Dah makin ramai yang melancong ke Thailand, yang nak ke Hat Yai atau dearah berdekatan sempadan, memilih jalan darat. Yang nak pergi jauh sikit ke Bangkok contohnya ada yang memilih untuk menaiki pesawat.
Kalau sebelum ni LIBUR dah kongsikan cara nak ke Thailand guna jalan darat, kali ini melalui perkongsian Romi Zunaidi yang berkesempatan bercuti ke Bangkok untuk menyaksikan Final Thomas dan Uber Cup yang berlangsung di sana.
Selain menyenaraikan langkah demi langkah cara untuk memasuki negara Land of Smiles itu, Romi juga turut berkongsi beberapa info menarik tentang Bangkok untuk rujukan pengembara yang ingin bercuti ke sana.
1) Cara pertama beli flight tiket pergi dan balik terlebih dahulu kerana semasa apply thailand pass ada ruangan tarikh pergi dan balik untuk diisi.
2) Booking penginapan. Boleh booking mana-mana penginapan dan semasa apply thailand pass anda perlu isi alamat address di Thailand. Saya booking di agoda je..
Ads
3) Beli travel insurance minimum usd 10k coverage for covid19. Pastikan policy schedule tertera coverage. Macam saya beli terus online dari MSIG Thailand yang disyorkan untuk Thai Pass. Beli dari Malaysia pun boleh asalkan ada coverage for covid19 minimum 10k usd.
4) Boleh dah masuk website untuk apply Thailand pass
6) Upload vaccine certificate (download dalam mysejahtera)
7) Upload travel insurance policy schedule
Isi details peribadi, info flight & penginapan
9) Submit Thailand Pass. Tunggu dalam masa 48 jam untuk approve. Macam saya tak sampai 4 jam dah approved. Untuk lebih selamat apply 5 hari lebih awal untuk pastikan if application korang kena reject ada masa lebih untuk submit new application.
10) Bila dah approved, korang akan dapat QR Code Thailand pass melalui email. Simpan soft & hard copy QR Code Thailand Pass.
11) Stanby siap-siap semua soft copy & hard copy vaccinated certificate, travel insurance, flight details & booking penginapan (incase kat airport bangkok, mereka akan random checking)
Icon SiamPasar Chatucak
Ads
Ready for flight KLIA2 – Don Mueang Airport (AA).
Sampai airport Don Mueang, airport lengang. Hanya satu flight baru sampai masa tu. Masa pulang ke KL pun Don Mueang airport pun tak sesak macam dulu. Tak banyak flight depart. Kaunter check-in & imigresen pun sangat cepat.
1) Masuk je airport terus ke 1st kaunter tunjuk QR Code Thailand Pass (Hard Copy).
2) 2nd terus ke kaunter imigresen. Macam biasa cop passport, fingerprint scan, pass arrival card (yang biasa kita isi dalam flight). Departure Card biasa kita return bila nak balik ke KL semula.
3) Okay dalam 5minit aku dah settle semua proses. Dan aku tak check-in luggage terus boleh keluar airport. Ini paling cepat pernah aku rasa.
Okay dah boleh bebas ke mana-mana dalam tanpa Thailand tanpa kuarantin or test.
Travel to Bangkok
1) Ini adalah kali ke tujuh ke Bangkok. Trip kali ini lebih fokus kepada suku akhir, separuh akhir dan final Thomas Cup & Uber Cup di Impact Arena kira-kira 25km dari Bangkok City memandangkan tiket dah booking awal.Rezeki dapat tengok team Malaysia untuk Piala Thomas di suku akhir sahaja.Comeback stronger untuk dua tahun akan datang di Chengdu, China. Tak banyak tempat di Bangkok sempat dikunjungi kerana banyak masa dihabiskan di stadium
2) Penginapan di 3 Howw Hostel, Sukhumvit. Dua malam total RM70 then saya extend dua hari lagi dapat diskaun jadi RM60. Total RM130 sepanjang 4 malam saya di Bangkok. Untuk ulang-alik ke Impact Arena saya menggunakan grab bike/grab car. Area sukhumvit/asok menjadi pilihan kerana senang access ke BTS & MRT
3) Usman Thai Muslim Restaurant
Setiap kali ke Bangkok akan singgah ke restaurant ni.Alhamdulillah dengan dugaan pandemic covid19, operasi restaurant masih berjalan lancar. Trip kali ni saya berkesempatan dinner di sini sebanyak dua kali dan berborak seketika dengan Abg Usman yang peramah.
