Trip ke Bangkok ini adalah bermula dari tarikh 1-4 Julai 2023, kalau nak tahu beberapa tempat menarik sepanjang di sana, anda boleh baca perkongsian wanita ini.
Trip Ke Bangkok
Menurut Puan Farah Syakira, dia beli tiket pergi balik MyAirline RM250/ pax dengan bagasi RM55/ 15 kg + RM115/30kg.
Penginapan pula, pilih Spitze Hotel Pratunam dengan harga RM710. Hotel ini memang dekat dengan Platinum dan pratunam market.
Hari Pertama
Tiba di Don Mueang Airport Bangkok ( DMK) pada pukul 8 malam. Terus ambil Bolt untuk ke hotel.
Hari Kedua
Pergi Platinum Fashion Mall untuk cuci mata dan jalan- jalan.
Makan tengahari Yana Restaurant. Makan tomyam di sini sedap.
Nak pergi chatuchak tapi dah lambat dan traffic jammed teruk, jadi jalan-jalan area pratunam.
Hari Ketiga
Dari hotel booking Bolt Economy dia drop kami di stesen boat untuk ke Wat Arun. Bot datang setiap 30 minit.
Tempat Sewa Baju
Boleh sewa baju tradisional dekat tepi Wat Arun Harga 200-300 baht ikut kedai.
Ads
Sewa baju di Wat Arun
Makan tengahari di Chaolay Restaurant.
Chaolay restaurant di MBK Mall. Set fish n chip tu sedap.
Naik grabike pergi Gentlewomen ( brand tengah hype)
Malam dinner di atas Royal Thai Princess ( RM109/pax booking di apps klook). Pukul 7.30 pm check in. Kami berlari ingat dah lambat rupanya 7.30 tu baru boleh masuk.
Hari Keempat
Breakfast di Rotinis dan balik hotel semula untuk kemas barang nak check out.
Ads
Tengahari pergi ke Pratunam Market dan Platinum Fashion Mall untuk habiskan duit.
Makan tengahari di Farida Fattornee.
Farida Fattornee pun sedap, tomyam tu udang dan stong besar. Pulut mangga tu mantop berlemak.
Petang terus pergi ke airport DMK untuk balik.
Makanan halal:
Platinum Fashion Mall
MBK Mall ( Yana restaurant & Chaolay Restaurant)
Farida Fattornee ( dekat dengan masjid darul aman )
Rotinis ( dekat maajid Darul Aman)
Tempat shopping dan tips:
Bangkok memang safe untuk wanita as long as balik sebelum tengah malam.
Naik Grabike lebih cepat ( Datang dengan keluarga, jadi memang kena ambil taxi atau tuktuk)
Ads
Bolt driver banyak cancel dan banyak tak available.
Sandal wanita murah: Depan jalan berhadapan platinum fashion mall ( jenama Sensini)
Brand ni super best harga 259-359 baht
Baju murah: di Pratunam Market
Baju big size dan dress labuci : Platinum Mall.
Mekap murah : MBK level yang ada halal street food dan Chaolay Restaurant.
Hasil shopping di Tofu Skincare dan Eve & Body MBK Mall
Itu sahaja perkongsiannya, baginya Bangkok masih lagi tempat best untuk shopping, lagi murah dari Malaysia.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sekiranya anda ingin mengembara ke Kanada, di sini Libur kongsikan satu travelog dan itinerari untuk menjadi bahan rujukan kepada anda. Travelog dan itinerari ini adalah hasil perkongsian Zikri Bahrudin kepada pembaca Libur dan semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada semua.
Penerbangan
Penerbangan pergi balik menaiki AirChina dengan kos RM2421 untuk seorang dan visa pula berharga RM568.83.
Tempat tinggal
Penginapan berharga RM8347.08 dibahagikan kepada tiga orang menjadi RM2782.36.
Pengangkutan
Sewa kereta sebanyak RM2758.28 juga dibahagikan kepada tiga orang menjadi RM919.42.
Petrol
Kos minyak petrol sebanyak RM1626.76 dibahagi kepada tiga orang menjadi RM542.25.
