Kawasan tanah tinggi di Malaysia tidak kurang hebatnya. Bercuti di Cameron Highlands, pasti memberi satu pengalaman yang indah buat anda. Dengan cuaca sejuk dan nyaman, sudah pastinya buah-buahan beriklim sejuk seperti strawberi menjadi tarikan utama pelancong. Di tambah pula dengan alam semulajadi sedia ada bagai potret hidup dilakar karyawan hebat.
Cameron Highlands kini dikunjungi ramai tidak kira masa sama ada cuti hujung minggu, cuti sekolah mahupun hari biasa. Pelbagai tarikan baru dan lama sentiasa menjadi pilihan pengunjung ke tanah tinggi terletak di Pahang ini. Paling penting, jangan lupa untuk jejak ke semua lokasi menarikk ada di sini dan mencuba pelbagai keenakkan menu sajian yang ditawarkan.
Lelaki ini ada kongsikan lokasi mana yang perlu anda tuju dan makanan apa perlu cuba jika berkesempatan bercuti di Cameron Highlands.
Siapa nak bercuti di Cameron Highlands wajib tahu info ini kerana inilah harga dan detail tempat yang menarik di Cameron Highlands.
Ladang Teh
1. Bharat Valley Tea House
2. Bharat Valley Tea House 2 ( lagi besar)
3. Ladang Teh Boh Sungai Palas
4. Boh Tea Garden
✅ Masuk Percuma
✅ Buka 9.00am- 4.30pm
✅ Nikmati tea, cake dll desert
Ads
Tempat menarik yang FREE
? YZ Agro Farm (Kebun strawberry Melayu)
(8.30 pagi – 6 ptg)
?KHM Strawberry and Jem
(8.30 pagi – 6 ptg)
? Cactus point
(9 pagi – 6 ptg)
? Big Red Strawberry Farm
(8 pagi – 6 ptg)
? Ladang Lebah
(8 pagi – 7 mlm)
? Ladang Anggur Bertam Valley
(9 pagi – 5 ptg)
? Kea Farm
(8.30 pagi – 6 ptg)
? Pasar Malam Brinchang (Jumaat dan Sabtu)
Tempat menarik yang BERBAYAR
? Taman Agroteknologi MARDI
Dewasa RM5, Kids RM3
(8.45 pagi – 5 ptg)
Pasti ramai tidak dapat melupakan filem 3 Idots lakonan terbaik Amir Khan malah dikatakan antara filem terbaik Bollywood. 3 Idots mengisahkan tiga orang rakan baik, Rancho (Amir Khan), Farhan (R. Madhavan) dan Raju (Sharman Joshi) yang sering bermasalah ketika di university. Namun kesemuanya berjaya menghabiskan pengajian sebelum masing-masing berpisah selama 10 tahun. Filem ini turut dibintangi oleh Kareena Kapoor sebagai Pia yang juga kekasih kepada Rancho.
Di dalam filem menyaksikan kesemua sahabat ini bertemu di sebuah lokasi iaitu Tasik Pangong, Ladakh yang asalnya adalah satu tempat terpencil di sempadan India – China. Terpesona dengan keindahan tasik ini, dari sebuah lokasi terpencil, kedatangan pelancong ke Pangong Lake mencatat sejarah apabila seramai 1.6 juta pelancong mengunjungi lokasi indah ini.
**media[315722]
**
Keindahan gunung ganang, air laut yang belum tercemar pasir yang sangat putih malah dengan kedalaman tasik 100 meter dengan keluasan 700 meter membuatkan Ladakh menjadi lokasi indah ketika mengunjungi lokasi ini. Memiliki ketinggian 4250 m dari atas laut yang lebih tinggi dari Gunung Kinabalu, untuk ke lokasi tasik ini ada pelbagai kenderaan disediakan tapi korang kena bersedia menempuh perjalanan sejauh 5-6 jam dari Leh sebelum sampai ke tasik ini. Macam yang korang tahu, ada beberapa part jalan agak teruk tetapi semua kepenatan tu akan terlerai selepas korang menyaksikan keindahan di Ladakh ini.
