Taman Tasik Titiwangsa sudah dibuka dengan wajah baru kepada orang awam dan ramai yang sudah menjejakkan kaki ke sini untuk melihat bentuk perubahan yang telah dilakukan.
Ads
Selain penambahbaikan fasiliti, ada tarikan lain yang ada di sini. Antaranya:
Lanskapnya di taman tasik ini diserikan dengan tanaman pokok Kemuning yang mempunyai bau wangiannya tersendiri di ‘Maze Garden’.
Pokok air juga ditanam di sepanjang tasik bertujuan menapis air agar menjadi lebih bersih.
Taman permainan dan taman permainan air kanak-kanak menjadi antara ‘wow factor’. Si kecil dialu-alukan untuk mandi-manda di kolam air yang tersedia.
Bagi anda yang suka berbasikal dan joging, trek yang lebih besar dan teratur disediakan.
Jangan lupa mencuba meniti di ‘Canopy Brige’ sambil diselubungi kabus buatan sekaligus menerapkan elemen ‘Forest in the City’.
Berkonsepkan ‘inklusiviti’ taman ini turut dibina sebagai taman mesra OKU, malah ada permainan yang disediakan khas buat kanak-kanak Autistik dan Cerebral Palsy.
Sebuah hotel dikenali sebagai Hachijo Hotspring Hotel di persisiran pantai Jepun ditelan alam semula jadi sejak ia ditinggalkan lebih 20 tahun lalu. Menurut sumber, kemungkinan hotel usang ini merupakan hotel yang agak mewah sekitar dua dekad lalu dan menjadi pilihan ramai kerana lokasinya yang begitu menarik.
Seorang pengembara Belanda, Bob Thissen bersama rakan-rakannya sempat singgah untuk melawat Hotel Mata Air Panas Hachijo itu yang pernah menjadi destinasi pelancongan popular di sebuah pulau tropika di luar perairan Tokyo.
Hotel itu ditutup selepas muflis dua dekad lalu. Cuaca lembap mengakibatkan bangunan tersebut lebih cepat nampak usang dengan bahagian dalamnya dilitupi paku-pakis dan lumut. Kolam renang yang besar menjadi perhatian kerana walaupun usang, ia dilihat mempunyai daya penarik. Jika dalam keadaan baik, kolam renang ini pasti menjadi tumpuan tetamu hotel ini.
Kalau anda berani boleh la lihat dengan teliti setiap keping gambar ini. Anda akan dapati ada beberapa entiti disebalik beberapa keping gambar yang disiarkan.
Ketika meneroka bahagian dalam hotel itu baru-baru ini, Thissen menemui sebuah konsol permainan video lama, telefon dan anak patung haiwan menyeramkan. Di dalam sebuah bilik permainan pula dia menemui lebih 12 mesin arked. Lelaki itu turut menemui sebuah piano diselaputi debu tebal yang separa berfungsi.
Walaupun sudah lebih 20 tahun ditinggalkan, mereka kagum kerana banyak peralatan dan perkakasan yang ditinggalkan masih dalam keadaan baik dan tidak reput. Mungkin kerana pembuatannya daripada negara Jepun yang memang diketahui sangat tahan lama.
Jika hotel ini dibangunkan dan dibaikpulih semula tidak mustahil destinasi ini akan menjadi tumpuan ramai kerana lokasinya yang begitu strategik menghadap laut yang luas.
Percutian bersama rakan-rakan tersayang memang menyeronokkan, bukan sahaja dapat menikmati masa kualiti bersama, malah meluangkan masa seperti ini akan mengeratkan keakraban dan mengukuhkan lagi ikatan persahabatan.
Cuba rancang percutian yang sedikit lama supaya anda dan rakan-rakan dapat meluangkan masa lebih panjang. Dalam setahun, mungkin ini sekali sahaja peluang yang anda untuk kalian berjumpa.