Yuran FiTamanNegaraKanada adalah sebanyak 78.39CAD dibahagikan kepada tiga orang menjadi RM82.31
Jumlah perbelanjaan keseluruhan sepanjang kembara jalanan ini adalah lebih kurang RM 7233.86 untuk seorang
Cadangan aktiviti pilihan untuk anda cuba adalah SkyDiving berharga 462CAD bersamaan RM1471.97 untuk seorang.
14.06.2019 | 12.40am – 10.50am | Kuala Lumpur ke Vancouver Transit di Beijing lebih kurang 8 jam
Tiba di Vancouver dan menginap di HiWhistler dengan kos RM479.47.
Lokasi menarik untuk dikunjungi
Lost Lake Park – Awal pagi lepas check out terus ke tempat ini. Orang masih tak ramai jadi senang nak mengambil gambar. Kebanyakan yang datang untuk berjoging berseorangan atau membawa anjing sebagai peneman.
Whistler & Blackcomb Mountains – Kemudian abam meneruskan perjalanan menaiki gondola ke Whistler& Blackcomb Mountains. Tempat ini memang penuh dengan tourist sebab menyajikan pemandangan yang awesome & sesiapa yang ingin bermain salji di musim summer.
Joffre Lakes – Tempat terakhir abam singgah sebentar di JoffreLakes dalam perjalanan dari Whistler ke Kamloops. Tempat ni memang tiada dalam itinerari. Tetapi tak sangka tempat ini menyajikan tasik yang cantik seperti di LakeBlausee, Swiss tapi LakeBlausee lagi jernih la.
15.06.2019
Menginap di CountryViewMotorInn dengan kos RM326.88.
Hari ini abam meneruskan pengembaraan di bumi Canada. Trip ini dari Kamloops ke Hinton mengambil masa lebih kurang enam ke tujuh jam. Tetapi disebabkan banyak berhenti dah jadi hampir 10 jam perjalanan.
Dalam itinerari tiada perancangan untuk kemana-mana pada hari ini cuma memandu ke Hinton. Cuma kami hanya akan berhenti di mana-mana spot yang menarik. Antara spot yang menarik giler & menarik biasa adalah;
Clearwater Lake – Tasik ini airnya sangat jernih. Seperti cermin dan memantulkan imej di permukaan tasik. Masa ni tiada orang pun singgah sini. Masa nak balik baru ada satu kumpulan ni datang berjemur.
Mount Robson Provincial Park – Berladangkan bunga Lupin berlatar belakang gunung disaliputi salji. Combination yang sangat cantik.
Info: Di Canada bunga Lupin ni bersepah, Tepi jalan je boleh jumpa
Overlander Falls – kawasan air terjun yang sepatutnya mengambil masa 45 minit pergi balik. Tetapi disebabkan kami terlepas pandang signboard & ikut shortcut, kami tersalah ikut trail yang jauh giler masuk hutan. Ada 2 jam total perjalanan huhu ?
Moose Lake – Destinasi terakhir sebelum sampai ke Hinton. Tasik ni betul-betul tepi highway & laluan train. Tasik yang tidak berapa luas tetapi sangat jernih seperti cermin juga. Snowcap di atas gunung menambah perisa kecantikan pemandangan. Cuma cuaca sedikit mendung ketika itu.
16.06.2019 – 18.06.2019
Menginap di Hinton AirBNB dengan kos RM1392.99.
Penjelajahan bumi Canada diteruskan di dalam JasperNationalPark.
Maligne Canyon – Memakan masa perjalanan lebih kurang 2 jam dari Hinton tempat penginapan kami. Kami memilih sampai awal pagi untuk mengelak ramai pelancong. Memang tepat apabila sudah selesai lebih kurang 3 jam perjalanan mengilingi MaligneCanyon baru kelihatan ramai orang baru sampai.
Medicine Lake – Kedudukan tasik di tepi jalan dalam perjalanan ke MaligneLake .Tak jauh daripada situ akan ada satu tempat untuk melihat beruang di tepi jalan.
