Ramai risau kalau ke luar negara memerlukan bajet yang besar. Jika ada yang pernah melancong ke luar negara tetapi pada kadar sederhana atau murah, ada pula yang tidak percaya. Kononnya individu tersebut pasti travel cara ‘kedekut’, tidur di kaki lima atau perlu berlapar.
Tidak! tidak! Jika anda rajin mencari dan membuat sedikit ulangkaji berkenaan lokasi yang anda ingin travel, memang anda boleh dapatkan sebuah percutian yang murah dan bajet.
Seperti pasangan suami isteri ini mampu untuk bercuti ke luar negara dengan bajet yang sangat rendah. Ikuti perkongsian trip dan itinerarinya.
Ok guys mcm yang dijanjikan.. Hari tu aku cakap nak up itinerari sekali ticket flight murah kan.. Here we go oooo….itinerary perjalanan ada kat bawah tau… Kebanyakkan orang tergezut kos perjalanan kami betul-betul under bajet, sebab depa kata takut nak jalan-jalan luar negara sebab takut kos banyak… Takpa, jum tengok iitinerary bajet kami.
Itinerari – Medan/ Aceh 6D5N( Kos kerugian 2,003,000rp) Rm659 x 2pax
Rm330 1 pax (exclude ✈️ book AA promo rm39 kl-medan.. Aceh-KL rm31)
Okey guys saya nAk share sikit trip backpack + honeymoon kami.. Kos suma aku buat untuk 2 pax taw..
Ads
Hari Pertama
Star dari airport Kualanamu ke Permatang Siantar.. Keluar dari Airport supir ramai yg akan promot hampa suruh naik taxi depa.. So hampa pandai-pandai la tawar harga..so time tu ada 1 family dari Malaysia join sekali so kami dapat harga murah la .perjalanan makan masa 2 jam lebih ..harga yang aku buat semua x2 pax…140,000rp
Sampai Permatang Siantar kami naik Tuk, mcm mini van pegangkutan local nak ke Air Terjun Aek Manik / Sida Manek 20,000rp.
Sampai kat Simpang Kamai jalan masuk ke dalam dalam 5 minit bru smpai.. masuk 10,000rp pondok/case waterfrof 40,000rp toilet 4,000rp. Semua kt Sana berbayar ea.. Tak boleh duduk sesuka hati..
Ads
Selesai mandi kami gerak nak ke Berastagi Hostel yang kami book guna booking.com dari Aek Manik ke Permatang Siantar 20,000rp
Dari Petmatang Siantar ke Kabanjahe 40,000rp ( Pekan Berastagi )
Kabanjahe ke Brastagi (hostel 30,000rp)
Kami bermalam di hostel Tokyo losmen 120,000rp
Hari Kedua
Hari ke 2 check out hostel plan nAk ke Air Terjun Sipiso Piso.. So kena ke pekan Brastagi untuk cari taxi /gojek/ tuktuk 4,000rp
Dr Pekan Brastagi ke Sipiso Piso kami nk ke Air Terjun Sipiso Piso tetapi kena ke Pekan Manek.. Supir/guide cakap susah nak Cari transport so over nak bawak tapi dia mintak 300k.. Ejas2 dpt 230,000rp, so kami dua la dok dalam taxi.. Xda org lain naik.. Sbb kami dah bayar..
Masuk Sipiso Piso 10,000rp depa dah tunggu kt pintu gerbang dah.. Time nak turun nak amek gambo lebih dekat kami amek kat gmbo kat pondok.. Ada org datang cakap nak duduk kne bayar.. 10,000rp x2 pax.. Adeh terkena lg..hampehh..
Lepas selfie kami gerak blek ke Terminal Kabanjahe untuk ke Medan. Take note jika uolss Tawar menawar transport kat supir… Anda masuk mana-mana kawasan kena bayar supir akan mintak dekat anda.. Contoh parking ticket masuk.. So kalau bole tanya lebih details…. Okey
Dari terminal Kabanjahe ke Pekan Medan naik bus 30,000rp.. Perjalanan pun makan masa 2 3 jam. Semua masa banyak abes dkt perjalanan…
Sampai kat Medan kami naik beca moto ke terminal bas yg nak ke Bandar Acheh 30,0000rp
Dlm otw naik beca moto berhenti tunggu traffic light nmpak ada makcik dok tpi jln mintak sedekah.. So aku derma kt dia terus boh dlm cawan dia.. Sedih tengok dengan hujan dok mintak sedekah.
