Ada setengah orang sangat mengagungkan pulau-pulau di negara luar. Dia tak tahu dekat Malaysia, lagi-lagi di negeri Sabah banyak pulau-pulau yang turut tersenarai dalam pulau tercantik di dunia. Dunia tau, bukan peringkat daerah ke peringkat negeri.
Hikmah perintah kawalan pergerakan, ramai yang mula sedar bercuti di dalam malaysia tidak kurang menariknya. Meleleh air liur kalau dapat jejak kaki di pulau negara kita ok! Cuba pusing semua pulau dekat dalam negara dulu, baru terjah pulau negara lain tau! Lepas itu anda buat perbandingan sendiri. Kalau di negeri Sabah, boleh pilih untuk bercuti disekitar Semporna. Banyak lokasi menarik yang boleh singgah di sini.
Antara cadangan pulau best yang anda boleh terjah adalah Pulau Bohey Dulang. Pulau ini terbentuk akibat kesan letusan gunung berapi jutaan tahun dahulu. Ia adalah sisa tinggalan gunung berapi seolah-olah kawah yang dibanjiri air laut lalu mewujudkan lagun besar. Kawasan lautnya pula berada pada kedudukan strategik iaitu berkongsi lautan dengan selatan Filipina dan utara Sulawesi.
Ini perkongisan percutian solo saudara Romi Zunaidi ke Semporna, Sabah sebelum PKPB
Solo Travel To Semporna, Isand Hiking
Ads
Di sini aku share pengalaman aku ke Semporna pada bulan Ogos yang lepas. Untuk ke Semporna aku menaiki flight dari KLIA2 ke Tawau. Setibanya di Tawau aku sepatutnya menunggu van ke Semporna tetapi mungkin bak kata orang lokal disana kekerapan van kurang disebabkan tak banyak flight time covid dan kekurangan tourist maka tunggu takda van masa tu maka aku tumpang je bas persiaran yang ke Semporna. Kebetulan bas persiaran nak ke Semporna dan bawak group pelancong yang kebetulan satu flight dari KL ke Tawau.
Caj one way sebanyak RM25. Aku stop di area KFC di Pekan Semporna. Pekan Semporna bagi aku tak besar mana. Kalau jalan kaki pusing habis dah satu round. Di Semporna aku menginap di Kuree Hut via booking dot com. Semalam dalam RM50 sahaja dan owner upgrade aku ke bilik Queen Room disebabkan aku seorang sahaja check-in hari tu tanpa sebarang additional caj. Highly recommended. Kalau nak ke jeti Semporna boleh jugak jalan kaki dari sini. Kalau dari Semporna nak balik ke airport Tawau boleh naik van di Shell kat Pekan Semporna. Caj one way RM25.
Aktiviti Pulau di Semporna
Untuk Trip Pulau aku walk in sehari sebelum ke Jetty Semporna cari pakej. Aku takde book online any pakej. Sampai jeti aku survey pakej dan dapat pakej trip one day RM70 (Bohey Dulang, Mantabuan, Sibuan termasuk dengan lunch dan snorkelling).
Ads
Seperti semua sedia maklum untuk trip pulau kene book paling lewat sehari sebelum untuk proses pendaftaran dan sebagainya. Untuk trip pulau lain seperti Mabul, Kapalai, Pom-Pom, Timba-Timba dan Mataking termasuk dalam perancangan asal namun kerana ada emergency case aku skip trip pulau ini. Takpa lah tiada rezeki nak cover 7 pulau. Maybe insya allah ada rezeki boleh datang lagi.
Hiking di Semporna
Misi hiking di Bohey Dulang gagal disebabkan ditutup untuk pendakian kerana petugas mengatakan masalah cuaca dan trek licin.
Ads
Aku sempat juga hiking di Bukit Tengkorak, Semporna. Just book grab dari pekan Semporna dan search ‘ Bukit Tengkorak’. Tambang dalam RM9. Masa hiking di Bukit Tengkorak aku di offer untuk join hiking selepas itu ke Bukit Parapat oleh beberapa kenalan baru yang aku kenal di puncak Bukit Tengkorak.
Sebenarnya Bukit Parapat tiada langsung dalam plan asal aku bila ke Semporna. Tak tau pulak ada bukit cantik di Semporna. Tak rugi ke Bukit Parapat. Bagi aku view dia cantik cuma nak ke sana susah sikit sebab jauh sikit dan menurut teman aku di Semporna susah nak dapat grab nak ke sini. Kalau sewa kereta senang sikit la. Aku bernasib baik tumpang kereta dorang semua.
Kalau nak ke sini elakkan petang kalau boleh sebab ramai orang. Macam aku naik dalam 2pm macam tu oklah tak crowded sangat.