Bagi korang yang ada cita-cita hendak ke India satu hari nanti, jangan lupa ke destinasi pelancongan popular ini nanti. Gambar : Forbes/ Union Territory of Ladakh
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Inspirasi Kafe Culture Dengan Identiti Siling Tinggi Seperti Kilang Pembuatan
Di awal pembukaan, Garage 51 dikenali sebagai ‘the hidden food outlet inside workshop territory’. Ini membuatkan ia amat terkenal di kalangan pencinta ubahsuai kereta yang inginkan jamuan santai di Subang Jaya.
Nama kafe ini dipetik dari nombor lot kedai yang digunakan iaitu lot 51. Tambahan, lokasinya yang terletak disekitar pusat membaiki kereta, maka terciptalah Garage 51. Menurut pemiliknya, Kar Heng, Garage 51 dihias mengikut tema industri. Ia dapat dilihat melalui susun atur premisnya yang menggunakan kontena dibawa khas daripada syarikat perkapalan dan diubah agar sesuai untuk dijadikan tempat penyediaan makanan yang lazat serta istimewa buat pelanggan yang hadir.
Membangkitkan lagi tema yang cuba dizahirkan, beberapa buah tong drum turut digunakan untuk membentuk kerusi empuk bagi kegunaan pelanggan. Ia juga menjadi salah satu spot kegemaran bagi mereka yang ingin mengabadikan gambar instaworthy.
Menurut pemilik, dekorasi Garage 51 merupakan ilham kerinduan suasana kafe culture semasa melanjutkan pelajaran di Melbourne, Australia. Rekabentuk kafe ini menampilkan struktur yang mempunyai siling tinggi. Ia membuatkan kafe ini nampak seakan-akan sebuah kilang pembuatan tetapi selepas dihias dan disusun atur dengan kemas, ia amat sesuai untuk dijadikan sebagai tempat untuk meluangkan masa senggang bersama rakan-rakan terutamanya saat menunggu kereta yang sedang diservis.
Ruang tambahan hot seat
“Pelanggan saya selalunya akan memilih untuk duduk dibahagian atas kontena kerana ia merupakan salah satu idea unik semasa di peringkat awal perancangan pembukaan kafe ini dan saya tidak menyangka ia akan menjadi hot seat,” ujarnya.
Lokasi kafe ini juga amat strategik iaitu terletak di antara dua buah kolej swasta iaitu Monash Universiti dan Sunway Universiti. Ramai juga pengunjung kafe terdiri daripada pelajar pusat pengajian ini. Oleh itu, harga untuk setiap hidangan yang ditawarkan di kafe ini amat berpatutan dan mesra pelanggan. Anggaran harga bagi setiap menu bermula daripada serendah RM13 hingga RM25 sahaja.
Kepelbagaian menu barat dan timur
Kebanyakkan menu yang disaji berkonsepkan makanan luar negara yang dibawa khas dan telah diolah mengikut citarasa tempatan seperti dari Australia dan Jepun. Salah satu menu menarik di Garage 51 adalah hidangan nasi Jepun yang dihidangkan dengan ayam tempura, cendawan tumis dan telur onsen.
Selain itu, kafe ini turut menyajikan menu unik yang diberi nama ‘The Messy Family’. Ini adalah salah satu strategi pemilik kafe untuk memberi peluang kepada pelanggan menikmati hidangan secara bersepah tetapi rasanya amat sedap dan sebaik sahaja ia masuk menyinggah ke deria rasa, anda pasti akan terlupa dengan hiasannya yang bersepah kerana tenggelam di dalam nikmat kesedapan yang disajikan oleh Kafe Garage 51.
INFO KAFE
PREMIS:Garage 51
LOKASI:Subang Jaya
HIDANGAN:Ilham resipi dari Melbourne, Australia mengikut acuan tempatan
WAKTU OPERASI:10.00am -10.00pm (Dibuka setiap hari)
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Lain orang lain cita rasa percutiannya. Ada yang suka bercamping, cuti gaya mewah dan tidak kurang juga yang suka mengunjungi pulau.
Sebenarnya banyak pilihan pulau-pulau cantik dan menarik boleh kita terokai di Maaysia ini.
Perkongsian Helmi Baharum memberitahu 10 pulau terbesar yang sempat dijejaki sepanjang PKP lalu untuk bercuti dalam negeri saja.
Alhamdulillah syukur misi menjejaki kesemua 10 pulau terbesar di Malaysia terlaksana setelah bertahun-tahun juga lah masa diambil menghabiskan, hikmah PKP boleh berjalan dalam negara ini lah hasilnya.
