Kelantan adalah sebuah negeri yang terkenal dengan kekayaan budaya dan tradisi selain destinasi pelancongan yang menarik. Tidak kurang istimewanya seperti negeri lain, negeri Pantai Timur ini juga terkenal dengan makanan unik tradisi dan lokasi best untuk menjamu selera. Boleh dikatakan makanan di Kelantan kebanyakkan sedap dan menarik untuk dicuba.
Nak tahu mana lokasi best untuk jalan-jalan di Kelantan sambil makan? Ini perkongsian daripada Nurul, port best untuk singgah jamu selera.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai sempena tahun 2020 ni tahun melawat Kelantan kita pusing Kota Bharu jalan jalan cari makan selama 3 hari 2 malam. Trip rawat hati sebab trip Bali postpone ke tahun depan.
Ads
Yati Ayam Percik (servis agak slow. Maybe orang terlampau ramai n pekerja dia itulah ambik order itulah tukang isi nasi)
Pantai Cahaya Bulan
Acu Tera PCB (Sotong & Udang celup tepung dia sedap)
Kopitiam Kita (Roti titab dia terbaik)
Pantai Mek Mas (yang view macam padang pasir tu)
Palestine Art
Nasi Kak Wook (Sedap. Cubalah nanti mintak sambal lebih tau)
Kaori Cha ( Cukup rasa dan potong kaki)
Pantai Senok (Lawa kat sini beratus gambar)
D’syaz maggi ketam (ok je kot rasa dia. Tapi ketam dia sedap. Manis isi dia)
Jijah Nk Stall (Nasi Kerabu tumis + kambing dia sedap gila. Please pergi kalau ada kat KB)
Warung Pak Mat Pulau Pisang (teh ais madu dia sedap bak hang. Pergi lah weh!)
Scekok Ran Xahar( bahan-bahan penuh. Tapi kurang rasa)
Pasar Siti Khadijah (beli keropok, kain batik, kain pasang bagai kat sini. Sapa pandai kecek kelate mau dapat murah. Kita ni orang pahang duk koi aok jela mana mau dapat murah)
Ads
Untuk trip kali ni total habis RM 600 la lebih kurang. Kami pergi bertiga. Sorang kos dalam RM 200. Ni termasuk makan minum hotel dan minyak pergi balik. Hotel tempah kat OYO RM 166 Untuk 2 malam. Bilik lawa dan bersih sangat. Dapat 1 katil queen n 1 single. Cuma agak sempit la. Tapi so far puas hati. Ada heater apa sume.
Ads
Next time kita cuba jalan jalan cari makan tempat lain pulak.
P/s : Nak pergi maybe boleh start dari hari Sabtu Ahad Isnin. Sebab hari Jumaat kedai viral ada yang tutup. Kami 1st day agak kecewa la. Sebab sampai hari Jumaat kan. Pape pun duduk Kelantan takdan nak lapar. Kenyang manjang
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Walau pun Malaysia beriklim khatulistiwa, negara kita masih boleh memiliki pelbagai suasana yang menarik selepas atau sebelum musim tertentu.
Dikatakan disekitar negeri jelapang padi terutama di sekitar Alor Setar, Kedah ketika ini mengalami ‘musim bunga’ atau fenomena bunga tekoma. Kelihatan beberapa jenis pokok mengeluarkan bunga yang cantik umpama bunga sakura sudah tiba musimnya. Bunga tekoma ini mengeluarkan bunga berwarna merah jambu dan putih sejak awal minggu ini.
Biarpun negeri di utara tersebut dilanda cuaca panas, keadaan ‘musim sakura’ itu memberi sedikit kedamaian dan sejuk mata memandang sebaik melihat deretan bunga tersebut di sepanjang jalan.
Jika anda berada di sekitar lokasi itu jangan lepaskan peluang untuk merakamkan gambar yang indah ya. Untuk anda yang bercadang datang bersiar-siar melihat fenomena bunga ‘sakura’ ini, pastikan menjaga kebersihan lokasi tersebut ya. Sayang la, jika tempat dah cantik, tapi sampah pula menggunung.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Nak merasa duduk resort dalam hutan, boleh ke Sementra Nature Resort, Gopeng. Bukan sahaja dikelilingi suasana pokok hijau tetapi ada sungai kecil berdekatan resort.
