langkah seperti kuda serta kekuatan seperti badang. Akhirnya terlaksana juga impianku untuk mendaki gunung dengan sejuta pesona ini.
Tanggal 5 Mei 2017 Aku bertolak dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) menaiki Air Asia. Dari KLIA2 aku menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok juga menaiki Air Asia dengan penerbangan yang mengambil masa selama 3 jam. Setibanya di Lombok barulah aku berjumpa dengan semua ahli ekspidisi group B88outdoors ni yang diketuai oleh Hafiq. Selain itu misi kali ni aku ditemani oleh adikku Arief, Meon dan isterinya Afifah, Deen, Riff, Atoq dan Wan. Setibanya di Lombok, kami dijemput oleh Pak Supir menuju ke Bandar Mataram iaitu ibu kota Lombok yang dikenali sebagai Bandar Seribu Masjid dan Pulau Sejuta Maling. Masjid-masjid megah dan mewah akan mudah dijumpai di setiap desa di sepanjang perjalanan di Pulau ini. Dipanggil Pulau Sejuta Maling pula bukan bermaksud di Lombok ini ramai pencuri dan tidak aman, tetapi ia berkait dengan cara perkahwinan bagi Suku Sasak yang harus dilakukan dengan cara melarikan anak gadis orang! Mujur aku tidak diculik oleh Maling!
6 Mei 2017 Hari kedua di Lombok adalah hari kami mula mendaki. Pendakian kami bakal ditemani oleh dua orang guide iaitu Ali dan Hasan. Manakala porter pula akan membawa barang untuk kami seperti khemah, sleeping bag, carry mat, makanan, air, periuk, pinggan, cawan, dapur dan juga tong gas! Bayangkan beban yang harus dipikul dibahu mereka seberat 30kg sehingga 40kg menaiki gunung demi kelangsungan hidup!
Aku sangat kagum dengan kekuatan fizikal mereka dan juga berasa sedikit sedih dan insaf kerana ada yang berkaki ayam sahaja, berbaju koyak, lusuh dan ada pak cik yang sudah berusia lebih separuh abad masih lagi melakukan kerja berat dan memerah keringat demi sesuap nasi! Rinjani masih menjulang tinggi, menunggu untuk didaki dan para porter telah siap menanti! Terima kasih porter! Jasamu dikenang!
Kami memulakan pendakian pada pukul 10 pagi. Dari basecamp Sembalun sampai ke Pos 1 mengambil masa 3 jam dengan berjalan santai. Pesona Rinjani sudah mula kelihatan dari awalnya dengan pemandangan indah ladang lembu di kaki gunung. Cuaca memang amat terik namun menyejukkan mata dengan padang rumput yang luas dan jangan lupa sapu sunblock dan pakai topi!
Ladang lembu
Sementara kami sedang bergelut untuk mendaki, bertembung pula dengan ramai peserta yang sedang menuruni gunung dengan begitu pantas untuk ke garisan penamat! Pada tarikh ini terdapat acara tahunan ‘Rinjani 100’ iaitu larian marathon merentasi Taman Nasional Gunung Rinjani. Terdapat 13 check point dan tempat berhenti yang harus dilewati peserta untuk tamat dalam cut oftime dalam tempoh 36 jam. Bermula dari Desa Senaru ke Pelawangan Senaru, Danau Segera Anak, puncak Gunung Rinjani dan seterusnya ke Desa Sembalun! Fuhhh! Nak mendaki ke puncak pun kami sudah habis separuh nyawa apatah lagi mahu berlari naik gunung! Memang hebat! Bukang calang-calang peserta yang menyertai pertandingan ini! Terdapat juga wakil peserta dari Malaysia! Salute!
Kemudian kami sambung berjalan di padang savana indah nan panas menuju ke Pos 2. Akhirnya, 40 minit dari Pos 1 kami tiba di Pos 2. Kami beristirehat disini sambil makan tengahari dengan hidangan yang dimasak oleh porter iaitu nasi berlauk ayam goreng, buah nenas, sayur beserta air teh panas! Layanan yang diberikan oleh porter dan guide sangat baik kepada kami para pendaki persis seorang tetamu! Semuanya telah siap terhidang!