TERIMA KASIH sangat2 kepada blogger ni sebab bagi saya terdetik untuk menjalankan misi ini.Nanti blh contact sy belanja kepci
Saya mohon izin untuk copy paste ayat2 si pemilik ini, maaf saya tak tahu cara nak hubunginya. Jadi korang yang lain bolehlah baca informasi di setiap gambar pulau ya, semoga bermanfaat untuk bersama.
Entri berkenaan posting saya ke semua pulau2 ni adalah seperti berikut: (Mengikut susunan saiz pulau)
Populasi : 1000 orang Status : Pulau desa / nelayan Keluasan: 440.7 km2
Selamat datang ke pulau terbesar di Malaysia! Ya, itulah sepatutnya yang ditulis di papan tanda di pulau ini. Kalau korang usha peta Sabah, korang akan nampak sebuah titik besar di atas Kudat (which is actually Pitas, Kudat di sebelah kiri). Ramai rakyat Malaysia yang bila ditanya pulau terbesar di Malaysia, menyangka ianya Langkawi. Even beberapa blog Sabahan sebelum 2010 juga menyangka pulau ini kedua terbesar di Malaysia selepas Langkawi.
Pulau ini didiami penduduk kampung yang rata-ratanya bekerja sebagai nelayan.
Bagaimana cara hendak ke sana? Korang boleh pergi dari 1. Terminal Jeti Kudat dan 2. bot pancung dari Marudu
Populasi: 30, 000 orang Status : Pulau desa / nelayan Keluasan: 417 km2
Pulau ini adalah pulau kedua terbesar di Malaysia. Bukan Langkawi, ye haha. Di sini, penduduk pulau rata-rata bekerja sebagai nelayan dan pesawah padi (bukan di Kedah je ada padi ye haha).
Bagaimana cara hendak ke sana? Melalui bot dari Sibu atau Daro.
Populasi: 80, 000 orang Status : Pulau pelancongan Keluasan: 320 km2
Haa, sekarang barulah Langkawi. Pulau ni aku rasa memang dah feymes so tak perlu kot cerita panjang-panjang haha. Pulau ni tersenarai sebagai pulau industri, memandangkan pengaruhnya yang sangat tinggi terhadap negeri Kedah. Pulau ni mempunyai lapangan terbangnya sendiri dan mempunyai trafik ke-8 tertinggi di Malaysia, lebih tinggi daripada yang dikendalikan Lapangan Terbang Kota Bharu (no.9), dan Alor Setar (no.16).
Cara ke sana? (Biar betul korang ni? haha) Samada melalui jeti Kuala Perlis atau Kuala Kedah. Boleh jugak naik flight dari KL menuju ke Airport Langkawi
Populasi: 750, 000 orang Status : Pulau perbandaran Keluasan: 293 km2
Pulau ini adalah merupakan pulau tersibuk dan terpadat di Malaysia. Ianya satu-satunya pulau di Malaysia yang mempunyai dua jambatan (atau patutkah aku listkan Pulau Indah sekali?) dan salah satu daripada pulau-pulau dalam entri ini yang tergolong dalam kawasan urban. Pulau ini kaya dengan kebudayaan dan pelancongan. Lapangan terbang Bayan Lepas yang beroperasi di sini merupakan jalan masuk kedua tersibuk di Semenanjung Malaysia (no.3 di Malaysia)
Cara ke sana? Ikut je lah jambatan tu, labuuu…. Dah ada dua pun. Tak pun masuk ikut airport Bayan Lepas.
Populasi: 1500 orang (1990) Status : Pulau pelancongan Keluasan: 137 km2
Pulau terbesar di kawasan Pantai Timur, meliputi saiz sebesar 137 km persegi. Pulau ini terkenal dengan snorkeling dan pantainya yang cantik. 100% penduduknya adalah Melayu dan mereka bertutur dalam dialek Pahang. Disebabkan pulau ini dikunjungi ramai pelancong Eropah, penduduk pulau mengalami kejutan budaya. Antaranya, menu restoran kebanyakannya dalam bahasa Inggeris serta ada yang menukar nama ke Michael dan Joseph dan berkahwin dengan pelancong Eropah.