So dari terminal bas express nak ke Acheh aku beli tiket 400,000rp
Bas bertolak pukul 9pm.. Perjalan megambil masa 11 ke 12jam.. ( mcm aku kerja shif kilang da.. Tapi apa pun dalam bas dia bagi selimut dan bantal…
Ads
Hari Ketiga
Sampai terminal bas Bandar Acheh.. Jadi macam kat Airport orang mai kerumun tanya pi mana.. Aku pun jadi tak berapa syok sebab dia ikot smpai ke toilet tunggu..aku bukak grab ada yang cakap sini tak boleh masuk kana keluar jauh.. aku pun oke ja.. aku tgk grab 40k rp.. Dia letak 50krp aku ckp grab murah lg.. Dia ckp support la nk cari rezeki.. Wat muka kesian ckp oke la 40krp. So aku pn eccept la dari terminal ke Pelabuhan Ulee lheue.. Nak masuk ke pelabuhan kena bayar 3krp dia mintak.. (dalam hati ckp terkena lagi.. Baik book grab tak kena caj dah.. So total 43,000rp..
Ssmpai pelabuhan Ulee lheue nak ke pelabuhan Balohan (Pulau Sabang)
Beli tiket ferry ke pelabuhan Balohan Sabang 54,000rp💲 one way oke… Booking guest house owners org France fasih berbahasa indon.. Aku book guna booking.com payment pakai bigpay
Sampai Pulau Sabang pun jadi benda sama mcm kt Airport n terminal Bandar Acheh.. Org datang promot sewa kereta moto…. So aku ckp nk sewa moto..dia ckp sehari 100k rp. Aku ckp sewa lebih 2 hari bole dpt 150,000rp.. Dia ckp bole so payment dia amek gambo passport takot aku curi moto dia.. bg no telepon aku.. Sbb nnti dia nk call or whatsapp..
Untuk pegetahuan.. Line Internet aku pakai no Malaysia no aku sendri DIGI.. AKU punya plan untuk 10 buah negara Asia.. Sebulan 4GB cukup la aku dengan pasangan aku ja.. Bukan tiap bulan p overseas pun.. So jimat xyah beli sim.. Just aktif roaming ja…..
Hari Keempat
Aku pusing 1 pulau jalan-jalan p kilometer zero 5,000rp. Jlan amek gmbo mandi laut la la smpai kulit burn…mkn nasi ayam penyet dia padu haha.. Sini banyak bakso Maggie sedap…
Hari Kelima
Check out sbb nak balik Malaysia dah.. So dari pelabuhan Balohan ke pelabuhan Ulee lheue ticket ferry 54,000rp. Perjlan ambil masa 2 jam lebih..
Sampai kt Pelabuhan Ulee Ilheue ada lagi org datng tanya ak kemana.. Semak.. Kita ckp xpa klu kau kita Cri.. Smpai tgk fon aku bkak grab.. Ckp sni xbole amek grab.. So aku Jln kaki ke pantai ulee lheue.. Baru book grab ke Suzuya Mall 30,000rp.. Lepak makan amek angin ekon.. Hahaha.. Org pakat usaha kami galas bag msuk mall..
So abes dh semua ambil grab dari mall ke Airport 70k rp.. Bye bye Medan Pulau Sabang, Achehc.. Nnti kita ketemu lagi….
So semua kos aku 2,013,900 juta skali dengan booking hostel.. Untuk 2pax..
Penukaran wang = 2,003,000 rp =Balance cash 65,500rp💲
Yang mana rasa berbaloi.. Share la itinerari ni.. Tq
Destinasi mesra muslim berdasarkan kepada kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan negara-negara berkenaan kepada pengunjung Islam seperti makanan halal, restoran bersijil halal, kemudahan masjid dan tempat tarikan keluarga.
Selepas beberapa penelitian di buat, 10 negara ini telah dicadangkan sebagai destinasi mesra muslim pilihan pelancong dunia.
Penekanan terhadap produk halal terutama makanan membuatkan pelancong tidak gusar atau risau untuk melancong di Malaysia. Kebanjiran restoran berasaskan makanan Timur Tengah juga antara faktor tarikan pelancong dari negara tersebut memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama.