Selepas itu, kami meneruskan lagi perjalanan. Efek luasnya savana Sembalun membuat semua yang jauh kelihatan dekat. Awan teduh sesekali bergerak menghiasi langit di atas kepala kami. Jam 3.00 petang, kami tiba di Pos 3 Rinjani, untuk berehat sebentar dan melepaskan lelah sebelum melalui jalur yang ditunggu-tunggu iaitu Bukit Penyesalan!
Lebih kurang tujuh bukit harus didaki sebelum sampai di Pelawangan Sembalun, iaitu base camp di Gunung Rinjani. Saat pendakian di Bukit Penyesalan bermulalah trek tanah padat dan batu besar yang curam dan mencanak tanpa bonus sedikitpun! Disini kami merasakan pendakian yang panjang seperti tiada kesudahan dengan bukit yang sentiasa diselubungi kabus tebal! Trek ini benar-benar menguji kesabaran dan kekuatan fizikal kami! Inilah fatamorgana kecil yang biasanya di alami sang pendaki. Dan dengan keluh kesah, ketika ini memang terbit sedikit penyesalan yang memang bertepatan dengan namanya bukit penyesalan dengan sisa sisa tenaga yang masih berbaki sedikit.
Akhirnya pukul 6 petang kami semua selamat sampai di Pelawangan Sembalun pada ketinggian 2700Mdpl! Rasa lelah setelah melewati bukit penyesalan dibayar dengan pemandangan gunung Rinjani yang tersergam indah dari lereng tapak perkhemahan kami! Selepas makan malam, kami semua masuk ke dalam khemah masing-masing untuk tidur. Malam tu terasa begitu sejuk sekali walaupun telah diselubungi sleeping bag, baju sejuk tebal dan sarung tangan! Bolehlah lelap seketika sebelum dikejutkan pada pukul 1 pagi, bersiap sedia untuk summit attack!
7 Mei 2017, sedang kami bersiap, makanan pun sudah tersedia dihantar oleh porter terus ke dalam khemah kami sebelum mendaki! Roti bakar bersalut planta dicicah dengan teh panas terasa begitu nikmat dimakan dalam cuaca dingin di pagi hari!
Selepas mengisi perut, pada pukul 2.30 pagi bermulalah pendakian sebenar menuju ke Puncak Dewi Anjani! Trek yang dipenuhi batu kerikil kasar, debu dan berpasir merupakan cabaran terbesar yang perlu ditempuhi oleh kami! Satu langkah naik ke atas akan melurut 2 ke 3 langkah ke bawah disebabkan pasir gunung berapi. Trek pasirnya amat panjang dan cukup menyeksakan! Dengan cuaca yang begitu sejuk dan angin yang kencang, ia benar-benar menguji mental dan fizikal para pendaki! Disinilah pendaki akan berlawan dengan kekuatan emosi, mental dan kekuatan diri!
Aku hanya mampu melangkah beberapa tapak sahaja ke atas dan banyak berhenti berehat sambil melihat bintang-bintang yang bercahaya di langit! Semangat aku juga semakin goyah kerana terlalu penat mendaki dalam cuaca yang sejuk!
Sunrise yang aku impikan di puncak Rinjani tidak tercapai! Hanya mampu menikmati sunrise di lereng gunung sambil berfikir mahu atau tidak meneruskan pendakian yang berbaki hanya 500 meter lagi! Beberapa meter untuk sampai ke puncak inilah yang paling dewa treknya! Pacak dan mencanak! Dengan nafas yang tercungap, aku juga hampir berputus asa dan memaksa sahabatku, Hafiq untuk menarik tangan aku supaya aku terus melangkah ke atas untuk sampai ke puncak Rinjani!
Panorama hebat dari puncak Rinjani
Akhirnya pada tanggal 7 May 2017, setelah berhempas pulas hampir 5 jam pendakian, tepat pukul 7.00 pagi, aku berjaya menjejakkan kaki di Singgahsana Sang Dewi Anjani yang berketinggian 3726Mdpl! Syukur Alhamdulillah! Dikenali sebagai Atap/Bumbung bagi kepulauan Lombok, pemandangan di atas puncak sangat indah dengan Gunung Barujari berada di tengah-tengah birunya tasik Danau Segara Anak! Matahari di ufuk timur terik memancar menampakkan keseluruhan view tasik dan gaung yang curam dikiri dan kanan kami!