Maligne Lake – Antara tempat paling ramai pelancong. Antara aktiviti yang boleh dilakukan menaiki kayak, boat cruise atau memancing. Ada restoran disediakan disini.
Spirit Island – Perlu menaiki boat cruise untuk ke pulau ini. Lebih kurang 2 jam perjalanan pergi dan balik termasuk 15 minit untuk pusing-pusing di pulau tersebut. Serius tak cukup masa, huhu ?
Jasques Lake – Tasik dalam perjalanan pulang ke rumah. 2 km perjalanan satu hala untuk sampai ke tasik ini. Tempat ini jarang dikunjungi kerana bukan ‘top tourist attraction’ tetapi serius cantik tempat ini. Cuma kurang diselenggara.
Kami masih meneruskan misi jelajah Canada di dalam JasperNationalPark. Bayaran yang dikenakan adalah 19.60CAD untuk sebuah kereta. Berikut adalah tempat yang sempat dilawati;
Miette Hot Spring – Plan asal untuk ke tempat ini pada sebelah petang setelah penat hiking tetapi disebabkan hujan renyai plan ubah ke waktu pagi. Setelah penat & lenguh badan bila masuk dalam kolam air panas ni memang terapi betul. Apa yang best waktu pagi orang tak ramai & boleh la jaga pandangan sikit, adalah tiga atau empat orang je geng pencen, huhu?
Sulphur Skyline – abam teruskan misi mendaki sejauh 8 km. Kalau ikut maklumat dari buku tahap kesukaran adalah sukar. Abam ingatkan macam tak mampu, huhu. Adalah dua tiga kali pikir nak patah balik. Jalan naik mendaki sahaja tiada jalan landai langsung.
Blue Lake & Kelly Bathtub & Jarvis Lake – tasik tepi jalan jadi isi masa terluang sebelum pulang ke rumah.
Beaver Boardwalk – kali pertama melihat binatang bernama beaver yang tinggal di tasik di tengah bandar Hinton.
Meneruskan perjalanan ke Nordegg dari Hinton. Cuaca daripada pagi hujan dan tak lama selepas itu surprise salji turun uolls. Happy la abam jadi winterboy. Snowinsummer.
Athabasca Falls – Kedudukan air terjun di tepi jalan. Abam paling suka kalau lokasi tak perlu berjalan atau hiking berkilometer, haha. Air terjun paling bahaya & difahamkan siapa yang jatuh akan mati. Belum ada yang pernah hidup.
Sunwapta Falls – Yang ni pun sama kedudukan tepi jalan je. Dalam perjalanan ke sini la salji turun dengan lebatnya.
Parker Ridge – Pendakian diteruskan tetapi kali ini dalam keadaan bersalji. Jarak jumlah perjalanan adalah 5 km. Sampai di puncak akan dapat melihat air yang sudah menjadi beku dan disitu ada satu tasik atau sungai yang mengalir.
Unknown place – dua tempat persinggahan sebelum sampai ke Nordegg. Pertama di kawasan berdekatan SaskatchewanRiver Crossing dan kedua di tepi jalan berdekatan di DouglasFirNaturalArea.
19.06.2019
Menginap di Hi Nordegg dengan kos sebanyak RM364.58.
Kami meneruskan perjalanan dari Nordegg ke Lake Loise. Keadaan cuaca hujan & salji turun. Jadi kebanyakan tempat tutup & kabus salji tebal. Pemandangan kurang jelas.
Kami menghabiskan masa bermain salji di Peyto Lake. InsyaAllah nanti kalau ada rezeki akan kembali ke sini. Tempat ni adalah tempat yang wajib singgah untuk melihat keindahan PeytoLake.
Kami berhenti minum di Bow Lake sambil menanti cuaca sedikit cerah untuk mengambil beberapa gambar.
20.06.2019 – 23.06.2019
Menginap di HiLakeLoiseAlpine dengan kos sebanyak RM2420.88.