Selain mudah mendapat akses makanan halal, Malaysia merupakan antara negara yang mudah bagi pelancong Islam menunaikan solat tidak kira di mana mereka berada, termasuk di kompleks membeli-belah dan juga di lapangan terbang.
Pelancong sememangnya amat kagum dengan produk Islam yang ada di Malaysia. Kebiasaannya pelancong Muslim yang datang akan dibawa ke Taman Tamadun Islam di Terengganu, melawat seni bina bangunan di Putrajaya, Menara Berkembar Petronas dan Muzium Kesenian Islam di Masjid Negara. Rata-rata pelancong luar juga amat tertarik dengan kraftangan dan produk kesenian Melayu seperti batik yang menjadi pilihan utama untuk dibawa pulang sebagai cenderamata.
Mesir terletak di utara benua Afrika antara negara yang begitu dekat di hati para pelancong Muslim dari serata dunia. Tentunya kerana kota ini memiliki salah satu daripada mercu keajaiban dunia, iaitu piramid yang mencetuskan seribu satu misteri. Di bahagian utara Mesir pula, Iskandariah, iaitu bandar raya kedua terbesar selepas ibu negaranya, Kaherah terkenal sebagai bandar pelabuhan antara yang paling sibuk di dunia. Iskandariah turut memukau pandangan dengan keindahan pesisiran pantai Laut Meditteranean yang indah membiru dan sering menjadi pilihan utama kepada pasangan untuk berbulan madu!
Selain keunikan alam semula jadi, negara ini menyimpan beribu-ribu artifak khazanah berharga dan bersejarah dari zaman purba, zaman Firaun yang mencapai taraf peradaban dunia sehinggalah kepada pelbagai dinasti kerajaan Islam yang sangat gemilang suatu masa dahulu. Kelebihan Mesir adalah mempunyai suhu udara dan laut yang menyenangkan terutama di musim sejuk, keramahan penduduk tempatan, cahaya matahari sepanjang tahun, pantai indah, hidupan akuatik, gunung bibikal, keindahan gurun yang romantis, lembah subur sungai Nil sungai kedua terpanjang di dunia, dan sejarah.
Gabungan unik moden dan tradisional menjadikan UAE antara destinasi pelancongan paling digemari pelancong Muslim di dunia pada masa kini dengan tawaran pelbagai pakej pelancongan yang pastinya memuaskan. UAE kini muncul sebagai negara yang mempunyai bandar paling moden di dunia, tempoh pembangunan terpantas yang pernah dilakukan dalam tamadun manusia. Tidak hairanlah jika rekod kemasukan pelancong melalui aktiviti pelancongan dan perdagangan di UAE khususnya di Dubai sejak beberapa tahun kebelakangan ini mencecah angka jutaan orang setiap tahun. Tarikan sebenar semestinya pada struktur tertinggi di dunia, Burj Dubai (818 meter) yang menjadi binaan paling kerap dirakamkan gambar.
Satu lagi tarikan adalah Burj Al-Arab, hotel bertaraf tujuh bintang yang pernah menjadi hotel tertinggi di dunia (333m). UAE menawarkan pelbagai tarikan pelancongan bagi pengunjungnya. Keseronokan bercuti bersama keluarga di negara ini dapat dipastikan dengan membawa mereka ke Taman Tema yang terdapat disana seperti Al-Nasr Leisure Land , Wild Wadi Water Park dan Aquaventure (Atlantis The Palm). Tidak ketinggalan, bermandi-manda dan bersantai di pesisiran pantai di Jumeirah Beach Park.
Sekiranya anda bercadang melancong ke Turki, rancanglah untuk mengunjung seberapa banyak tempat menarik. Turki merupakan sebuah negara yang terletak di dua benua. Menikmati pemandangan indah Selat Bosphorus, yang memisahkan benua Eropah dan Asia, dari atas Bukit Camcila di Istanbul, sememangnya memberi satu kepuasan kepada pengunjung. Peluang berdiri di atas bukit di benua Asia, menghadap ke bahagian Eropah, sudah pasti mata akan terpaut dengan keindahan dan pembangunan pesat Istanbul, sebuah kota yang mempunyai peninggalan sejarah empayar-empayar terdahulu seperti Rom, Byzantine dan Uthmaniyyah.
