Sejak kerajaan Thailand memberikan kelonggoran bagi memasuki sempadan, dah ramai yang ambil peluang untuk bercuti dan juga melawat sanak saudara yang berada di sana.
Begitu juga dengan pengguna Facebook Kyra Shakira yang tidak lepaskan peluang untuk melawat sanak saudara di Tanyong Po yang terletak di Wilayah Satun, Thailand.
Menurut Kyra kampungnya itu terletak di Utara Thailand yang mana kebanyakkan penduduk di situ boleh berbahasa Melayu dengan baik selain kebanyakkan penduduk merupakan orang Islam.
Terletak di tepi pantai, selain kampungnya yang menjadi tumpuan pelancong dari Malaysia, Pak Bara dan juga Koh Lipe antara tumpuan pelancong jika masuk ke Thailand menerusi sempadan Wang Kelian.
Sebelum masuk merentasi sempadan, Kyra sempat bertanya keadaan dan SOP yang perlu dilalui menerusi laman Facebook Backpackers Buddies Malaysia (BBM). Mendapat banyak respon dan info, dia dan keluarga baru sahaja pulang dari Thailand pada Ahad lepas dan turut berkongsi maklumat bagaimana proses untuk memasuki Thailand pada masa kini.
Mercu tanda Kampung Kyra yang terletak di Wilayah Satun
Nampaknya kalau dahulu ke bulan nampak agak mustahil kerana hanya mereka yang benar-benar sihat dari segi mental dan fizikal sahaja terpilih meneroka angkasa lepas untuk tujuan penyelidikan. Malah nilai panggilan sebagai angkasawan pasti membuat insan yang terpilih berasa bangga.
Tapi di tahun 2021, nilai sebagai “angkasawan” itu sudah berubah kerana golongan kayangan boleh melancong ke angkasa lepas asalkan ada duit. Ini kerana selepas balik dari angkasa lepas, bilionair terkenal, Sir Richard Branson meluahkan hasrat untuk membina sebuah hotel di bulan untuk pelancongan penerokaan angkasa lepas.
Portal Evening Standard melaporkan beliau yang baru pulang melancong ke angkasa lepas menjangkakan lebih banyak penerokaan bersama Virgin Galactic di masa akan datang.
Ketika ini, kos bagi satu tiket penerbangan ke angkasa lepas dengan Virgin Galactic dianggarkan bernilai AS$250,000 (RM1.05 juta).
Impian mahu membina hotel di bulan itu akan diusahakan bersama anaknya kelak.
"Masih terlalu awal namun sama ada saya sendiri akan terbabit secara langsung dalam pembinaan hotel di bulan atau saya serahkan kepada anak-anak untuk melakukannya, ia bergantung kepada keadaan.
"Ia kedengaran seperti impian yang mengarut, tetapi perkara sama dikatakan mengenai pelancongan angkasa lepas dan saya baru sahaja melakukannya," kata Branson.
Branson berharap kewujudan lebih banyak roket dan kapal angkasa di masa depan akan mengurangkan kos penerbangan ke ruang galaksi itu.
Branson yang berlepas pada Ahad lalu menyifatkan ia 'detik penting' bagi jutawan itu dan juga seluruh industri ruang komersial.
Menceritakan pengalamannya, penerokaan itu lebih ekstrem daripada dibayangkan sebelum memuji penerbangan pertamanya sebagai terbaik.
"Ini adalah impian seumur hidup. Mimpi tidak sering berubah menjadi kenyataan dan sungguh indah, semua yang mungkin saya impikan akan berlaku," katanya. Sumber : Harian Metro
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Malaysia Airlines akan menyambung semula penerbangan sekali seminggu ke Kota Kinabalu, Kuching dan Miri bermula minggu ini berikutan permintaan oleh kerajaan negeri Sabah dan Sarawak.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong memaklumkan Malaysia Airlines akan memulakan kembali penerbangan dengan kekerapan seminggu sekali ke dan dari Kuala Lumpur ke Kuching, Miri dan Kota Kinabalu.
Foto: Borneo Post
Malaysia Airlines akan mengendalikan penerbangan untuk sektor Kuala Lumpur-Kota Kinabalu-Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur-Miri-Kuala Lumpur pada Khamis dan bagi sektor Kuala Lumpur-Kuching-Kuala Lumpur pula adalah pada Jumaat.
Syarikat penerbangan sekutunya, MASwings, akan menyambung semula perkhidmatan bagi laluan Kuching-Sibu-Kuching, laluan yang sebelum ini di bawah Kewajipan Perkhidmatan awam, sehingga ia dikomersialkan dan dibuka kepada syarikat penerbangan lain untuk beroperasi pada Januari 2019.
MASwings akan mengekalkan jadual penerbangan hariannya di laluan Miri-Bintulu-Miri dan Sibu-Bintulu-Sibu.
Penerbangan antara Kuala Lumpur ke Sabah dan Sarawak akan dikendalikan oleh pesawat Boeing 737-800 Malaysia Airlines manakala penerbangan antara negeri di Sarawak akan dikendalikan oleh ATR 72.