Kemuncak pengembaraan di Kanada telah sampai iaitu di Banff National Park. SubhanAllah. Alhamdulillah. Semua dengan izinNya. Tempat-tempat persinggahan yang kami pergi adalah;
Mirror Lake – 2.6 km untuk sampai ke sini dalam perjalanan ke Lake Agnes.
Lake Agnes – Pendakian sebanyak 3.4 km satu hala. Ada satu teahouse apabila sampai tetapi orang ramai giler. Fullhouse. Nasib baik tapau makanan jadi makan dekat bangku di sekitarnya.
LakeLoise – Kedudukan tasik yang berdekatan sahaja. anda tidak perlu hiking untuk jumpa tasik ini. Ini boleh abam katakan tempat no.1 tarikan pelancong. Orang ramai ya amat dan ada satu hotel betul-betul tepi tasik ni yang berharga lebih kurang RM2000 satu malam. Ada yang nak sponsor abam tak ?
PeytoLake – abam kembali sambung perjalanan semula ke PeytoLake. Ingat tak semalamnya salji tebal sangat sampai tak nampak pemandangan tasik. Hari ini SubhanAllah, abam disajikan pemandangan yang cukup indah.
Abam boleh kategorikan ini tasik paling cantik. Allah Maha Kaya dan Berkuasa
MoraineLake – Antara tasik tercantik juga & tempat tumpuan pelancong. Anda tidak perlu untuk hiking untuk melihat tasik ini. Hanya berjalan beberapa tapak untuk melihat keindahan tasik ini. Kalau anda mahu pemandangan dari atas sedikit anda perlu memanjat batu atas risiko anda sendiri.
Hari untuk aktivititi ringan sahaja. Abam hanya pergi ke MoraineLake dan melalui track sejauh 2.8 km return. Aktiviti ber’OOTD’ dengan baju melayu siap bersamping bertanjak di kepala, ??. Memang hari untuk rehat secukupnya.
Aktiviti harini abam mulakan dengan hiking di CastleLookout sejauh 7.4 km return. Abam jangkakan pemandangan yang awesomegiler tetapi bagi abam biasa sahaja apabila sampai ke puncak. Abam tetap bersyukur abam berjaya mendaki dan turun dengan selamat.
Kemudian abam meneruskan aktiviti ke Johnston Canyon. Abam melalui jalan ke LowerFalls sejauh 1.1 km satu hala & ke UpperFalls sejauh 2.4 km satu hala. Kawasan air terjun yang menjadi tumpuan pelancong juga. Ada laluan yang sangat cantik disediakan untuk ke kawasan air terjun.
24.06.2019 – 25.06.2019
Menginap di CanmoreInn & Suites dengan kos sebanyak RM1239.33.
Selepas checkout pagi itu, kami meneruskan perjalanan dari LakeLoise ke Calgary. Penginapan kami seterusnya adalah di Canmore selama dua malam.
Dalam perjalanan abam singgah sebentar di Lake Minnewanka. Di sana abam hanya berjalan sejauh 0.8 km satu hala untuk melihat sekitar tasik ini. Sepanjang abam disini abam dapat lihat ada dua pasangan yang buat photoshoot disini. Mungkin disini tempat popular bagi mereka untuk membuat photoshoot.
Kemudian abam singgah sebentar di Two Jack sebelum meneruskan perjalanan ke Calgary. Di Calgary baru kami dapat makan halal di luar. Sebelum ini kami hanya makan di luar hanya sekali ketika di Vancouver. Hari lain kami beli barang basah & masak sendiri. Selepas berjalan di sekitar bandar Calgary, kami menerukan perjalanan ke Canmore.
Canmore adalah sebuah bandar kecil yang dikelilingi gunung-ganang. Serius abam suka bandar ini. Cantik sangat & tenang. Ikutkan hari itu kami banyak ingin melakukan aktiviti tetapi tiba-tiba kereta kami mengalami masalah. Kami terpaksa pergi ke tempat kereta sewa yang terdekat untuk tukar dengan kereta yang lain.
