Perayaan Songkran atau pesta air yang berlangsung setiap tahun di Thailand telah dibatalkan bagi mengelak perhimpunan massa dalam usaha membendung penularan COVID-19 di negara itu.
Rakyat Thailand meraikan Songkran, perayaan tradisi tahun baharu dari 13 hingga 15 April, yang menyaksikan orang ramai menembak air ke arah satu sama lain di bawah matahari terik selain berkunjungi ke kuil untuk bersembahyang dan melakukan upacara memberi persembahan. Setiap tahun, beribu-ribu pelancong menyertai penduduk tempatan dalam acara tersebut serta aktiviti lain sempena Songkran.
Ads
Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin mengulangi seruannya menggesa rakyat di negara itu mengamalkan jarakan sosial, terutama semasa sambutan tahun baharu tradisional Thailand, Songkran dari 13 hingga 15 April, yang telah ditangguhkan ke tarikh lain pada tahun ini.
Perdana Menteri Jen Prayuth Chan O-Cha turut menggesa rakyat Thailand tidak mengambil bahagian dalam sebarang sambutan tidak rasmi Songkran. Walau bagaimanapun masih ada segelintir rakyat Thailand yang degil dan tidak menghiraukan arahan tersebut dengan meneruskan sambutan Songkran di kawasan mereka.
Dalam pada masa yang sama, tular sebuah posting di Thailand perbezaan ‘respon’ yang diberikan oleh rakyat ketika Pemimpin Tertinggi di Thailand dan Malaysia sedang mengadakan perutusan khas COVID-19. Jika di Thailand, kebanyakkan rakyat menghantar tanda ‘marah’ ketika Perdana Menteri mereka berucap secara langsung. Berbanding di Malaysia, ketika Perdana Menteri memberi ucapan, rata-rata rakyat menghantar tanda ‘cinta’.
Dunia pelancongan bagaikan tidak terbatas. Ada banyak tempat yang boleh dilawati baik dalam mahu pun luar negara. Jika kita seorang pengembara, ada ketika kita sering mencari tempat agak rare untuk dilawati. Ini kerana minat masing-masing agak berbeza dan mengikut citarasa masing-masing.
Bagi yang pernah ke Beijing, China dan mereka yang mungkin bakal melewati negara ini, sebenarnya di negara besar ini terdapat escalator luar yang diiktiraf terpanjang di dunia, seakan menyampai Tembok Besar China yang diiktiraf sebagai 7 benda ajaib di dunia sejak dulu lagi.
Ia dinamakan The Dragon Eskalator.
Terletak kira-kira 85 km dari Beijing atau sejam perjalanan, perjalanan dari awal memasuki escalator ini akan membawa korang ke puncak empangan terbesar di China iaitu Longging Gorge. Dari jauh, escalator ini kelihatan gagah dengan reka bentuk seekor naga yang sangat gagah.
Dengan warna kuning terang sepanjang 258 meter, sebaik sampai ke puncak banyak aktiviti boleh dilakukan. Ini termasuklah menaiki kereta kabel tergantung, belayar menaiki bot di sekeliling tasik dan lebih ekstrem boleh lakukan terjunan buggee jumping di lokasi ini.
Kalau guna bas persiaran, pelancong akan terus dibawa ke lokasi menarik ini dan kalau gunakan pengangkutan awam, boleh naik bas nombor 919 dari Deshengmen( Hentian Timur keretapi bawah tnah Jushuitan) ke Guchen (tambang Cuma RMB8 dengan perjalanan memakan masa satu jam. Kemudian boleh berjalan kaki menuju ke lokasi permulaan escalator ini. Bas beroperasi setiap 10 minit dari jam 5.50 pagi hingga 6 petang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
280 kilogram! Itu berat seekor ikan pari gergasi yang berjaya ditangkap nelayan di Sarawak.
Itu bukan kali pertama ikan pari gergas ditemui dan ditangkap di kawasan perairan Sarawak. Sebelum ini, di Sarawak sering dikejutkan dengan penemuan ikan pari saiz gergasi dengan berat dari 150 kilogram sehingga ada yang mencecah hampir 800 kilogram.