Lokasi ini menjadi pilihan bukan sahaja dalam kalangan pelancong, tetapi penduduk tempatan untuk bersantai terutama pada hujung minggu. Selain itu jangan lupa untuk berkunjung ke Istana Sultan zaman Ottoman yang telah dijadikan muzium. Terdapat pelbagai barangan yang tidak terhitung nilainya seperti emas permata, intan berlian, pakaian raja, pedang sahabat Nabi serta peralatan yang pernah digunakan oleh Rasulullah. Janggut Rasulullah juga disimpan di dalam muzium tersebut. Ini menjadikan Turki sebagai lokasi idaman setiap pelancong yang mencakupi dari pelbagai keindahan khususnya seni bina, budaya, tamadun serta tarikan alam semula jadi. Oleh itu, tidak hairanlah Turki menjadi destinasi yang paling gemar dikunjungi pelancong selain sebagai negara mesra Muslim.
Dua kota suci, Mekah dan Madinah yang terletak di Arab Saudi sentiasa menerima tetamu Islam dari seluruh pelusok dunia. Rata-rata mula memasuki kedua-dua kota suci ini sebagai persiapan untuk menunaikan ziarah umarah atau ibadah haji. Walaupun berkunjung ke Madinah bukanlah sesuatu yang diwajibkan, namun ia menjadi satu kemestian bagi jemaah umrah atau haji. Ini kerana di Madinah banyak kesan sejarah peninggalan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat. Di kota ini juga terletak Masjid Nabawi, masjid kedua termulia selepas Masjidil Haram yang di dalam kawasannya terletak makam Rasulullah SAW dan para sahabat iaitu Saidina Abu Bakar dan Umar Al Khattab. Selain daripada itu, di Madinah juga letaknya tanah perkuburan Baqi, Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Bukit Uhud dan pelbagai lagi tempat bersejarah.
Di samping itu, kota yang semakin pesat membangun ini juga mempunyai banyak pusat membeli-belah sesuai buat pelancong yang mahu membawa pulang cenderamata kepada keluarga dan sahabat handai. Bagi yang berkesempatan, bolehlah berkunjung ke bazar kurma atau terus ke ladang kurma untuk membeli pelbagai jenis kurma yang segar. Begitu juga dengan pelbagai jenis kacang.
Rata-rata masyarakat Muslim dunia apabila menyebut tentang Bali, Jakarta dan Bandung, Indonesia semua sudah mengenalinya. Boleh dikatakan itu sudah menjadi destinasi perlancongan wajib jika teringin ke Indonesia. Bali merupakan sebuah pulau di Indonesia yang masyhur sebagai pulau yang memiliki pantai-pantai yang indah dan bersih serta pemandangan alam yang cantik. Bali kini turut dikenali sebagai pusat pelancongan utama bertaraf antarabangsa. Terdapat banyak pantai perkelahan utama di Bali seperti Kuta, Ubud, Nusa Dua, Sanur, Seminyak, Denpasar, Candidasa dan Lovina. Manakala Jakarta pula sememangnya mempunyai daya pesona luar biasa kerana kedudukannya sebagai ibu kota negara Indonesia telah perkembangan sebagai pusat pemerintahan, perindustrian dan kebudayaan.
Selain itu daerah Bandung di Indonesia pula terkenal dengan elemen kebudayaan dan kekayaan alam semula jadinya. Bandung menyediakan peluang membeli-belah dari gedung terbesar hingga ke deretan kedai di lorong-lorong seperti di Chiampelas dan Jalan Riau. Jika ke Bandung, kunjungan pelengkap semestinya lawatan ke gunung berapi Tangkupan Perahu yng mana pengunjung boleh melihat pemandangan di permukaan kawah gunung berapi dan panorama indah di sekelilingnya.
Maghribi atau Morocco dalam bahasa Inggeris, merupakan negara yang cukup indah untuk dilawati. Kedudukannya di utara benua Afrika menyaksikan kepelbagaian bentuk muka bumi daripada kehangatan gurun Sahara, kedinginan banjaran Atlas sehinggalah kepada kedamaian cuaca pesisiran laut Mediterranean. Khazanah yang paling istimewa di negara ini pastinya adalah peninggalan tamadun Islam yang masih kekal berdiri. Pelancong pasti teruja dapat melawat Makam Sultan Mohammed V di bandar ini. Tarikan yang tidak kurang menariknya di kawasan makam itu adalah Menara Hassan yang merupakan menara daripada masjid yang tidak pernah lengkap pembinaannya sejak 1196 masihi.