Risau jauh? Jangan risau, perjalanan dalam dua jam setengah sahaja jika anda dari Shah Alam.
Masuk ke dalam area resort dari simpang utama lebih kurang 10km, anda akan jumpa banyak campsite dan resort/chalet lain sebelum sampai sini.
Anda yang suka berdamai dengan alam semula jadi, ini adalah pilihan staycation menarik untuk anda lepak dengan keluarga tersayang atau rakan-rakan sejiwa.
Suasana bilik memang terbaik, ada balkoni menghadap forest dan menghadap tasik. Tetapi televisyen dan internet ikut nasib. Kejap ada dan tak ada.
Minimalist, sesuai untuk anda yang suka dengan suasana lapang tidak serabut.
Jangan risau, tetap ada pool untuk anak-anak layan main air dan sungai pun ada. Lepas lah untuk celup kaki.
Makanan anda tak perlu risau, sarapan pun disediakan. Maklum lah, tempatnya agak ke dalam, jadi mungkin ada yang risau nak beli makanan susah. Tetapi jika nak bawa kudap-kudap lebih, pun bagus. Nak-nak anda yang ada anak kecil.
Layan rama-rama cantik sejenak, memang boleh layan mood bercuti dari kesibukan kota. Bersambung menjamu mata dengan suasana persekitaran bersih, bangun pagi boleh hirup udara segar.
Owh ya, tempat ini sesuai untuk anda bawa anak-anak merasa dunia camping. Nanti kalau balik Perak, singgah lah ya!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Musim-musim rumah terbuka atau kenduri kahwin ini ada yang ambil kesempatan untuk meninjau dewan dan lokasi jemputan majlis tuan rumah. Bukan apa, kadangkala sebagai persedian awal untuk kita merancang pelbagai acara dan majlis yang ingin dilakukan. Di pejabat juga, kadangkala kita disuruh untuk mencari lokasi sesuai untuk mengadakan pertemuan, atau dilantik sebagai pengurus acara untuk sambutan ulang tahun rakan-rakan.
Nah! Ini adalah dewan ekslusif dan hebat yang sangat gah ada di dalam negara kita. Tidak semestinya untuk adakan acara besar sahaja, acara kecil dengan kapasiti jumlah tertentu juga disediakan pakej khas oleh pengendali industri MICE ini. Industri MICE bermaksud destinasi utama pasaran mesyuarat, insentif, acara, konvensyen dan pameran.
Kuala Lumpur Convention Centre terletak dalam radius kota kosmopolitan ibu negara bersama-sama pencakar langit Menara Berkembar Petronas, pusat beli-belah Suria KLCC, Masjid As-Syakirin dan Dewan Orkestra Filharmonik. Berjaya memenuhi aspirasi sebuah destinasi MICE berstatus lima bintang maka tidak hairanlah, Kuala Lumpur Convention Centre tidak memerlukan masa yang lama untuk mendapat pengiktirafan demi pengiktirafan di mata dunia. Dibina untuk acara tempatan dan antarabangsa, Kuala Lumpur Convention Centre berciri futuristik dilengkapi dengan teknologi bangunan yang canggih dan terkini. Kecanggihan teknologi adalah satu kelebihan Kuala Lumpur Convention Centre berbanding destinasi MICE lain.
Kuala Lumpur Convention Centre mempunyai Dewan Pleno, Teater Pleno, Dewan Pameran, Grand Ballroom, Dewan Persidangan, Dewan Bankuet dan bilik-bilik mesyuarat. Dewan Pleno dan Teater Plano yang dilengkapi dengan pencahayaan dan sistem bunyi yang canggih dengan tempat duduk bertingkat yang mampu menampung sehingga 3,000 orang. Manakala seramai 2,380 orang pula boleh dimuatkan dalam bentuk teater atau 2,000 orang tetamu dalam bentuk bankuet di Grand Ballroom. Dewan bankuet adalah antara tiga ruang terpenting yang terdapat di sini untuk kegunaan mesyuarat yang boleh memuatkan hampir 800 orang dalam satu-satu masa.