Terkini, empat nelayan tempatan mengambil masa sejam setengah untuk menaikkan ikan pari daun seberat 280 kilogram dengan lebar empat meter bersamaan berat badan lima orang dewasa di Muara Sungai Lundu, Sarawak.
Mereka berempat dikatakan bersama-sama memasang pukat di sungai berkenaan awal pagi semalam sebelum menjerat pari gergasi itu. Sekitar sejam setengah masa diambil untuk bertarung dengan pari berkenaan dan akhirnya ia tewas sebelum dibawa ke Jeti Nelayan Lundu.
Menurut mereka biasa mendapat ikan-ikan pari bersaiz besar tetapi ini kali pertama pari gergasi itu terjerat dalam pukat mereka. Walaupun kepenatan 'bertarung' kerana ikan itu terlalu besar bagaimanapun mereka gembira kerana ia dianggap rezeki yang tidak diduga ketika Ramadan.
Lundu yang jauh kira-kira 80 minit perjalanan dari pusat bandar Kuching dihuni sekitar 36,000 penduduk. Bagaimanapun, sejarah asal usul nama Lundu tidaklah begitu jelas. Ramai yang percaya bahawa daerah tersebut mendapat nama dari Sungai Lundu yang di mana terdapatnya ikan lundu atau nama saintifiknya mystus nigriceps.
Bagaimanapun di laman sosial, ramai warganet mempersoalkan tindakan mereka menangkap ikan bersaiz luar biasa seperti itu. Menurut mereka, ikan tersebut sepatutnya dilepaskan ke habitat asal. Berdasarkan sumber daripada sekutif komunikasi Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), ikan pari adalah spesies yang tidak di dalam senarai yang dilindungi. Maka tindakan tersebut tidak menyalahi undang-undang.
Jika anda tinggal di Lembah Klang anda boleh melakukan aktiviti mendaki tanpa perlu keluar jauh ke luar kawasan.
Salah satu kawasan hutan yang masih kekal di tengah-tengah ibu kota untuk aktiviti mendaki ialah Hutan Pendidikan Bukit Gasing. Ia menjadi tumpuan pelbagai peringkat usia melakukan aktiviti sihat serta kecerdasan tubuh.
Kawasan yang agak terkenal untuk beriadah bagi warga kota ini terletak di sempadan Petaling Jaya dan Kuala Lumpur. Kawasan hutan dan bukit di sini masih dalam keadaan baik seluas kira-kira 52 hektar dengan ketinggian kira-kira 164 meter. Ia masih terpelihara dengan keaslian flora dan fauna di sekitarnya.
Menjelang hujung minggu, Bukit Gasing akan mula dimasuki pencinta alam semula jadi seawal jam 4 pagi hingga menjadi sesak. Tidak kira tua, muda, kecil dan besar masing-masing kelihatan bersemangat untuk memulakan pendakian. Biarpun tahap ketinggian bukit ini tidak setinggi mana tetapi trek laluannya yang berliku dan agak curam serta mencabar terutama individu yang ingin berjinak-jinak dalam dunia hiking.
Di Hutan Pendidikan Bukit Gasing ini, terdapat beberapa laluan yang boleh dipilih bergantung tahap keupayaan masing-masing. Ada laluan yang mencabar, ada juga yang mudah dengan setiap satunya menjanjikan cabaran yang berbeza sama ada yang baru pertama kali mencuba atau yang mempunyai stamina yang tinggi.
Apa yang pasti setelah penat berjalan, kepuasan pasti dirasai sebaik sahaja menjejakkan kaki di puncak Hutan Pendidikan Bukit Gasing. Anda berpeluang menjamu mata dengan panorama indah bangunan pencakar langit di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.
Tip
Bukit Gasing dikelilingi taman perumahan dan tidak pernah sunyi terutama pada awal pagi. Namun perlu diingat pengunjung perlu bekerjasama dan tidak boleh meletakkan kenderaan di bahu-bahu jalan sesuka hati atau di depan rumah penduduk berikutan ruang parkir yang agak terhad. Pada hujung minggu atau cuti umum, anda dicadangkan untuk tiba di kawasan ini lebih awal untuk mengelakkan anda perlu memakir kenderaan di tempat yang jauh.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...