Menara yang ketinggian 400 meter itu merupakan sebahagian daripada masjid yang diarahkan bina oleh Sultan Yacoub al-Mansour. Masih kekal sehingga kini adalah ratusan tiang masjid serta bahagian dinding masjid itu yang tidak disiapkan, namun ia tetap menjadi tumpuan para pelancong. Struktur binaan masjid ini juga diiktiraf oleh UNESCO dalam senarai warisan dunia.
Jangan lupa juga untuk singgah di Marrakesh, bandar yang dikatakan paling pesat dengan industri pelancongan bukan sahaja di Maghribi tetapi di benua Afrika. Kedudukan bandar ini adalah di utara kaki bukit pergunungan Atlas yang bersalji. Bandar ini menjadi kegemaran pelancong kerana kedamaian cuacanya serta lokasi strategiknya iaitu untuk resort ski di gunung Atlas atau ke kawasan padang pasir Gurun Sahara.
Di Jordan, ada beberapa kisah sejarah yang masyhur sebagaimana yang dicatatkan di dalam Al-Quran. Demikian juga Laut Mati yang berkait dengan kekuasaan Allah terhadap kaum Nabi Luth yang mengamalkan kegiatan homoseksual. Justeru bagi pelancong Muslim, menjejak kaki ke Jordan sudah pasti detik yang ditunggu-tunggu untuk melihat sendiri kesan kedua-dua peristiwa tersebut. Destinasi utama mesti anda singgah jika berada di Jordan adalah Gua Ashabul Kahfi iaitu suatu kisah benar mengenai tujuh pemuda yang tertidur di dalam sebuah gua dan cuma bangun 309 tahun kemudian.
Lokasi gua yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari Amman ini bersemadinya ketujuh-tujuh pemuda tersebut. Turut dipamerkan adalah artifak seperti takar daripada tembikar selain terdapat sebuah batu bersurat. Satu lagi destinasi wajib jika ke Jordan adalah Laut Mati. Ia terletak kira-kira 50 km dari Amman. Laut Mati bersebelahan dengan negara Palestin yang kini ditakluki oleh Yahudi jelas boleh dilihat dari sini. Terletak di Great Rift Valley, di mana punca airnya dari Sungai Jordan. Ia adalah laut termasin di dunia. Tiada hidupan laut yang hidup di dalamnya kerana kemasinannya yang lima kali ganda laut biasa.
Brunei di dalam bahasa Arab membawa maksud tempat tinggal yang aman. Tarikan Brunei bagi pelancong beragama Islam semestinya Masjid Omar Ali Saifuddien dan perkampungan Kampung Ayer. Masjid ini diiktiraf sebagi masjid terunik di Asia Pasifik selain menjadi mercu tanda Brunei. Masjid yang menjadi tumpuan ini dibina di dalam sebuah lagun di tepi Sungai Brunei. Menara dibuat daripada marmar manakala kubah utama bersalut emas. Kampung Ayer pula mempunyai tarikan sendiri apabila terdapat rumah terapung milik penduduk yang sangat teratur, terancang dan bersih. Anda tidak akan bosan apabila berkunjung ke Brunei kerana antara tarikan lain adalah Jerudong Park, Muzium Royal Regalia, Istana Nurul Iman dan beberapa pusat beli belah seperti Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Hua Ho Department Store dan The Mall. Percutian ke Brunei tidak akan lengkap jika tidak singgah di Pasar Gadong. Di sinilah pelancong boleh mengenali dan merasai sendiri hidangan tradisi masyarakat Brunei seperti Nasi Katok, Selurut, Penyaram dan banyak lagi.
Qatar merupakan negara kecil yang mempunyai lebih kurang 1.6 juta populasi penduduk yang berpusat di Doha. Qatar bakal menjadi tuah rumah Piala Dunia 2022 mempunyai kemudahan sukan yang lengkap dan menganjurkan banyak acara bertaraf dunia seperti Sukan Asean 2006. Buat pelancong Muslim yang pertama kali menjejak kaki ke bumi Qatar terutama Doha, pasti terkejut melihat kepesatan ekonomi bandar raya ini. Ia kini di sekeliling dengan pembinaan banyak bangunan mencakar langit. Cultural Village Doha yang terletak bersebelahan Pusat Konvensyen Doha menjadi pusat kesenian dengan berbagai aktiviti kesenian. Antara yang menarik adalah Coliseum dimana banyak aktiviti kesenian dijalankan seperti persembahan nyayian dan teater.
