Pertama kali melihat Hotel Dash Box Cyberjaya hati begitu tertarik dengan reka bentuk dan konsep yang diketengahkan . Rona-rona terang dan segar yang digarap pada hotel ini berjaya menyerlahkan sisi industri pada hiasannya . Hotel yang muncul dengan gaya ‘Industrial Chic’ dan ‘Street Art’ ini terletak di bandar Cyberjaya. Dash by Ri-Yaz ini merupakan jenama baharu yang dimiliki dan diuruskan oleh Ri-Yaz Hotels & Resorts Sdn Bhd. Hotel ini ternyata menjadi tarikan baharu buat pelancong tempatan dan luar negara. Ia mula beroperasi pada tahun lalu dengan beberapa unit penginapan yang dibina menggunakan kontena terpakai.
Tarikan Unik di Cyberjaya
Hotel seluas 16,187 meter persegi terletak dalam kawasan Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC). Ia baru sahaja selesai proses pengubahsuaian dengan konsep lebih segar dan unik. Hotel Dash Box Cyberjaya menyediakan tempat yang paling sesuai untuk anda merehatkan minda dari kesibukan hari anda. Tidak jauh dari pusat bandar, hanya 37km dan mengambil masa kira-kira 30 minit untuk sampai di lapangan terbang. Penginapan ini memberikan akses mudah ke tempat yang anda perlu lawati di bandar.
Selain bilik yang diperbuat daripada kontena, ditawarkan bilik yang diinspirasikan daripada reka bentuk rumah tradisional masyarakat Lombok untuk memberikan kelainan kepada tetamu. Terdapat 87 bilik yang terdiri daripada ‘dash Twin’, ‘dash Studio’ dan ‘dash Deluxe’. Setiap satu tampil dengan hiasan dalaman yang berkarakter .
Ads
Bilik jenis Studio sesuai buat mereka yang mengembara solo, jenis Twin pula sesuai buat mereka yang bercuti bersama pasangan, manakala jenis Deluxe sesuai untuk keluarga yang mahukan bilik yang besar dan cukup selesa saat bercuti. Bilik deluxe lengkap dengan balkoni , katil super king dan pemandangan sempurna menghadap kolam renang. Penulis teruja dengan hiasan dalaman bilik deluxe, televisyen mudah alih serta sofa yang selesa. Lebih menarik kepala katil bilik ini diperbuat daripada paip yang digunakan di kilang-kilang dan sinonim dengan hiasan gaya industri.
Setiap jenis bilik memiliki konsep dekorasi sama iaitu cadar putih polosnya diserikan dengan hiasan patung arnab berwarna hijau terang yang juga merupakan maskot hotel tersebut. Rekabentuk hotel diilhamkan dengan penuh teliti memberikan refleksi hotel yang inovatif dan bergaya moden. Biarpun ruang lobi hotel agak kecil jika dibandingkan dengan hotel-hotel butik lain, hiasan dalamannya cukup menarik dan kelihatan senada dengan konsep industri pada hotel. Semua bilik mempunyai bilik mandi peribadi dengan bidet dan pancuran mandian serta selipar. Hiasan arca robot dilihat menghiasi dinding ruangan itu memberikan karakter pada ruang lobi. Kelihatan juga beberapa arca menjadi sebahagian elemen dekorasi di sekitar hotel ini.
Ads
Fasiliti
Ads
Hotei ini menyediakan perkhidmatan yang cemerlang dan kemudahan yang unggul menjadikan penginapan anda tidak dapat dilupakan. Tetamu boleh menikmati kemudahan seperti Wi-Fi percuma semua bilik, pengawal keselamatan 24 jam, stesen caj kuasa kereta, pengemasan harian, kedai cenderahati. Hotel ini menawarkan banyak peluang rekreasi seperti Flex lengkap dengan peralatan kecergasan , taman, kolam renang infiniti,Dashikidz, the hotel’s kids club dan The Chamber Boardroom, di mana anda boleh menganjurkan mesyuarat dan grup diskusi yang boleh memuatkan 200 orang tetamu di dalamnya, menghadap taman dan kolam renang. Dengan ruang siling yang tinggi sempurna sebagai lokasi mengadakan majlis perkahwinan atau persidangan.
Mya Cafe merupakan satu-satunya kafe yang ada di hotel ini. Dekorasi di dalamnya menarik dengan gabungan pelbagai jenis konsep. Mya Cafe sarat dengan warna dan dekorasi seperti bingkai gambar penyanyi popular Hollywood serta hiasan dinding yang menarik perhatian. Lantai dan siling kafe adalah dari corak yang sama iaitu corak segi empat sama dari rona hitam dan putih ( check), menyerlahkan lagi elemen chic dan funky . Hidangan di Mya Kitchen’s berilhamkan masakan Thai, Vietnam, Cina, India and Bali. Ia boleh memuatkan hingga 90 orang tetamu di dalam bilik berhawa dingin dan 40 tetamu di ruang terbuka. Waktu operasi bermula dari jam 6.30 pagi hingga 11malam.
Kemudahan sewaan basikal disediakan di hotel kapsul ini. Kawasan ini terkenal dengan aktiviti berbasikal. Dengan jarak 1.8 km dari DPULZE Shopping Centre ia mudah buat tetamu untuk bersantai atau membeli belah barangan keperluan. Hotel Dash Box Cyberjaya sememangnya penginapan yang ideal bagi mereka yang mencari keindahan semula jadi dan keselesaan. Merasai pengalaman menginap di sini pastinya membuat penulis ingin kembali lagi ke hotel ini di masa terluang. Menarikkan? Untuk tempahan bilik, muat turun app OYO sekarang! Platform yang membantu anda mencari penginapan yang bersih dan berpatutan. Klik siniuntuk muat turun.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kebiasaannya kalau pergi bercuti atau melakukan aktiviti camping pasti akan dilakukan bersama anak-anak atau ahli keluarga lain.