Kuala Lumpur Convention Centre Jalan Ampang, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia
Berkeluasan lebih 160,000 meter persegi dengan ruang pameran 240,000 meter persegi, Putra World Trade Centre atau Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dikenali kerana tahap perkhidmatan peribadi yang tinggi dan pendekatan yang fleksibel untuk pengurusan acara. Lokasi ini sangat popular sebagai penganjur acara, perancang mesyuarat dan menjadikannya sebagai lokasi pilihan utama bagi konvensyen antarabangsa, konsert dan acara berprestij yang lain di Malaysia.
Terletak di kawasan tumpuan ramai ditengah bandaraya Kuala Lumpur. PWTC juga berkedudukan berhampiran dengan kemudahan stesen pengangkutan awam, pusat membeli-belah, restoran, pusat hiburan dan hotel penginapan bertaraf 3 hingga 5 bintang.
PWTC mempunyai dewan pameran yang terbesar di negara dengan keluasan 23,375,000 meter peregi, ruang ini termasulah Dewan Banquet seluas 4,0220 meter persegi dan 17 bilik mesyuarat. Selain daripada dewan pameran, terdapat juga ruang untuk tapak pameran di luar serta ruang legar..
Putra World Trade Centre 41, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah membangunkan pusat pameran MATRADE Exhibition & Convention Centre di Jalan Duta dan muncul sebagai sebuah kawasan yang menjadi sebuah lagi mercu tanda kebanggaan negara ini. Dengan keluasan 90,000 meter persegi MATRADE Exhibition & Convention Centre ini mampu memenuhi keperluan untuk mempromosi sektor MICE sebagai satu bentuk perniagaan yang menguntungkan.
Ia adalah satu keperluan bagi Malaysia untuk membangunkan sebuah kemudahan yang lengkap dan mencukupi bagi mempromosikan sektor MICE yang akan turut memberi kesan yang besar kepada sektor pelancongan.
Dibangunkan oleh Kumpulan NAZA. MATRADE Exhibition & Convention Centre menjadi sebuah pusat pameran dan konvensyen terbesar di negara ini. Di sini mempunyai kemudahan tiga tingkat ruang pameran, 12 buah dewan selain dilengkapi dengan bilik kenamaan (VIP), restoran, dapur tengah, kaunter tiket dan 1,400 ruang meletak kereta. Bangunan ini dihubungkan dengan Menara Matrade sedia ada serta terletak berhampiran dengan pusat bandar. Pusat Matrade ini turut berfungsi bersama pusat pameran sedia ada untuk menjadi lokasi MICE terunggul di negara ini.
MATRADE Exhibition & Convention Centre Level 3, East Wing, Menara MATRADE, Jalan Khidmat Usaha, Off Jalan Duta, 50480 Kuala Lumpur
Putrajaya International Convention Centre (PICC), merupakan sebuah pusat konvensyen utama di Putrajaya, Malaysia. Bangunan ini terletak di atas Taman Puncak Selatan Presint 5. Pusat konvesyen ini direka untuk memenuhi ruang seluas 135,000 meter persegi dan sekali gus menjadikannya salah satu pusat konvensyen terbesar di Malaysia.
Bangunan ini telah dibina dari tahun 2001 hingga September 2003. Persidangan pertama yang telah dilangsungkan di sini ialah Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang ke-10. PICC menjadi mercu tanda terkenal di Putrajaya yang juga merupakan idea daripada Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr.Mahathir Mohamad.
PICC boleh menampung 10,000 orang dengan lebih 57 dewan dan bilik-bilik kecil yang sedia untuk digunakan. Dewan Besar atau Dewan Plenary boleh menempatkan 3000 orang, manakala Dewan Perdana mempunyai ruang yang boleh digunakan untuk menampung 3,000 pengunjung pada satu-satu masa. Selain itu, PICC juga mempunyai 14 bilik untuk mesyuarat dua hala, VIP Lounge, 10 dewan perbincangan persidangan, 33 bilik mesyuarat, 3 galeri awam, 2 restoran, 3 surau dan 4 kiosk pusat perniagaan. PICC turut mempunyai kemudahan parker bawah tanah yang boleh menampung kira-kira 1200 kenderaan dengan akses lif ke semua tingkat.