Jadi kami perlu ke Calgary semula yang memakan perjalanan selama lebih kurang 1 jam 15 minit iaitu sejauh 120 km. Selepas lebih kurang satu ke dua jam baru urusan pertukaran kereta selesai. Allah adalah sebaik-baik perancang jadi kami perlu redha. Memandang susah berada di Calgary & hanya di Calgary ada makanan halal jadi kami makan dulu disini sebelum pulang semula ke Canmore.
Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Three Sister yang berada di Canmore. Ia dipanggil Three Sister mungkin kerana bentuk tiga gunung kelihatan. Kenapa sister yang dipilih & kenapa tidak dipanggil Three Brother abam pun tak tahu, haha?
Selepas itu kami hanya berjalan di sekitar bandar Canmore yang comel & cantik ini. Bandar Canmore ini dapat dilihat rumah-rumah besar yang mewah dan elit berlatar belakang gunung-ganang yang cantik.
26.06.2019
Menginap di DreamcatcherHostel dengan kos sebanyak RM411.59.
Dalam pukul 8 pagi waktu Kanada kami checkout dan meneruskan perjalanan ke Golden dari Canmore.
Dalam perjalanan kami singgah di beberapa tempat di YohoNationalPark. Tempat pertama yang kami singgah di TakakkawFalls. Air terjun yang terhasil daripada glacier yang mencair luas dibelakang air terjun tersebut.
Kemudian kami singgah di EmeraldLake yang juga masih dalam YohoNationalPark. Lokasi tasik ini seperti di LakeLouise & MoraineLake yang berada di tepi jalan sahaja. Jadi kita tidak perlu hiking untuk sampai ke tempat ini. Apabila tidak perlu hiking ia menjadi tumpuan pelancong untuk kesini. Ada hotel juga disediakan jika ingin menginap disini.
Selepas itu kami menuju ke tempat paling mencabar dalam kembara Kanada pada kali ini iaitu melakukan skydiving di Golden, BritishColombia. Ini merupakan kali pertama abam melakukan skydiving. Orang kata cukuplah sekurang kurangnya merasa sekali seumur hidup kan.
Sebelum nak dive mereka akan membawa jalan-jalan sekeliling bandar Golden yang dikelilingi gunung-ganang. Serius cantik apabila dapat melihat dari kaca mata burung. Macam pakej naik helikopter jer cuma abam tak bawak kamera atau telefon untuk merakam saat indah ini. Dan akhirnya, abam buat terjunan dan berjaya melakukannya. Alhamdulillah.
27.06.2019
Menginap di TheRanchlandInn dengan kos sebanyaj RM306.43.
Perjalanan pulang dari Golden, BritishColombia ke Kamloops sejauh 353 km memakan masa empat ke lima jam perjalanan. Anda mempunyai pilihan untuk terus ke Vancouver yang memakan masa hampir tujuh ke lapan jam perjalanan sejauh 712 km. Kami memilih untuk berehat seketika di Kamloops sebelum keesokannya akan terus ke Vancouver yang memakan masa lagi empat ke lima jam.
28.06.2019 – 01.07.2019
Menginap di NorthDeltaAirBNB dengan kos sebanyak RM1403.93.
Abam menghabiskan masa di McArthurGlenVancouverOutlet sahaja sepanjang 3 hari di Vancouver.
01.07.2019 | 01.50PM – 07:50AM | Vancouver – Kuala Lumpur Transit Beijing 10 jam
03.07.2019
Alhamdulillah selamat tiba di KualaLumpur pukul 11 pagi. Flightdelay dalam lima jam dari Bejing ke Kuala Lumpur.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Chefchaouen adalah bandar yang wajib untuk dilawati di Morocco kerana lokasinya yang terletak berdekatan dengan tempat menarik seperti Atlas Mountains, Ait Ben Haddou, dan Ourika Valley. Selain itu, Chefchaouen juga boleh dikatakan sebuah bandar yang mesra kepada pelancong yang datang ke Morocco.