Ads
4) Chatuchak Market
Kali ni operasi kedai di chatuchak boleh dikatakan hampir 80%-90% masih beroperasi. Pengunjung masih ada tapi tidak lah sepadat seperti dahulu mungkin sebab Thailand baru sahaja menerima pelancong dari luar dan tidak perlu melalui kaedah test & go seperti bulan April lalu.
Dari hostel, saya ke sini melalui MRT sukhumvit dan berhenti di MRT Kamphaeng Phet. Lebih dekat dari berhenti di station chatuchak park.
5) Ramkhamhaeng Night Market
Night Market yang menjadi pilihan kerana halal food dan tak berapa jauh di central bangkok. Tapau di sini dan makan di padang di depan market. Seawal 3.30 dah bukak. Boleh ke sini melalui grab dan letak destination ‘bus stop ramkhamhaeng book center’.
6) Platinum Fashion Mall
Tak masuk dalam mall sebab dah pernah datang. Saya datang ke sini sebab nak makan kat depan platinum fashion mall ada deretan halal food street.
7) Icon Siam
Tak pernah masuk lagi mall besar ni. Sempat masuk dalam mall ni. Untuk ke sini saya cuba Chao Phraya Tourist Boat dari station Phra Arthit dan berhenti di station Icon Siam.Semasa balik pula saya naik dari skytrain icon siam dan berhenti di station BTS. Dari station BTS saya terus ke BTS Asok dengan pertukaran platform sekali di BTS Siam.
Sewaktu pulang ke malaysia macam biasa kita hanya perlu mengisi traveller card dalam mysejahtera before departure.
Bila tiba di Malaysia lengkaplah trip solo travel saya tanpa kuarantin or test untuk fully vaccinated.
Tengok sendiri Final Thomas & Uber Cup kat Impact Arena BangkokAntara pemain badminton yang sempat Romi bergambar
Di Sarawak terdapat dua lokasi tanah tinggi yang mesti dilawati kerana ia bukan saja sejuk tetapi mempunyai pemandangan yang indah memukau.
Bario
Terletak di pedalaman Sarawak, bario bermaksud angin mengikut bahasa etnik Kelabit. Tanah tinggi Bario berketinggian 1150 meter dari aras laut ini mempunyai kualiti udara yang sangat bersih kerana kedudukannya berhampiran Gunung Murud, gunung tertinggi di Sarawak.
Kesejukan tanah tinggi Bario ini pernah mencecah 11 darjah celsius sehinggakan pengunjung terpaksa mengenakan selimut yang tebal pada waktu malam. Jika anda mahu garam bukit dan padi yang paling berkualiti di Malaysia serta bebas bahan kimia, di sinilah tempatnya.
Ba’Kelalan
Ba’Kelalan pula berdekatan dengan Bario ini merupakan penempatan bagi kaum Lun Bawang. Ba’Kelalan iaitu “Ba” bermaksud padi manakala Kelalan pula adalah nama sebatang sungai mempunyai beberapa kampung Lun Bawang iaitu Buduk Nur, Long Langai, Long Lemumut, Long Ritan, Long Rusu, Pa Tawing, Buduk Bui, Buduk Aru dan Long Rangat.
Ba’Kelalan sememangnya bumi bertuah kerana bukan sahaja memiliki tanah yang subur malah masyarakat yang hidup penuh rukun dan damai selain saling tolong-menolong antara satu sama lain.