Putrajaya International Convention Centre Dataran Gemilang, Presint 5 62000, Putrajaya
Sarawak menjanjikan satu pengalaman baru kepada para usahawan yang ingin menghadiri acara MICE. Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) yang dibina pada Mac 2007 dengan kos pembinaan sebanyak RM195 juta, memainkan peranan utama menjadikan Sarawak sebagai antara destinasi yang kompetitif bagi sebarang pertemuan perniagaan peringkat serantau dan antarabangsa. Secara tidak langsung BCCK membantu meletakkan Malaysia khususnya Sarawak sebagai hub pertemuan perdagangan di Asia.
Berkeluasan 36,000 meter persegi, pusat konvensyen ini terletak hanya lima kilometer dari pusat bandar Kuching dan menjadi pusat konvensyen pelbagai guna pertama di Borneo. Ia turut dikatakan dapat memberi pulangan sehingga 12 kali ganda apabila pelbagai mesyuarat, persidangan dan pameran antarabangsa dianjurkan di sini. BCCK mempunyai dewan persidangan yang boleh memuatkan sehingga 5,000 peserta selain dilengkapi pelbagai kemudahan canggih seperti internet tanpa wayar dan kemudahan audio visual digital.
Borneo Convention Centre Kuching The Isthmus, Sejingkat, 93050 Kuching, Sarawak
Kemampuan Langkawi dari segi kemudahan dan keindahan alamnya sebagai daya penarik, untuk menjadi tuan rumah kepada persidangan-persidangan bertaraf antarabangsa (MICE), tidak boleh disangkal lagi. Sejak Langkawi diisytiharkan pulau bebas cukai, ia mengalami pembangunan pesat yang menyaksikan pelbagai kemudahan infrastruktur dibina antaranya Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC). MIEC dibina di atas tanah seluas 71,400 meter persegi dan boleh menampung seramai 3000 orang pengunjung atau tetamu dalam satu masa. Antara kemudahan yang tersedia adalah ruang pameran, bilik pelbagai, fungsi bilik VIP dan ruang pemerhati.
Keadaan ini menjadikan Langkawi bukan sahaja muncul sebagai destinasi pelancongan utama di rantau ini malah mampu menjadi tuan rumah persidangan dan kejohanan sukan bertaraf antarabangsa seperti kejohanan lumba basikal berprestij, Le Tour de Langkawi, Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa (LIMA) dan sukan lasak Kejohanan Ironman Triathlon Langkawi.
Mahsuri International Exhibition Centre Lot 274 Jalan Lima Padang Matsirat 07000 Langkawi, Kedah
Melaka International Trade Centre (MITC) merupakan pusat perdagangan yang terunggul sebagai lokasi MICE yang memainkan peranan penting dalam pembangunan perdagangan. MITC turut merangkumi bandar yang terdiri daripada menara pejabat, kompleks kerajaan, hotel, perhentian bas dan tempat ibadah. Kawasan MITC meliputi keluasan187 hektar dilitupi dengan akses jalur lebar yang membolehkan komunikasi tanpa had. MITC dilengkapi dengan kemudahan dewan pameran dengan keluasan 13,200 meter persegi di samping dewan bankuet, bilik mesyuarat, auditorium, bilik VIP, lobi dan dataran yang cukup luas bagi penganjuran sebarang aktiviti keramaian. Di sini menawarkan ekosistem yang menarik untuk mencipta persekitaran yang kompetitif dan dinamik untuk menggalakkan perkembangan teknologi.
MITC terletak di kedudukan yang strategik iaitu kira-kira 100 km daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan 250 km dari Singapura. Lebuhraya Utara Selatan membolehkan akses mudah ke MITC daripada semua negeri di Semenanjung Malaysia. MITC sememangnya sudah sinonim dengan penganjuran berbagai aktiviti, bahkan dilengkapi dengan pelbagai fasiliti bagi penganjuran MICE.