Antara binaan unik terdapat di Cultural Village Doha adalah menara burung merpati yang menempatkan beribu-ribu burung merpati membuat sarang di dalam menara berlubang. Jika ingin membeli-belah, tempat paling ideal adalah di Souk Waqif yang terkenal dengan sejarah pembinaannya. Souk Waqif telah dibina semula mempunyai tiga jenis ruang perniagaan, iaitu pasar besar yang menempatkan peniaga borong dan runcit. Kemudian, kedai hasil kraftangan, jahitan, tenunan serta pertukangan serta gerai terbuka untuk peniaga tempatan. Sebaik saja memijak kaki di Souk Waqif, anda akan terpegun dengan kecantikan hasil seni bina warisan Qatar. Anda juga boleh bersiar-siar di Porto Arabia tempat persinggahan kapal-kapal mewah dengan pelbagai saiz. Disebelah Porto Arabia tersergam indah The Pearl iatu gabungan pusat berbelanja barang berjenama dan rumah kediaman.
Negara mesra Muslim mana anda dah jejak?
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Apabila sudah lama tidak bercuti, pastinya kita ingikan suasana yang tenang dengan tiuan angin sepoi-sepoi bahasa yang menyegarkan.
Apatah lagi jika dapadt tidur di atas pokok dengan situasi dan cuaca yang begitu.
Mungkin kita akan terlelap hingga leat petang dek kerana tidur yang nyenyak Tanpa sebarang gangguan.
Anda akan dapatrasai suasana ini jika berkunjung ke Sustainable Treehouse Camp yang terletak di Bentong Pahang.
Perkongsian dari Travetopia memberitahu inilah tempat sesuai bagi mereka yang sukakan kedamaian buat seketika.
Seronoknya dapat tidur atas pokok layan angin sejuk. Sungguh menyegarkan jiwa dan minda
Sustainable Treehouse Camp ini terletak di Bentong, Pahang. Untuk yang gemarkan kedamaian buat seketika ini adalah tempat yang sesuai.
Hanya 40 minit dari pusat bandar anda dah boleh sampai di sini. Dengan ketinggian 500m dari paras laut pasti dapat memberikan pemandangan yang menarik.
Tree house ini hanya mempunyai 1 bilik tidur 1 katik dan 1 bilik air. Boleh memuatkan hanya 2 orang dalam satu masa.
Anda dapat menikmati keindahan dan bunyian alam di sini. Pasti dapat menenangkan minda dan pelbagai idea dapat tercipta.
Bercuti secara eksklusif dengan chalet yang cantik di tepi pantai di The Taming Sari Beach House sambil layan bunyi ombak yang menenangkan. Persis suasana di kampung yang indah dengan chalet dengan senibina yang cantik.
Menawarkan hanya dua chalet sesuai untuk percutian buat keluarga kecil atau untuk sambutan hari istimewa bersama keluarga atau rakan-rakan.
Lengkap dengan kemudahan seperti percutian di chalet terkenal, hanya dengan RM220 semalam, pengunjung yang bermalam di sini akan turut disediakan sarapan untuk dua orang.
Kalau perlukan tambahan katil atau nak sewa khemah pun boleh, ye lah orang kata lagi ramai lagi meriahkan.
Kalau nak makan-makan buat BBQ sempena harijadi atau sambutan anniversary pun boleh, sewa sahaja peralatan lengkap yang ada di sini.
Bagi yang suka memancing, tempat ni juga ada port untuk memancing, sambil teman anak-anak mandi, anda boleh memancing sekali. Kalau dapat hasil bolehlah buat hidangan BBQ nanti.
Kalau ada yang nak buat sambutan harijadi atau juga majlis kahwin secara kecil-kecilan di tepi pantai, chalet ini turut menawarkan perkhidmatan untuk dekorasi sebegitu.
Terletak 20 minit dari Pantai Port Dickson dan lebih kurang sejam perjalanan daripada Bandaraya Melaka, percutian eksklusif kat sini pasti meninggalkan kenangan manis buat anda dan yang tersayang.
Alamat: The TamingSari Beach House, Kg Pantai Hilir, Jalan Kg Solok, Kuala Sungai Baru Melaka
Kala liburan, makanan adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah budaya. Setiap satu menu yang dicuba menjadi manifestasi rasa lantas mengisi...