Oleh itu, pengunjung dinasihatkan agar tidak bermandi-manda di kawasan pantai yang dinyatakan buat masa ini kerana dikhuatiri terkena sengatan obor-obor beracun.
Buat maasa ini masih tiada anti venom untuk serangan obor-obor ini kecuali ubat penahan sakit sahaja. Menurut ahli sains, kesan serta merta yang dirasai dalam tempoh tiga minit ialah kekejangan yang menimbulkan kesakitan melampau.
Ads
Hari ini Pusat Rujukan dan Repositori Laut China Selatan ,INOS, UMT telah menerima lagi 41 ekor Portuguese man of war…
Menurut sumber Bernama, Pihak Majlis Daerah buat masa ini telah meletakkan bendera merah dan papan tanda di lokasi terbabit sebagai tanda amaran kewujudan obor-obor beracun di kawasan itu.
Ads
Orang ramai yang menemui obor-obor ini perlu melaporkan terus kepada Jabatan Perikanan atau Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk tindakan lanjut dengan melupuskannya mengikut prosedur.
Nelayan tempatan turut mendakwa obor-obor jenis itu pernah ditemui di perairan Pulau Kapas sejak empat tahun lepas namun tiada bukti yang dapat mengesahkannya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Air Asia umum bantuan mangsa banjir Pulau Pinang pada hari ini dengan menawarkan penerbangan kepada NGO yang memerlukan pengangkutan udara bagi menghantar barangan.
AA juga menawarkan untuk membawa kakitangan perubatan bertugas ke Pulau Pinang; di mana sekurang-kurangnya lima orang dilaporkan mati berikutan banjir besar dan angin kencang.
“Lebih banyak hujan diramalkan akan berlaku. Kira-kira 2,000 orang telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.”
“Kami sedih dengan tragedi banjir di Pulau Pinang dan berikrar untuk melakukan apa yang termampu bagi meringankan kesengsaraan yang dialami oleh penduduk Pulau Pinang.”
AirAsia komited dengan falsafah bahawa tiada perbadanan boleh hidup selain daripada komuniti yang dikendalikannya.
“Adalah menjadi tanggungjawab kami memberikan bantuan dalam masa yang diperlukan,” kata pengerusi eksekutif AirAsia Berhad dan CEO Kumpulan AirAsia X, Kamarudin Meranun dalam satu kenyataan.
NGO yang memerlukan bantuan pengangkutan udara untuk barang bantuan dinasihatkan untuk menghantar permintaan mereka ke foundation@airasia.com, di mana instruksi mengenai pengiriman dan keperluan kargo akan diberikan setelah penilaian.
Kakitangan perubatan bertugas yang dikehendaki berada di Pulau Pinang juga boleh menghantar permintaan mereka ke foundation@airasia.com untuk tujuan penerbangan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Jepun sememangnya sebuah negara yang mempunyai tarikan pelancongan. Memiliki empat buah pulau utama, jutaan pelancong melawat negara itu saban tahun bagi mencuba menikmati budayanya, pemandangan indah, berbelanja dan lain-lain tarikan. Ramai menyukai melancong ke negara ini kerana keunikan negaranya malah ia menjadi pilihan ramai ekspatriat.
Berkongsi kisah menarik pulau Okinoshima ditulis oleh Zunita Ramli, rakyat Malaysia yang menetap di negara matahari terbit ini.
Okinoshima adalah pulau yang dianggap suci oleh penganut Shinto. Terletak di wilayah Fukuoka, pulau ni sangat “rahsia” sebab bukan sembarangan orang boleh jejakkan kaki kat dalam pulau ni.
Okinoshima hanya didiami oleh lebih kurang 2 dozen sami Shinto dan setiap tahun hanya lebih kurang 200 orang lelaki saja dibenarkan masuk ke dalam pulau ini dengan syarat – tanpa pakaian .
Mereka perlu “sucikan” diri dulu dekat kawasan laut berhampiran sebelum masuk Okinoshima manakala wanita pula diharamkan terus dari jejakkan kaki ke pulau ni kerana dipercayai wanita tidak suci sebab mempunyai kitaran menstruasi.
Mereka yang dah masuk pulau ni pun, diharamkan bercakap pasal pulau ni dekat orang lain apatah lagi bawa keluar apa-apa benda dari pulau ni walaupun sehelai daun. Nelayan sekitar pun tak berani nak datang dekat dengan pulau ni. Sebab macam-macam cerita lagenda yang tak berapa best berlaku kalau seseorang tu yang langgar “pantang” ni.