Mengikuti Perintah Kawalan Pergerakan seluruh negara oleh kerajaan Malaysia bagi tempoh antara 18 Mac 2020 dan 28 April 2020, semua syarikat penerbangan di bawah Malaysia Aviation Group (MAG) harus mengurangkan perkhidmatan secara signifikan di seluruh rangkaiannya.
Perkhidmatan domestik Malaysia Airlines di Semenanjung Malaysia ketika ini disokong oleh Firefly dan syarikat penerbangan itu meneruskan penerbangan menyelamat dan penghantaran balik di seluruh dunia.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memperketatkan saringan di lapangan terbang apabila Malaysia Airlines memulakan semula penerbangan ke Sabah dan Sarawak, mulai minggu ini.
Kaedah paling berkesan supaya jangkitan Covid-19 tidak menular adalah melakukan saringan penumpang sebelum menaiki pesawat dan sebaik tiba di destinasi. Saringan boleh dijalankan menerusi pengimbas haba yang berfungsi 50 peratus. Mereka yang demam tidak digalakkan untuk menaiki pesawat sebagai langkah pencegahan yang serius.
Pulau Pangkor antara pulau peranginan yang sering menjadi tumpuan ramai. Tambahan pula kalau nak bercuti ke sini boleh datang pada bila-bila masa sepanjang tahun kerana lautnya tidak mengalami monsun seperti di negeri-negeri Pantai Timur.
Hanya mengambil masa 40 minit perjalanan menaiki feri dari Jeti Lumut, bagi yang tak pernah sampai ke Pulau Pangkor, ini 5 tip dikongsikan untuk anda meneroka pulau pelancongan ini.
5 Tips untuk bercuti di Pulau Pangkor
#1 – How to go Pulau Pangkor?
Cara nak ke pulau pangkor tidaklah terlalu susah. Untuk pergi ke Pulau Pangkor, kita perlu menaiki feri. Jangan risau kerana terdapat banyak feri yang beroperasi seawal 6.30 pagi hingga lewat petang. Perkhidmatan feri yang bermula dari pagi hingga ke malam ini sangat memudahkan pelancong. Ada dua terminal feri untuk ke Pulau Pangkor. Terminal asal adalah Jeti Lumut. Jeti Lumut ini sudah lama dan masih berfungsi hingga ke hari ini. Selain jeti Lumut, ada juga terminal baru iaitu Kompleks Jeti Marina Island. Kompleks Jeti Marina Island yang baru di bina ini kedudukannya adalah lebih hampir dengan Pulau Pangkor. Untuk harga feri pergi balik antara Marina – Pangkor – Marina hanyalah dalam anggaran RM14 seorang untuk pergi dan balik.
#2. Pilih tarikh yang sesuai
Pulau Pangkor tidak seperti pulau-pulau yang terletak di kawasan pantai timur. Pulau Pangkor cukup strategik dan sepanjang tahun boleh datang bercuti ke sini. Cuma, kena pilih tarikh yang sesuai supaya tidak bertembung dengan tarikh cuti umum.
Andainya terpaksa datang bercuti hanya pada waktu cuti umum itu juga, terpaksalah berdepan dengan waktu puncak musim cuti sekolah dengan jumlah pengunjung yang agak ramai.
#3. Tentukan cara dan kenderaan untuk ke sana
Jika mahu bawa kereta atau motor terus ke pulau, boleh gunakan khidmat feri kargo untuk bawa kereta atau motor ke pulau tersebut. Ada 3 bot kargo yang menyediakan perkhidmatan sebegini iaitu Bot Kargo Ah Seng, Bot Kargo Hua Wei dan Bot Kargo Jeti Marina.
#4 – Ketahui tempat menarik di Pangkor
Di Pulau Pangkor ini ada banyak juga kesan peninggalan sejarah. Pemandangan di sini juga cantik. Kerana itu terdapat banyak tempat-tempat menarik di Pulau Pangkor. Pastinya percutian sekeluarga akan lebih sempurna.
Antara tempat-tempat menarik di Pulau Pangkor Perak yang boleh dikunjungi adalah :
Kota Belanda
Pulau Sembilan
Batu Bersurat
Tortoise Hill
Galeri Panorama Pangkor
Pantai Teluk Nipah
Pekan Pangkor
Teluk Ketapang
Masjid Terapung Pulau Pangkor dan banyak lagi.
#5 – Listkan aktiviti siang dan malam di Pulau Pangkor
Percutian waktu siang di Pangkor boleh dipenuhi dengan aktiviti yang pelbagai. Antaranya ronda-ronda sekitar pekan Pangkor, lihat nelayan menangkap ikan guna pukat tarik, lihat penduduk setempat usahakan perniagaan ikan kering, lakukan aktiviti snorkeling di Pulau Pangkor, naik bot di Pulau Pangkor untuk keliling pulau dan banyak lagi.
Untuk aktiviti malam di Pulau Pangkor ini pula, boleh berjalan di persisiran pantai, bina unggun api sambil berbbq, nikmati makan malam menu ikan bakar di restoran Shema Hashim Pulau Pangkor dan lain-lain lagi.
Dengan pelbagai aktiviti yang ada siang dan malam di Pangkor, pastinya pengalaman percutian selama tiga hari dua malam di Pulau Pangkor akan terasa sangat pantas.
sumber: Sis hawa
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...