Bandar biru Chefchaouen ini adalah salah satu bandar yang terkenal di dunia, malah ianya adalah bandar yang paling berbaloi dikunjungi sekiranya anda tiba ke Morocco
Chefchaouen atau Chaouen adalah bandar yang romantik dan tercantik di bumi Morocco. Bandar yang terletak di utara Morocco ini amat berbeza berbanding tempat-tempat lain di sana. Dengan faktor lokasinya yang terletak di wilayah utara, suhu di sini sentiasa sejuk walaupun berada dalam musim panas. Ini berikutan bandar yang terletak di kawasan tanah tinggi ini tersembunyi beratus meter di atas pergunungan dan kerap ditiupi angin yang mendinginkan.
Kenapa Chefchaouen boleh jadi begitu biru?
Tak ada satu pun penjelasan yang logik macam mana Chefchaouen boleh bertukar menjadi begitu biru seumpama ini. Nak kata ianya menjadi perkampungan The Smurfs, tak pula. Nak kata berlakunya letupan kilang cat, lagi la tidak.
Tiada siapa yang tahu dari mana datangnya biru yang ada di Chefchaouen sehingga ianya menjadi begitu popular, tapi kebanyakkan orang percaya biru yang ada di Chefchaouen ini datangnya daripada pelarian Yahudi yang tiba di Chefchaouen pada kurun ke-15.
Warna biru ini dianggap sebagai simbol ‘syurga’ oleh mereka pada waktu itu dan warna biru ini dikatakan mampu untuk menghindari nyamuk. Nyamuk yang menjengkelkan ini dianggap tidak suka dengan warna biru. Hmm.. Tak tahu la betul ke tak. Hahaha..
Bagaimana anda boleh ke Chefchaouen?
Chefchaouen terletak agak jauh berbanding tempat-tempat lain di Morocco. Anda memerlukan sedikit kesabaran sekiranya ingin berkunjung ke sini. Sama ada anda boleh sampai ke sini dengan menaiki pengangkutan awam seperti bas dan teksi atau anda boleh memandu kereta sewa. Trip anda ke Chefchaouen akan bermula dari Fez atau Tangier.
Pengangkutan dan pemandu pelancong boleh didapati di Fez atau Tangier. Sebaiknya anda memilih pakej tour yang ada di sana kerana untuk DIY, takut kekosongan bas terhad dan teksi telah habis ditempah atau tidak mahu untuk memandu ke Chefchaouen.
Jadi sebaiknya anda pilih sahaja mana-mana pakej tour ke Chefchaouen yang ditawarkan di Fez atau Tangier.
Apa yang anda boleh buat di Chefchaouen?
Well, ada banyak aktiviti sebenarnya yang anda boleh buat di sini seperti:
Melawat Plaza Uta el-Hammam
Plaza Uta el-Hammam adalah pusat kepada Chefchaouen. Pada waktu siang, plaza ini agak membosankan dan sunyi. Untuk pengetahuan anda, pengaruh Sepanyol dan Arab telah tersebar luas di seluruh kawasan ini. Pengaruh ini bukan sahaja dapat dilihat di luar bangunan yang terdapat di kawasan plaza, malah hidangan makanan di restoran yang terdapat di sini turut mempunyai sentuhan Sepanyol dan juga Arab. Plaza Uta el-Hammam ini sesuai untuk aktiviti santai atau melihat warga tempatan.
Melawat Masjid Besar
Di Plaza Uta el-Hammam, anda juga akan melihat sebuah masjid besar. Masjid yang indah ini juga mempunyai sebuah menara tinggi yang digunakan oleh juruazan untuk memanggil orang solat lima kali sehari. Sudah tentu, sebagai orang bukan Islam, anda tidak boleh masuk, tetapi tiada siapa yang menghalang anda daripada mengintip melalui pintu depan untuk melihat ritual muslim di sana.
Air Terjun Akchour
The Cascades d’Akchour tidak berada di Chefchaouen, tetapi air terjun ini terletak berhampiran dan rugi sekiranya anda tidak berkunjung ke sana. Dengan menggunakan teksi, perjalanan ke air terjun ini hanya mengambil masa lebih kurang setengah jam sebelum anda tiba ke syurga dunia ini. Sebelum tiba ke lokasi, anda akan dengar bunyi air terjun Akchour. Dengan air yang hampir sama biru seperti dinding Chouen, anda dengan mudah boleh menghabiskan beberapa jam di sini tanpa disedari masa telah berlalu.
