
Berhati-hati ketika mandi di Pantai Pulau Kekabu dan Pantai Batu Buruk, ekoran penemuan obor-obor Portuguese Man O War.
Obor-obor ini biasanya mendiami lautan Pasifik itu kali pertama ditemui hanyut dan terdampar di perairan pantai negeri Terengganu. Ibu bapa atau penjaga diingatkan supaya mengawasi anak kecil agar tidak menyentuh sebarang hidupan dilaut yang dijumpai berhampiran mereka.
Sumber Foto: Thoughtco
Obor-obor jenis ini disifatkan antara spesies berbahaya kerana sengatannya boleh menyebabkan kulit melecur, melumpuhkan mangsa dan membawa maut. Fizikal obor-obor itu yang cantik, kecil seakan plastik dikhuatiri akan menarik minat sesiapa sahaja untuk menyentuhnya.
Beberapa pelancong Australia yang bersantai di pantai itu memaklumkan kepada anggota Pertahanan Awam Malaysia mengenai kehadiran obor-obor berkenaan. Sebanyak 11 obor-obor ditemui mati terdampar di sepanjang pantai dan lebih 10 obor-obor yang masih hidup ditemui dalam air.
Info sumber IMITS Permaisuri
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Mat Salleh Kalau Pandai Cakap Bahasa Jepun Dah Kira Power. Bahasa Paling Susah Buat Mereka Tau

Tidak rugi pun seandainya setiap orang berusaha mengambil inisiatif untuk mempelajari dan menguasai bahasa-bahasa utama di dunia. Bahasa merupakan suatu elemen yang penting dalam kehidupan. Manusia menggunakan bahasa sebagai medium untuk berkomunikasi, sama ada secara langsung atau bertulis.
Menurut kajian pakar bahasa, terdapat lebih 6,500 bahasa di seantero dunia ini. Namun kajian yang dijalankan oleh NVTC dan Foreign Service Institute, antara banyak-banyak bahasa yang ada di dunia, Bahasa Jepun adalah bahasa yang paling sukar untuk dipelajari oleh sekumpulan penceramah yang memahami Bahasa Inggeris. Diikuti Bahasa Arab, Bahasa Mandarin, dan kemudian Bahasa Korea.
Tetapi kalau diikutkan di negara kita, Bahasa Arab dan Bahasa Mandarin ramai yang berjaya menguasainya dengan begitu baik.
Kalau anda individu yang dapat menguasai 4 bahasa paling susah ini, kira memang anda ‘power ‘ la! Kelebihan menguasai bahasa asing boleh dimanfaatkan sepenuhnya dalam alam pekerjaan. Kelebihan tersebut membolehkan individu itu menceburkan diri dalam kerjaya seperti penterjemah atau sebagai jurubahasa dalam bidang kehakiman mahupun sektor pelancongan. Gaji jangan cakap la, orang luar yang mahir bertutur dalam bahasa tempatan memang sentiasa mendapat permintaan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bawa Baju Mencukupi Ketika Travel, Memakai Baju Sama Banyak Kali Bawa Banyak Keburukan!

Ya, memang ada orang yang suka pakai baju yang sama setiap kali pergi travel dan makan angin. Lebih teruk ia diulang pakai ketika hendak tidur. Mungkin sebab selesa dengan pakaian tersebut atau sudah dianggap seperti ‘bantal busuk’, pelengkap untuk tidur.
Pakaian yang tidak ditukar mudah kotor sekaligus mengundang anda kepada penyakit bawaan seperti demam dan selsema. Bukan itu sahaja, kalau wajah anda senang didatangi jerawat dan pori tersumbat dari mana lagi kalau tidak baju tidur yang tidak bertukar.
Sia-sia sahaja kalau anda kerap menukar cadar tapi memakai pakaian tidur yang sama hampir setiap hari.
Jadi adalah WAJIB untuk anda menukar pakaian tidur pada setiap malam.
Jika anda masih berdegil untuk tidak menukar, berkemungkinan anda akan mengalami permasalah seperti ini.
Bangun pagi yang lemah
Memakai pakaian kotor ketika tidur malam boleh memberi kesan pada tubuh pada keesokan paginya. Anda akan berasa tidak segar, bermalasan dan tidak selesa. Ini kerana sepanjang malam anda bergelumang dengan bakteria yang ada pakaian lama. Ketahuilah bakteria berpindah dengan mudah pada kulit anda.
Tidur tidak nyenyak
Anda akan mengalami ketidakselesaan seperti gatal-gatal dan berminyak sekaligus menganggu kualiti tidur.
Badan berbau
Sia-sia sahaja anda mandi tapi kemudian menyarung baju tidur yang lama. Bakteria yang terperangkap pada pakaian seterusnya meninggalkan bau badan yang tidak menyenangkan. Ingat bukan sahaja mandi yang mengelakkan badan berbau, malah menukar pakaian yang bersih juga memberi faktor yang sama.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Trip 2H1M Bawa Keluarga Jejak Pantai Sky Mirror Di Kuala Selangor