Melaka International Trade Centre Level 2, Convention Centre, Jalan Konvensyen, MITC Complex, 75450 Air Keroh, Melaka
Persada Johor International Convention merupakan pusat konvensyen pertama di bina di negeri Johor dan terbesar di Selatan Semenanjung Malaysia. Terletak di tengah kepesatan pembangunan dan kerancakan aktiviti perniagaan di Bandaraya Johor Bahru, Persada Johor dibangunkan di atas kawasan seluas 105,000 kaki persegi menjadikan ianya sebagai destinasi unggul dan ideal untuk MICE. Dibuka pada Oktober 2006, pusat konvensyen ini di bina berdasarkan konsep nilai sejarah Johor yang menggabungkan kepelbagaian ciri teknologi moden yang unik dan tersendiri. Senibina utamanya dihalusi dengan unsur senibina tradisional Johor manakala senibina dalamannya pula diserikan dengan ketelitian tulisan khat.
Terdapat dua tingkat utama dan dua tingkat mezzanin. Tingkat 3 dikhaskan sebagai Dewan Konvensyen manakala di tingkat bawah di khaskan sebagai Dewan Pameran. Dewan Konvensyen utama di sini boleh memuatkan kapasiti maksimum seramai 3,500 orang dalam susun atur kedudukan panggung manakala 2,500 orang dalam susunan bankuet. Dewan Pameran pula boleh menampung sehingga 2500 orang atau 150 ruang pameran pada satu masa. Persada Johor International Convention juga mempunyai 3 buah bilik mesyuarat dan sebuah auditorium. Selain itu, terdapat sebuah jambatan pejalan kaki yang terletak di aras 4 di pusat konvensyen ini yang menghubungkannya terus dengan Hotel The Puteri Pacific.
Persada Johor International Convention Centre Jalan Abdullah Ibrahim, PO Box 293, 80730 Johor Bahru, Johor
Shah Alam Convention Centre (SACC), hartanah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), menjadi pengasas dalam menawarkan lokasi mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (MICE) yang hebat. Pusat konvenysen ini bertindak sebagai platform ideal untuk mesyuarat agung tahunan, majlis graduasi dan pemeteraian perjanjian, seminar dan syarahan. SACC menyasar untuk menjadi lokasi untuk semua segmen pasaran seperti gaya hidup, liburan dan perniagaan untuk golongan muda dan dewasa.
Mengenai kemudahan MICE, SACC menawarkan sembilan bilik majlis pelbagai saiz dengan dua ballroom dan satu dewan plenari yang menempatkan tiga tingkat ruang konvensyen. Ini termasuk perkhidmatan berkualiti, ruang fleksibel dan hidangan bertaraf dunia yang disediakan oleh pasukan profesional selaras dengan tagline SACC, ‘Bring the World to Shah Alam & Shah Alam to the World’. Pembinaan pusat konvensyen ini bernilai RM66 juta bermula pada 2006 dan siap pada Jun 2009.
Shah Alam Convention Centre No 4, Jalan Perbadanan 14/9, 40000 Shah Alam, Selangor
Setia City Convention Centre menjadi Indeks Bangunan Hijau terkini Lembah Klang bagi ciri-ciri hijau yang terdiri daripada air hujan, panel solar, lampu LED, Sistem Pengurusan Tenaga untuk mengesan utiliti penggunaan dan tempat letak kenderaan pilihan untuk kenderaan hijau. Ia terletak di dalam 240 ekar hab komersial hijau Setia City, di tengah-tengah Setia Alam Perbandaran di Shah Alam.
Setia City Convention Centre menawarkan pelbagai kemudahan yang komprehensif untuk persidangan, mesyuarat, seminar, majlis perkahwinan, persembahan dan banyak lagi. Bukan sahaja terdiri daripada bilik tarian besar dengan kapasiti 2,000 tempat duduk dan 8 dewan aneka fungsi, ia juga mempunyai rumput hijau yang unik dan menghadap Oval Lawn.
Setia City Convention Centre No. 1, Jalan Setia Dagang AG U13/AG, Setia Alam Seksyen U13, 40170 Shah Alam, Selangor
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Labuan Bajo ialah sebuah pekan pelabuhan di hujung barat Pulau Flores, Indonesia. Bagi pelancong, tempat ini cukup istimewa kerana ia menjadi pintu masuk utama...