Perancangan itinerari dan bajet percutian 3 orang rakan ini bercuti ke negara-negara Indo-China selama 10 hari mungkin boleh dijadikan rujukan buat anda.
JUMLAH KOS KESELURUHAN = VIETNAM + CAMBODIA + THAILAND = RM 1093.38
Pesanan khidmat masyarakat ✍?
Trip nie hanya ikut kemampuan dan backpackers santai2.. Ade tempt yg kami skip.. So far kami enjoy…Boleh share ye untuk rujukan bagi sesiapa yang ingin pergi ???
Percutian ke Cameron Highland tidak sah kalau tidak singgah ke Pasar Malam Cameron Highland. Dahulunya pasar malam ini bertempat di Brinchang, namun kini sudah dipindahkan ke kawasan yang lebih teratur iaitu di Golden Hills dan dikenali dengan panggilan Pasar Malam Golden Hills. Jangan ada yang tak tahu pula!
Pasar malam ni bermula pukul 4.00 petang sehingga pukul 11.00 malam. Beroperasi pada hujung minggu ( Jumaat dan Sabtu), cuti umum dan cuti sekolah sahaja. Jika anda datang bercuti pada hari yang tidak dinyatakan di sini jangan buang masa pula tunggu pasar malam buka. Anda boleh ke beberapa kawasan tumpuan lain yang ada menjual pelbagai produk tanah tinggi dan makanan lazat. Tetapi pasti tidak akan ‘sepuas’ dapat berbelanja di Pasar Malam ini.
Macam-macam dijual di sana. Dari sayur-sayuran, buah strawberry, pelbagai buah, bunga, baju, pokok, hingga makanan dan minuman yang pelbagai.
Sumber Foto: cavinteo.blogspot.com
Ok nak cerita sikit pasal makanan boleh?
1. Nampak menarik kan bebola ubi manis? Nak beli boleh tapi saya sarankan perhati dulu, fikir baru beli. Kenapa? Sebab ada sebilangan kedai tokeynya orang bukan Islam ya. Yang gaul, yang bancuh tepung tu tokeynya. Yang goreng baru orang bertudung sama ada orang asli Islam takpun orang Indonesia. Ada sedikit keraguan mengenai halal di sini. Cari peniaga yang betul-betul orang melayu tempatan.
2. Ada seorang penjual ni bukan Islam jual Kuew Teow Goreng. No pork katanya! Are you sure semua bahan lain digunakan tu halal? Rasa macam sedih plus kesian pada pembeli yang beratur beli. Nak tegur macam tak sesuai, sebab dah menunggu order dah. Sigh.
3. Satu lagi, kalau korang tengok kedai ni seriyes macam ok je. Mesti korang tak sangka. Pekerjanya bertudung Orang Asli, tapi ownernya Bukan Islam ya. Korang takkan perasan sebab owner tak ada kat situ. Kedai tu jual meatball, ayam grill dan kambing grill.
Jadi korang memang kena betul-betul perhatikan dengan siapa yang korang beli. Kami kesian kepada semua pengunjung yang tertipu. Tak daya kami nak bagitahu semua. Harapnya dengan post ini dapat membantu.
Fikir-fikirkanlah.
Dan selamat bercuti.
Dan kat sini kami juga nak bagitau antara yang best di Pasar Malam ni adalah:
1. Burger Bakar
2. Kambing dan Ayam Grill
3. Air Jagung Mutiara
4. Cendawan Celup Tepung
3. Seafood Celup Tepung.
4. Air kelapa laut
5. Strawberry Celup
6. Aiskrim strawberry
7. Jagung ori Cameron Highland. Tengok warna tau! Kalau warna hijau gelap macam ni confirm ori. Kalau warna kuning pudar tu jagung Ipoh tau
Setiap tahun apabila tibanya Hari Bapa, ramai yang mula mencari cara istimewa untuk menghargai insan yang selama ini menjadi tempat bergantung dan sumber inspirasi...