Turun dari Bukit Parapat boleh jalan kaki ke Jeti Anjung Warisan Parapat.
Makanan
Untuk makluman Pasar Malam Semporna dibuka setiap hari dan tak crowded sangat. Sebelum ini Semporna dipenuhi oleh pelancong luar dan apabila pandemic covid19 melanda dunia, Semporna juga turut terkesan dan kalau korang nak datang sini buat masa ini bagi aku sesuai jugak sebab tak crowded.
Bagi penggemar seafood aku syorkan juga ke Restaurant Anjung D’Samudera tak jauh dari Jeti Semporna. Kat sini ada pelbagai pilihan menu yang boleh dicuba.
Walaupun hanya cover 3 pulau tetapi bagi pendapat aku yang dulu pernah travel ke Maldives pada tahun 2018 bagi aku Semporna layak digelar ‘Maldives Malaysia’ kerana memang betul bila lihat depan mata memang cantik keindahan pulau-pulau disekitarnya. Kedua-duanya memiliki kecantikan yang tersendiri.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Niat nak membantu anda yang pertama kali bercuti ke Kundasang di Sabah, ini tip yang patut anda baca dan ikuti jika sudah sampai di sana. Senang nak bergerak walau kali pertama jejak kaki di situ.
Tak lengkap percutian kalau tak ikut semua tip di bawah ini kerana semuanya penting dan berguna. Jom kita baca!
Nak Bercuti Ke Kundasang, Baca Dulu Tip Ini Untuk Senang Bergerak
1. Jika anda merancang hendak melancong sendiri tanpa pemandu pelancong, dinasihatkan untuk menyewa kenderaan bermula dari airport Kota Kinabalu.
Ini kerana lebih jimat dan murah jika menggunakan perkhidmatan kereta sewa pandu sendiri berbanding menggunakan teksi.
2. Jika merancang untuk menggunakan perkhidmatan ejen, pastikan ejen berkenaan adalah syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan & MATTA.
Jika ada sebarang masalah semasa trip, syarikat yang berdaftar akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah anda dengan cara paling cepat dan profesional.
3. Dicadangkan untuk paling kurang bercuti di Kundasang adalah 4 hari 3 malam atau 5 hari 4 malam.
4. Di Sabah memang terkenal dengan makanan laut yang murah dan berbaloi terutamanya di Kota Kinabalu. Antaranya adalah restoran gayang di Jalan Gayang, restoran nelayan di Bukit Padang, pak andi’s seafood di Tanjung Aru, welcome seafood di Jalan Asia City.
Kalau nak jimat dan murah, boleh berkunjung di Bulatan Todak berhampiran Pasar Besar Kota Kinabalu. Di sana banyak gerai-gerai menjual makanan laut yang segar, sedap dan murah.
Harga ikan di antara RM3.50 – RM5.00 sekilogram termasuk masakan. Murah kan?
5. Jika anda menyewa kenderaan, pastikan beli siap-siap kupon parking yang banyak dijual di pondok-pondok DBKK, kedai 24 jam atau datang terus ke pejabat Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.
The Shire Sinisan, Kundasang, Sabah
Haa… cantik pemandangan dari hotel Dekat Kundasang. Kalau ada plan ke Sabah, nanti boleh plan stay sini. Pagi-pagi dapat layan view cantik gunung kinabalu, tenang emosi korang tengok kehijauan alam.
Di Kota Kinabalu khususnya, kalau nak parkir kenderaan kena sediakan kad kupon parkir ini untuk mengelakkan kenderaan anda disaman.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kali ini perkongsian pasal trip dari Padang ke Bukit Tinggi di Sumatera Barat, Indonesia. Pasti akan jatuh cinta teruk dengan dua tempat ini.
Di sini nak highlight 2 benda best dengan 2 travel buddies, dapat pengalaman agak rare dan mungkin tak semua supir kat sana berkesempatan dapat bawa tourist diaorang. Nak tahu apa yang best di sini, jom baca perkongsian daripada Nursyazlin Aiza ini, nampak best!
Wedding Masyarakat Minangkabau
First, kitaorang dapat peluang pergi perkahwinan masyarakat Minangkabau di sana. 3 Hari kat Bukit tinggi, Pak Roni cakap lepas sudah selesai itenerary kitaorang, dia nak attend majlis kahwin anak kawannya. Pastu dia offer kalau kitaorang nak ikut. Apa lagi, memang tak lah nak tolak kan. Jadi dapat lah peluang tengok sendiri macam mana majlis masyarakat Minang. Makanan tiptop, sedap gila! Baju tak payah cakap, memang letop! Penuh dengan adat kebudayaan lah senang cerita.