Cara ke sana? Melalui Terminal Feri Mersing, Johor . Satu-satunya pulau di Malaysia yang kalau nak masuk, kena ikut negeri lain
Populasi: Tidak diketahui, majoriti adalah orang asli Mah Meri Status : Pulau perladangan dan budaya orang Asli Keluasan: 129 km2
Apa yang menjadikan pulau ini unik berbanding pulau-pulau lain dalam entri ini adalah ianya dikategorikan sebagai pulau bila mana ianya dipisahkan dari “tanah besar” hanya melalui Sungai Langat dan bukannya laut. Pulau ini dijadikan kawasan ladang kelapa sawit dan diduduki majoriti orang asli Mah Meri. Mereka kebanyakannya sudah moden tapi masih mengekalkan keaslian budaya mereka.
Populasi: 1500 orang Status : Pulau pelancongan Keluasan: 127.5 km2
Pulau yang berbentuk seperti hati (atau rama-rama?) ini adalah pulau yang menarik ramai pelancong hadir ke negeri Terengganu. Same goes like Pulau Langkawi dan Tioman, pulau ni merupakan pulau pelancongan yang terkenal dengan pasirnya yang memutih. Oh ye, pulau ini juga boleh dikunjungi dari Airport Subang ataupun Airport Changi, Singapore.
Cara ke sana? Naik dari Airport Subang (telefon resort anda terlebih dahulu), atau naik dari Jeti Syahbandar, Kuala Terengganu dan Jeti Merang
Populasi: 86,908 orang Status : Pulau perbandaran Keluasan: 91.64 km2
Siapa sangka pulau yang merupakan salah satu daripada Wilayah ni pun boleh tersenarai? Aku pun asalnya tak sangka, sampailah terlintas dalam kepala aku, eh Labuan pun besar gak per.
Rata-rata Sabahan yang aku bertanya mengatakan yang Labuan ni pulau urban yang sunyi, ala-ala Putrajaya tu. Mostly memang takde traffic jam katanya, tak macam KK. Berada di Labuan, korang boleh mengunjungi suasana urban dan desa dalam masa serentak.
Ada 3 cara, samada 1. Naik flight ke Airport Labuan. 2. Naik feri di Jesselton Point 3. Naik bas dari KK ke Menumbok, kemudian ke Jeti Menumbok
Populasi: 1300 orang Status : Pulau pelancongan Keluasan: 91.21 km2
Pada mulanya, aku nak gabungkan kedua-dua pulau perhentian, tapi lepas saiznya agak fishy (lebih besar dari Tioman walaupun teramat tidak logik) jadi aku just ambik saiz Pulau Perhentian Besar je.
Ni pulau pertama dalam entri ni dalam bentuk pairing, dan aku pun tak sure camne korang nak berhubung antara dua pulau tu. Maybe ada bot kot, kot laa…
Kalau korang datang dengan family, atau kawan-kawan yang konservatif, datanglah ke pulau ni. Ianya lebih tenang dengan suasana desa, kampung nelayan, dan harga makanan yang murah. Tapi kalau korang datang dengan kawan-kawan yang gila, liberal lagi sekularis (wkwkwk over sungguh ayat aku ni) , datang ke Pulau Perhentian Kecil yang menawarkan hiburan malam yang menurut suatu blog yang aku duk blogwalking, tak sesuai untuk kanak-kanak katanya, lagi-lagi di Long Beach. Aku pun naik curious. Ada apa kat sana? Tarian api? Limbo berbikini? Entahla nak.
Cara ke sana? 1. Naik ikut jeti Kuala Besut (Reminder: Kalau datang dari KL dengan flight, make sure turun ikut Kota Bharu, memandangkan Kelantan lagi dekat dengan Besut, berbanding Kuala Terengganu)
*Bonus:sesetengah pulau dikeluarkan dari entri kerana sensitiviti (Pulau Sebatik dan Pulau Layang-layang) dan kekurangan info (Pulau Balambangan, Malawali dan Jambongan) walaupun pulau2 ni lebih layak dalam entri ni.
Pulau Sebatik boleh menjadi pulau no.1 terbesar sekiranya dikira keseluruhannya atau pun no.5 sekiranya dikira hanya bahagian Malaysia.
Kala liburan, makanan adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah budaya. Setiap satu menu yang dicuba menjadi manifestasi rasa lantas mengisi...