Jangan tidak percaya, kawasan ini terkenal dengan penanaman buah epal. Jika anda berkunjung ke sini, aktiviti kebudayaan menanti anda. Epal Ba’Kelalan yang lebih dikenali sebagai epal Manalagi di Jawa Timur didapati mampu hidup subur di kawasan Ba’Kelalan yang suhunya sekitar 20 darjah celsius. Terdapat beberapa spesies epal yang kita mula tanam di sini seperti epal Ba’kelalan (Manalagi), Rome Beauty, Lady williams, Tropical Beauty dan Anna Epal.
Perlis yang merupakan negeri terkecil di utara Semenanjung, menyimpan pelbagai khazanah hutan yang amat berharga. Taman Negeri Perlis merupakan hutan sekunder yang terdiri daripada Hutan Simpanan Kekal Mata Ayer dan Hutan Simpan Kekal Wang Mu.
Lokasinya yang terletak berhampiran sempadan Malaysia-Thailand juga antara sebab utama taman negeri ini merupakan destinasi yang perlu dilawati kerana terletak berhampiran lokasi destinasi membeli-belah Padang Besar dan Wang Kelian.
Ia juga merupakan hutan simpan tertua di negara ini dengan sebahagian besar Banjaran Nakawan terdiri daripada formasi batu kapur berusia kira-kira 500 juta tahun. Puncak tertinggi yang terdapat di Taman Negeri Perlis ini merupakan Gunung Perlis yang mempunyai ketinggian 733 meter. Jika berada di Gunung Perlis, anda sebenarnya berada di titik paling hujung di utara Semenanjung Malaysia.
Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan di sini termasuk meneroka Gua Kelam. Taman Negeri Perlis juga terkenal dengan pembentukan gua batu kapur yang mempunyai laluan air bawah tanah iaitu Gua Kelam.
Sejarah Gua Kelam
Ada yang kata Gua Kelam merupakan laluan orang bunian pada masa dahulu. Tetapi kebenarannya Gua Kelam pada satu ketika dahulu menjadi salah satu tapak aktiviti perlombongan. Sejarah perlombongan di sini dianggarkan berusia kira-kira 100 tahun dahulu dan kawasan itu merupakan satu-satunya aktiviti perlombongan dalam gua yang dijalankan di negara ini. Hampir semua kesan peninggalan aktiviti perlombongan dapat dilihat dalam keadaan baik kerana barangan yang terdapat di situ tidak mengalami proses pereputan.
Namun hari ini, rata-rata pengunjung yang datang ke Gua Kelam adalah untuk menghayati keindahan alam serta berkelah bersama keluarga, selain melakukan aktiviti mandi sungai yang begitu menyeronokan.
Pengunjung boleh memilih lokasi untuk mandi-mandi di bahagian luar atau disebalah dalam di sebalik Gua Kelam. Jika hari hujan, pengunjung disarankan tidak sesekali untuk mandi di kawasan ini kerana arus air yang mengalir sangat deras dan boleh mengacam keselamatan.
Gua Kelam di namakan sempena dengan keadaan suasananya yang kelam menyelubungi gua ini dan kedudukannya di kaki bukit, selain suasana kelam yang sentiasa menyelubungi gua ini. Kelam mengikut loghat utara bermaksud gelap.
Menurut sejarah, nama Gua Kelam adalah gelaran yang diberikan oleh pelombong bijih timah sempena kegelapan gua itu sendiri. Mereka terpaksa menggunakan lampu karbid untuk menerangi kawasan dalam gua. Gua Kelam menyediakan laluan interpretasi gua sepanjang 1.5 km meliputi jalan di atas simen, tanah dan laluan anak sungai.
Maka untuk memudahkan pengunjung merentasi ke dalam gua ini, kemudahan sebuah jambatan gantung dengan cahaya lampu malap berwarna-warni yang menarik telah disediakan.
