Orang kita gemar meletakkan persepsi kalau nak bercuti mestilah dilengkapi dengan bajet yang begitu besar. Jika tiada, semua perancangan boleh jadi kurang menarik.

Kalau begitu, sampai bila-bila pun anda takkan dapat pergi bercuti. Kesannya, kepala anda yang sudah stress itu tak mustahil semakin berserabut.

Sehubungan itu, andai terdetik niat di hati nak bercuti dengan bajet yang minimal, kenapa tidak follow 7 tip yang mungkin sesuai dengan perancangan anda ini :

1. Lakukan survey secara terperinci

Langkah awal yang harus dilakukan adalah survey tempat yang akan anda lawati. Hal ini penting kerana ia akan membantu anda untuk mengenal pasti berapa banyak budget yang harus disiapkan. Siapkan juga berbagai keperluan lainya sebelum berangkat. Misalnya tempat menginap, tempat yang akan dikunjungi, dan juga tempat makan agar aktiviti anda jadi lancar.

IKLAN

2. Siapkan wang tambahan

Walaupun anda sedang menikmati keseronokkan bercuti, anda harus siapkan juga wang tambahan. Wajib! Jangan sampai nanti kehabisan wang dan tak boleh pulang ke negara sendiri. Tetapi ingat, wang itu hanya untuk keadaan darurat. Apa-apapun anda wajib untuk follow pada rencana awal mengenai budget awal pada tahap survey tadi ya!

Cards photo created by jcomp – www.freepik.com

3. Pilihan transport yang paling bernas

Pengangkutan adalah salah satu point yang harus kamu perhatikan. Sebaiknya, gunakan kenderaan atau pengangkutan yang murah. Jangan sesekali ambil jalan mudah dan menggunakan yang mahal. Jika perlu berjalan sedikit, kenapa tidak? Tidak mengapa lama sedikit, yang penting pengalamannya kan?

IKLAN

4. Gunakan kenderaan peribadi

Masih mengenai pengangkutan. Kenderaan peribadi memiliki beberapa kelebihan lain dibanding kendaraan umum seperti kereta dan bus. Dengan menggunakan kenderaan peribadi, anda boleh bajet untuk perbelanjaannya. Tambahan pula jika pergi bersama dengan rakan-rakan, kata orang boleh “tong-tong” duit minyak dan tol. Apa yang bestnya bila naik kenderaan sendiri, anda boleh berhenti di mana-mana kawasan anda suka untuk ambil gambar dan juga untuk berehat. Tidak terburu-buru. Best!

IKLAN

5. Pilih waktu yang tepat

Pilihlah waktu yang tepat untuk bercuti. Kalau boleh jangan pergi ketika musim cuti, kerana kebiasaannya penginapan dan juga kedai cenderahati akan menaikan harga pada musim cuti. Tetap bagi anda yang hanya memiliki waktu pada musim cuti, relaks jer. Anda masih boleh mendapatkan tempat penginapan dan perbelanjaan yang murah dengan melakukan survey secara detail tentang tempat menginap dan kos perbelanjaan terlebih dahulu.

6. Promosi hebat

Perhatikan juga promo-promo yang ditawarkan tiap-tiap tempat percutian yang kamu akan pergi. Kebiasannya promosi tambang murah tiket penerbangan mahupun promosi murah untuk penginapan akan muncul di internet. Jadi kamu harus rajin melihatnya satu persatu. Untuk menjadikannya lebih mudah, kamu juga boleh terus tekan pada laman web yang direka khas untuk promosi percutian. Lebih mudah dan cepat!

7. Pilih percutian domestik

Kenapa harus ke luar negara kalau di dalam Malaysia sudah ada tempat best untuk bercuti? Banyak hidden paradise yang ditawarkan di Malaysia. Pilih saja area mana anda mahu pergi. Bukan hanya membantu meningkat ekonomi negara, malah ia juga memudahkan perjalanan percutian anda. Apa yang penting, ia lebih murah! Jadi anda pun tak perlu memikirkan kos perbelanjaan yang tinggi!