Pertualangan ke Puncak Dewi Anjani ni pastinya menjadi kenangan dan pengalaman yang tidak akan dilupakan! Terima kasih Rinjani kerana mengajarku supaya tidak mudah menyerah walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Terima kasih team B88outdoors kerana sentiasa memberikan semangat dan terima kasih juga kepada guide dan porter kerana banyak membantu kami di sepanjang pendakian ini! Semoga bertemu lagi Puncak Anjani yang dirindui!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Jepun antara negara yang menjadi wishlist setiap pengembara. Mempunyai adat dan budaya yang cukup unik serta banyak tempat menarik untuk dilawati menjadikan ia destinasi percutian musim sejuk pilihan gadis bernama Masyitah Hamidi.
Dua bulan merancang akhirnya pengembaraan ke negara matahari terbit terlaksana. Dengan pembacaan buku dan juga grup-grup di Facebook, itinerari disusun cantik untuk memaksimakan pengembaraan mengikut citarasa si gadis ini yang cenderung untuk mengenali budaya dan sejarah Jepun.
Membaca perkongsian tentang percutian Masyitah ke Jepun cukup mengujakan, lengkap dengan itinerari dan kos sepanjang tujuh hari pengembaraannya ketika musim sejuk di sana. Paling best dia dapat merasa bermain dengan salji hampir setiap hari.
Bagi yang ingin mengembara solo ke Jepun, boleh jadikan perkongsian daripada Masyitah ini sebagai rujukan. Tak dapat pergi ketika musim sejuk, boleh juga rancang untuk musim bunga nanti.
Assalamualaikum & hai, saya berkesempatan juga akhirnya untuk finalize semula itinerary & budget perjalanan saya ke Japan secara solo haritu. Saya seorang yang suka observe & menulis, jadi mungkin sharing ni agak details dan panjang tapi saya harap dapat membantu untuk yang mencari
Sejujurnya, ni firstime saya travel jauh sorang-sorang. Keputusan nak ke Jepun ni pun secara tak sengaja pop up dalam kepala masa bulan 12 haritu, kebetulan sibuk sangat dengan tempahan kek, rasa nak meletup dada so kite divert stress tu dengan berangan nak bercuti bila habis semua ni nanti, Alhamdulillah tak sangka Allah kabulkan menjadi nyata! So tu sebab tak ajak siapa-siapa pon sebab takut tak jadi hihi
Jadi, semua perancangan dan study route itinerary berlangsung lebih kurang 2 bulan sahaja, berpandukan info & sharing daripada group FB Road To Japan, buku Road to Japan by Tok Jack S. Adli (beli di Shopee), dan yang paling utama adalah Google Maps untuk tahu jarak dan masa setiap tempat, train/bas apa naak guna, train pukul berapa & harga tiket.
Trip ni bukan lah terlalu budget sangat, dan tak terlalu rushing nak cover semua tempat tetapi sekadar termampu saya dan yang penting saya dpt enjoy sepenuhnya.
*Saya pilih route ini sebab saya minat dengan culture dan historical dan nak maximumkan enjoy nature dan kawasan pergunungan. Saya tak minat shopping dan bandar yang sesak so this is the best route & itinerary untuk orang macam saya
Musim : Winter 7H5M (27 Jan – 2 Feb 2023)
*Rezeki saya setiap hari sepanjang trip ni saya merasa snowfall, kecuali di Osaka & Nara waktu tu tiada salji. Baru saya tahu bukan sepanjang winter tu turunnya salji, dan ada salji yang halus ada yang kasar ada yang lebat ada yang renyai.
Flight : Air Asia X, direct 7 jam (KUL-KIX-KUL). Rezeki saya dapat staff price so cuma bayar 10% sahaja daripada normal price.
Accomodation : (book 2 minggu before fly)
JR Train Pass yang digunakan :
* Pass ini sangat berbaloi kerana dapat cover pengangkutan hampir kesemua area yang saya pergi, termasuklah penggunaan express/rapid train menghubungkan beberapa bandar besar, merasa naik Hokuriku Shinkansen (Bullet Train), bas express, dan airport transfer dalam waktu 5 hari perjalanan.