Di situ serba sikit dapat belajar lah adat orang Minang. Kalau kita di Malaysia, mostly rasa jenis ambil nasi sedikit, lauk pula humban segala jenis lauk yang ada dalam tray atas meja lauk. Tapi kalau kat sana, diaorang ambil nasi banyak kemudian lauk satu jenis sahaja. Tetapi dah nama Melayu, buat macam kenduri kat Malaysia lah, apa lagi. Nasi sedikit, lauk keliling pinggan. Konsep kena rasa semua lauk mesti dipraktikkan di mana-mana. Pastu kena usha dengan orang jaga lauk like ‘apehal amik semua lauk hoi’
Pasar Digital Kubu Gadang
Secondly, kitaorang berkesempatan pergi ke Pasar Digital Kubu Gadang. Ini pun best gila. Kebetulan hari ini nak balik ke Padang jatuh hari Ahad, Pak Roni suggest untuk kitaorang singgah Kubu Gadang. Kebetulan hari kitaorang kat situ ada sambutan 1 tahun Pasar Kubu Gadang Padang Panjang, dapat lah tengok Walikota Padang Panjang rasmikan event. Macam-macam acara ada di situ.. ethnic percussion, fashion show baju saisuak, silek lanyah (silat dalam sawah padi), pacu upiah, puisi, dan macam-macam lagi. Tetapi semua acara tradisional lah. Best! Yang penting dapat lah peluang blend with local people.
Jadi kalau korang berkesempatan ke Padang Bukitinggi, pergilah tempat-tempat yang boleh expose dengan local people with local foods and just experience their culture. Benda-benda macam ini yang akan buat korang punya trip memorable.
Check In Abdi Homestay
Sebelum terlupa, ini homestay kitaorang sepanjang 4 malam di sana. 1st night sampai kitaorang check in Abdi Homestay, Lembah Harau.
Alasan pilih Abdi Homestay ini satu sahaja. Sebab we really fall in love with the Lembah Harau. 100% back to nature. Jumpa pula homestay murah, cantik, rare, eco-friendly (tak ada kipas ye guys, sumber air pun natural dari waterfall), pemilik pun cukup peramah. Jadi, terus booked thru whatsapp je. Number dia kitaorang dapat melalui Instagram. Boleh search Abdi Homestay. Kitaorang dapat family room. Rumah dia ada 2 tingkat. 2 katil king, plus toilet dalam bilik. Memang tiptop and selesa sangat.
Pagi kedai dekat situ, bangun terus sarapan dan gerak naik becak dengan Fikri. Fikri ini yang jaga Abdi. Kitaorang spend 2 jam juga lah untuk ronda kawasan Lembah Harau ni. Masa tak mengizinkan sebab kitaorang pun tak tahu yang Lembah Harau ini ada banyak tempat untuk explore. Itu pun tahu selepas sembang panjang dengan Pak Ricky malam time lepas check in. 2 jam ronda naik becak memang tak terasa.
Ada 5 waterfall kitaorang lawati. The view was magnificent. Siap singgah makan indomie kat gerai di kawasan Lembah Harau. Bukit Tinggi ini masih belum tercela dengan kemodenan dunia. Walaupun di tempat-tempat lain teknologi itu memudahkan, tapi di Lembah Harau khususnya, kami boleh nampak originaliti masyarakat sana masih tebal.
Bila lalu tepi-tepi rumah orang kat sana, diaorang masih kekal membasuh baju, pinggang mangkuk menggunakan sumber air semula jadi dari batang sungai yang mengalir. Rasa tenang tengok alam kita masih terpelihara.
Selebihnya biarlah gambar berbicara. Untuk yang suka kan alam semula jadi, pasti akan datang kembali. Ketenangan dari Bukit Tinggi ini tak mungkin rasa di tempat lain.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
BAGI penggemar durian, pastinya mereka tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati Raja Buah ini.
Dijangkakan, musim durian akan melanda Malaysia lebih awal berbanding penjadualannya yang sebenar, iaitu sekitar Jun-Julai. Di beberapa tempat di Malaysia, musim durian sudah pun bermula dan lambakan durian mula dijual di beberapa buah tempat sekitar Lembah Klang.
Namun, para penggemar durian pastinya teringin untuk menikmati sendiri rasa asli Raja Buah ini langsung terus dari pokoknya, terus dari dusunnya sendiri? jika jawapan anda Ya, di sini lima lima lokasi dusun durian yang menyediakan buffet durian dengan harga yang mampu milik dan paling penting, langsung terus dari pokoknya.
Di sini, disertakan lima lokasi (tidak mengikut turutan kegemaran) buffet durian yang boleh kunjungi sekitar Malaysia.
JIMMY’S DURIAN ORCHARD
Suasana di Jimmy Durian Orchard.