Sebabkan status misteri pulau ni, ia dipercayai menyimpan lebih kurang 80,000 artifak yang kini jadi warisan negara Jepun. Walaupun pulau ni adalah tapak warisan UNESCO sejak tahun 2017, tapi ia tetap tak dibuka kepada umum walaupun ramai gesa. Bak kata ketua sami di Munakata Grand Shrine,
“Kami takkan buka Okinoshima pada umum walaupun ia adalah tapak warisan UNESCO. Orang awam tak patut datang hanya sebab sifat ingin tahu (apa yang ada dalam pulau ni)”
Biasa macam tulahkan, benda yang orang tak bagi itu lahhhh yang dia nak sangat. Rasa Tokyo Organic kena buat macam tu juga lah, kita jual dekat orang yang tak nak beli je.
Kalau bercerita pasal perkhidmatan teksi di sekitar Kuala Lumpur (KL) ni, memang bertimbun-timbun cerita yang boleh kita dengar. Tapi masalahnya, cerita yang kita dengar tu kebanyakkannya bukan cerita yang boleh dibangga-banggakan sangat. Banyaknya cerita sumpah seranah pelanggan yang pernah menggunakan perkhidmatan teksi di KL.
Anda tak percaya? Cuba cari cerita berkaitan dengan teksi Malaysia di laman-laman sosial dan baca komen wargamaya yang pernah menggunakan khidmat teksi. Daripada beribu-ribu komen, boleh kata semua menyumpah seranah pemandu teksi. Ada yang kata pernah kena sembelih, ada yang kata suka mencarut, ada yang kata baran, ada kereta berbau dan tak selesa.
Saya boleh bilang pakai jari, daripada 10 komen, mungkin ada satu saja yang memuji sesetengah pemandu teksi yang betul-betul jaga perkhidmatan beliau kepada pelanggan. Untuk pemandu teksi yang jaga kualiti dan imej teksi, saya ucapkan terima kasih dan salam hormat pada anda.
Tapi pemandu teksi yang mencemar imej menjatuhkan maruah ni macam mana? Dah la diorang yang antara menjadi muka depan negara menyambut kedatangan pelancong-pelancong dari luar negara. Sedangkan warganegara sendiri pun dah pangkah naik teksi sebab kene sembelih, anda bayangkan pula dengan pelancong asing, rasa-rasanya macam mana?
Isu ini lah yang menjadi kemarahan kepada saudara Mohd Faiz Hashim dalam satu hantaran di laman sosial Facebook beliau. Melalui daripada pengamatan, saudara Faiz ni pun pemandu teksi tetapi beliau kecewa dengan sikap segelintir kawan-kawan teksi yang lain hingga mencemar dan memberi persepektif buruk kepada perkhidmatan teksi di negara kita.
Menurut saudara Faiz, sikap tidak jujur dengan tidak menggunakan meter dan berlagak samseng membuatkan pelanggan lari dari terus menggunakan khidmat teksi dan beralih kepada menggunakan khidmat e-hailing.
Faiz turut berkata bahawa baru-baru ini beliau ada membawa sekumpulan pelancong asing yang di’sembelih’ oleh pemandu teksi di KL dengan harga yang tidak masuk akal. Cerita daripada pelancong asing tersebut, dek kerana salah seorang dalam kumpulan mereka OKU, mereka terpaksa mengambil teksi berkenaan sekalipun ditawarkan harga yang merepek dan tidak menggunakan meter.
Sikap semacam ini lah yang membuatkan penumpang lebih suka naik Grab berbanding teksi. Tapi bila orang awam pilih Grab, ada pemandu teksi yang marah.
Antara lokasi hotspot pemandu teksi ‘kaki sembelih’ penumpang yang perlu anda berjaga-jaga selepas ini;
Depan Petaling Street Teksi yang bersidai luar Klcc Segelintir yang bersidai luar pavilion. Depan arab street Depan Time Square. Sepanjang jalan Bukit Bintang depan KFC hingga Federal hotel.
Saudara Faiz juga sempat menyampaikan kepada semua bahawa cara mudah untuk anda mendapatkan teksi bermeter adalah dengan menggunakan aplikasi GrabTaxi. Anda ada pilihan untuk menggunakan teksi bajet atau eksklusif bergantung kepada selera anda yang mana. Lebih menyakinkan adalah pemandu teksi yang menggunakan aplikasi ini akan mematuhi standard yang ditetapkan kalau tak mahu disenaraihitamkan kerana tidak mengikut undang-undang.
Akhir kata, kepada pemandu teksi, sebelum anda harapkan bantuan daripada sesiapa, apa kata anda bantu perniagaan anda dahulu dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Dengan izin tuhan, anda boleh mengubahnya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Penerbangan jarak jauh memang boleh jadi mencabar, terutama kalau perlu duduk berjam-jam dalam ruang yang terhad. Silap pilih tempat duduk, perjalanan yang sepatutnya menyeronokkan...