* Di Jepun ada banyak pass perjalanan, ia sangat menjimatkan tetapi anda perlu rancang nak cover area mana dulu dan baru fikir nak guna pass yang mana. Main reason saya adalah untuk ke Shirakawago, jadi saya guna Pass THAP ni untuk memudahkan perjalanan saya kesana dan bonus dapat cover area lain juga sepanjang 5 hari.
Duit belanja (Makan, Shopping, IC card & Taxi) :
60,000¥ (10,000¥ x 6 day) = +-RM2,000 (Separuh convert cash & separuh convert dalam Wise Card lebih jimat, withdraw & swipe disana)
*Currency semasa : 1000¥ = RM33
Simcard : Hallo 1010 (10gb 15 days)- esim RM48 (sangat mudah, tak perlu tukar sim, beli online dan dapat email, cuma perlu scan qr code yang diberi once smpai di airport dan install sahaja terus boleh guna)
*Di Jepun semua tempat dan transport ada wifi, sangat mudah tapi still perlukan simcard untuk mudah bergerak, on Google Maps dimana mana
**Wajib 3 dose vaccination atau perlu buat PCR test 72 jam sebelum berlepas. Perlu upload sewaktu isi form Visit Japan website, dan Staff airlines pun akan minta tengok sijil vaccine once check in flight di KLIA dan waktu tiba di Japan nanti.
ITINERARY PERJALANAN :
•••••••••••••••••••••••••
Day 1 (27/1) : KUL-KIX 11.45pm-7.15am
Day 2 (28/1) : KANSAI-KYOTO
– 7.15am Arrived at Kansai International Airport. Keluar shj dari airport terus merasa Snowfall pertama
– Menuju ke JR Office/Kaunter, beri exchange order pass THAP dan dpt tiket.
– Breakfast Onigiri di Family Mart
– Start guna pass THAP. 10am depart Airport Haruka – Kyoto station (supposely 1 jam 30mins). But delayed due to bad weather.
– 1pm arrived at Kyoto station. Blur kejap & terus cari Taxi ke Hostel Mundo 1800¥ (malas nk naik bas dgn luggage besar sbnrnya)
– 2pm Check in. Refresh, solat.
– 3.30pm Kyoto City Tour by local bus. Guna IC card. 240¥ per ride
– 4pm arrived Sannenzaka, jalan2 until 5.30pm (ramainya orang dkt sini, tak bebas bergambar)
– Back to hostel. Reheat food, eat & Rest
**Hostel ini sgt cantik dgn senibina rumah lama Jepun, suasana senyap dan sepi, tidur beralaskan futon best dan selesa nk solat, location sedikit jauh dgn station dan terletak di backlane, tetapi diuji dgn tidur seorang tanpa ada penginap lain & tiada staff yg standby. Rumah penuh dgn topeng dan patung yg menakutkan. So sepanjang malam tu agak susah nk tidur dan sy diserang panic attack berkali kali. Hihi Water heater juga tidak berfungsi, everything need to masak air dulu. Heater dlm bilik pon kurang memuaskan, trpaksa tidur dgn 3 lapis baju dan berselimut. Oh my day 1, but im survived!
Day 3 (29/1) : KYOTO-KANAZAWA
– Subuh. Siap2. Breakfast. 9am Checkout to Kyoto station. Store luggage in locker room 700¥.
– 11.50am arrive Kyoto Station. Change to Karamasu line subway, heading to Shijo station. 220¥. Walk to Ayam Ya Halal Ramen for lunch. Meals 980¥ (sedappp sgt!)
– 1pm back to Kyoto Station 220¥. Take luggage. Reserve seat for Thunderbird express to Kanazawa at JR counter.
– Guna pass THAP. Thunderbird express Kyoto – Kanazawa. Depart at 2.10pm (2 jam 10 mins)
**Masa ni dlm train first time sy dpt lihat pemandangan yg putih penuh salji serata tempat.. ada tempat yg salji turun lebat, langit gloomy shj, dh dpt rasa dkt Kanazawa nnti tk dpt keluar berjalan
– 4.30pm arrived at Kanazawa station. Taxi to Torifito Hotel & Pod Kanazawa 1400¥. Salji tebal susah nak tarik luggage. Check in. Rest
– Heavy snow, bad weather & langit gelap so tak jadi explore Kanazawa. Just rest & enjoy hotel facilities.