Terletak di Bukit Bentong, Jimmy’s Durian Orchard terkenal dengan keunikan rasa buah durian, dan paling penting adalah semua tanaman ini bebas daripada racun dan semburan bahan kimia. Kalian boleh mendapatkan beberapa jenis durian terbaik di dusun ini, antaranya durian Tekka, D101, dan D24. Pasangan Jimmy dan Tasy ini juga tidak lokek berkongsi ilmu dan pengetahuan tentang durian organik mereka kepada semua pengunjung yang ringan mulut unutk bertanya. Kalian pasti akan berasa puas hati dengan layanan yang diberikan, dan paling penting akan pulang dengan perut yang gembira, kerana semua durian organic di sini dijual dengan harga yang sangat-sangat berpatutan.
Alamat : 75.1km Karak Highway, Bentong, Karak, Bentong 28600, Malaysia.
Nombor telefon : +60 16-203 1922 (Jimmy)
RAUB DURIAN ORCHARD
Raja dan permaisuri buah-buahan yang ada di Raub Durian Orchard.
Raub Durian Orchard mengangkat namanya sendiri sebagai caterer durian yang terbaik di Pahang. Kenyataan ini dapat dibuktikan dengan review dan pandnagan beserta komen pengunjung yang pernah hadir ke dusun ini, dan menikmati keenakan raja buah itu sendiri. menariknya, di dusun ini juga dilengkapi dengna kemudahan kolam pancing, ladang ternakan lebah, dan juga turut memiliki ladang ternakan sarang burung mereka sendiri. dusun ini pastinya akan menjadi pilihan utama warga kota terutama yang sudah berkeluarga untuk datang dan berehat sambil menikmati kesedapan durian Raub ini.
Alamat : Raub, Pahang, Malaysia (GPS coordinates: N03°51.691’ E101°54.329’)
Nombor telefon : +60 19-965 9612 (Eddie)
1Malaysia Musang King Durian Orchard Farm
Kisah ladang ini bermula setahun yang lalu, bilamana pemilik ladang, Dato Michael Ng memutuskan untuk membeli kawasan ini untuk dihadiahkan buat isteri yang tersayang, yang juga merupakan peminat fanatik durian. Bersama, mereka berdua mengusahakan ladang ini. Selain Musang King, di sini juga ada variasi durian yang lain, seperti D2, D24 D78, D88, dan juga durian kampung.
Buffet durian bermula dari harga RM80 untuk hari biasa, dan hanya RM120 untuk hujung minggu dan cuti umum. Pakej ini juga disertakan sekali dengan servis khidmat jelajah dusun secara percuma.
Alamat : Kg. Cinta Manis, Karak, Bentong 41200, Malaysia.
Nombor telefon : +6 019-277 7255 (Datuk Michael Ng)
SIM KOA YEN
Raja buah yang segar dari ladang boleh dinikmati di Sim Kao Yen.
Jangan terkejut kalau saya katakan bahawa dusun ini merupakan dusun yang paling banyak menyediakan variasi pilihan durian, iaitu sebanyak 30 jenis rasa dan genetik untuk kalian pilih. Terletak di Machap Melaka, dusun yang sudah berusia 25 tahun, dan pernah beberapa kali memenagi anugerah durian terbaik. Selain daripada durian, dusun ini juga terkenal dengan keenakan buah cempedak mereka.
Bagi warga kota yang ingin melepaskan lelah penat kerja seharian, di sini juga disediakan penginapan di dalam kawasan dusun itu sendiri.
Alamat : (Office) MC-2-34 & MC-2-35, Jalan SB Utama, Taman Seri Bayan, 76100 Durian Tunggal, Melaka, Malaysia
Nombor telefon : +60 12-681 6895 (Mr Yap)
FREEDOM ECO FARM
Durian Udang Merah yang boleh dinikmati di Freedom Eco Park.
Dusun ini ternyata bukanlah menjadi sebutan ramai dan bukannya dusun yang biasa-biasa, kerana ia sebenarnya terletak jauh di dalam ketebalan Hutan Simpan Pulau Pinang, dan ianya menawarkan puluhan jenis durian untuk dinikmati. Selain daripada menawarkan durian yang mesra alam dan total organic, pemiliknya’ Joseph dan Beatrice juga menawarkan khidmat ekopelancongan kepada mana-mana pihak yang ingin meneroka masuk lebih dalam ke hutan simpan ini.
Dan yang paling penting, dusun durian ini hanya dibuka kepada pengunjung yang telah membuat temu janji sahaja. Anda dinasihatkan untuk membuat tempahan awal bagi mengelakkan pulang dengan tangan kosong, tambahan lagi di musim cuti perayaan dan cuti sekolah.
Alamat : Telok Bahang, Penang.
Nombor telefon : +60 19-447 7806 (Beatrice)
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...