Kasbah Chefchaouen
Di sebelah Plaza Uta el Hammam, terdapat struktur dinding berpasir Kasbah yang menjulang tinggi. Akses ke kawasan ini akan menelan kos belanja sebanyak 10 atau 20 dirham. Di tengah-tengah Kasbah ini, anda akan dapat melihat sebuah taman yang mengagumkan disamping sebuah oasis yang mendamaikan! Di dalam bangunan ini, anda akan jumpa penjara dan sebuah muzium kecil. Bahagian paling indah dari mercu tanda di Chefchaouen ini adalah pemandangan indah dari tingkat atas. Jangan sesekali lepaskan peluang apabila berkunjung ke sini!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Setiap kali memikirkan destinasi penginapan di dalam negeri, anda perlukan masa untuk mencari penginapan yang selesa dan berbaloi. Mulai dengan memeriksa harga di pelbagai agen pelancongan seperti Agoda, melihat review di blog-blog peribadi dan Trip Advisor, hingga memeriksa lokasi penginapan di Google Maps dan menyesuaikannya dengan jadual yang telah disusun.
Lokasi penginapan yang dekat dengan pengangkutan awam ini sering kali jadi keutamaan kerana mudah bergerak ke mana-mana sekitar Kuala Lumpur
Bagi yang ingin merasai pengalaman sebenar tinggal di Kuala Lumpur, Hotel The Kuala Lumpur Journal harus menjadi pilihan. Lokasinya cukup strategik di mana terletak di persekitaran Bukit Bintang. Hotel berkonsep butik ini direalisasikan bagi memenuhi keperluan pelancong independent, mahupun pelancong berkumpulan yang mencari alternatif selain menginap di hotel standard yang biasa boleh ditemui di pusat bandar itu.
Sesuai dengan konsep hotel, KL Journal menyerlahkan gaya seni bina Malaysian Mid-century Modernist melalui pengaruh seni deco, gril hiasan dari besi tempa yang biasanya dilihat di dalam seni bina Asia Tenggara, lampu rigged, permukaan logam dan kayu. Malah, budaya tempatan ditonjolkan melalui classic KL Iconography dan memorabilia yang dibentangkan di setiap bilik king dan twin deluxe serta lapan suite sudut.
Ruang bilik menampilkan inspirasi potret hitam putih kehidupan karya Che’ Ahmad Azhar, seorang jurugambar jalanan terkenal yang mempamerkan koleksi visual 20 gambar-gambar Kuala Lumpur digunakan untuk hotel. Hotel yang mempunyai 112 bilik ini diberi sentuhan palet warna natural. Tingkap besar terbina dari lantai hingga siling membolehkan tetamu menikmati kawasan persekitaran di sepanjang masa. Tambah selesa apabila tidur anda bertemankan tilam ergonomik dan high thread count sheets, lena diulit mimpi.
Tetamu masih boleh berhibur meski hanya memilih untuk santai di dalam bilik. Bertemankan skrin rata 40 inci dengan kabel HDMI dan port caj USB, sambungan bluetooth tanpa wayar ke sistem audio stereo berkualiti tinggi menawarkan pengalaman menonton yang memuaskan hati.
Melengkapi standard KL Journal sebagai sebuah hotel sempurna, kolam renang air masin direka di aras bumbung dengan pemandangan hebat ke arah bandar terutamanya pada waktu senja, selain itu turut menyediakan gimnasium untuk tetamu hotel yang gemar melakukan aktiviti fizikal dan seumpamanya.
KL Journal dikatakan hotel ideal untuk merasai kehidupan Kuala Lumpur dengan suasana retro moden dan diinspirasikan persekitaran asli tempatan. Rasai pengalaman menginap di sini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ada sesetengah mercu tanda yang cukup dikenali hanya melalui bentuknya. Tak perlu tengok nama negara pun, orang sudah boleh agak lokasi itu berada di...