– **Berpengalaman stay di kapsul hotel, ruang khas utk kita je. Tapi, solat berdiri atas katil. Phone silent, tak boleh bising, tv pon dgr guna headphone. Toilet paling best, cantik, complete semua toiletries & ada public bath (free access to spa & sauna)
Day 4 (30/1) : SHIRAKAWAGO-TAKAYAMA
– Subuh. Siap2. Breakfast. 7 am Taxi to kanazawa station 1300¥.
– 7.30am arrived go to bus express ticketing counter. Guna THAP, beri booking number, & dpt ticket. Naik di platform 2.
– 8.10am depart to Shirakawago. Bus express, reserved seat (sy sudah reserve seat bus siap2 masa di Malaysia, google Nohi bus & call).
**Pemandangan dari dlm bas, lalu highway dikelilingi pergunungan dan kawasan2 kampung lama, salji lebat.
– 10am arrived at Shirakawago. Store luggage in locker room 600¥. Explore until 12.30pm.
**Masani pertama kali merasa berjalan dlm suasana salji turun renyai, angan2 dari kecil menjadi nyata. Feeling2 Elsa Salji disini agak halus, gebu bila pijak. Rasa bersyukur sgt dpt jejak kaki disini, lama dh berhajat nak kesini.. Cuma takde rezeki jalan naik ke lookout point atas sbb salji yg turun makin lebat dan makin sejuk. Berkesempatan membeli beberapa souvenier sbgai kenangan. Heatpad amat berguna, cuaca terlalu sejuk (-4), pakai kasut yg sesuai dgn salji takut licin.
– 1.15pm take luggage & depart to Takayama. Nohi bus express open seat non reserved. (Guna THAP, tunjuk di kaunter dan pilih masa yg ada, kalau ramai dan tak cukup bas mereka akan tambah)
– 2.30pm arrived at Takayama Bus station. Jatuh cinta dgn pekan Takayama ni. Sangat tenang, tak busy, berbeza dgn Kanazawa. Dipenuhi dgn warga emas yg peramah.
– Taxi to guesthouse Cup of Tea 900¥. Salji tebal, susah utk heret luggage.
– 2.40pm Check in. Solat, Refresh. Sangat suka dgn hostel ni, Muji design. Host nya muda, sangat baik, hensem, fluent english dan sgt membantu. Recommended!
– 4.30pm walk to Kyoshi Restaurant. Meals 2400¥ (Fresh Sushi platter, dibuat selepas kita order, sangat2 sedap, pertama kali makan sushi ikan yg fresh dan gemok2)
– 5pm Walk around Takayama. Back to hotel & rest.
Day 5 (31/3) : TAKAYAMA-HIDA FURUKAWA-OSAKA
– Breakfast. 8am Takayama tour : Morning market – Red Bridge – Sanmachi old town – back to hotel. 10am Check out.
– 11am take Taxi to Takayama station 900¥. Guna THAP, Takayama to Hida Furukawa (13 mins). Explore Hida Furukawa (2 jam). Solat di station
– Old town city, penduduk nya pon classic2. Tapi mereka sgt mesra & suka menegur. Hehe. Sempat juga tengok longkang yg famous dgn Ikan Koi, dan baru tahu bukan sepanjang waktu ada ikan, cuma ada masa spring season shj
– Guna THAP, 1.30pm depart Hida Furukawa station – Toyama (1 jam) Enjoy pemandangan sepanjang dlm train sangat2 menakjubkan
– 2.30pm arrived at Toyama station. Beli makanan di Family Mart.
– 3.40pm Arrived at Kanazawa. Change to Thunderbird express train.
– Guna THAP, Depart at 3.55pm Kanazawa station to Osaka station (3 jam)
– 6.55pm arrived at Osaka station. Change to Midosuji line – station Dobutsuen Mae 180¥
– 7.30pm arrived. Walk to Backpackers Hotel Toyo. Check in. Rest
**Suka sangat dgn hotel ni, mcm meetup point utk travellers dari negara2 lain, ada common area utk tengok tv & makan so bila duduk sama2 berborak, ada yg mcm ayam itik, bila berborak masing2 tak paham diorg pon sama2 gelak Ada free laundry machine, toilet & shower pon banyak, host dia kreatif & suka berdoodle, satu hotel tu penuh dgn tulisan & lukisan dia hehe
Day 6 (1/2) : NARA-OSAKA
– Breakfast. 9am to Nara Park. 750¥ (Kintetsu line & loop bus) Spent 1-2 hours.