Tetapi bagaimana pengalaman jika hanya kita berdua bersama pasangan sambil melayan keindahan suasana alam semulajadi.
Perkongsian Siti Mariam Zulkifli Ramond yang menghabiskan masa dua hari satu malam melakukan aktiviti camping di PD Wellness Port Dickson bersama suami tersayang.
Ternyata tanpa kehadiran anak-anak, memberi kelebihan pasangan ini menghabiskan masa bersama tanpa gangguan luar.
2 Hari 1 Malam Layan Camping Dengan Suami
First time nak share experience camping kat FCM.. – PD Wellness Zone, Teluk Kemang Port Dickson – 19 – 20 Mac 2022 – Mr Lim 017-414 8311( terbaik service dia)
Last minit planning. Jumaat malam tetiba en husband cakap dia stress kerja & nak tenangkan fikiran. Terus dia suruh call Mr Lim untuk tanya ada tapak kosong tak esok pagi.
Syukur Alhamdulillah ade tapak untuk walk in. Khemah kecil je. Memang senang la nak selit tapak di celah-celah banglo-banglo kayangan
Kali ni nak try camping berdua je. Tak bawak anak-anak sebab nak relax-relax je. Bawak setakat stove kecik dengn basic cooking set.
Pinggan pun tak bawak sebab memang plan nak tapau je makanan kat area situ. Standby jugak lak meggi + telur dengan harapan dapat tangkap ketam malam itu.
Tak lupa juga nes n Cadbury chocolate 3 in 1 untuk minum malam-malam.
Air laut kat sini memang bersih. Kebetulan tak ramai orang pulak kali ni. Toilet pun tak crowded langsung. Maybe sebab Isnin dah start sekolah kan. – Fasiliti kat sini bagi saya dah cukup lengkap kalau nak datang dengan family. Kawasan pun bersih dan happening dengan lampu. – Plug Point ( RM10 ) – Tandas & Bilik Mandi agak bersih. Kalau orang ramai tak boleh nak kata la. ( 8.00 malam ke atas free. Siang berbayar ) – Sinki – Sewaan Pondok – Gerai jualan makanan ada di sekitar campsite. Kalau rajin jalan depan sikit dah sampai Dataran Teluk Kemang – Surau – Parking RM3.00 sehari (Dekat dengan tapak campsite. Ikut kekosongan yang ada)
Tapau nasi lemak sesiap kat Petronas.
View laut memang nice. Tiada gangguan si khemah biru. Aktiviti yang boleh buat kat sini macam biasa la kalau datang Pd.
Confirm akan repeat lagi dengan anak-anak sebelum Ramadhan. Merajuk anak-anak sebab mak bapak pergi camping tanpa dorang..kantoi bila dorang buat video call nak tanya kenapa mak bapak tak balik-balik rumah lagi..
Sebuah kampung di kepulauan Jawa, Indonesia terpaksa menggunakan khidmat pocong untuk menakutkan penduduk, dengan harapan ia membantu mengelakkan orang ramai daripada terus keluar rumah ketika penularan wabak COVID-19.
Foto: Reuters
Pocong memang terkenal di negara tersebut dan merupakan ‘golongan hantu’ yang ditakuti penduduk. Disebabkan itu, ‘watak’ hantu tersebut dipinjam sementara dan digunakan untuk memberi amaran kepada penduduk yang degil dan suka keluar rumah ketika ini.
Namun pada peringkat awal, ia tidak memberi kesan seperti yang diharapkan, kerana watak ‘pocong’ itu berada di satu-satu tempat terlalu lama. Itu membuatkan orang ramai berpusu-pusu keluar rumah untuk melihat sendiri kelibat ‘pocong’ yang berkeliaran.
#CoffeeBreak Sebuah gang di Desa Kepuh Sukoharjo agak berbeda dengan tempat lainnya. Untuk menjaga karantina wilayah, ditempatkan 2 pocong di sana, Niatnya bukan untuk menakuti namun untuk mengingatkan warga akan bahaya virus Corona https://t.co/sEsAzNni9Spic.twitter.com/l5YucPfsNt
Pihak berkuasa kemudiannya terpaksa mengubah taktik. Beberapa sukarelawan yang diambil untuk memainkan watak sebagai pocong kini diarahkan muncul pada waktu-waktu tertentu sahaja, sekali gus memberi elemen kejutan dan seram.
Taktik itu membuatkan penduduk yang keluar rumah berkemungkinan terserempak dengan watak ‘pocong’ itu di sesebuah lokasi tanpa mereka jangka. Tinjauan Reuters mendapati taktik itu sedikit berkesan, apabila ramai yang mula takut untuk keluar rumah, terutama sekali apabila hari mulai gelap.
“Kami mahu mengambil pendekatan berbeza dan memberi impak kerana kehadiran pocong akan menakutkan mereka,” kata Anjar Pancaningtyas, ketua kumpulan belia Kampung Kepuh, Jawa Tengah.
Kumpulan itu bekerjasama dengan pihak polis untuk mengambil inisiatif yang tidak konvensional bagi mengelakkan penyebaran wabak COVID-19.
Penyelidik di Universiti Indonesia menganggarkan jumlah kes dan kematian akan meningkat secara mendadak pada bulan Mei jika rakyat masih terus keluar rumah dan tidak mengamalkan penjarakan sosial.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...