Ada aliran air bawah tanah sepanjang lebih kurang 400 meter mengalir melalui banjaran batu kapur dapat dilihat semasa melalui gua ini. Ia merupakan fenomena semulajadi yang terbentuk dengan sendirinya. Cukup mengkagumkan! Kalau bernasib baik anda berpeluang melihat pelbagai spesies haiwan seperti ular, kelawar atau labah-labah.
Secret Garden
Melepasi jambatan gantung di mulut Gua Kelam, mata pengunjung bakal dihidangkan dengan panorama hijau yang cantik dan menarik. Kawasan tersebut diberi nama Secret Garden dilatari dengan persekitaran landskap yang begitu terancang. Terdapat pelbagai kemudahan disediakan di sini seperti ‘hub’ untuk bersantai, tapak perkhemahan, laluan penjalan kaki, dan kerusi rehat. Luangkan masa mengambil gambar kenang-kenangan bersama yang tersayang disekitar taman ini sebelum keluar dari gua.
Bagi mereka yang minat dengan aktiviti hiking, rupanya boleh mencuba untuk menjadikan jambatan sebagai lokasi pendakian.
Rupanya kini semakin banyak jambatan yang dibuka untuk mereka yang gemarkan aktivit mencabaar dan lasak ini.
Salah satunya negara Australia yang menawarkan pelbagai destinasi pendakian jambatan seperti di Sydney, Brisbane dan Perth.
Walaupun mungkin akan ada rasa gementar dan gayat, tetapi jangan risau kerana aktiviti pedakian akan disertai oleh pendaki jambatan profesional.
Gambar: Google
Di jambatan Sydney Harbour sebagai contoh, pendaki diwajibkan memakai pakaian khas selain dilarang membawa barang berharga semasa mendaki agar konsentrasi mereka tidak terganggu.
Berikut adalah lima destinasi pendakian jambatan terkenal di dunia.
1. Jambatan Sydney Harbour, Sydney Australia
Jambatan ini paling terkenal dalam kalangan pendaki jambatan dari seluruh dunia. Ia dibuka pada tahun 1932 dan sejak 23 tahun yang lalu, pelancong boleh mendaki jambatan itu.
Sehingga kini, seramai empat juta sudah mendaki jambatan itu termasuk selebriti popular Oprah Winfrey, Robert De Niro, Pierce Brosnan dan ramai lagi.
Ramai tertarik mendaki jambatan ini kerana dapat menyaksikan pemandangan indah Sydney seperti Circular Quay dan Opera House ketika berada di puncak.
2. Jambaran Story, Brisbane Australia
Masih di Australia – jambatan Story menjadi pilihan pendaki kerana ia lebih pendek, cepat dan kosnya murah berbanding di Sydney. Bagaimanapun, ia masih memberi pengalaman luar biasa termasuk pemandangan indah sungai dan bukit di sekitar Moreton Bay.
3. Jambatan Matagarup, Perth Australia
Jambatan Matagarup adalah jambatan penyeberangan sungai Swam dan merupakan ikon di Perth sejak ia disiapkan pada 2018. Istimewanya mengenai jambatan ini, terdapat 314 anak tangga disediakan bagi memudahkan proses pendakian dan mengambil masa 90 minit untuk sampai ke puncak.
4. Jambatan Auckland Harbour, Auckland New Zealand
Meskipun tidak sehebat Sydney Harbour, pendakian di jambatan Auckland Harbour juga menawarkan pengalaman luar biasa selain skydiving dan terjunan bungee.
5. Jambatan Arrabida, Porto Portugal
Jambatan Arrabida adalah satu-satunya aktiviti pendakian di atas jambatan yang terdapat di Eropah dan ia adalah jambatan berbentuk melengkung terbesar di dunia.
Seperti Sydney Harbour, di jambatan ini juga pendaki dapat melihat keindahan alam dari atas puncak jambatan.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...