Pantai Kuala Selangor terkenal dengan jolokkan nama Mirror of the Sky kerana ketika air cetek, pantai ini akan mencerminkan keindahan langit di atas biasan pantai.
Dengan itu, pantai ini mewujudkan banyak peluang fotografi yang unik kepada pelancong. Destinasi ini merupakan destinasi pelancongan yang sempurna untuk anda kerana ia juga menjadi habitat kepada aktiviti marine agrikultur.
Ini merupakan tip percutiaan menarik daripada sumber Port Cuti Bajet untuk anda yang teringin ke Pantai Sky Mirror.
PERCUTIAN BERBALOI KE PANTAI PERSIS CERMIN
Sebelum ni, bila time cuti sekolah je aku bawa anak2 bercuti dekat hotel apartment dekat tengah2 KL. Seronok bukan main lah budak-budak tu. Tapi cuti sekolah kali ni, teringin nak cuba yang lain dari yang lain. Yang unik sikit lah kata orang. So, terus aku search online.
Ramai juga yang suggest sky mirror kalau nak bercuti yang unik dan menarik. Bila aku tengok google dan facebook, serius! Jatuh cinta tengok gambar2 dia. Cantik macam dekat luar negara. Kaki bergambar comfirm suka sebab boleh jimat banyak!
Aku stay kat sana 2 hari 1 malam. Disebabkan bot aku tu gerak Jam 1.15 petang, so jam 10 pagi aku dah drive gerak dari bangi. Perjalanan dari jeti ke tempat bergambar tu pulak dalam 30-40 minit je dengan menaiki bot.
Serius memang cantik kawasannya. Dengan langit dan air laut yang biru, tenang je rasa. Gambar yang kita snap pun jadi cantik giler2! Serius puas hati!
Aku stay dekat hotel Malawati. Percaya tak, untuk 5 orang dengan 2 katil queen dan 1 katil single aku hanya bayar RM48 sahaja! Stay weekend pula tu. Memang murah dan jimat sangat-sangat.
Bagi yang blur-blur tak tahu sky mirror tu apa, korang boleh try google. Tempat dia cantik untuk bergambar dan dengar-dengar ada 3 tempat je yang macam ni. Serius lah! Salah satunya dekat Kuala Selangor, Malaysia kot. Bangga jap.
- Rate ke sky mirror RM80 untuk dewasa, RM60 untuk kanak-kanak, dan ada additional 20% discount untuk OKU child. Pakej termasuk semua perjalanan pergi balik naik bot, dan semua pic-pic cantik yang ada kat sana, team Sky Mirror yang snap. Gigih tau dorang terbaring untuk hasil kan effect mirror yang cun.
- Orang kata, alang-alang bercuti tu biar betul-betul bercuti kan? Dalam masa sehari tu memang aku habiskan masa dekat sky mirror, bagi monkey makan dekat bukit Malawati, dan Eagle Feeding.
- Sebenarnya, kalau korang stay 2 malam pun boleh buat macam-macam aktiviti lagi. Meh aku list kan untuk korang refer:
- Sky mirror – pantai persis cermin
- Firefly – saksikan ribuan kelip-kelip terangi malam
- Eagle feeding – helang beterbangan tunjukkan aksi di tengah laut.
- Blue tears – fenomena air laut biru yang unik
- Taman melawati – ratusan monyet yang jinak
- Ikan air tawar
4. Kalau pergi semua aktiviti ni pun..boleh dapat rate RM140-RM150 je bergantung dengan korang punya nego.
5. Dengan 2 hari korang stay, semua aktiviti ni korang boleh buat bersama keluarga or kawan-kawan. Serius memang cantik kalau dapat tengok sendiri kelip-kelip dan blue tears tu!
6. Kalau bab makan pulak, ade beberapa tempat yang sangat recommended. Antaranya aroma ikan bakar. Setengah jam dari jeti. Tapi disebabkan aku pergi sabtu dan cuti sekolah. Comfirmlah dah penuh. Oleh itu aku suggest korang yang nak ke Sky Mirror dan nak makan Aroma Ikan Bakar ni book dulu untuk reserve tempat duduk. So senang lah nanti.
7. Dekat sky mirror ni ade banyak ejen yang bersedia membantu kita dari naik bot ke sky mirror, eagle feeding, firefly dan sesi fotografi pun sama. Macam aku, lepas search di facebook aku jumpa company Fun Life. Diorang memang best!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
