– Makanan Rusa 200¥. Nara park sgt besar. Rusa mmg bersepah dimana mana. Penduduk di Nara sgt hormat dgn haiwan ini, umpama pembawa rahmat dari tuhan mereka. Rusa tu pon pandai, tunduk dulu before mintak makan. Tp kalau lmbt bagi mkn dia sondol
– Back to Nara station. Walk to Nakatanidou Mochi. Famous dgn video pembuatan Mochi secara ketuk2 dan jerit2 di kedai. Tp kebetulan waktu sy pergi mereka belum nk buat yg baru lagi. Beli Mochi 150¥, emmm sedapnyaa yg ni! Then, Back to Nara station
– 12pm depart to Osaka Namba 570¥ & walk to Wagyu at Zerohachi Yakiniku OCAT & solat. Meals Wagyu set 3900¥
– Pertama kali merasa makan daging Wagyu, kt Malaysia rasa tknk pon makan, smpai di sini ramai yg kata kalau nk rasa Wagyu kena rasa yg Japan punya, since japanese wagyu is the best. So kite pin try la and tak menyesal! Betul2 cair dlm mulut dagingnya
– 2pm walk to Namba station depart to Osaka Castle. 230¥ (walk from Station Tanimachi 9 Chome to Osaka castle 1.8km one way)
– 4pm depart to Shinsaibashi shopping street 230¥, Dotonbori & Bic Camera.
– Niatnya nk mencari souveniers masani tp susah betul nk cari barang di Osaka city ni, atau dlm kepala mmg tkde niat shopping so betul2 jeng kreng haha. Nk beli coklat kapal semua kelaut. Last2 kite shopping bundle, and shopping di Bic Cam, bnyk jugk dpt mainan anak2, and ground floor ada 1 kedai yg jual souvenier so dpt la jugk. Kaki pon nk trcabut dh masani
– 8pm Back to hotel. 180¥ Solat mandi. Pack bag & check out
– Depart at 10pm Shin Imamiya station to KIX airport 930¥
– 11pm arrived. To Aeroplaza building, Walk in First Cabin capsule hotel, 5900¥. Check in. Rest
– 5.30am Subuh. Siap2, 6am Checkout. Breakfast Family mart & check in flight.
Day 7 (2/2) : KIX-KUL 8.50am-3pm
Total Budget : +-RM3,500 (7h5m)
Flight -> RM380 return with 25kg luggage (AA staff ID benefit) (Untuk normal price ticket boleh cek di web AA, jgn follow harga ni tau hehe)
Hotel -> RM500 (5 malam)
JR Pass THAP -> RM486 (5 hari)
Belanja (Makan, Shopping, IC Card & Taxi) -> RM2,000 [10,000¥ sehari x 6 hari = 60,000¥]
(Ada balance 10,000¥ lagi)
E-Simcard -> RM48
Travel Insurans -> RM70
Overal sepanjang trip ni, sy dpt rasa dan lihat semua yg sy nk tengok. Dan dpt semua yg sy hajatkan kecuali di Kyoto sy tak sempat naik Kyo Train Garaku (Japanese Garden train) & tak puas pusing Kyoto.
Banyak sgt keunikan, kelebihan, kekurangan dan perbezaan masyarakat dan kemajuan Jepun yg dpt sy feel sepanjang trip ni, tp tk ckup nk cerita semua disini, kena pergi & rasa sendiri hehe
Alhamdulillah segala pujian sy kembalikan kpd Allah dan hanya Dia shj yg menghantarkan segala pertolongan dlm menjayakan trip sy ini. Anyhow, Im survived! Enjoy lah beberapa gambar dan video dari sy yg sempat sy ambil disana. Kalau nk tengok perjalanan penuh sy boleh juga tengok Highlight Story Solo Japan di Instagram saya ciktaskitchy.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...